BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Ini merupakan episod kesembilan siri BoBoiBoy. Episod ini disiarkan di TV3 pada 27 November 2011.

Ringkasan

Raksasa Tidur mencabar Papa Zola untuk bermain dam haji tetapi dia digantikan oleh Tok Aba, bila BoBoiBoy dan kawan-kawannya dapat keluar dari mimpi itu?

Plot

Episod 17

Raksasa tidur geram dgn papazola

Raksasa Tidur geram kerana Papa Zola tidak reti bermain dam haji.

Atas cadangan Gopal, Papa Zola dan Raksasa Tidur dicabar untuk beradu dam haji (yang mana BoBoiBoy, kawan-kawannya dan juga musuhnya Adu Du dan Probe diapit pada buah dam), tetapi Papa Zola langsung tidak tahu bermain! Jadi geng Adu Du mendapat kelebihan besar dalam permainan ini. Walau apa pun, Papa Zola terpaksa menyahutnya dan membuat langkah pertama dengan ... mengambil buah lawannya (iaitu Probe). Setelah diingatkan oleh Raksasa itu, Papa Zola berkata dia sengaja menguji kepintaran lawannya itu.

Sejurus selepas itu, Papa Zola tersilap lagi dengan membuat "gerakan kuda" seakan-akan catur sampai Raksasa itu rebah kerana terkilan dengan lawannya yang serba tidak tahu bermain. Gopal mengeluh tok gurunya tidak reti bermain, sementara Adu Du semakin gembira kerana boleh menang dengan mudah. Walaupun begitu, Raksasa Tidur bercakap besar sebagai johan lima kali Liga Dam Raksasa dan oleh itu tidak mudah dikalahkan. BoBoiBoy bertanya dengan hairan, dan dijawab bahawa inilah cara para raksasa mengisi masa lapang ketika tidak berlawan dengan Papa Zola.

Papa Zola memujuk Raksasa Tidur untuk mengajarnya bermain dam haji, tetapi Adu Du sempat menegahnya. Sungguhpun tidak pandai bermain dam haji, Papa Zola dengan megahnya tetap mencabar jaguh dam raksasa itu untuk beradu dam haji. Raksasa Tidur mencabar Papa Zola untuk memenangi dua daripada tiga pusingan untuk dikira menang dalam perlawanan. Giliran pertama diberi kepada Papa Zola.

Babak dam melangkau lima minit kemudian. Selama ini Papa Zola mencampakkan buah-buahnya dan menganggap dirinya juara setelah kehabisan buah dam. Raksasa Tidur sempat membetulkannya bahawa buah dam habis bererti kalah. Dengan girangnya Probe mengisytiharkan Raksasa Tidur sebagai pemenang pusingan pertama. Adu Du mengingatkan lawan-lawannya, kalau mereka kalah lagi, mereka akan terperangkap dalam mimpi ini selama-lamanya. BoBoiBoy dan Gopal menjadi gelabah dan bergelut untuk keluar dari terapit pada buah dam dan menyuruh musuhnya melepaskan mereka semua.

Vlcsnap-2012-07-22-18h01m31s69

Sementara itu, Tok Aba tersedar di tengah-tengah perlawanan dam haji yang mendebarkan. Raksasa Tidur membenarkan Papa Zola untuk bertukar tempat dengan mana-mana watak yang terapit atas buah dam. Setelah mendengar penjelasannya, Tok Aba menawarkan diri untuk bertukar tempat dengan Papa Zola, maka permintaan itu ditunaikan.

Maka Tok Abalah yang bertarung dengan Raksasa Tidur. Setelah sekian bermain, Tok Aba menemui apa yang kelihatan sebagai kebuntuan dan memikirkan cara untuk menewaskannya. Tanpa sedia, dia bercakap kuat-kuat tentang taktik perangkap yang mahu dilakukannya, menyebabkan raksasa itu lebih yakin lagi. Nasib baik dia disedarkan oleh cucunya.

Permainan masih berterusan, dan Tok Aba menggerakkan buah yang terpasang Yaya untuk memakan buah raksasa itu, membuat Yaya sedar. Seterusnya, Raksasa Tidur memakan buah yang terpasang Ochobot, jadi Ochobot pun sedar. Selepas itu, Tok Aba membangunkan Ying pula dengan mengalihkan buahnya pula, tetapi kedudukan Yaya dan Ying mudah sahaja untuk dimakan oleh Raksasa Tidur yang mengaktifkan buah Probe yang berubah menjadi Super Probe.

Walau apapun, Tok Aba masih yakin dan menggerakkan pula Gopal untuk memakan buah Super Probe dengan "Tembakan Makanan" Gopal yang menukar bentuk Probe menjadi hamburger dua lapis. Papa Zola sibuk memuji kehandalan Tok Aba bermain, tanpa sedar dirinya dimakan buah Adu Du lalu tersingkir. Adu Du menyuruh Raksasa Tidur untuk mencari jalan untuk menukarnya menjadi Super Adu Dududu, dan Raksasa itu tentu sekali mematuhinya.

BoBoiBoy dan Adu Du sengit berentap dalam bentuk buah dam di tengah-tengah papan dam haji. Adu Du sempat memakan sebiji buah kosong untuk bertukar menjadi Super Adu Dududu yang "lebih tinggi dan tampan"; tetapi sebenarnya kepalanya sahaja yang menjadi tinggi, membuat Adu Du ditertawakan oleh lawan-lawannya. Walau apapun, kepala tinggi Adu Du yang baru itu berguna untuk memakan buah Gopal. Selepas itu, Raksasa Tidur dengan lekanya memakan semua buah Tok Aba hingga cuma satu yang tinggal, iaitu perangkap BoBoiBoy yang sedia menyingkirkan Adu Du dengan "Keris Petir".

Dalam kesudahan pusingan kedua, Raksasa Tidur pun tinggal satu buah, tetapi tidak berguna lagi, maka dengan bangganya Tok Aba melancarkan Kuasa Kemenangan untuk menyingkirkan buah itu ke dalam mata kiri raksasa. BoBoiBoy dan kawan-kawan menyorakkan kemenangan itu, tetapi diganggu oleh Papa Zola yang bercakap besar kalau dirinya yang bermain, lebih cepat dia menang.

Sebelum perlawanan pemutus seri dimulakan, Raksasa Tidur terpaksa menampal plaster pada mata kirinya dan mengugut bahawa dia akan menggunakan "Hikmat Pecah Rahsia Dam Haji" untuk menewaskan Tok Aba.

Episod 18

Tok Aba sudah seri satu sama dengan Raksasa Tidur dalam pertaruhan dam haji yang genting. BoBoiBoy memberitahu datuknya bahawa raksasa itu akan bermain tipu dalam pusingan pemutus seri nanti kerana memecahkan Probe kepada tiga bentuk Super di samping Adu Du yang berkepala tinggi dari pusingan sebelumnya. Raksasa Tidur mengingatkan BoBoiBoy bahawa mereka semua berada dalam mimpi dirinya, bukan mimpi mereka.

Raksasa Tidur memulakan permainan dengan bergaya sekali ("Naga Jingga") iaitu menghentamkan buah dam yang dialihkannya. Tok Aba turut meniru gayanya ("Ayam Tambatan") tetapi hanya menyeretkan buah untuk menghalang buah yang dialihkan oleh raksasa itu. Selepas masing-masing dua giliran sahaja, Raksasa Tidur ternampak lawannya salah percaturan lalu melancarkan gerakan "Naga Berkepala Dua" untuk menyingkirkan buah Yaya dengan salah satu buah Super Probe. Tok Aba membalas dengan gerakan "Ayam Tiga Rasa" yang mana buah BoBoiBoy menumpaskan buah Probe itu dengan kuasa elemennya.

Langkah hikmat Tok Aba membuat Raksasa Tidur naik berang sampai beberapa bangunan di sekeliling runtuh kerana gegaran amarahnya. Papa Zola memesan raksasa itu supaya "bermain dari aku dulu". Dalam pertengkaran sesama Papa Zola dan Raksasa Tidur, dunia mimpi semakin runtuh. Ying berpendapat bahawa gegaran ini ada kaitan dengan kemarahan raksasa itu. Tanpa bersabar lagi, Raksasa Tidur membuat gerakan "Naga Raya" untuk menyingkirkan buah Papa Zola dengan satu lagi buah Super Probe. Tok Aba membalas dengan hikmat "Ayam Susar" untuk memakan dua buah Super Probe yang tinggal itu dengan buah Gopal.

Maka Raksasa Tidur semakin naik darah dan persekitarannya bergegar lagi hingga hampir musnah. Ochobot menyuruh kawan-kawannya supaya cepat mengejutkannya dari tidur. Dengan buah Adu Du, Raksasa Tidur membuat hikmat rahsia "Raja Naga", sementara Tok Aba membuat hikmat "Ayam Penyet" yang mana Ying menghentak kaki buah dam musuh sampai penyet. Oleh sebab Raksasa Tidur bermain tipu, terpaksalah Tok Aba main tipu dengan mendekatkan buah Yaya dengan Ying.

Raksasa Tidur bertambah gelabah sampai malas hendak melancarkan hikmat "Naga Apa-apa Ajelah" lagi. Tanpa membuang masa, dia menghantar buah Adu Du untuk menghapuskan buah Gopal, tetapi termasuk ke dalam perangkap Tok Aba yang menggunakan hikmat "Cakar Ayam" iaitu gabungan buah Ying dan Yaya untuk menghapuskan semua dam Raksasa Tidur hingga ke Adu Du.

Sukar menerima kekalahan ini, Raksasa Tidur dengan kencangnya mengangkat papan dam ke udara, menyebabkan semua watak tercampak ke udara dan jatuh. Kaki Papa Zola dihempap oleh pecahan papan dam. Adu Du pun memarahi raksasa itu kerana tercampak sekali. Yaya memarahi raksasa itu kerana bermain tipu dan sukar menerima kekalahan. Akan tetapi, raksasa itu sudah pun cukup berang dan melancarkan Gelombang Tidur ke arah semua buah damnya. Yaya, Ying, Tok Aba, Ochobot, Adu Du dan Probe terkena lagi, tetapi BoBoiBoy, Gopal, dan Papa Zola sempat mengelak atau menempis serangan itu.

Selamat jalan, tuk guru

TIDAAAAAAK!

Gopal pergi menolong Papa Zola yang tersangkut itu, sementara BoBoiBoy melemparkan dua bilah Keris Petir ke arah raksasa gergasi itu, tetapi tidak berkesan. Apapun, BoBoiBoy mengikut Gopal ke arah Papa Zola sementara Raksasa Tidur memberi mereka peluang untuk saling berucap selamat tinggal sebelum dia menghapuskan mereka. Papa Zola menyangka nyawanya kian sampai di penghujung, dan berpesan kepada Gopal yang sedih supaya "tumbangkan ampaian kejahatan, dan kibarkan bendera kebenaran", sambil menyerahkan tali pinggangnya kepada anak buahnya sebagai kenangan. Selepas kata-kata akhir, Papa Zola terbaring dan Gopal meraung "Tidak!" ke angkasa.

Dengan perasaan marah terhadap Raksasa Tidur, Gopal memakai tali pinggang tok gurunya untuk bertukar menjadi gergasi dan berentap dengan musuh yang bersisik itu. BoBoiBoy memuji gaya pertempuran Gopal dengan "terbaik". Akan tetapi, Gopal menarik diri dan memujuk BoBoiBoy untuk melawan raksasa itu kerana tidak yakin boleh menang. Dengan bersungut, BoBoiBoy merampas tali pinggang itu dan menyeru Kuasa Pembesaran untuk berdepan dengan musuh.

