BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Kubur Kapal Angkasa atau Spaceship Graveyard merupakan sebuah kawasan larangan yang sudah lama terbiar. Ia dikenali dengan nama sedemikian disebabkan oleh wujudnya sisa-sisa kapal angkasa yang telah rosak dan musnah terbiar di sekitar kawasan ini. Selepas lama terbiar, tempat ini dijadikan sebagai sarang oleh sekumpulan Nyamuk Amok, iaitu nyamuk-nyamuk angkasa yang berkebolehan untuk menyedut tenaga dari mana-mana kapal angkasa. Oleh disebabkan itu, kebanyakan pengembara kapal angkasa akan mengelakkan diri mereka dari melalui kawasan ini untuk mengelakkan risiko kemusnahan kapal angkasa mereka.

Sejarah[]

BoBoiBoy Galaxy[]

Dalam Episod 6, kapal angkasa TAPOPS tersekat di Kubur Kapal Angkasa sehingga diserang oleh Nyamuk Amok. MotoBot memberikan BoBoiBoy, Yaya, Ying dan Gopal kenderaan angkasa supaya mereka boleh menghalang nyamuk robotik itu dari terus menyedut tenaga kapal angkasa mereka. Mereka dibantu oleh Fang yang muncul selepas menerima isyarat kecemasan daripada Koko Ci. Setelah berjaya menumpaskan nyamuk-nyamuk itu, Fang membantu menunda kapal angkasa TAPOPS.

Galeri[]

Advertisement