FANDOM


Ini merupakan episod ketujuh siri BoBoiBoy. Episod ini disiarkan di TV3 pada 31 Julai 2011.

Ringkasan

Adu Du dan Probe memerangkap BoBoiBoy dan Gopal di dalam permainan video sebagai pembalasan mereka, bolehkah mereka keluar dari permainan atau akan menjadi perangkap selama-lamanya?

Plot

Episod 13

Papa zola vs raksasa tidur

Raksasa Tidur malas hendak melayan Papa Zola.

Dalam episod kali ini, Papa Zola melawan seekor lagi raksasa jahat di pusat bandar Kuala Lumpur. Sewaktu Papa Zola memperkenalkan diri, raksasa itu terlelap sekejap kerana kebosanan. Rupanya, ia merupakan Raksasa Tidur yang memancarkan gelombang yang membuat lawannya tidur. Mujurlah, kesan gelombang tidur pada Papa Zola tidak kekal lama juga, kerana "kebenaran tak pernah tidur".

Tiba-tiba, set TV dalam rumah Tok Aba ditutup oleh BoBoiBoy sewaktu Gopal leka menonton siri kartun Papa Zola di TV, atas alasan bahawa ceritanya "tidak logik" kerana latar tempatnya kelihatan serba kekosongan dan kisahnya yang asyik berulang-ulang. Gopal membidas komen BoBoiBoy tentang Papa Zola bahawa animasi itu susah untuk dibuat. Apapun, Gopal berjaya mengajak BoBoiBoy bermain permainan video "Papa Zola 5: Kebenaran di Lorong Kegelapan" walaupun BoBoiBoy tidak memandang tinggi siri TV Papa Zola.

Sementara itu, Probe leka menyanyi lagu tema BoBoiBoy sambil mengemas kapal angkasa Adu Du, sehingga dikejutkan oleh Adu Du yang bertanya lagu apa yang dinyanyikannya. Probe dengan cepatnya membetulkan lagunya supaya kedengaran seperti memuji majikannya dan dengan itu, berjaya memuaskan hati Adu Du.

Adu Du pun duduk di atas kerusinya sambil menanya Komputer apa yang dilakukan oleh BoBoiBoy. Jawab Komputer, BoBoiBoy sedang bermain permainan Papa Zola. Adu Du tertanya-tanya apa itu Papa Zola, lalu diperli oleh kedua-dua orang bawahannya kerana "ketinggalan zaman". Probe pun terbeli satu salinan Papa Zola 5. Apapun, Adu Du merampas permainan itu dan menyuruh Komputer untuk menyediakan koko Tok Aba dan peralatan yang diperlukan untuk menghidupkan permainan itu.

Sewaktu BoBoiBoy dan Gopal baru menghidupkan permainan Papa Zola 5, Tok Aba balik ke rumah untuk meminta BoBoiBoy menolongnya. BoBoiBoy meminta datuknya menunggu lima minit, tetapi dia dan Gopal terus leka bermain sehingga lima jam. Di akhir lima jam itu, Tok Aba dan Ochobot pun pulang dengan rasa kepenatan setelah membuat kerja berat. Tok Aba pun menegur BoBoiBoy dan Gopal kerana leka sangat bermain sehingga mereka "boleh masuk" ke dalam permainan itu.

Tiba-tiba sahaja, kilauan cahaya terpancar dari kaca TV dan menyerap BoBoiBoy dan Gopal ke dalam set. Mereka berdua benar-benar memasuki permainan itu, menyebabkan Tok Aba kesal kerana bermulut masin tadi. Ini nyata satu lagi angkara Adu Du untuk mengatasi BoBoiBoy dan kawan-kawan, kerana Probe pun berada dalam permainan itu. BoBoiBoy dan Gopal tidak dapat bergerak sendiri dalam permainan ini, maka Ochobot dan Tok Aba terpaksa mengawal pergerakan mereka dengan alat kawalan dari luar skrin permainan, barulah boleh menangkis dan melawan musuh.

