Makcik Kantin adalah watak sampingan dalam siri BoBoiBoy.
Rupa
Makcik Kantin ialah seorang wanita yang berbadan gempal dengan riak mukanya yang serba putih dan bergincu kerana sentiasa memakai alat solek untuk kelihatan cantik serta memakai penutup kepala seperti bandana, tetapi kelihatan rambutnya terkeluar dan bergumpal.
Perwatakan
Makcik Kantin merupakan seorang penjual makanan yang kurang tegas apabaila bekerja. Hal ini disebabkan oleh takut akan ugutan Yaya yang bertanggungjawab menulis nama dan melaporkan status kebersihan kantin sekolah.