Leftenan Lahap | |
![]() | |
Nama samaran | Leftenan Lahap, Lahap Katak Lahap (Gopal) |
Kuasa | Kuasa Penukaran Plasma (Tahap 1) Kuasa Penyerapan Material (Tahap 2) |
Jantina | Lelaki |
Spesies | Raksasa |
Tarikh Lahir | Tidak diketahui |
Umur | Tidak diketahui |
Rambut | Tiada |
Mata | Perang |
Pekerjaan | Leftenan dalam Kumpulan Kapten Kaizo Juruterbang Kapal angkasa Kapten Kaizo |
Disuarakan oleh | Mohamad Shamir Supaat (Bahasa Melayu) |
Kemunculan Sulung | BoBoiBoy Musim 3, Episod 24: Musuh Baru Dan Lama (2016) |
Kemunculan Terakhir | BoBoiBoy Musim 3, Episod 26: Jumpa Lagi BoBoiBoy (2016) |
Bilangan Kemunculan | BoBoiBoy (3) |
Status | Hidup |
Keluarga | Tiada |
Afiliasi | Kumpulan Kapten Kaizo Geng BoBoiBoy |
Lahap, juga dikenali sebagai Leftenan Lahap merupakan ahli kanan kepada Kapten Kaizo. Lahap sentiasa setia kepada kaptennya dan telah menyertai pelbagai kempen pemberontakan bersama kaptennya.
Sejarah
BoBoiBoy
Dalam Musim 3, Episod 24, Lahap dan Kapten Kaizo tiba di Bumi dengan misi untuk merampas kesemua Jam Kuasa Geng BoBoiBoy dan Sfera Kuasa. Disebabkan mereka enggan untuk menyerahkan kuasa mereka, Kaizo menyuruh Fang untuk menghapuskan BoBoiBoy. Apabila Fang berhenti menyerang, Lahap memarahi Fang di atas mengingkar arahan kaptennya sebelum dia dihukum oleh Kaizo. Dalam Musim 3, Episod 25, Lahap menentang Yaya, Ying dan Gopal yang ingin menyelamatkan Fang. Lahap minum cecair bertoksik dari sebuah tong dan menukarkannya menjadi tenaga plasma lalu menyerang mereka bertiga tanpa henti. Ying cuba mempertahankan kawan-kawannya, tetapi gagal apabila kuasa masanya terbatal yang menyebabkan dia dan Yaya diserang oleh kuasa Lahap sementara Gopal terselamat apabila dia sempat bersembunyi di dalam sebuah tong.
Sementara itu Lahap yang termakan biskut Yaya yang ditukarkan oleh Gopal mula melatah kerana rasanya. Kesan biskut Yaya telah memaksa Lahap untuk melepaskan semua tenaga toksiknya secara rawak. Tetapi Lahap sempat memuji biskut Yaya yang mampu menghasilkan serangan pemusnah yang amat berbahaya dan mula ketagih akan keenakan biskut Yaya. Tetapi kemudian Kapten Kaizo memberikan arahan kepada Lahap untuk menghapuskan mereka dan Lahap mula mengeluarkan sebekas penuh toksik berbahaya daripada beg galasnya. Bagaimanapun, Fang sempat menggunakan kuasanya untuk mengambil kesemua Jam Kuasa daripada tangan BoBoiBoy dan kawan-kawannya sebelum dia meminta maaf kepada Kaizo. Lalu Kaizo, Lahap dan Fang berlepas ke angkasa.
Dalam Musim 3, Episod 26, Lahap mengemudi kapal angkasa sewaktu mereka dikejar oleh kapal angkasa Adu Du yang dikemudi oleh Adu Du. Lahap terus mengeluarkan serangan dan tembakan dari kapal angkasanya ke arah kapal angkasa Adu Du. Sebelum ia terhempas ke Bumi, Adu Du menyuruh geng BoBoiBoy untuk masuk ke dalam pod angkasa dan pergi ke dalam kapal angkasa Kapten Kaizo lalu mereka melancarkan pod angkasa. Pod berlepas dengan laju dan memecah masuk ke dalam kapal angkasa Kapten Kaizo sementara kapal angkasa Adu Du terhempas ke Bumi. BoBoiBoy mengajak kawan-kawannya untuk mencari Fang, tetapi Kapten Kaizo datang bersama Lahap dan memuji tindakan mereka yang berani datang tanpa sebarang kuasa. Kemudian mereka mendesak Kaizo dan Lahap untuk memulangkan kesemua Jam Kuasa mereka, walaupun Lahap sempat mengingatkan tentang kekalahan mereka dalam pertarungan sebelum ini. Namun, Kaizo tertarik akan keazaman mereka untuk mendapatkan semula kuasa, lalu mencabar mereka untuk bertarung sekali lagi.
