Fandom

BoBoiBoy Wiki

Lanun Angkasa

401laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share
Lanun Angkasa
Ketua "Kapten Separo"
Ahli-ahli "Pirate Minion"
Debut "BoBoiBoy Galaxy Episod 1"
Lanun Angkasa ialah sekumpulan lanun jahat yang merupakan musuh baru kepada BoBoiBoy dalam siri BoBoiBoy Galaxy. Ianya diketuai oleh Kapten Separo dan dianggotai oleh Pirate Minion.

Sejarah

Lanun Angkasa membuat kemunculan sulungnya dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 1, di mana mereka berada di sebuah galaksi yang sedang mengejar kapal angkasa yang dipandu oleh Cici Ko untuk menangkap Power Sphera bernama MotoBot yang telah diselamatkan oleh Komander Koko Ci. Aksi kejar-mengejar tersebut kian rancak, dan akhirnya mereka kehilangan lokasi sebenar kapal angkasa itu di medan asteroid.

Setelah memintas komunikasi kapal itu dan melihat teleportal dibuka, Kapten Lanun dengan segera melancarkan lembing-lembing yang cangkuk yang disertakan dengan tali bagi membolehkan konco-konconya menyerang kapal itu. Namun, hasratnya gagal apabila ditentang habis-habisan oleh BoBoiBoy yang juga dibantu oleh Gopal. Bagaimanapun, Kapten Lanun sempat melancarkan cangkuk besinya sebelum teleportal ditutup. Cangkuk tersebut bertindak sebagai alat navigasi yang membolehkan Lanun Angkasa untuk menuju ke Bumi semula dan merampas kembali Power-Power Sphera.

Dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 5, Kapten Lanun dan konco-konconya tiba di Bumi dan bertemu semula dengan BoBoiBoy dan kawan-kawan melalui koordinat yang ada pada cangkuk lamanya. Mereka tiba dengan misi balas dendam dan ingin menangkap Power-Power Sphera; OchoBot, MotoBot, dan BellBot. Dengan menggunakan kuasa daripada Power Sphera bernama HookaBot, kemenangan hampir berpihak kepada Kapten Lanun setelah BoBoiBoy kalah dan jatuh ke dalam pokok. Walau bagaimanapun, muncul BoBoiBoy berkuasa baru yang memperkenalkan dirinya sebagai BoBoiBoy Daun. Dengan itu, akhirnya Kapten Lanun berjaya dikalahkan dengan mudah.

Galeri

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak