BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Musim 1, Episod 8 (juga dipasarkan sebagai Musim 1, Episod 15 & 16) merupakan episod kelapan siri BoBoiBoy. Episod ini disiarkan di TV3 pada 20 November 2011.

Ringkasan[]

Setelah menyelamatkan BoBoiBoy dan Gopal dari permainan, Papa Zola masuk ke dunia nyata, pada masa yang sama Raksasa Tidur juga keluar dan bekerjasama dengan Adu Du dan Probe.

Plot[]

Episod 15[]

Papa zola dan gopal

Papa Zola menerima Gopal sebagai anak buahnya.

Papa Zola terkeluar dari permainan video yang mana BoBoiBoy dan Gopal baru keluar dari perangkap oleh Adu Du di episod yang lepas. Gopal berasa amat teruja melihat idolanya menjelma di alam nyata, sedangkan Papa Zola berasa tidak senang dengan persekitaran barunya. Gopal memperkenalkan dirinya sebagai peminat nombor satu Papa Zola, tetapi Papa Zola menguji kesetiaannya dengan bertanya mengapa dia selalu memakai tali pinggang bertanda "P". Jawab Gopal, kebenaran tidak memerlukan lesen, dan jawapan itu tepat. Gopal dengan terdesaknya merayu Papa Zola agar menjadikannya sebagai anak muridnya; untuk itu, Papa Zola memintanya masak nasi goreng kampung kerana lapar.

Vlcsnap-2012-09-01-17h23m59s71

Selamat Pagi Cikgu!

Sementara itu, kapal angkasa Adu Du dikejutkan dengan kehadiran Raksasa Tidur yang juga terkeluar dari permainan video Papa Zola. Setelah bertikam lidah seketika, raksasa itu akhirnya akur kepada kekuasaan Adu Du dan ditugaskan untuk menghapuskan BoBoiBoy. Akan tetapi, raksasa itu membawa tabiat tidur di tengah masa orang bercakap ke alam nyata, sehingga Adu Du nyaris patah hati.

Di ruang makan rumah BoBoiBoy, Gopal menghidangkan nasi goreng kampung kepada tok guru barunya, Papa Zola seperti yang disuruh tadi. Apabila ditanya siapa yang masak, Gopal menjelaskan dan menunjuk cara bahawa nasi goreng itu diubah bentuk daripada selipar hasil kuasa menukar objek menjadi makanan. Papa Zola terkejut dan tersinggung melihat penjelasan Gopal itu dan menegurnya atas perbuatan yang "salah dan tak bermoral" itu. BoBoiBoy masuk ke dalam ruang makan dengan Yaya dan Ying sambil memerli Gopal. Yaya memberi Papa Zola makan sebiji biskutnya, dan seperti yang dikhuatiri, Papa Zola pengsan setelah merasa biskut yang tidak sedap itu. Gopal sekali lagi mengutuk biskut Yaya, tetapi Tok Aba sempat masuk untuk menegur mereka daripada bergaduh.

Keriuhan dalam dapur disampuk oleh suara Adu Du yang membawa hadiah istimewa kepada BoBoiBoy di depan rumahnya. Probe bertanya apa hadiah itu, dan Adu Du dengan geramnya menjawab Raksasa Tidurlah hadiah itu. BoBoiBoy dan kawan-kawan keluar untuk bertentang mata dengan Adu Du dan senjata barunya, tetapi Yaya dan Ying tergelak kerana melihat sebuah kotak hadiah besar. Probe menjelaskan bahawa Raksasa Tidur dibungkus dalam kotak hadiah kerana ia merupakan hadiah. Dengan rasa marah atas tindakan Probe yang mengaibkan itu, Raksasa Tidur melepaskan diri daripada kotak itu untuk mencabar BoBoiBoy dan kawan-kawan dengan kuasa-kuasa yang membuat orang tidur.

Mula-mula, raksasa itu melepaskan Gelombang Tidur dari mulutnya ke arah BoBoiBoy dan kawan-kawan yang berkumpul di depan pintu rumah. Yang lain sempat lari, tetapi Tok Aba dan Ochobot yang tercegat di situ terkena gelombang itu lalu tertidur. BoBoiBoy berpatah balik untuk membangunkan datuknya, tetapi Raksasa Tidur terus bermaharajalela dengan melepaskan gelombang ke merata tempat. Hampir semua gelombang itu terelak, tetapi gelombang terakhir meluru ke arah muka Yaya...

Episod 16[]

Sedar Gelombang Tidur yang dilepaskan oleh Raksasa Tidur menghampiri Yaya di depan-depan mukanya, tetapi selamat ditangkis oleh BoBoiBoy yang melepaskan Tanah Pelindung. Yaya menjadi berang dan menggunakan Tumbukan Super Padu untuk membalas serangan makhluk itu. Pada masa yang sama, Raksasa Tidur menghidupkan kuasa medan daya Pelindung Mengantuk untuk memerangkap Yaya. Yaya pun memasuki medan daya itu lalu bergelut untuk berjaga dari tidur. Mujurlah Ying dengan kuasa kelajuan melancarkan Tendangan Laju yang memecahkan medan daya itu, tetapi Yaya tertidur pula kesan Pelindung Mengantuk.

