BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki
Melody

Melody merupakan salah satu Pelajar dari Sekolah Rendah Pulau Rintis. Dia merupakan saudara Melissa. Dia adalah pelajar yang hanya sebagai watak tambahan.

Latar Belakang

Melody dan Mellissa adalah pasangan kembar. Mereka pertama kali muncul di depan pintu kelas 5 Jujur pada Musim 2, Episod 1. Pada ketika itu, kelas belum mula dan ramai pelajar perempuan berada di depan pintu untuk melihat Fang.

Rupa

Melody sama tinggi dengan Melissa. Dia berkulit coklat muda, berambut coklat. Dia mengenakan pakaian seragam sekolah yang agak sama sepeti Yaya tetapi warna bajunya merah jambu dan ada reban merah nipis di bahagian kolarnya. Dia memakai seluar hitam dan kasut getah merah jambu.

Trivia

  • Setiap kali kelas bermula pelajaran, Melody dan Melissa tidak kelihatan di ruang Seksyen Gred Jujur ke-5, yang bermaksud bahawa mereka tidak berada di kelas atau pun seksyen tersebut.
  • Dia merupakan salah seorang peminat Fang.
  • Walaupun dia bukan pelajar kelas 5 Jujur, tetapi dia memeluk adiknya di ruang kelas 5 Jujur apabila Ejo Jo menyuruh robot PETAI membuat kerosakan di sekolah pada Musim 2, Episod 13.
  • Dia juga tertangkap oleh Ejo Jo dan robot PETAI.
Advertisement