BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Multi-Monster ialah antagonis kecil pada Musim 1, Episod 3. Ia merupakan sejenis raksasa yang boleh berpecah menjadi berganda yang dicipta oleh Adu Du untuk menyerang BoBoiBoy supaya memudahkan kegiatan menyerang Bumi demi koko. Akan tetapi, setelah ditewaskan sekali oleh BoBoiBoy, ia telah bertukar kepada seorang protagonis dan berjanji untuk menolong BoBoiBoy dan kawan-kawannya apabila dalam kesusahan, sekaligus mengkhianati penciptanya sendiri.

Sejarah

Multi-Monster merupakan antagonis kecil dalam Musim 1, Episod 3 setelah diciptakan lalu ditempatkan tasik toksik yang diumpan oleh Probe yang menembak bola milik BoBoiBoy. Kemudian BoBoiBoy pergi ke tasik tersebut untuk mengambil bolanya. Dia menggunakan kayu untuk mengetuk bola tersebut, namun tiba-tiba muncul benda misteri. Akhirnya, Multi-Monster pun muncul dengan serba marah kerana kepalanya mengalami benjol akibat daripada ketukan kayu tadi. Selepas mengugut BoBoiBoy, Multi-Monster diserang dengan mengejut oleh BoBoiBoy Angin dan kalah. Akan tetapi, ia berpecah menjadi dua setelah kalah, dan telah meningkatkan lagi keyakinan Adu Du yang melihat pertarungan itu dari kapal angkasanya. Lantas setelah beberapa aksi pertarungan akhirnya Multi-Monster berpecah menjadi tidak terkira banyaknya, namun saiz masing-masing begitu kecil, mustahil untuk mengalahkan BoBoiBoy. Akhirnya, BoBoiBoy dapat menyiasat rancangan Adu Du melalui Multi-Monster dan kemudian melepaskannya.

Seterusnya, pada Musim 1, Episod 5, Multi-Monster muncul dalam saiz yang kecil mula membantu BoBoiBoy yang dalam kesusahan memakan dinding coklat dalam kapal angkasa Adu Du untuk mencari jalan keluar dan digunakan oleh Ying untuk mengaktifkan kuasa Gopal untuk melarikan diri. Kemudian, selang musim pertama dia muncul sebagai watak kecil yang diceritakan oleh Probe yang sedang membalas surat peminat tentang keberadaan dan pekerjaan Multi-Monster pada Musim 1, Episod 10. Sebenarnya, mereka sedang membina perkampungan baru mereka sendiri untuk memulakan kehidupan baru.

Setelah itu, kemunculannya kini sebagai watak tambahan pada Musim 2, Episod 6 sebagai latar dalam lagu "Incik Boss dan Probe", namun ditolak oleh Adu Du kerana ia telah pun menjadi baik.

Rupa

Multi-Monster ialah raksasa yang boleh bercakap dan berdiri dengan dua kaki seperti manusia. Badannya kuning kehijauan dan bersisik, dengan dada yang buncit tetap lengan dan tungkainya kurus dan berkuku. Peranggu giginya terdiri daripada gigi yang rata di rahang atas dan gigi yang tajam dan menjongang di rahang bawahnya. Matanya hitam beriris putih.

Setiap kali kalah teruk kepada musuh, ia akan pulih dengan berpecah menjadi dua, tetapi dalam proses ini, saiznya akan semakin kecil dan kecil. Jika berpecah menjadi terlalu banyak, ia akan menjadi terlalu kecil, dan inilah merupakan kelemahan Multi-Monster.

Perwatakan

Multi-Monster pada asalnya bengis seperti raksasa penjahat lain, tetapi setelah dikalahkan oleh BoBoiBoy, ia menjadi mesra dan sedia membantu BoBoiBoy dan kawan-kawannya.

Video

Advertisement