Fandom

BoBoiBoy Wiki

Kumpulan Gerombolan Kejahatan

379laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

"Lema peta adalah, Raksasa Bahawang!"

Raksasa Bawang, Robot Pango & Raksasa Bawang

"Dan kami adalah ahli Kumpulan Gerombolan Kejahatan!"

Rob, Robert dan Roberto, Robot Pango & Raksasa Bawang

Kumpulan Gerombolan Kejahatan
Ketua

Kokomander Koko/Adu Du

Ahli-ahli

Probe
Tiga Rob/Robot Pango
Raksasa Bawang

Debut

Robot Pango & Raksasa Bawang

Kumpulan Gerombolan Kejahatan adalah sekumpulan watak jahat yang muncul pada musim ke-3. Mereka terdiri daripada Kokomander Koko/Adu Du (komander), Probe, Tiga Rob, dan Raksasa Bawang (ahli).

Ahli-ahli

Kokomander Koko/Adu Du

Adu Du merupakan makhluk asing yang berasal dari Planet Ata Ta Tiga yang datang ke Bumi untuk merampas semua koko yang berharga di Bumi. Malangnya, disebabkan penggunaan koko yang begitu kerap dan hampir digunakan untuk kesemua industri serta pengangkutan, koko jarang dijumpai walaupun amat ternilai harganya.

Kumpulan Gerombolan Kejahatan.png

Walaupun Adu Du berkepala kotak, tetapi dia amat bijak. Oleh sebab itu, Adu Du telah mencipta alat-alat kawalan untuk mengalahkan BoBoiBoy dan kawan-kawannya, tetapi selalu disalah pakai oleh Probe.

Probe

Probe merupakan sebuah robot tempur yang telah dimusnahkan dan dicampakkan ke kawasan buangan. Adu Du yang kebetulan sedang mengutip terdengar bunyi letupan dan suara Probe. Adu Du kemudian berusaha memperbaikinya dan sejak daripada hari itu, mereka berdua tidak dapat dipisahkan lagi. Walau bagaimanapun, Probe telah rosak akibat termasuk air dan pandai membuat lawak serta menggelikan hati.

Tiga Rob

Rob, Robert, dan Roberto Santana merupakan sebuah kumpulan pencuri yang tidak pernah berjaya dan nasib mereka selalu sahaja malang, Malah, rancangan-rancangan mereka tidak pernah dilancarkan dan dijalankan dengan betul. Mereka hanya mengawal Robot Pango yang dijadikan oleh mereka sebagai perlindungan diri agar tidak terkena serangan-serangan yang boleh menjatuhkan mereka.

Raksasa Bawang

Raksasa Bawang merupakan seekor raksasa yang mempunyai kuasa-kuasa bawang yang kuat auranya sehingga dapat membuatkan sesiapa yang berada di sekelilingnya mengalirkan air mata kerana terasa pedih. Dia hanya muncul sekali sahaja dalam musim ke-3.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak