Fandom

BoBoiBoy Wiki

Kumpulan Kapten Kaizo

365laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

"Aku adalah Kapten Kaizo, dan ini Leftenan Lahap... Pang bukan kawan kau, dia adalah perisik dalam pasukan ini! Korang telah tertipu!"

Kapten Kaizo, Musuh Baru Dan Lama

Kumpulan Kapten Kaizo
Ketua

Kapten Kaizo

Ahli-ahli

Leftenan Lahap
Fang/Prebet Pang

Ahli Sementara

Fang/Prebet Pang

Debut

Kapten Kaizo, Musuh Baru Dan Lama

Kumpulan ini adalah sekumpulan watak jahat yang melakukan kemunculan sulung mereka pada tigaepisod terakhir musim ke-3. Mereka ialah kumpulan Pemberontak Angkasa Lagenda yang terkenal di seluruh galaksi. Mereka terdiri daripada Kapten Kaizo sebagai kapten, Leftenan Lahap, sebagai Leftenan dan Fang/Prebet Pang, seorang Prebet muda dalam kumpulan itu.

Ahli-ahli

Kapten Kaizo.png

Kapten Kaizo

Kapten Kaizo melakukan kemunculan sulungnya sebagai watak misteri pada Musim 3, Episod 20 ketika dia berada di dalam sebuah kapal angkasa untuk berurusan dengan Bago Go. Kapten Kaizo merupakan abang kepada Fang dan memegang satu kuasa yang amat hebat dan berbahaya: Kuasa Memanipulasi Tenaga. Kuasa Kapten Kaizo datang daripada helmetnya yang membolehkan dia mengolah tenaga dengan kaedah serangan dan menjana kuasa berlipat ganda. Ianya juga digunakan sebagai perisai untuk pertahanannya dan mampu bergerak sepantas kilat. Oleh disebabkan kehebatan kuasanya, dia digeruni serata galaksi dan dikatakan dia ialah makhluk asing paling berbahaya di angkasa.

Leftenan Lahap

0324 lahap lapar.png

"Lapar!"

Lahap melakukan kemunculan sulungnya pada Musim 3, Episod 24 apabila Robot Perisai Tempur Angkasa I ingin menyerang kaptennya dan terus mempertahankan kaptennya daripada lima tembakan laser P.E.T.A.I. dengan menelan serangan-serangan itu dan menyerang semula dengan serangan yang ditelannya. Lahap merupakan orang kanan kepada Kapten Kaizo dan sentiasa setia kepada kaptennya. Dia telah menyertai pelbagai kempen pemberontakan bersama Kapten Kaizo dan kadang-kadang, apabila kaptennya berada dalam keadaan yang bahaya, Lahap akan berusaha menyelamatkan kaptennya. Lahap mempunyai kuasa yang amat unik kerana spesisnya mempunyai kuasa toleransi yang tinggi terhadap benda-benda toksik dan menukarkannya menjadi tenaga plasma.

Fang/Prebet Pang

Fang/Prebet Pang muncul pada Musim 1, Episod 13 semasa dia keluar daripada keretapi Yong Pin Aerotrain untuk pindah ke Pulau Rintis dan pada masa yang sama BoBoiBoy memasuki ke dalam keretapi untuk pulang ke bandarnya semula. Fang merupakan adik lelaki kepada Kapten Kaizo dan telahpun mempunyai kuasa asalnya, Kuasa Penembus. Kuasanya ini dapat membuatkan Fang berjalan menembusi objek-objek yang pejal seperti dinding dan bumbung, menjadikan dia perisik dalam kumpulan abangnya. Kuasa daripada topengnya juga membolehkan Fang menjadikan objek-objek yang dikehendakinya menjadi tembus. Seperti abangnya, Fang perlu mengaktifkan topengnya bagi menyamar sebagai cermin matanya untuk menggunakan kuasa penembus dia.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak