Fandom

BoBoiBoy Wiki

Lima Panglima Scammer

365laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

"Kamilah Lima Panglima Scammer!"

Tom, 5 Panglima Scammer

Lima Panglima Scammer
Watak BoBoiBoy
Five Scammer Commanders.png
Penampilan
sulung
"5 Panglima Scammer"
Penampilan
terakhir
"Pertarungan Di Bulan"
Pelakon
suara
Nizam Razak, Anas Abdul Aziz, Kee Yong Pin, Safwan Abdul Karim (Bahasa Melayu)

Lima Panglima Scammer adalah sekumpulan watak jahat yang terdiri daripada lima beradik, iaitu Tom (sulung), Bago Go, Wak Baga Ga, Bagi Gi dan Bagu Gu (bongsu).

Ahli-ahli

Tom

Tom merupakan abang sulung dan ketua dalam kumpulan Lima Panglima Scammer. Tom merupakan "penipu nama". Tom bercermin mata yang berbingkai merah yang sama besar dengan matanya dan bermisai serabut ala-ala misai kucing. Tom memakai jaket hijau dengan lencana bersimbol dolar. Sebagai seorang ketua, pembawaannya adalah yang paling garang dalam kalangan mereka berlima, lebih-lebih lagi apabila kalah dalam pertarungan. Tom sering menggunakan panggilan "mu" apabila bercakap dengan seseorang.

Memandangkan corak namanya tidak sama dengan adik-adiknya walaupun Tom mengaku bahawa ibunya yang memberikan nama, ditambah pula dengan reputasi mereka berlima sebagai penipu. Maka, sangatlah diragui sama ada Tom adalah nama sebenarnya ataupun bukan. Tetapi pada Musim 3, Episod 24, nama sebenarnya telah ditunjukkan dalam Spacebook Bago Go, iaitus Thomas.

Bago Go

Bago Go merupakan "penjual senjata haram terhebat" yang sering memperdayakan mangsa-mangsanya (terutama sekali Adu Du) dengan senjata-senjata hebat yang dijual dengan harga yang amat mahal. Selain senjata, Bago Go juga menjual kapal angkasa, hartanah dan insurans yang juga berharga tinggi. Bago Go juga mempunyai perniagaannya sendiri, termasuklah hospital. Bago Go adalah adik yang bongsu sekali dan seorang ahli yang paling terkenal dalam kumpulan Lima Panglima Scammer.

Wak Baga Ga

Wak Baga Ga merupakan "bomoh penipu seantero dunia" yang memperdaya mangsa-mangsanya dengan ubat-ubatan dan rawatan-rawatan palsu yang diuar-uarkannya sebagai ubat paling mujarab dan diperoleh daripada ramuan-ramuan yang melampau luar biasa asal-usulnya. Wak Baga berpelat bahasa Jawa, berbaju putih dengan bandana kuning dan gelang leher manik. Bentuk misainya sama dengan Bago Go, tetapi hujungnya agak serabut.

Bagi Gi

Bagi Gi merupakan "penipu sindiket Internet" yang memperdayakan mangsa-mangsanya dengan iklan-iklan kemenangan hadiah di ruing maya. Ton kulitnya adalah yang paling cerah berbanding ahli-ahli yang lain. Bagi Gi berjaket biru dan bercermin mata yang kecil berbanding matanya. Walau bagaimanapun, Bagi Gi tidak bermisai seperti ahli-ahli yang lain.

Bagu Gu

Bagu Gu merupakan "mahaguru I Love You" atau "penipu jodoh cinta" yang dapat membuatkan wanita-wanita di sekelilingnya terpikat dengannya. Bagu Gu berambut jambul, bermisai halus, memakai jaket ungu dan sentiasa dilihat memegang sekuntum bunga ros. Pembawaannya adalah yang paling lemah-lembut berbanding dengan ahli-ahli yang lain.

Trivia

Kapal angkasa lima panglima scammer.png

Kapal-kapal angkasa Lima Panglima Scammer.

  • Selain menyerang musuh dengan kapal angkasa masing-masing secara individu, mereka berlima juga boleh mancantumkan kelima-lima kapal angkasa menjadi sebuah robot gergasi yang bernama MegaBot ScamBot.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak