MotoBot ialah watak baru dalam siri BoBoiBoy Galaxy. Dia merupakan robot Power Sphera generasi ke-8.
Sejarah
BoBoiBoy Galaxy
MotoBot merupakan sebuah Power Sphera yang berjaya diselamatkan oleh pasukan TAPOPS. Dia diselamatkan oleh Komander Koko Ci sebelumnya bermulanya BoBoiBoy Galaxy. Semenjak dia diselamatkan oleh Komander Koko Ci, persahabatan mereka menjadi semakin akrab dan mereka selalu dilihat berjalan bersama-sama.
Dalam Episod 1, MotoBot telah diburu oleh Lanun Angkasa dan Komander Koko Ci berusaha untuk mempertahankan MotoBot. Dia menghubungi BoBoiBoy semasa bersembunyi dan akhirnya berjaya melarikan diri ke Bumi bersama MotoBot.
Dalam Episod 2, sementara Cici Ko sedang membaiki kapal angkasanya, MotoBot telah diculik oleh Adu Du dan Probe selepas melepaskan gas tidur dan menidurkan Cici Ko, Gopal, BoBoiBoy dan pelanggan di warung Tok Aba. Akhirnya, Cici Ko berjaya mengesan lokasi MotoBot yang telah dibawa ke stesen angkasa dan kemudian diselamatkan oleh Cici Ko, BoBoiBoy dan Gopal daripada Adu Du dan Probe.
Kuasa
MotoBot boleh mencipta kenderaan berteknologi tinggi. Kenderaan-kenderaan ini direka mengikut kesesuaian dan citarasa penggunanya dari segi skema warna, kuasa dan perwatakannya. Setiap kenderaan ciptaan MotoBot dilengkapi dengan senjata-senjata yang luar biasa. Kebolehan
- Kuasa Pemberian Kenderaan: Kuasa istimewa MotoBot yang memerlukan dia untuk melancarkan cahaya terang ke arah sasaran pilihannya, lalu menghasilkan kenderaan mengikut citarasa MotoBot. Dengan kenderaan ini, ia boleh beradaptasi dengan kuasa yang dimiliki oleh penggunanya.
- Kuasa Pemberian Kenderaan Angkasa: Ini merupakan kuasa istimewa kedua MotoBot dengan memberikan kenderaan kepada sesiapa yang berhak untuk menggunakannya, mengikut citarasa MotoBot. Kenderaan ini membantu penggunanya untuk bernafas ketika berada di angkasa lepas.
- BoBoiBoy - Motor
- Gopal - Kereta
- Yaya - Skuter
- Ying - Mini skuter
- Fang - Kereta
- Kuasa Pemberian Kenderaan Angkasa: Ini merupakan kuasa istimewa kedua MotoBot dengan memberikan kenderaan kepada sesiapa yang berhak untuk menggunakannya, mengikut citarasa MotoBot. Kenderaan ini membantu penggunanya untuk bernafas ketika berada di angkasa lepas.
Rupa
Lazimnya, MotoBot mempunyai rupa seperti motosikal yang mempunyai tiga tayar, dua tempat pemegang dan dua bahagian yang menyerupai tangan. Selain itu, bahagian-bahagian besi MotoBot berwarna hijau kuning dan dia boleh ditunggang dengan menukarkan dirinya menjadi sebuah ATV.
Trivia
- Biodata awal MotoBot telah dikeluarkan dalam bentuk imej rasmi dari permainan BoBoiBoy Galaxy.
- MotoBot mempunyai rupa yang berasaskan sebuah motor. Oleh itu, namanya ialah "MotoBot".
- MotoBot mempunyai sifat ingin tahu.
- MotoBot boleh ditunggang sebagai kenderaan seperti dalam Episod 2.
- Melainkan Ochobot, MotoBot merupakan Power Sphera yang pertama muncul dalam BoBoiBoy Galaxy.
- Dalam Episod 6, MotoBot tidak ditunjukkan memberikan kenderaan kepada Fang, dan Fang juga ditunjukkan berada di dalam kenderaan selepas turun dari kapal angkasa.
- Dalam Majalah Komik BoBoiBoy #65, kenderaan Fang disahkan berasal dari MotoBot.