FANDOM


MKHIPI
MKHIPI - 1.jpg
Jenis rancangan: Rancangan bual bicara:
Tetamu istimewa: Papa Zola
Hos: Probe
Ditayangkan dalam: Musim 2, Episod 9

Markas Kotak Hari Ini Pagi Ini atau singkatannya, MKHIPI adalah sebuah rancangan TV yang dibuat oleh Adu Du dan Probe untuk mensabotaj BoBoiBoy dalam Musim 2, Episod 9.

Masa Siaran

Probe memberitahu kepada Adu Du yang rancangan mereka telah direkodkan sebelum ini pada pukul 4.30 pagi untuk siaran setiap pagi hari minggu pada pukul 6:30 pagi.

  • Isnin hingga Jumaat pada pukul 6:30 pagi.
  • Sabtu dan Ahad pada pukul 9:00 pagi (ulangan).

Intro

Dalam video ini, intro bermula apabila Adu Du berkata "Siaran langsung dalam 3, 2, 1, Action!" dan Komputer meletakkan persembahan SIARAN LANGSUNG dan Probe memperkenalkan rancangan ini.

Studio

Studio rancangan tersebut dicat dengan warna merah dengan lampu biru. Ia juga mempunyai skrin yang labelnya mengatakan "TV HD". Ia juga mempunyai sofa merah. Ruang kerusi untuk penonton-penonton kosong tetapi bunyi tepukan dibuat oleh pembesar suara.

Ia juga mempunyai pintu rahsia di mana Adu Du menolak untuk mengeluarkan Papa Zola semasa dia sedang membaca buku sambil ditemuramah oleh Probe.

Plot

Rancangan ini telah dibuat oleh Adu Du untuk mensabotaj BoBoiBoy, selepas pengenalan, lakonan berpura-pura setengah mati Adu Du dilihat dibalut dengan kain pembalut, duduk di kerusi roda dan diikat dalam monitor perubatan. Adu Du memberitahu bahawa BoBoiBoy adalah orang yang bertanggungjawab untuk keadaannya yang serius, apabila monitor menunjukkan Adu Du tidak mempunyai kadar nadi lagi, Probe segera mengeluarkan satu set picagari dan membaca arahannya untuk tikam bertubi-tubi tetapi apabila Adu Du mendengarinya, dia cepat-cepat berkata bahawa dia sudah sihat, tetapi kemudian Adu Du mengatakan bahawa BoBoiBoy yang kejam memukulnya supaya Probe membuka rancangan perkhidmatan telefon.

Perkhidmatan Telefon

Probe membuka perkhidmatan telefon yang mana 1-200-300-400 tetapi tiada siapa yang menelefon untuk membantu melainkan Tok Aba yang menelefon untuk menyoal kenapa BoBoiBoy menjadi topik utama dalam rancangan itu: Pemanggil:

  • Tok Aba - Dia bertanya kenapa cucunya, BoBoiBoy menjadi topik utama dalam rancangan.

Iklan

Semasa iklan, Bago Go telah mempromosikan mainan BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Angin, BoBoiBoy Tanah, Yaya, Ying dan Gopal. Adu Du terkejut apabila melihatnya kerana dia berkata bahawa tujuan mereka membuat rancangan itu adalah untuk mensabotaj BoBoiBoy, bukan untuk mempromosikan mainan dia.

Tetamu Istimewa

Tetamu istimewa sewaktu rancangan ini adalah Papa Zola setelah dijemput oleh Probe dengan janji akan membayarnya. Namun, Papa Zola terkejut apabila Probe berkata isu itu adalah tentang BoBoiBoy. Probe berkata bahawa BoBoiBoy menyalahgunakan kuasanya dan menunjukkan video itu yang memang salah. Kemudian, Papa Zola ingin membaca buku peraturan sekolah dan Adu Du menarik tuil yang menjatuhkan Papa Zola dan sofa ke bawah.

Pasukan Produksi

  • Penerbit: Adu Du
  • Pengarah: Adu Du
  • Penolong Pengarah: Komputer
  • Penulis Skrip: Adu Du
  • Pengacara: Probe
  • Jurukamera: Robot Hamba

Penonton-penonton

Antara 90 peratus orang, hanya 5 penonton yang menonton rancangan mereka tetapi mereka melihat bahawa rancangan mereka telah ditonton oleh 90 peratus orang (pada Komputer):

Galeri

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak