Mega Probe merupakan salah satu tingkatan mod bagi Probe yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Musim 3, Episod 5.
Dalam BoBoiBoy Galaxy, Mega Probe kembali dengan reka bentuk yang baru dengan nama Mecha Probe.
Sejarah
BoBoiBoy
Amukan Koko Jumbo
Mega Probe melakukan kemunculan sulungnya setelah Koko Jumbo ingin memenyekkan Adu Du. Pada ketika itu, Probe tampil dalam bentuk robot perkasa yang baru dan memberikan Koko Jumbo tentangan yang sengit. Pada kemuncak pertarungan, Koko Jumbo menepuk Probe bagaikan lalat, tetapi Probe terlepas tanpa cacat cela dan melepaskan tembakan peluru bertubi-tubi hingga menjatuhkan Koko Jumbo. Setelah Koko Jumbo rebah di atas tanah, Probe memancarkan laser pemusnah dan mengecilkannya semula. Setelah itu, Koko Jumbo dimasukkan ke dalam balang oleh BoBoiBoy.
Adu Du meluru ke arah Probe sambil mengeluarkan tangisan kegembiraan lalu memeluk kakinya. Akan tetapi, ragaman Probe tidak seperti yang biasa apabila dia mengeluarkan kata-kata "Robot Tempur, Bersedia Berkhidmat" dengan suara yang berlainan dan seperti tidak berjiwa. Nampaknya, Probe telah dihidupkan kembali tanpa ingatan lampaunya dan hanya menjadi robot tempur biasa.
Probe menundukkan kepalanya ke bawah dan sistemnya dapat mengecam Adu Du sebagai tuannya, tetapi BoBoiBoy dan Gopal pula sebagai musuh ketat, lalu bersiap sedia untuk menghapuskan mereka berdua. Lantas Adu Du cuba menjelaskan kepada robotnya yang mereka sudah menjadi kawan dan bukan lagi musuh. Namun, Probe yang tidak berperikemanusiaan itu menyanggah penjelasan tuannya dan mara ke arah mereka untuk menembak mereka.
Namun, Adu Du akhirnya teringat akan satu jalan yang dapat meleraikan ketegangan ini, lalu membaling mag besi ke arah kepala Probe. Sekali hentakan memadai untuk menyedarkan kembali Probe dengan ingatan lampaunya. Maka, Probe mula bersuara lalu bertukar kepada modnya yang asal lalu memeluk Adu Du dengan pelukan yang ramah dan tangisan kegembiraan dalam detik-detik manis yang turut dikongsi dengan BoBoiBoy dan Gopal.
BoBoiBoy Galaxy
Senjata dan Kuasa
- Mega Probe
- Booster Roket: Memberikan kelajuan penuh kepada Mega Probe untuk terbang dan bergerak dengan laju bagi menangkap musuhnya.
- Pelancar Roket: Mengeluarkan beberapa siri pelancar roket daripada badannya bagi membolehkannya untuk menyerang musuhnya.
- Penembak Laser: Menukarkan kedua-dua tangannya kepada penembak yang digunakannya untuk melancarkan laser pemusnah ke arah musuhnya.
- Laser Pemusnah: Menggunakan meriam yang berada di belakangnya bagi melancarkan laser pemusnah ke arah musuhnya.
- Meriam Penyedut: Menukarkan tangan kanannya kepada meriam bagi menyedut musuhnya. Digunakan dalam OldTown White Coffee's Superhero Elemen.
- Mecha Probe
- Meriam Bunyi Sonik
- Tembakan Tenaga Pengikat
Trivia
- Mega Probe lebih kuat dan hebat berbanding dengan Super Probe yang hanya dapat menembak dan mencincang.
Petikan dialog
- "Mod: Mega Probe!" (Pengumuman transformasi dalam siri BoBoiBoy)
- "Robot Tempur, Bersedia Berkhidmat! (Slogan kata Mega Probe dalam Musim 3, Episod 5)
- "Mod: Mecha Probe!" (Pengumuman transformasi untuk Mecha Probe dalam siri BoBoiBoy Galaxy)