FANDOM


Multi-Monster
Multi-Monster
Nama samaran Mini-Monster (Adu Du)
Raksasa Kecil (BoBoiBoy)
Kuasa Berpecah menjadi berbilang ekor setiap kali dikalahkan
Jantina Lelaki
Spesies Raksasa
Tarikh Lahir Tidak diketahui
Umur Tidak diketahui
Rambut Tiada
Mata Hitam
Pekerjaan Raksasa Adu Du (Sebelum ini)
Hobi Tidak diketahui
Disuarakan oleh Anas Abdul Aziz (Bahasa Melayu dan Inggeris Disney Channel)
Azman Zulkiply (Bahasa Inggeris YouTube)
Kemunculan Sulung BoBoiBoy Musim 1, Episod 3 (2011)
Kemunculan Terakhir BoBoiBoy Musim 1, Episod 4 (2011)
Bilangan Kemunculan BoBoiBoy (2)
Status Hidup
Keluarga Adu Du (Pencipta)
Multi-Monster (Saudara)
Afiliasi Probe
Komputer
Geng BoBoiBoy

Multi-Monster adalah sejenis raksasa yang boleh berpecah menjadi berganda yang dicipta oleh Adu Du untuk menyerang BoBoiBoy supaya memudahkan kegiatan menyerang Planet Bumi demi koko. Akan tetapi, setelah ditewaskan sekali oleh BoBoiBoy, ia telah bertukar kepada protagonis dan berjanji untuk menolong BoBoiBoy dan kawan-kawannya apabila dalam kesusahan, sekaligus mengkhianati penciptanya sendiri.

Sejarah

BoBoiBoy

Musim 1, Episod 3

Multi-Monster merupakan antagonis kecil setelah yang ditempatkan di tasik toksik setelah diciptakan dan diumpan oleh Probe yang menembak bola milik BoBoiBoy. Kemudian BoBoiBoy pergi ke tasik tersebut untuk mengambil bolanya. Dia menggunakan kayu untuk mengetuk bola tersebut, namun tiba-tiba muncul benda misteri. Akhirnya, Multi-Monster pun muncul dengan serba marah kerana kepalanya mengalami benjol akibat daripada ketukan kayu tadi. Selepas mengugut BoBoiBoy, Multi-Monster diserang dengan mengejut oleh BoBoiBoy Angin dan kalah. Akan tetapi, ia berpecah menjadi dua setelah kalah, dan telah meningkatkan lagi keyakinan Adu Du yang melihat pertarungan itu dari kapal angkasanya. Lantas setelah beberapa aksi pertarungan akhirnya Multi-Monster berpecah menjadi tidak terkira banyaknya, namun saiz masing-masing begitu kecil, mustahil untuk mengalahkan BoBoiBoy. Akhirnya, BoBoiBoy dapat menyiasat rancangan Adu Du melalui Multi-Monster dan kemudian melepaskannya.

Musim 1, Episod 4

Multi-Monster muncul dalam saiz yang kecil mula membantu BoBoiBoy yang dalam kesusahan memakan dinding coklat dalam kapal angkasa Adu Du untuk mencari jalan keluar dan digunakan oleh Ying untuk mengaktifkan kuasa Gopal untuk melarikan diri.

Musim 1, Episod 10

Selang musim pertama, Multi-Monster muncul sebagai watak kecil seperti yang diceritakan oleh Probe yang sedang membalas surat peminat tentang keberadaan dan pekerjaan Multi-Monster. Mereka sedang membina perkampungan baru mereka sendiri untuk memulakan kehidupan baru.

Musim 2, Episod 6

Multi-Monster muncul sebagai watak tambahan dalam latar lagu "Incik Boss dan Probe", sebelum ditolak oleh Adu Du kerana ia telahpun menjadi baik.

Kuasa dan Kebolehan

Setiap kali kalah teruk kepada musuh, ia akan pulih dengan berpecah menjadi dua, tetapi dalam proses ini, saiznya akan semakin kecil dan kecil. Jika berpecah menjadi terlalu banyak, ia akan menjadi terlalu kecil, dan inilah merupakan kelemahan Multi-Monster.

Rupa

Multi-Monster ialah raksasa yang boleh bercakap dan berdiri dengan dua kaki seperti manusia. Badannya kuning kehijauan dan bersisik, dengan dada yang buncit tetapi lengan dan tungkainya kurus dan berkuku. Peranggu giginya terdiri daripada gigi yang rata di rahang atas dan gigi yang tajam dan menjongang di rahang bawahnya. Matanya hitam beriris putih.

Perwatakan

Multi-Monster pada asalnya bengis seperti raksasa penjahat lain, tetapi setelah dikalahkan oleh BoBoiBoy, ia menjadi mesra dan sedia membantu BoBoiBoy dan kawan-kawannya.

Kemunculan

Trivia

  • Multi-Monster merupakan raksasa pertama yang dicipta oleh Adu Du yang bertujuan untuk mengalahkan BoBoiBoy.
  • Multi-Monster merupakan spesies kedua yang boleh berpecah. Spesies yang pertama ialah BoBoiBoy.
  • Mereka jelas kebal terhadap objek beracun sejak Multi-Monster pertama tenggelam di Tasik Toksik dan seluruh Multi-Monster membuat kawasan toksik di rumah mereka.
  • Gopal takut terhadap mereka kerana rupa yang mengerikan.
  • Ia belum diketahui bagaimana mereka makan terlalu banyak seperti yang ditunjukkan dalam Musim 1, Episod 4.

Petikan dialog

  • "Kau ingat begitu mudah? Aku tak mungkin dikalahkan!"
  • "Multi-Monster, dapatkan senjata!"
  • "Saudaraku, cepat makan!"
  • "Jasadmu akan tetap ku kenal BoBoiBoy..."
  • "Lari lagi, asyik lambat je!"
  • "Rawr, Rawr, Rawr!"
  • "Aku akan tangkap kau dan makan kau!"
  • "Sekarang giliran aku pulak!"
  • "Dari jauh!"

Galeri

Video


L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri

BoBoiBoy | Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Galaxy

Episod

BoBoiBoy
Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Extended Finale
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26
BoBoiBoy Galaxy
Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24

Watak

BoBoiBoy
BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Super Probe | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Yah | Tukang Pos | Pakcik Kumar | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Cikgu Timi | Iwan | Amar Deep | Suzy | Amy | Siti | Stanley | Nana | Melissa | Melody | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Malik Osman | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Nurul Julie Juliana | Shamsul Rizal Sabri | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Uncle Yim | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | BoBoiBoy Api | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Raksasa Perisai | Bapa BoBoiBoy | Kapten Kaizo | Lahap
BoBoiBoy: The Movie
Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Koko Ci | Robot T | Nenek Sayur | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Thorn | BoBoiBoy Solar
BoBoiBoy Galaxy
MotoBot | Kapten Separo | Konco Lanun | Alien Mop | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M. | Gijimo | CetakBot | RompakBot | EmotiBot | Jagara | DataBot | Kapten Vargoba | StealthBot | Nut | BoBoiBoy Cahaya
Lain-lain
Captain Munch | Raksasa Bengkok | Terra | Coral | Oake

Tempat

Planet Bumi | Malaysia | Pulau Rintis | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Bulan | Rumah Tok Aba | Tok Aba's Kokotiam | Planet Ata Ta Tiga | Kedai Runcit | Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Kedai Game Ah Beng & Sons | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Hospital Alien Really Amazing Marvellous/Hospital H.A.R.A.M | Pulau Terapung | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Koloni Lanun Angkasa | Planet Kasuta | Planet Brotora | Planet Junkberg | D'Sosej | Kapal Arkib Angkasa | Stesen Sunnova

Lagu

BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Hang on Tight | Lagu Hindustan Gopal | Suasana di Hari Raya | Incik Boss dan Probe | Treler Antarbangsa BoBoiBoy | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Lagu Tidur Gopal | Lagu Tidur Fang | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba

Permainan

BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run

Lihat juga

Animonsta Studios | Movie Animation Park Studios | Lawak Kampus x BoBoiBoy Galaxy