FANDOM


Ini merupakan episod keenam siri BoBoiBoy. Episod ini disiarkan di TV3 pada 17 Julai 2011.

Ringkasan

Adu Du menyeksa BoBoiBoy dan meningkatkan kuasanya, tidak lama lagi dia terpaksa memusnahkan kawannya dan mendapatkan resipi rahsia Tok Aba.

Plot

Episod 11

Bbbpetir dlm tahanan adudu

BoBoiBoy Petir jatuh dalam tahanan Adu Du.

BoBoiBoy Petir berada di tangan Adu Du dan terbaring di atas katil penahan. Adu Du menjelaskan bahawa ketika ditanam, dia merancang untuk menangkap salah seorang daripada tiga BoBoiBoy supaya mereka tidak boleh mencantum semula. Masalah ingatan BoBoiBoy petir nyata semakin teruk apabila terlupa nama Adu Du ketika mencemuhnya. Adu Du menegaskan bahawa dia sudah mempunyai empat benda, iaitu koko Tok Aba, Super Probe, BoBoiBoy Petir dan "buku resipi turun-temurun Koko Tok Aba" untuk komplot jahatnya. Adu Du membuka buku itu dan membacakan isi kandungan buku sekuat hati, tetapi rupa-rupanya itu catatan hutang Gopal kepada Tok Aba.

Sementara itu, Tok Aba menjelaskan perkara menyamarkan buku hutang itu kepada kawan-kawan BoBoiBoy. Gopal teruja kerana hutangnya dianggap dihapus kira kerana buku itu sudah lenyap. Apapun, Tok Aba menegaskan bahawa Gopal masih berhutang walau apa pun. Yaya bertanya, mengapa Tok Aba memerlukan buku itu walaupun kuat ingatannya, Tok Aba menjelaskan bahawa dia bakal mewariskan kedai kokonya kepada BoBoiBoy dan dengan itu, dia akan tahu siapa yang masih berhutang kepada kedai koko.

Tiba-tiba, Ochobot tergesa-gesa meluru ke kedai koko untuk memberitahu mereka bahawa dua pecahan BoBoiBoy yang masih bebas sedang bergaduh sesama sendiri. Tok Aba dan yang lain semua pun bergegas ke padang untuk menghalang BoBoiBoy tanah dan BoBoiBoy angin. Rupanya mereka sudah lupa bahawa mereka merupakan hasil satu orang budak lelaki yang berpecah menjadi tiga, sehingga mereka saling menuduh satu sama lain kerana menyamar sebagai BoBoiBoy.

Sementara itu, setelah gagal memeras resipi Tok Aba daripada BoBoiBoy petir, Adu Du mengambil jalan keluar dengan menyeksanya di dalam bilik seksaan sehingga dia dapat tahu resipi itu, tanpa menghiraukan bahawa masalah ingatannya itu bukan olok-olok. Ketika semakin rapat menuju bilik seksaan, BoBoiBoy Petir cuba melepaskan diri dengan Keris Petir tetapi tidak berkesan. Pintu masuk bilik seksaan itu nyata menggerunkan kerana berhias duri-duri tajam. Adu Du dengan tidak sabarnya membuka pintu itu...

Komputer dengan gaya ala badut

Komputer berhias ala badut.

Tiba-tiba, Adu Du dikejutkan oleh bilik seksaan yang dihias semula menjadi tempat parti. Probe menjelaskan bahawa bilik seksaan dihias semula kerana mereka wajar meraikan kemenangan pertama mereka ke atas BoBoiBoy. Dengan marahnya, Adu Du menanya Komputer (yang berhias seperti badut) sama ada adanya bilik lain, lantas dibalas dengan jawapan tidak dan rebah.

Adu Du dan balon

Adu Du meniup belon sampai saiz paling besar.