Dengan kawalan Ochobot dan Tok Aba, BoBoiBoy dan Gopal mampu melawan Probe. Adu Du menyuruh Probe berundur dahulu. BoBoiBoy tertanya bagaimana untuk keluar dari permainan itu, maka Probe berpatah balik untuk mencabar mereka memenangi permainan ini, jika tidak mereka akan terperangkap selama-lamanya. Dengan marahnya Adu Du membidas tindakan Probe mendedahkan rahsia kepada musuh dengan melontarkan koleh besi yang kosong menembusi skrinnya ke arah Probe di dalam permainan.

Apapun, setelah Probe berundur lagi, BoBoiBoy dan Gopal berhadapan dengan musuh-musuh yang sedia ada dalam Papa Zola 5. Ochobot meminta Tok Aba "melompat" untuk membantu Gopal melepasi serangan musuh, tetapi Tok Aba sendiri yang melompat padahal Ochobot memaksudkan menekan butang pada alat kawalan; akibatnya, Gopal kehilangan satu nyawa. Apapun, Tok Aba dapat membiasakan diri dengan permainan dan berjaya membantu cucunya dan Gopal mengatasi rintangan dalam permainan itu.

Disebabkan prestasi baik yang ditunjukkan oleh BoBoiBoy dan Gopal dalam permainan itu, Adu Du mengarahkan Probe keluar balik untuk mengacau mereka. Tok Aba dikejutkan oleh ancaman peluru ke arah cucunya lalu menyuruh Ochobot mengelak, sambil melompat ke tepi sampai memeluk Ochobot. Dengan itu, BoBoiBoy pun hilang satu nyawa. Mujurlah Ochobot mendapat cara untuk menangkis serangan Probe; tembakan kuasa BoBoiBoy dan Gopal mampu dihidupkan dalam permainan itu dengan kombinasi butang kawalan yang betul. Dengan mudahnya BoBoiBoy dan Gopal menewaskan Probe (dengan pertolongan Ochobot dan Tok Aba).

Episod 14

Yaya termenung dalam rumah, selalu merenungkan kegagalannya menjual biskut buatan sendiri dan komen kawan-kawannya tentang rasa biskutnya itu. Dia terkenang pada suatu masa dahulu, apabila bapa Gopal pengsan setelah termakan sebiji biskut Yaya lalu dikejarkan ke hospital, sehingga Yaya ditegur oleh Gopal sendiri. Dengan itu, Yaya mencuba sebiji biskut sendiri, tetapi tidak sempat biskut itu masuk ke dalam mulut, Yaya dikejutkan oleh Ochobot yang meminta tolong.

BoBoiBoy dan Gopal masih terperangkap dalam permainan Papa Zola 5 kerana angkara Adu Du, dan Tok Aba (yang mengawal Gopal) sudah tidak larat bermain demi nyawa mereka. Oleh itu, Ochobot meminta bantuan Yaya untuk mengambil tempat Tok Aba dan menolong kawan-kawannya menghabiskan permainan itu dengan jayanya. Walaupun Yaya gemuruh dengan hal yang melibatkan nyawa BoBoiBoy dan Gopal (yang cuma tinggal satu nyawa), namun Tok Aba dan Ochobot menaruh harapan kepadanya juga.

Pada mulanya, Yaya terhegeh-hegeh kerana rasa kasihan dengan askar musuh dalam permainan, sehingga Gopal tidak berbuat apa dan menyerahkan semua kerja kepada BoBoiBoy. Pergerakan Gopal yang makin berundur mendorong Adu Du untuk memaksa mereka berdua bergerak ke hadapan. Setelah kian dicabar dengan musuh, akhirnya Yaya tidak teragak-agak dengan membantu Gopal bermain dengan penuh keyakinan.

Semakin lama bermain, semakin yakin dan selesa Yaya mengawal watak Gopal dalam permainan ini di samping Ochobot yang mengawal BoBoiBoy, apatah lagi menggondol dua nyawa tambahan untuk Gopal, sehingga membuat Adu Du ternganga dan Tok Aba hairan bertanya akan kehebatan Yaya bermain. Jawab Yaya, dia mahir kerana pernah bermain Papa Zola 5 dahulu.

20 minit berlalu, akhirnya BoBoiBoy dan Gopal sampai di peringkat terakhir dan disambut oleh Probe. Adu Du menyuruh Komputer membuatnya menjadi Super Probe. Tiba-tiba, Yaya menyerahkan alat kawalannya kepada Tok Aba gara-gara larangan bermain permainan video lebih setengah jam oleh ibu bapanya walaupun ini soal hidup mati untuk BoBoiBoy dan Gopal. Dengan itu, Tok Aba merehatkan permainan dan menelefon orang tua Yaya untuk menjelaskan perihal BoBoiBoy dan Gopal terperangkap dalam permainan, akhirnya, Yaya mendapat tambahan 15 minit.

Dengan masa tambahan ini, Yaya dan Ochobot dengan mudah dan cepatnya lagi menewaskan Super Probe itu tanpa banyak diserang balas oleh musuhnya. Setelah Probe tewas, Adu Du menyuruh Komputer untuk memasukkannya ke dalam permainan itu untuk menguruskan BoBoiBoy dan Gopal sendiri. Di dalam permainan, Adu Du menyeru supaya Probe bertukar menjadi Super Duper Probe, sebuah watak bos gergasi yang pasti menyukarkan permainan.

Yaya menghentikan permainan sekali lagi kerana tidak pernah bermain sampai ke tahap itu. Dia meminta Tok Aba supaya memanggil Ying ke mari kerana dialah yang pernah menang habis Papa Zola 5. Ketika menelefon telefon bimbit Ying, Ying tiba-tiba muncul di dalam rumah Tok Aba dengan kelajuan luar biasanya. Setelah mendengar penjelasan tentang apa yang Adu Du buat pada BoBoiBoy dan Gopal, Ying terus ke depan skrin permainan video untuk mengambil alih kawalan BoBoiBoy, sambil mengarahkan Yaya untuk menumpaskan Super Duper Probe.

Bbbx3 dan gopal menang game

BoBoiBoy dan Gopal memenangi peringkat akhir permainan.

Super Duper Probe meragut satu nyawa daripada BoBoiBoy dan Gopal dengan tembakan laser dari matanya, sehingga mereka berdua tinggal satu nyawa sahaja setiap satu. Dalam peluang terakhir mereka, Ying dan Yaya menyasarkan BoBoiBoy dan Gopal ke arah mata Super Duper Probe. Adu Du mengarahkan Probe melancarkan peluru besar untuk menghujani dua musuhnya, tetapi Yaya sempat menangkis hujan peluru dengan kuasa makanan Gopal. Akhirnya, Ying memecahkan BoBoiBoy kepada tiga untuk menghabiskan Adu Du dan Probe dalam permainan.Setelah kalah teruk sekali lagi di tangan BoBoiBoy, Adu Du mengarahkan Komputer mengeluarkan mereka semua daripada permainan itu, termasuk BoBoiBoy dan Gopal. Setelah keluar dari permainan, BoBoiBoy dan Gopal ditegur oleh Tok Aba kerana lama sangat bermain sampai lupa akan dunia. Proses mengeluarkan mereka dari permainan itu tanpa sengaja mengeluarkan Papa Zola ke dunia BoBoiBoy, sehingga membuat hari yang paling indah buat Gopal.

