Fandom

BoBoiBoy Wiki

Komputer Adu Du

Dilencongkan dari Komputer (perempuan)

379laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Komputer
Watak BoBoiBoy
COM.png
Penampilan
sulung
"Musim 1, Episod 1"
Pelakon
suara
Yvonne Chong Shin Vun (Bahasa Melayu)

Komputer adalah sebuah komputer yang dicipta oleh Adu Du sendiri dan merupakan salah satu konconya. Tugasnya adalah mencari idea untuk mengalahkan BoBoiBoy dan kawan-kawannya, sekaligus mencari maklumat-maklumat yang penting.

 Latar Belakang

Ia merupakan sebuah komputer model yang selalu menolong Adu Du dalam merancang plan untuk menghapuskan BoBoiBoy dan kawan-kawannya kerana menganggap dia merampas Bola Kuasa, Ochobot yang berasal dari kapal angkasanya.

Selalunya, idea yang diberikan oleh Komputer adalah bagus, tetapi selalu gagal kerana pelaksanaannya amat teruk. Tugasannya termasuklah dalam memaparkan video BoBoiBoy secara langsung dan memberikan maklumat penting kepada Adu Du.

Selain daripada Probe, Komputer juga selalu dibaling cawan oleh bosnya. Walaupun begitu, dia masih lagi setia pada tuannya.

Rupa

Rupa komputer ini adalah sama seperti sebuah komputer di dunia nyata dengan mempunyai monitor, tetapi pada skrinnya terdapat muka yang bermata dan mulut kuning yang boleh bersuara. Berwarna serba biru, kelabu dan putih dan mempunyai tiang yang bercantum pada bahagian atas kapal angkasa milik Adu Du pada musim pertama, dan bercantum pada siling Markas Kotak pada musim ke-2 dan ke-3.

Perwatakan

Walaupun Komputer adalah sebuah komputer ciptaan, tetapi dia juga mempunyai perasaan gembira, sedih, marah, dan sebagainya yang sama seperti seorang manusia. Malah, dia juga boleh menangis dengan mengalirkan satu garisan kuning di bawah matanya sebagai air mata.

Trivia

  • Mengikut maklumat yang diberikan oleh Komputer Ejo Jo, siri model komputer ini ialah XY2000, M8000, SIY234, dan beberapa komponen-komponen dari komputer lain yang tidak dikenal pasti. Ianya juga terdiri daripada cantuman komputer-komputer lain, dan sabut kelapa.
  • Walaupun Komputer diperbuat daripada bahan-bahan terbuang, tetapi dia masih boleh memberikan idea kepada Adu Du. Hebat kan?

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak