BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Kiki Ta adalah salah seorang ahli Pasukan Tengkotak yang berperanan sebagai juruterbang kapal angkasa Tengkotak dan juga seorang penembak yang tepat. Kiki Ta melakukan kemunculan sulungnya dalam BoBoiBoy: The Movie.

Senjata dan Keupayaan

Kiki Ta tidak mempunyai sebarang kuasa, tetapi Kiki Ta mempunyai sebuah Sniper Raifal yang berteknologi tinggi, membolehkan Kiki Ta untuk menembak sesuatu dengan tepat memandangkan beliau adalah seorang penembak yang tepat.

  • Sniper Raifal Berteknologi Tinggi: Kiki Ta dilengkapi dengan sebuah Sniper Raifal yang digunakannya untuk menyerang musuhnya.
    • Penembak Tepat: Kiki Ta mempunyai sepasang mata yang tajam yang membolehkannya mengesan musuh dengan pantas dan tanpa masalah serta menembak mereka dengan Tembakan Sniper Raifalnya.

Rupa

Kiki Ta mempunyai kepala yang berbentuk kubus dan mempunyai sepasang antena di atas kepalanya. Memakai baju seorang juruterbang yang berwarna merah dan memakai sarung tangan yang berwarna hitam. Juga memakai tali pinggang berwarna hitam dan seluar berwarna hijau muda yang bergaris kuning di tepinya dan berkasut but berwarna hitam. Dilengkapi dengan Sniper Raifal yang digunakan untuk menyerang musuhnya.

Perwatakan

Kiki Ta tidak terlalu ceria dan sentiasa serius apabila membuat tugas yang diberikan oleh kaptennya, Bora Ra. Sepanjang kemunculan Kiki Ta, dia tidak pernah dimarahi atau ditegur oleh Bora Ra disebabkan oleh kecekapannya dalam membuat tugas.

Galeri

Trivia

  • Kiki Ta merupakan alien berjantina perempuan kedua yang muncul. Watak yang pertama ialah Ibu Bu, iaitu ibu kepada Adu Du.
Advertisement