Probe memberi bosnya sebiji belon, dan secara kebetulan, bunyi kesatan belon membongkar satu lagi kelemahan BoBoiBoy iaitu takut akan belon pecah. Oleh itu, Adu Du dan konco-konconya meletupkan belon-belon di bilik itu sebagai seksaan untuk BoBoiBoy Petir. Seksaan itu diakhiri dengan Adu Du mengisi udara belon besar-besar, kemudian dicucuk oleh Komputer.
Vlcsnap-2012-03-30-21h20m06s10

Munculnya BoBoiBoy Halilintar!

Rasa terseksa BoBoiBoy Petir memuncak sehingga dia naik darah, bertukar rupa menjadi budak yang berpakaian serba merah dan bermata merah dan melepaskan diri daripada katil itu. BoBoiBoy itu berpakaian serba merah hitam, bermata merah, dan berbahasa biadab. Adu Du menyuruh Probe menahannya semula, maka Probe bertukar menjadi Super Probe dan menyerangnya, tetapi mudah tewas kepada BoBoiBoy Petir yang bertambah perkasa itu dengan hanya dua bilah Keris Ketir. BoBoiBoy Petir berjalan ke arah Adu Du dengan rasa penuh kemarahan, sambil menanya Adu Du mengapa dia dilayan sebegitu. Adu Du tergagap untuk menjawabnya, tetapi mujurlah Probe memberikan jawapan yang mudah dipercayai, iaitu untuk hari jadi BoBoiBoy itu. BoBoiBoy Halilintar berterima kasih kepada Adu Du kerana membuat parti, menandakan bahawa ingatannya semakin teruk sehingga dia menyangka Adu Du dan konco-konconya ialah kawan-kawannya.

Episod 12

Dalam rumah Tok Aba, BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Angin tiba-tiba dihentak oleh Gopal dengan kuali leper kerana menyangka bahawa ini akan memulihkan ingatan mereka, kononnya seperti yang ditonton dalam TV. Tiba-tiba lagi, Gopal pun dipukul oleh Ochobot dengan kuali leper sehingga kepalanya berbenjol. Ying dan Yaya meluru kembali ke rumah setelah gagal mencari kapal angkasa Adu Du.

Loceng pintu berbunyi, dan Yaya pergi menyambut pintu. BoBoiBoy Petir sudah balik dengan rupa barunya. Semua orang di rumah pun bergegas ke pintu untuk menyambutnya, tetapi BoBoiBoy itu memberikan balasan yang dingin dan mengakuinya sebagai "Ada Da" kerana diubah oleh Adu Du. Gopal menghentak kepalanya dengan kuali leper, juga demi membetulkan ingatan semula. Akan tetapi, ini hanya membuat BoBoiBoy semakin bengis, lantas melontarkan Pedang Halilintar ke merata tempat sehingga menyebabkan kemusnahan, sambil menjadikan Gopal sebagai sasaran.

Gopal berlari lintang-pukang di laman sambil dikejar oleh Ada Da, sehingga seluarnya dibakar oleh panahan petir itu juga. Ying dan Yaya menegur tindakannya itu, kemudian Adu Du dan Probe tampil untuk mengaku sebagai "kawan baik" Ada Da. Tok Aba pun bergegas ke laman untuk menengking Adu Du apa yang telah dibuat pada cucunya. Adu Du menjelaskan bahawa dia telah memberitahu "perkara sebenar" kepada Ada Da, iaitu memutar belit siapa kawan dan musuhnya.

Yaya terbang meluru ke arah Adu Du sambil melancarkan Tumbukan Padu, tetapi dihalang oleh Ada Da yang mengenakan Pedang Halilintar yang sungguh kuat sehingga melayangkan Yaya dan Ying sekali. Ying mendapat satu idea apabila terlihat tayar terbuang di tepi laman, kemudian menyuruh Yaya memukul tayar-tayar yang dihantar oleh Ying ke langit, dan menyuruh Gopal menukarnya menjadi makanan. Gopal menggunakan kuasa "Penukaran Biskut Yaya" untuk membuat tayar-tayar itu bertukar menjadi biskut lalu menimbus Ada Da. Tanpa sedar, Gopal mengejek Ada Da merasakan keseksaan biskut Yaya sehingga menyinggung perasaan Yaya. Gopal cuba mengalih perhatian Yaya, tetapi tidak berkesan.