Sejurus selepas bertukar besar, dia disasar dengan Gelombang Tidur raksasa itu, tetapi sempat menepis serangan itu dengan Keris Petir. BoBoiBoy mengingatkan Raksasa Tidur bahawa dia tahu semua serangannya. Raksasa Tidur mengejutkan musuhnya dengan hikmat Tik Tok Tik Tok, yang mana dia mengayunkan seutas jam tangan untuk memukau BoBoiBoy hingga tidur. Gopal yang melihat ayunan jam itu sekali mudah terpukau dan bersumpah untuk mematuhi suruhan "tuannya".

Boboiboy kuasa tiga 10

Gerakan Kombo BoBoiBoy!

Kesan pukauan terhadap BoBoiBoy nampaknya berkesan, tetapi akhirnya wira cilik itu memecahkan diri daripada cengkaman kuasa memukau lalu berpecah jadi tiga. Oleh itu dengan mudah mereka bertiga menewaskan Raksasa Tidur dengan Gerakan Kombo: si angin mengangkat raksasa itu ke udara dengan Beliung Melambung, si tanah menyambutnya dari jatuh dengan Tanah Tinggi, Bertubi-tubi dan si petir bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar (yang diwarisi daripada peristiwa lalu diculik oleh Adu Du) untuk menidurkan Raksasa Tidur buat selamanya... dan akhirnya membangunkan mereka semua daripada mimpi.

BoBoiBoy dan kawan-kawannya akhirnya terbangun masih terperangkap dalam Buih Mimpi yang sudah hilang kesannya ekoran tumpasnya Raksasa Tidur dalam mimpinya sendiri. Dengan mudahnya Yaya dan Ying membebaskan diri dengan kuasa masing-masing, tetapi Gopal cuba menukar buihnya menjadi cekodok pisang untuk tujuan yang sama, tetapi jadinya terperangkap dalam bebola yang legap pula. Mujurlah dia dibebaskan oleh Rotan Keinsafan yang masih hidup (dia cuma pengsan kerana tersepit kaki), membuat Gopal terkejut.

Bagaimanapun, BoBoiBoy yang berpecah menjadi tiga di akhir mimpi itu bangun dalam keadaan berpecah, merebut-rebut untuk keluar dari buih 'mereka'. Sementara itu, Adu Du dan Probe terperangkap dalam sebiji buih, dan meniup buih mereka perlahan-lahan untuk berjauhan dari musuh-musuh mereka. Setelah cukup jauh, Probe memecahkan buih dengan pin; tanpa sedar mereka berada di atas jurang yang dalam maka mereka jatuh dengan malang sekali.

Trivia

  • Dalam episod ini, Adu Du terus menerus bersikap tidak aci terhadap musuh-musuhnya. Ini menyebabkannya sebagai jenaka yang berterusan.

Video

L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri
BoBoiBoy / BoBoiBoy Reborn | BoBoiBoy Galaxy | Papa Pipi
Episod

BoBoiBoy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26

BoBoiBoy Galaxy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24
Musim 2: Isu 1 | Isu 2 | Isu 3 | Isu 4 | Isu 5 | Isu 6 | Isu 7 | Isu 8 | Isu 9
Filem
BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Movie 2 | BoBoiBoy Movie 3
Watak

BoBoiBoy

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Super Probe | ToToiToy | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Pakcik Ikan | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Kumar | Posmen | Nenek Ying | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | Encik Biskut | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Komputer Ejo Jo | Cikgu Timi | Iwan | Amar Deep | Suzy | Amy | Siti | Stanley | Nana | Melissa | Melody | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Polis Gemuk | Polis Kurus | Ketua Polis | Shamsul Rizal Sabri | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Uncle Yim | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | Detektif Konon | BoBoiBoy Api | Pakcik Kantin | Anak Kantin | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Wakil KPKT | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap

BoBoiBoy: The Movie

Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Koko Ci | Robot T | Nenek Sayur | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Duri | BoBoiBoy Solar

BoBoiBoy Galaxy

MotoBot | Kapten Separo | Konco Lanun | Alien Mop | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M. | Pemilik D'Sosej | Gijimo | CetakBot | RompakBot | EmotiBot | Jagara | DataBot | Robot Lanun | Burung Nuri Lanun | Kapten Vargoba | StealthBot | Nut | BoBoiBoy Cahaya | Ramenman | MagnetBot | Tok Cendatok | Gaharum | Brolangkas Brothers | Qually | Jaguh Paruh Lang | Tok Ngau | Rukawr | Jaga Kar | Pengawal Ladang | Profesor Utan | Musang Salji | Tumbosaur | Puak Baja | PasuBot | Alpha Jumbosaur | BoBoiBoy Sori

BoBoiBoy Movie 2

Raksasa Pengun | Anak Pengun | EggaBot | Gogobi | Cakada | Kechik | Ayu Yu | Retak'ka | Hang Kasa | Pipi Zola | Kang Kong | Kuda Botak | Maskmana | Pokok Bak-Bak | King Kang Kong | Raja Bayugan | Kaum Cendawa | Papa Cendawa | Mama Cendawa | Anak Cendawa | Laskar Guruhan | BibikBot | ArmoBot | KristalBot | GammaBot | Satriantar | Kuputeri | Mas Mawais | King Balakung | Panglima Pyrapi | BoBoiBoy FrostFire | BoBoiBoy Glacier | BoBoiBoy Supra | Amato

Papa Pipi

Nekpi | Cikgu Warni | Doktor Dahlia | Vijay | Melur | Chia

Lain-lain

Captain Munch | Raksasa Bengkok | Razak | Raksasa Gula | Terra | Coral | Oake | Kapten MACC | Ezra | Lelabah Kristal | EnerBot | EquBot | Raksasa Gerojoh | GigaBot
Terbitan turunan
Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | Detektif Yaya | Sahabat Cilik SPRM | BoBoiBoy Galaxy Special | Fly With Yaya | Destinasi Terbaik
Tempat
Planet Bumi | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Yong Pin Aerotrain Express | Pulau Rintis | Rumah Tok Aba | Planet Ata Ta Tiga | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Kedai Runcit | Pejabat Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Kedai Game Ah Beng & Sons | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Hospital Alien Really Amazing Marvellous | Pulau Terapung | Lab Sfera Kuasa | Kilang Sfera Kuasa | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Koloni Lanun Angkasa | Planet Kasuta | Planet Brotora | Planet Junkberg | D'Sosej | Kapal Arkib Angkasa | Planet Oroq | Stesen Sunnova | Markas TEMPUR-A | Planet GogoBugi | Sektor 88-19 Bima Lima | Planet Saharu | Sektor Z55-2P Galaksi Solaria | Asteroid Kristal | Planet Quabaq | Planet Gur'latan | Sektor G159A Nusagima | Planet Bayugan | Planet Rimbara | Planet Gugura | Akademi Pulau Rintis | TAPOPS-B | Kampung Muriong | Planet Kadruax
Lagu
BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Lagu Hindustan Gopal | Suasana di Hari Raya | Incik Boss dan Probe | Treler Antarabangsa BoBoiBoy | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Lagu Tidur Gopal | Lagu Tidur Fang | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba | Fire & Water | Lagu Rukun Negara | Aneka Baju Raya
Permainan
BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run
Lihat juga
Animonsta Studios | Majalah Komik BoBoiBoy | Movie Animation Park Studios | BoBoiBoy Galaxy x Lawak Kampus SUPERIOR
Advertisement