FANDOM


Kuasa Pulasan Telinga adalah satu teknik yang digunakan oleh Tok Aba untuk menghentikan pergaduhan di antara BoBoiBoy Angin dan Tanah dalam Musim 1, Episod 6. Teknik ini juga turut digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie oleh seorang nenek pada Roberto Santana.

Sejarah

BoBoiBoy

Dalam Musim 1, Episod 6, Tok Aba menggunakan teknik ini untuk menghentikan BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Angin daripada menyerang antara satu sama lain selepas mereka kehilangan ingatan.

BoBoiBoy: The Movie

Seorang nenek yang menunggang basikal memulas telinga Roberto Santana sebagai balasan kepadanya kerana telah menghancurkan sayur-sayurannya dalam satu adegan kejar-mengejar antara polis dan perompak tersebut.

Penggunaan

Tok Aba pada mulanya menjerit nama teknik ini lalu memulas telinga kedua-dua BoBoiBoy Angin dan Tanah. Begitu juga apa yang dilakukan oleh seorang nenek dalam BoBoiBoy: The Movie.

Galeri