BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Musim pertama siri BoBoiBoy julung kali disiarkan pada 11 Mac 2011 di TV3 dan berakhir pada 1 Januari 2012. Musim ini mempunyai 13 episod berdurasi setengah jam yang dipecahkan kepada dua bahagian.

Ringkasan[]

Bersama dengan rakannya, seorang budak lelaki yang memiliki kuasa elemental hebat melawan makhluk asing yang menggemari koko dan mahu menguasai planet kita. (Netflix)

Episod[]

Episod Tayangan perdana Jilid DVD
1 13 Mac 2011 Vol.1
2 20 Mac 2011
3 27 Mac 2011 Vol. 2
4 3 April 2011
5 3 Julai 2011 Vol.3
6 17 Julai 2011
7 24 Julai 2011 Vol. 4
8 20 November 2011
9 27 November 2011 Vol. 5
10 4 Disember 2011
11 11 Disember 2011 Vol. 6
12 18 Disember 2011
13 25 Disember 2011

Krew produksi[]

  • Disokong oleh: Multimedia Development Corporation (MDEC)
  • Diterbitkan oleh: Animonsta Studios Sdn. Bhd.
  • Pengarah: Nizam Razak, Kee Yong Pin, Yap Ee Jean, dan Dzubir Mohammed Zakaria
  • Pengarah Kreatif: Anas Abdul Aziz
  • Pengarah Seni: Mohd Safwan Abdul Karim
  • Pengarah Teknikal: Nazrul Hadi Nazlan
  • Pengarah Produksi: Kee Yong Pin
  • Pengarah Lakon Suara: Noor Ezdiani Ahmad Fawzi
  • Pengarah Aksi: Anas Abdul Aziz
  • Pengarah Animasi: Yap Ee Jean dan Dzubir Mohammed Zakaria
  • Pengarah Rendering: Faszirul Azzery Abdul Wahid
  • Pengarah Audio: Anas Abdul Aziz
  • Penceritaan oleh: Nizam Razak dan Anas Abdul Aziz
  • Penyunting: Nizam Razak
  • Penulis Skrip: Fatima Zafira Zaharan, Nurul Amanina Allim Shah, dan Azalil Aizat
  • Artis Papan Cerita: Nizam Razak dan Fatima Zafira Zaharan
  • Ketua Pemodel Karakter: Mohd Safwan Abdul Karim
  • Ketua Kompositor: Adelia Citra Hapsari
  • Pengurusan: Noor Ezdiani Ahmad Fawzi dan Nur Syahirah Ariffin

Trivia[]

  • Setiap episod dalam musim ini tidak mempunyai tajuk rasmi.
  • Animonsta Studios telah memuat naik versi Bahasa Inggeris ke YouTube dan menggabungkan bahagian 1 dan bahagian 2 bagi setiap episod, menjadikan musim pertama ini mempunyai tiga belas episod dengan durasi sepanjang 22 minit.
  • Disebabkan oleh kepopularitian siri ini, Animonsta Studios telah memutuskan untuk menambah Extended Finale sebagai tayang ulang dari Musim 1, Episod 13, di mana babaknya bermula apabila BoBoiBoy mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawannya sebelum memasuki ke dalam keretapi (Di TV3, ia pada asalnya menunjukkan babak yang dipotong dari Musim 1, Episod 10 dan Musim 1, Episod 11).
  • Untuk musim ini, episod pembukaan dan penutup telah diberikan babak tambahan atau extended version. Episod terakhir diberikan babak tambahan pada 1 Januari 2012, manakala episod pertama pula diberikan babak tambahan pada 13 Mac 2021 sempena ulang tahun penerbitan BoBoiBoy selama sepuluh tahun.

Galeri[]

Video[]

Advertisement