BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Markas Kotak merupakan tempat berlindung sekali gus menjadi tempat tinggal bagi Adu Du dan konco-konconya setelah Kapal Sampah A80, kapal angkasa miliknya dijual oleh Probe pada akhir musim pertama siri BoBoiBoy.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Di akhir Musim 1, Episod 13, setelah Adu Du dan Probe kalah dalam pertarungan dengan BoBoiBoy, semasa cuaca yang mendung, Adu Du telah berazam untuk kembali dan mengalahkannya tetapi telah dicelah oleh Probe yang menyuruh tuannya untuk kembali ke dalam Markas Kotak terlebih dahulu disebabkan hujan hendak turun.

Bermula daripada Musim 2, Episod 1, markas ini telah mengalami perkembangan pesat dan pintu Markas Kotak berada di atasnya dan perlu menepuk tangan dua kali untuk membukanya seperti yang Probe lakukan.

Dalam Musim 2, Episod 2, di dalam Markas Kotak, Adu Du membakar koleksi buku seram Probe kerana ceritanya memendekkan akal, lebih awal dalam episod itu.

Dalam Musim 2, Episod 6, BoBoiBoy, Gopal, Yaya dan Ying tiba di sini. Fang beritahu mereka kerana dia sudah melihatnya sebelum kepulangan BoBoiBoy ke Pulau Rintis.

Dalam Musim 2, Episod 8, Adu Du menjangkakan bahawa BoBoiBoy dan kawan-kawannya akan mengalahkannya, jadi dia meletakkan pelbagai perangkap di pintu masuk tetapi semuanya gagal.

Dalam Musim 2, Episod 10, Probe menjual Markas Kotak Adu Du kepada Bago Go untuk membeli Mesin Rumput S8000, sejenis mesin rumput yang 'berteknologi hijau'. Kemudian, Ejo Jo membeli Markas Kotak sebagai rumahnya ketika dia tiba di Bumi tidak lama lagi.

BoBoiBoy Galaxy[]

Sepanjang musim pertama, Adu Du dan konco-konconya ditunjukkan tidak tinggal dalam Markas Kotak sebaliknya menetap di dalam kapal angkasa mereka, yang mungkin untuk memudahkan mereka untuk mengembara mencari Power Sphera di serata galaksi.

Dalam musim ke-2, mereka tinggal di Markas Kotak seperti biasa.

Bahagian-bahagian[]

  • Ruang tamu: Tempat utama untuk melakukan aktiviti-aktiviti.
  • Bilik Adu Du: Bilik di mana Adu Du berehat dan membersihkan diri.
  • Bilik Probe: Bilik di mana Probe berehat dan membersihkan diri.
  • Bilik penyimpanan: Tempat di mana Adu Du pernah menyimpan Mukalakus.

Galeri[]

Video[]

Advertisement