BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Multi-Monster ialah sejenis raksasa yang boleh berpecah menjadi berganda yang dicipta oleh Adu Du untuk menyerang BoBoiBoy supaya memudahkan kegiatan menyerang Planet Bumi demi koko. Akan tetapi, setelah ditewaskan sekali oleh BoBoiBoy, ia telah bertukar menjadi baik dan berikrar untuk menolong BoBoiBoy dan kawan-kawannya apabila dalam kesusahan, sekaligus mengkhianati penciptanya sendiri.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Musim 1, Episod 3[]

Multi-Monster merupakan antagonis kecil setelah yang ditempatkan di tasik toksik setelah diciptakan dan diumpan oleh Probe yang menembak bola milik BoBoiBoy. Kemudian BoBoiBoy pergi ke tasik tersebut untuk mengambil bolanya. Dia menggunakan kayu untuk mengetuk bola tersebut, namun tiba-tiba muncul benda misteri. Akhirnya, Multi-Monster pun muncul dengan serba marah kerana kepalanya mengalami benjol akibat daripada ketukan kayu tadi. Selepas mengugut BoBoiBoy, Multi-Monster diserang dengan mengejut oleh BoBoiBoy Angin dan kalah. Akan tetapi, ia berpecah menjadi dua setelah kalah, dan telah meningkatkan lagi keyakinan Adu Du yang melihat pertarungan itu dari kapal angkasanya. Lantas setelah beberapa aksi pertarungan akhirnya Multi-Monster berpecah menjadi tidak terkira banyaknya, namun saiz masing-masing begitu kecil, mustahil untuk mengalahkan BoBoiBoy. Akhirnya, BoBoiBoy dapat menyiasat rancangan Adu Du melalui Multi-Monster dan kemudian melepaskannya.

Musim 1, Episod 4[]

Multi-Monster muncul dalam saiz yang kecil mula membantu BoBoiBoy yang dalam kesusahan memakan dinding coklat dalam kapal angkasa Adu Du untuk mencari jalan keluar dan digunakan oleh Ying untuk mengaktifkan kuasa Gopal untuk melarikan diri.

Musim 1, Episod 10[]

Selang musim pertama, Multi-Monster muncul sebagai watak kecil seperti yang diceritakan oleh Probe yang sedang membalas surat peminat tentang keberadaan dan pekerjaan Multi-Monster. Mereka sedang membina perkampungan baru mereka sendiri untuk memulakan kehidupan baru.

Musim 2, Episod 6[]

Multi-Monster muncul sebagai watak tambahan dalam latar lagu "Incik Boss dan Probe", sebelum ditolak oleh Adu Du kerana ia telahpun menjadi baik.

Kebolehan[]

Setiap kali kalah teruk kepada musuh, ia akan pulih dengan berpecah menjadi dua, tetapi dalam proses ini, saiznya akan semakin kecil dan kecil. Jika berpecah menjadi terlalu banyak, ia akan menjadi terlalu kecil, dan inilah merupakan kelemahan Multi-Monster.

Rupa[]

Multi-Monster ialah raksasa yang boleh bercakap dan berdiri dengan dua kaki seperti manusia. Badannya kuning kehijauan dan bersisik, dengan dada yang buncit tetapi lengan dan tungkainya kurus dan berkuku. Peranggu giginya terdiri daripada gigi yang rata di rahang atas dan gigi yang tajam dan menjongang di rahang bawahnya. Matanya hitam beriris putih.

Perwatakan[]

Multi-Monster pada asalnya bengis seperti raksasa penjahat lain, tetapi setelah dikalahkan oleh BoBoiBoy, ia menjadi mesra dan sedia membantu BoBoiBoy dan kawan-kawannya.

Trivia[]

  • Multi-Monster merupakan raksasa pertama yang dicipta oleh Adu Du yang bertujuan untuk mengalahkan BoBoiBoy.
  • Multi-Monster merupakan spesies kedua yang boleh berpecah. Spesies yang pertama ialah BoBoiBoy.
  • Menurut Komputer, sebab ia digelar Multi-Monster ialah merujuk kepada kebolehannya untuk berpecah setiap kali dikalahkan, di mana perkataan "multi" bermaksud "lebih dari satu".
  • Mereka jelas kebal terhadap objek beracun sejak Multi-Monster pertama tenggelam di tasik toksik dan seluruh Multi-Monster membuat kawasan toksik di rumah mereka.
  • Gopal takut terhadap Multi-Monster kerana mereka memiliki rupa yang mengerikan.
  • Tidak seperti manusia, Multi-Monster mempunyai kebolehan untuk makan terlalu banyak tanpa mempunyai rasa kekenyangan seperti yang ditunjukkan dalam Musim 1, Episod 4.

Petikan dialog[]

  • "Kau ingat begitu mudah? Aku tak mungkin dikalahkan!"
  • "Multi-Monster, dapatkan senjata!"
  • "Saudaraku, cepat makan!"
  • "Jasamu akan tetap ku kenang BoBoiBoy..."
  • "Muka ni lagi, asyik lambat je!"
  • "Rawr, rawr, rawr!"
  • "Aku akan tangkap kau dan makan kau!"
  • "Sekarang giliran aku pulak!"
  • "Aku akan sentiasa memerhati, dari jauh!"

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Multi-Monster

Video[]

Advertisement