Trivia

  • Ia tidak diketahui bagaimana Yaya tdia bisa mendengar perbincangan Ying tentang biskutnya dengan berkata "Haiya, biskutnya tak sedap ma! Kalo makan boleh pengsan wo!" dalam Musim 1, Episod 2.
  • Adu Du berkata perkataan "bodoh" sekali lagi yang dipotong di Disney Channel Asia kerana dianggap sebagai perkataan yang buruk, terutama untuk kanak-kanak, untuk mendengar. Dia pertama kali menyebutnya dalam Musim 1, Episod 1 yang tidak dipotong dan diredamkan. (dalam versi bahasa Inggeris Youtube, dia berkata "Robot tak guna". Walaupun, makna yang lebih mesra kanak-kanak dan sopan untuk perkataan bergaris adalah "sakit kepala".)
  • Ini adalah episod pertama di mana Probe menyatakan "Permainan terbaik di abad ni", dia menyatakannya lagi dalam Musim 1, Episod 10 sebagai "Buku temuduga terbaik di abad ni".
  • Dalam versi Bahasa Inggeris YouTube, "Papa Zola 5: Kebenaran di Lorong Kegelapan" dipanggil "Papa Zola 5: Truth In the Alley of Darkness".
  • Sekiranya anda mendengar dengan teliti apabila Tok Aba bercakap dengan Makcik Yah di dalam telefon, anda boleh mendengar bahawa Makcik Yah menjawab "popet", yang merupakan salah satu kata perihalan Probe.
  • Babak BoBoiBoy, Gopal, Adu Du, Probe dan Papa Zola di dalam permainan muncul di latar belakang kredit Musim 3.
  • Ini merupakan kemunculan pertama siri televisyen Papa Zola. Yang kedua ialah Musim 2, Episod 9 dan ketiga ialah Apa Kata Yaya: Jimat Elektrik.
  • Papa Zola terbang di angkasa
    Jika anda melihat dengan teliti, pada 14:56 dalam versi bahasa Inggeris YouTube, anda dapat melihat Papa Zola terbang di latar belakang di luar angkasa. Ini mungkin bermakna dia boleh bernafas di ruang atau di mana tidak ada oksigen tetapi ini tidak ditunjukkan di tempat lain di dalam siri ini.
  • Moral dari episod ini juga mengajarkan para adik-adik dan penonton agar jangan memainkan permainan video terlalu lama.
  • Permainan Papa Zola 5 sangat mirip dengan permainan Super Mario. Kedua-dua permainan adalah gaya platform dan dua watak utama sama ada menyerang musuh dengan gerakan khas atau melompat ke atasnya untuk mengalahkan mereka.

Video


L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri
BoBoiBoy (BoBoiBoy Reborn) | Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | BoBoiBoy Galaxy | Sahabat Cilik SPRM | BoBoiBoy Galaxy Special
Episod

BoBoiBoy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Extended Finale
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26

BoBoiBoy Galaxy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24
Watak

BoBoiBoy

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Super Probe | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Yah | Tukang Pos | Pakcik Kumar | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Cikgu Timi | Iwan | Amar Deep | Suzy | Amy | Siti | Stanley | Nana | Melissa | Melody | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Malik Osman | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Nurul Julie Juliana | Shamsul Rizal Sabri | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Uncle Yim | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | BoBoiBoy Api | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Raksasa Perisai | Bapa BoBoiBoy | Kapten Kaizo | Lahap

BoBoiBoy: The Movie

Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Koko Ci | Robot T | Nenek Sayur | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Thorn | BoBoiBoy Solar

BoBoiBoy Galaxy

MotoBot | Kapten Separo | Konco Lanun | Alien Mop | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M. | Gijimo | CetakBot | RompakBot | EmotiBot | Jagara | DataBot | Robot Lanun | Kapten Vargoba | StealthBot | Nut | BoBoiBoy Cahaya | Ramenman | MagnetBot