Ada Da akhirnya bangkit dari timbusan biskut gergasi lalu menewaskan Yaya, Ying dan Gopal sampai pengsan dengan renjatan bebola kilat. Dengan itu, Adu Du dengan mudahnya memeras Tok Aba demi resipi kokonya dengan Ada Da sebagai alat. Tok Aba cuba menyedarkannya semula, bahawa BoBoiBoy jahat itu cucunya, tetapi mudah ditangkis oleh Adu Du. Mujurlah dua BoBoiBoy lain sempat tiba untuk menghalang perbuatan satu lagi BoBoiBoy yang tercemar minda itu.

Vlcsnap-2012-06-12-16h04m55s169

Disebabkan BoBoiBoy Halilintar masih tidak menerima bahawa dia bukan seperti yang dicakapkan oleh Adu Du, BoBoiBoy Tanah dan angin bersatu untuk melawannya habis-habisan. Walaupun bertungkus-lumus dengan kuasa elemen masing-masing sehingga hampir berjaya, namun Ada Da tetap terlalu lasak untuk mereka berdua sehingga dia menggunakan Kilauan Kilat dan Gerakan Kilat untuk menumpaskan mereka berdua dengan renjatan kuat.

Apabila Ada Da hampir melengkapkan kemenangan buat pihak penjahat dengan menghapuskan dua BoBoiBoy yang lain dan kawan-kawan mereka, Probe tersebut perkataan "Terbaik" lalu membuat Ada Da tiba-tiba terkenang zaman silam. Akhirnya, dia mengingati semula identiti sebenarnya sebagai BoBoiBoy, sungguhpun daya ingatannya masih tidak memuaskan, dan menyedari bahawa Adu Du telah menipunya dan memperalatkannya selama ini. Sebagai hukuman, BoBoiBoy Halilintar mengenakan dua bilah Pedang Halilintar terhadap Adu Du dan Probe.

Setelah perlawanan itu tamat, Gopal sempat menyuruh ketiga-tiga BoBoiBoy bercantum semula menjadi satu sebelum keadaan bertambah teruk lagi.

Watak-watak

Watak Baik

Watak Jahat

Trivia

Video


L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri
BoBoiBoy (BoBoiBoy Reborn) | Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | BoBoiBoy Galaxy | Sahabat Cilik SPRM | BoBoiBoy Galaxy Special
Episod

BoBoiBoy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Extended Finale
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26

BoBoiBoy Galaxy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24
Watak

BoBoiBoy

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Super Probe | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Yah | Tukang Pos | Pakcik Kumar | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Cikgu Timi | Iwan | Amar Deep | Suzy | Amy | Siti | Stanley | Nana | Melissa | Melody | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Malik Osman | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Nurul Julie Juliana | Shamsul Rizal Sabri | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Uncle Yim | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | BoBoiBoy Api | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Raksasa Perisai | Bapa BoBoiBoy | Kapten Kaizo | Lahap

BoBoiBoy: The Movie

Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Koko Ci | Robot T | Nenek Sayur | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Thorn | BoBoiBoy Solar

BoBoiBoy Galaxy

MotoBot | Kapten Separo | Konco Lanun | Alien Mop | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M. | Gijimo | CetakBot | RompakBot | EmotiBot | Jagara | DataBot | Robot Lanun | Kapten Vargoba | StealthBot | Nut | BoBoiBoy Cahaya | Ramenman | MagnetBot

Lain-lain

Captain Munch | Raksasa Bengkok | Raksasa Gula | Terra | Coral | Oake | Kapten MACC | Lelabah Kristal
Filem
BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy: The Movie 2
Tempat
Planet Bumi | Malaysia | Pulau Rintis | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Bulan | Rumah Tok Aba | Tok Aba's Kokotiam | Planet Ata Ta Tiga | Kedai Runcit | Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Kedai Game Ah Beng & Sons | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Hospital Alien Really Amazing Marvellous/Hospital H.A.R.A.M | Pulau Terapung | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Koloni Lanun Angkasa | Planet Kasuta | Planet Brotora | Planet Junkberg | D'Sosej | Kapal Arkib Angkasa | Planet Oroq | Stesen Sunnova | Markas TEMPUR-A
Lagu
BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Hang on Tight | Lagu Hindustan Gopal | Suasana di Hari Raya | Incik Boss dan Probe | Treler Antarbangsa BoBoiBoy | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Lagu Tidur Gopal | Lagu Tidur Fang | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba
Soundtrack

BoBoiBoy

Lagu Tema BoBoiBoy | Bersedia | BoBoiBoy dan Kawan-kawan | Adu Du dari Planet Ata Ta Tiga | Ketibaan di Pulau Rintis | Rumahku Syurgaku | Bahaya Akan Berlaku | Serangan Adu Du! | Pertarungan Bermula! | Kemarahan Adu Du | Lari dan Sembunyi! | Eksperimen Gila | BoBoiBoy Hero Kita | Bilik Penyeksaan | Kebangkitan BoBoiBoy Halilintar | Kemuliaan Papa Zola | Pemain Retro | Kata-kata Terakhir Papa Zola | Seguni Mawar Merah | Ketibaan BoBoiBoy Taufan | Azroy & Sasha Bersatu | Selamat Tinggal BoBoiBoy | Lagu Tema BoBoiBoy (Inggeris) | Bersedia (Inggeris) | Tema Utama (Instrumental) | Bersedia (Instrumental) | Tema BoBoiBoy Halilintar | Tema Papa Zola | Tema BoBoiBoy Taufan | Tema Fang | Tema BoBoiBoy vs Fang | Tema Kucing Sewel | Tema Ejo Jo | Tema BoBoiBoy & Kawan-kawan | Tema Trio Kebenaran | Tema Wak Baga Ga | Tema Rob, Robert & Roberto Santana | Tema Pertarungan Di Bulan | Tema Permainan Papa Zola | Tema Mama Zila | Tema Kumpulan Gerombolan Kejahatan | Tema BoBoiBoy Api | Tema BoBoiBot | Tema BoBoiBoy vs BoBoiBot | Tema BoBoiBoy Air | Tema Kapten Kaizo | Tema Teaser BoBoiBoy: The Movie

BoBoiBoy: The Movie

Pasukan Tengkotak | BoBoiBoy Superhero Kita | Mencari Klamkabot | Markas Kotak | Tibanya Tengkotak | Empayar Bisnes Mencandat Sotong Kebenaran | Masih Di Sini (Instrumental) | Sfera Kuasa Generasi Pertama | Kilang Sfera Kuasa | J-Rex Mengganas | Gaga Naz Menyerang | Klamkabot Ditangkap | Lab Sfera Kuasa | 2 Sfera 1 Kuasa | Setia Kawan | Teleportasi Diaktifkan | Bora Ra Menyerang | Maafkan Aku Ochobot | Aku Akan Tamatkan Semua Ni | Lohong Hitam Gargantua | Bersama Kita Berjuang | Selagi Kita Bersama | Di Bawah Langit Yang Sama (Instrumental)

BoBoiBoy Galaxy

BoBoiBoy Dan Kawan-Kawan | Kapten Separo Dan Lanun Angkasa | Pertarungan Bermula | Adu Du Dan Konco Kejahatan | Misi Penyamaran Tapops | Ancaman Alien | Lepaskan Kuasamu | Pertarungan Sengit | Selamatkan Power Sphera | Kembara Ke Planet Gurunda | Tema BoBoiBoy Cahaya | Tema BoBoiBoy Daun | Pertarungan Terakhir (Kapten Kaizo, Halilintar & Jugglenaut) | Kekalahan BoBoiBoy | Tema BoBoiBoy Solar
Permainan
BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run
Lihat juga
Animonsta Studios | Movie Animation Park Studios | Lawak Kampus x BoBoiBoy Galaxy