Fang yang bersembunyi di saluran udara ditegur dan dimarahi oleh Kaizo tentang niatnya yang telah mencuri kesemua Jam Kuasa itu. Akibat perbuatan Fang yang telah membelot mereka, Lahap meminum cecair toksik dari begnya dan terus melepaskan Tembakan Tenaga ke arah BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Fang segera melindungi mereka dan memulangkan semua kuasa mereka, namun mereka diserang oleh Kaizo dan terdampar di Medan Latihan Tempur. Apabila BoBoiBoy dan Fang bertarung dengan Kaizo, Lahap memulakan serangan ke arah Yaya, Ying dan Gopal. Yaya dan Ying cuba menyerang balas, dan Lahap segera menggunakan kuasa tahap keduanya dengan mengubah struktur badannya menjadi besi. Ia menyebabkan serangan Yaya dan Ying tidak berkesan. Bagaimanapun, Gopal mendapat satu idea dan menyuruh Yaya dan Ying mencampakkan serpihan-serpihan besi ke arah Lahap. Setelah dilontarkan dan dipercepatkan oleh Yaya dan Ying, Gopal menukarkan serpihan besi itu kepada sayur dan akhirnya mengubah struktur badan Lahap menjadi sayur. Lalu Yaya dan Ying menyerang Lahap habis-habisan.
Selepas kekalahan Lahap dan Kaizo, mereka mengakui bahawa BoBoiBoy dan kawan-kawannya layak untuk menggunakan Jam Kuasa itu sebelum menjelaskan yang misi kumpulan mereka adalah mencari kesemua Jam Kuasa untuk diberikan kepada mereka yang layak. Lahap membantah keputusan kaptennya kerana kuasa-kuasa itu sepatutnya diberikan kepada sekutu dan kawan-kawan mereka. Jadi Kaizo mempelawa BoBoiBoy untuk menyertai pasukannya, yang kemudiannya ditolak oleh BoBoiBoy. Kaizo tidak mendesak BoBoiBoy untuk menyertai pasukannya, lalu memberikan amaran tentang ancaman yang akan datang kepada dia dan Ochobot. Lahap juga berpesan kepada BoBoiBoy untuk menjaga kawan-kawannya dan Sfera Kuasa mereka itu sebelum menghantar mereka ke Bumi.
Kuasa
- Tahap 1
- Tembakan Plasma: Lahap meminum cecair-cecair bertoksik lalu menembak musuhnya dengan sedas tembakan yang boleh meletup apabila menyentuh objek pegun.
- Tembakan Toksik Plasma: Sama seperti Tembakan Plasma, tetapi Lahap menghasilkan projektil berbentuk sfera dalam kuantiti yang banyak dan juga boleh meletup apabila menyentuh objek pegun.
- Tembakan Tenaga: Selepas memakan sebekas toksik, Lahap melepaskan sedas tembakan toksik.
- Serangan Plasma Toksik: Serangan yang sama dengan Tembakan Toksik Plasma, tetapi lebih kuat sehingga dapat memecahkan besi-besi lantai kapal angkasa.
- Tahap 2
- Penyerapan Material: Merupakan kuasa tahap kedua bagi Lahap yang membolehkan dia untuk menukarkan struktur badannya kepada yang lain.
- Kuasa Serapan Besi: Dengan memakan serpihan besi-besi kapal angkasanya, dia boleh menukarkan struktur badannya menjadi objek besi.
- Serapan Sayur: Struktur badan Lahap secara tidak sengaja berubah menjadi sayur setelah Lahap memakan sayur-sayuran hijau yang ditukarkan oleh Gopal.
Rupa
Lahap merupakan mahluk asing yang keseluruhan badannya berwarna ungu. Mempunyai lengan yang panjang dengan memakai seluar berwarna hitam dan menyandang beg berwarna hitam bagi menyimpan bekas stok simpanan cecair bertoksik.
Perwatakan
Lahap berperwatakan amat tegas dan patuh kepada arahan kaptennya. Lahap juga akan melakukan apa sahaja demi menggembirakan kaptennya.
Trivia
- Disebabkan oleh Fang seorang yang rajin mengemas dan pembersih, Lahap terpaksa memberus giginya setiap hari.
- Lahap merupakan watak kedua yang tidak pengsan selepas memakan biskut Yaya, malah dia menyukai biskut Yaya. Watak yang pertama ialah Probe dalam Musim 1, Episod 4.
Galeri
Skrinshot
BoBoiBoy
BoBoiBoy Galaxy