BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki
MAPSLiveYourDreams

Movie Animation Park Studios atau MAPS merupakan sebuah taman tema animasi yang terletak Ipoh, Perak, Malaysia. Merupakan taman tema animasi yang pertama telah dibuka di Asia dengan menelan belanja sebanyak RM520 juta, taman hiburan ini dibuka pada bulan 26 Jun 2017, tetapi akhirnya telah ditutup pada 28 Januari 2020 disebabkan masalah kewangan.

MAPS menyediakan 23 hiburan interaktif, 15 tarikan permainan yang menyeronokkan, pelbagai kedai makan dan juga kedai cenderamata.[1] Untuk masuk ke MAPS memerlukan tiket dan boleh dibeli secara atas talian atau di pintu masuk MAPS.[2]

Tarikan permainan[]

Salah satu ciri dalam taman tema animasi ini ialah The Home of BoBoiBoy dan menampilkan pelbagai tarikan permainan iaitu:

BoBoiBoy 4D Adventure Theatre[]

BoBoiBoy4DAdventureTheatre

Pengunjung akan menyertai BoBoiBoy dan rakan-rakan lain pergi mengembara ke Pulau Terapung untuk mencari Power Sphera misteri.[3] Mereka bukan sahaja boleh menyaksikannya, malah turut mengalaminya sendiri di pawagam 4D yang dilengkapi dengan teknologi terkini, misalnya merasakan tempat duduk mereka bergoyang-goyang, angin dan percikan air laut ke muka dan banyak lagi. Ia terletak di Animation Square Zone.

BoBoiBoy Hero Academy[]

BoBoiBoyHeroAcademy

Dengan memasuki ke dalam permainan ini, pengunjung boleh menjadi penyelamat Power Sphera dengan mencari kuasa adiwira. Di sini, Kapten Papa Zola akan mengasah bakat semua yang menyertai untuk menjadi seorang kadet yang terbaik.[4] Ia terletak di Animation Square Zone.

BoBoiBoy Animation & Sound FX[]

BoBoiBoy Animation And Sound FX

Pengunjung boleh memulakan perjalanan mereka dengan menjadi adiwira dan menentang penjahat melalui motion capture stage dan green screen studio.

BoBoiBoy Cattus Coaster[]

BoBoiBoy Cattus Coaster 1

Selepas kejayaan BoBoiBoy 4D Adventure Theatre, Monsta telah membawakan fun ride yang baharu dengan kolaborasi dengan MAPS,[5] yang mana merupakan permainan roller coaster yang akan membawa pengunjung mengembara bersama BoBoiBoy dan rakan-rakan lain untuk mencari rumah baharu Cattus. Terdapat raksasa merbahaya yang bersembunyi di dalam gua ini.[6] Setiap coaster memiliki 4 tempat duduk dengan landasan yang berliku dan diiringi visual menarik sepanjang pengembaraan. Permainan ini terletak di Trick O Thrill Zone dan berada di 'Pay-Per-Ride' zone. Pengunjung hanya perlu membayar sebanyak RM15 di pintu masuk gua ini dan mereka boleh mengembara bersama BoBoiBoy dan Cattus di dunia baru.[7] Tiket masuk tidak boleh digunakan di zon ini.

BoBoiBoy telah berkongsi bahawa terdapat 7 langkah yang menarik untuk menaiki coaster ini iaitu:

  1. Ajak kawan-kawan korang
  2. Cari BoBoiBoy Cattus Coaster
  3. Pastikan ketinggian mencukupi dan baca peraturan dengan teliti
  4. Beratur untuk menunggu giliran
  5. Pakai tali pinggang keledar dan dengar arahan
  6. Pegang kuat-kuat... dan jerit!
  7. Jom naik sekali lagi

Kedai dan restoran[]

Tok Aba Kokotiam[]

Kokotiam

Tok Aba Kokotiam

Merupakan warung Tok Aba. Di sini, pengunjung boleh merasai suasana di warung Tok Aba dengan kawasan persekitaran yang hijau. Mereka boleh menjamah pelbagai makanan yang dihidangkan dan juga boleh menikmati Air Coklat Tok Aba.[8]

Cattus Collectables[]

BoBoiBoy Cattus Coaster 3

Merupakan peruncitan yang menjual barang dagangan dan cenderamata francais BoBoiBoy dan BoBoiBoy Galaxy. Antaranya ialah figura, plushie, topi BoBoiBoy, baju dan beg sekolah yang dijual dengan harga yang berpatutan.

BoBoiBoy Caveteria[]

BoBoiBoy Cattus Coaster 11

Merupakan sebuah restoran bertemakan di dalam gua yang penuh dengan pilihan yang lazat untuk dipilih untuk memenuhi selera pengunjung.

Pertandingan Menamakan Zon MAPS[]

MAPS Zone Naming Contest

Pada tahun 2018, MAPS telah mengadakan sebuah pertandingan di mana pengunjung boleh menggunakan kreativiti mereka untuk menamakan sebuah zon. Saguhati kepada pemenang ialah RM1,000 bersama 5 tiket MAPS dan penginapan selama 2 hari 1 malam di Hotel Casuarina.

Galeri[]

Video[]

Rujukan[]

Pautan luar[]

Advertisement