Lain-lain

Captain Munch | Raksasa Bengkok | Raksasa Gula | Terra | Coral | Oake | Kapten MACC | Lelabah Kristal
Filem
BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy: The Movie 2
Tempat
Planet Bumi | Malaysia | Pulau Rintis | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Bulan | Rumah Tok Aba | Tok Aba's Kokotiam | Planet Ata Ta Tiga | Kedai Runcit | Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Kedai Game Ah Beng & Sons | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Hospital Alien Really Amazing Marvellous/Hospital H.A.R.A.M | Pulau Terapung | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Koloni Lanun Angkasa | Planet Kasuta | Planet Brotora | Planet Junkberg | D'Sosej | Kapal Arkib Angkasa | Planet Oroq | Stesen Sunnova | Markas TEMPUR-A
Lagu
BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Hang on Tight | Lagu Hindustan Gopal | Suasana di Hari Raya | Incik Boss dan Probe | Treler Antarbangsa BoBoiBoy | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Lagu Tidur Gopal | Lagu Tidur Fang | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba
Soundtrack

BoBoiBoy

Lagu Tema BoBoiBoy | Bersedia | BoBoiBoy dan Kawan-kawan | Adu Du dari Planet Ata Ta Tiga | Ketibaan di Pulau Rintis | Rumahku Syurgaku | Bahaya Akan Berlaku | Serangan Adu Du! | Pertarungan Bermula! | Kemarahan Adu Du | Lari dan Sembunyi! | Eksperimen Gila | BoBoiBoy Hero Kita | Bilik Penyeksaan | Kebangkitan BoBoiBoy Halilintar | Kemuliaan Papa Zola | Pemain Retro | Kata-kata Terakhir Papa Zola | Seguni Mawar Merah | Ketibaan BoBoiBoy Taufan | Azroy & Sasha Bersatu | Selamat Tinggal BoBoiBoy | Lagu Tema BoBoiBoy (Inggeris) | Bersedia (Inggeris) | Tema Utama (Instrumental) | Bersedia (Instrumental) | Tema BoBoiBoy Halilintar | Tema Papa Zola | Tema BoBoiBoy Taufan | Tema Fang | Tema BoBoiBoy vs Fang | Tema Kucing Sewel | Tema Ejo Jo | Tema BoBoiBoy & Kawan-kawan | Tema Trio Kebenaran | Tema Wak Baga Ga | Tema Rob, Robert & Roberto Santana | Tema Pertarungan Di Bulan | Tema Permainan Papa Zola | Tema Mama Zila | Tema Kumpulan Gerombolan Kejahatan | Tema BoBoiBoy Api | Tema BoBoiBot | Tema BoBoiBoy vs BoBoiBot | Tema BoBoiBoy Air | Tema Kapten Kaizo | Tema Teaser BoBoiBoy: The Movie

BoBoiBoy: The Movie

Pasukan Tengkotak | BoBoiBoy Superhero Kita | Mencari Klamkabot | Markas Kotak | Tibanya Tengkotak | Empayar Bisnes Mencandat Sotong Kebenaran | Masih Di Sini (Instrumental) | Sfera Kuasa Generasi Pertama | Kilang Sfera Kuasa | J-Rex Mengganas | Gaga Naz Menyerang | Klamkabot Ditangkap | Lab Sfera Kuasa | 2 Sfera 1 Kuasa | Setia Kawan | Teleportasi Diaktifkan | Bora Ra Menyerang | Maafkan Aku Ochobot | Aku Akan Tamatkan Semua Ni | Lohong Hitam Gargantua | Bersama Kita Berjuang | Selagi Kita Bersama | Di Bawah Langit Yang Sama (Instrumental)

BoBoiBoy Galaxy

BoBoiBoy Dan Kawan-Kawan | Kapten Separo Dan Lanun Angkasa | Pertarungan Bermula | Adu Du Dan Konco Kejahatan | Misi Penyamaran Tapops | Ancaman Alien | Lepaskan Kuasamu | Pertarungan Sengit | Selamatkan Power Sphera | Kembara Ke Planet Gurunda | Tema BoBoiBoy Cahaya | Tema BoBoiBoy Daun | Pertarungan Terakhir (Kapten Kaizo, Halilintar & Jugglenaut) | Kekalahan BoBoiBoy | Tema BoBoiBoy Solar
Permainan
BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run
Lihat juga
Animonsta Studios | Movie Animation Park Studios | Lawak Kampus x BoBoiBoy Galaxy