Setelah menerima serangan balas dan cacian daripada lawannya, Raksasa Tidur menggunakan taktik yang seterusnya, iaitu Buih-Buih Mimpi, yang mana dia meniupkan buih dari cecair dalam botol untuk memerangkap mangsa sampai tidur dan mengigau. Pada mulanya, serangan itu kelihatan tidak sedikit mengancam kerana pergerakan buih yang terlalu perlahan. Adu Du menyuruh Probe menolong sekutu raksasa mereka dengan menyemburkan serbuk lada putih ke arah Ying untuk membuatnya bersin dan kehilangan kuasanya. Dengan itu, Ying terperangkap dalam buih bersama Yaya, Tok Aba dan Ochobot.

Raksasa Tidur meniupkan lagi Buih Mimpi untuk membuat seluruh pekan terlena. Tinggal BoBoiBoy dan Gopal sahaja yang terjaga. Dengan cemasnya Gopal menggunakan kuasa tukar objek menjadi makanan dengan menukar buih-buih itu kepada cekodok pisang. Disebabkan buih terlalu banyak hingga Gopal tidak larat, BoBoiBoy menolongnya dengan kuasa Pusaran Angin untuk menghalakan buih-buih itu ke arah Raksasa Tidur, Adu Du dan Probe sampai mereka mengigau dalam buih.

Sekembali mereka ke rumah, mereka mengejutkan Papa Zola (yang pengsan kerana termakan biskut Yaya) untuk menceritakan serangan Raksasa Tidur. Papa Zola terperanjat lalu mengikut mereka berdua untuk melepaskan kawan-kawan mereka daripada buih-buih mimpi. Akan tetapi, buih-buih mimpi itu terlalu kuat untuk ditembusi oleh mana-mana kuasa adiwira. Papa Zola mencadangkan supaya mereka bertiga memasuki buih mimpi sekali kerana satu-satunya cara untuk melepaskan yang lain itu adalah mengalahkan Raksasa Tidur dalam mimpinya. Masalahnya, semua buih mimpi yang tak terpakai itu sudah melayang jauh atau ditukar kepada cekodok pisang oleh Gopal!

Untuk itu, Papa Zola menyuruh Gopal untuk menukar semula cekodok pisang itu kepada buih mimpi, tetapi Gopal dan BoBoiBoy menjelaskan bahawa kuasa Gopal hanya untuk menukar objek kepada makanan, bukan sebaliknya. Untuk mempamerkan ketegasannya, Papa Zola mengambil seketul batu sebagai lambang alasan Gopal lalu melemparkannya jauh ke angkasa, tetapi Gopal tetap lemah semangat. Oleh itu, Papa Zola menyuruh anak didiknya untuk mengikutnya ke "suatu tempat yang mengerikan", tetapi ini sebenarnya merupakan usikan kepada Gopal dan BoBoiBoy untuk menguji keberanian mereka.

C!

Ujian Matematik kau C!

Ketika Papa Zola berjalan ke sebalik sudut rumah, dengan tiba-tibanya dia menakutkan mereka. BoBoiBoy pengsan, tetapi Gopal tidak berasa takut. Papa Zola mengujinya sekali lagi dengan ujian matematik yang benar-benar menyeramkan Gopal. Dengan rasa cemas Gopal bertungkus-lumus menyiapkan kertas ujian, tetapi tidak sempat dia menghabiskan dua tiga soalan, masa sudah tamat dan kertas itu ditarik balik. Sebelum mengumumkan keputusan ujian itu, Papa Zola sekali lagi menyuruh Gopal untuk menukar balik cekodok itu kepada buih. Dengan rasa gelabah, Gopal pun mencuba, dan ia berhasil! Papa Zola berbangga dengan pencapaian Gopal dalam memperhalusi kuasanya, sekalipun mendapat "C" dalam ujian. Dengan meniru aksi Papa Zola, Gopal mengutip seketul batu sebagai lambang keputusan ujian yang tidak memberangsangkan itu lalu melemparkannya jauh-jauh, tetapi batu itu terlencong ke sana-sini oleh objek-objek di sekeliling sampai akhirnya terkena muka Gopal sendiri.

Bbb dan kawan2 jadi buah dam

BoBoiBoy dan kawan-kawan menjadi buah dam.

Maka BoBoiBoy, Gopal dan Papa Zola memasuki buih masing-masing untuk memasuki mimpi Raksasa Tidur. Ketika mulai bermimpi, mereka bertembung dengan Adu Du dan Probe serta Tok Aba, Yaya, Ying dan Ochobot yang berada dalam keadaan pengsan. Inilah pertentangan mata pertama antara Papa Zola dan Adu Du (memandangkan Papa Zola pengsan sebelum serangan Adu Du dengan Raksasa Tidur yang terdahulu). Raksasa Tidur muncul juga dalam bentuk gergasi, maka Papa Zola turut menggunakan Kuasa Pembesaran untuk menjadi gergasi dan bertikam lidah dengan musuhnya (walaupun berniat untuk berbaik-baik dengan Raksasa Tidur kemudian).BoBoiBoy dan Gopal memujuk Papa Zola dan Raksasa Tidur supaya tidak bergaduh, dengan mencabar raksasa itu dengan permainan dam haji. Gopal mendapat ilham untuk itu dengan mengingati episod yang mana Papa Zola mengumumkan dua peraturan untuk sesiapa yang mencabarnya, iaitu jangan mencabarnya sewaktu belajar dan sewaktu bermain dam haji. Raksasa Tidur setuju dengan satu syarat, iaitu menjadikan BoBoiBoy dan lain-lain sebagai buah dam!

Watak[]

Trivia[]

  • Di Netflix, episod ini diberi tajuk "Kebenaran Tak Pernah Tidur".

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Musim 1, Episod 8

Video[]

Advertisement