BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Kurita ialah watak dalam BoBoiBoy: The Movie. Ia merupakan sejenis mahluk hibrid robotik yang dicipta oleh Yoyo Oo.

Sejarah[]

BoBoiBoy: The Movie[]

Pada awalnya, Kurita merupakan sotong kurita yang kecil namun membesar apabila Adu Du dan Probe diarahkan oleh Bora Ra untuk memberinya makan dan menasihatinya agar tidak mengenakannya dengan air. Namun sebaliknya yang berlaku, apabila Adu Du dan Probe dicampak keluar daripada kapal angkasa Tengkotak yang mengakibatkan mereka jatuh ke laut.

Kemudian, Kurita membesar dan akhirnya menjadi sotong gergasi lalu mengejar Adu Du dan Probe. Semasa mereka melarikan diri, Adu Du perasan dengan kedatangan BoBoiBoy di tengah laut, BoBoiBoy juga yang perasan terus mengejar mereka dan bertanya tentang keberadaan Ochobot. Tiba-tiba Kurita muncul di tepi bot kepunyaan Papa Zola lalu mengejar mereka semua. Oleh itu, BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Air lalu cuba bertempur dengan Kurita namun gagal. Oleh itu, dia menyuruh Yaya untuk mengangkat bot ke atas udara. Namun, ianya tetap gagal apabila Kurita terbang ke arah mereka.

Akhirnya, Papa Zola menyuruh Gopal menutup matanya lalu mencampakkannya ke arah Kurita dan menyuruh dia menukarkan Kurita menjadi makanan. Ketakutan Gopal yang terpancar pada jam kuasanya meningkat menjadi 100 peratus dan dengan pantas Gopal menukar Kurita menjadi sotong goreng tepung. Sambil mereka semua mencari Ochobot di Pulau Terapung, Gopal dan Papa Zola memakan sotong goreng itu.

Semasa kredit, Kurita ditunjukkan kembali ke saiz normal. Ia ditemui oleh Adu Du dan Probe ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Pulau Rintis bersama BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Mereka mengambilnya dan merawat lukanya.

Kebolehan[]

  • Pembesaran Saiz: Apabila badannya menyentuh air, badannya menyerah semua cecair tersebut dan terjadinya pembesaran saiz.
  • Berenang: Menggunakan sesungutnya sebagai pendayung untuk membantunya berenang.
  • Terbang: Kurita menggunakan keenam-enam sesungutnya lalu menggerakkanya sebagai kepak yang membolehkannya terbang ke udara.

Rupa[]

Pada awalnya, Kurita hanyalah seekor sotong kurita yang kecil namun dia akan menjadi gergasi apabila terkena air. Kepala dan badannya yang berwarna ungu terang dilengkapi dengan kepingan logam sebagai gigi, paruh dan perisainya yang diperbuat daripada alat mekanikal dan mempunyai enam sesungut yang berfungsi sebagai pendayung untuk membantunya berenang dan kepak untuk membantunya terbang.

Trivia[]

  • Kurita merupakan makhluk yang diperbuat daripada barangan robotik dan dihibridkan dengan seekor sotong.
  • Nama Kurita diambil dari perkataan sotong kurita.
  • Ia mirip seperti The Kraken.

Galeri[]

Video[]

Advertisement