Komik Papa Zola: Raksasa Bengkok merupakan komik pendek yang dibuat oleh Animonsta Studios dalam Majalah Komik BoBoiBoy isu #1 dan #2.
Plot[]
Bahagian 1[]
Satu hari, sebuah asteroid terhempas di Planet Bumi dan mendedahkan Raksasa Bengkok. Di sana ia mengumumkan dirinya sebagai "Raksasa Bengkok" sebelum bertemu dengan Papa Zola. Ia mengejek Papa Zola sebagai "manusia hodoh" tetapi Papa berkata bahawa "Kebenaran tak pernah hodoh". Selepas menggunakan Silauan Kehenseman, Papa segera melakukan Tendangan Keinsafan ke arah Raksasa Bengkok. Namun ia menahan kaki Papa dan kelihatan sedang memakai cermin mata hitam. Papa cuba menyerang, namun gagal maka Raksasa Bengkok mengenakan Serangan Bengkok, Bertubi-tubi ke arah Papa.
Bahagian 2[]
Raksasa Bengkok meneruskan serangannya dengan Tendangan Padu Bengkok sehingga hampir melemahkan Papa apabila hidungnya mula berkelip-kelip. Ia membuatkan Raksasa Bengkok ketawa terbahak-bahak melihat itu maka membangkitkan keyakinan Papa. Hidungnya dipicit lalu mempersembahkan "Pembaris P Papa Zola". Papa berlari dengan pantas dan menggunakan senjatanya itu ke arah Raksasa Bengkok. Selepas kepulan asap hilang, Raksasa Bengkok berubah menjadi "Raksasa Lurus" lalu dijadikan pembantu Papa Zola.