BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Episod 5 & 6 BoBoiBoy (juga dipasarkan sebagai Episod 3) julung kali disiarkan di TV3 pada 27 Mac 2011, Ahad 7 malam.

Plot

Episod 5

Untuk tayangan setengah jam yang ke-5, sila ke Episod 9 & 10.
Yah, nak order apa cik?

Ochobot menjadi pelayan Tok Aba's Kokotiam kerana diaktifkan oleh koko Tok Aba.

BoBoiBoy  memperkenalkan Ochobot kepada Tok Aba di Kokotiam. Dia menjelaskan bahawa robot ini dicipta oleh Adu Du, tetapi dihidupkan dengan serbuk koko Tok Aba yang dicuri oleh Probe tempoh hari. Memandangkan Ochobot dikuasakan dengan barang Tok Aba, Tok Aba menganggapnya sebagai miliknya lalu mengambilnya bekerja sebagai pembantu percuma. Ini menyebabkan Ochobot berasa kecil hati.

Sambil memerhatikan cubaan BoBoiBoy memecahkan rekod peribadinya dengan menendang bola sebanyak mana tanpa terjatuh, Adu Du mengarahkan Komputer melepaskan Multi-Monster dan Probe pula turun padang untuk mengintip wira cilik itu.

BoBoiBoy nyaris memecahkan rekodnya apabila disampuk oleh Gopal yang masih tercari-cari kuasanya. Oleh itu, BoBoiBoy meneka kuasa Gopal dengan ujian menendang bola ke arah Gopal, bermula dengan menyambut bola dengan mata tertutup hingga meningkatkan kekebalan, tetapi satu pun tidak menjadi. Tanpa disedari, kegiatan mereka berdua diintip oleh Probe yang menyorok di sebalik semak.

BoBoiBoy meneka pula Gopal boleh menembak laser dari mata. Probe mengambil kesempatan dengan menembak

Aku dah sedia! Poof!

Nyata sekali kuasa Gopal bukan menangkap benda dengan mata tertutup.

laser ke arah bola yang ditendang ke udara sehingga ditampan lalu turun di atas lopak bendalir hijau di tengah-tengah tempat pelupusan sampah. Gopal teruja kerana menyangka tahu kuasanya lalu pergi dari situ tanpa menghiraukan suruhan BoBoiBoy untuk mengambil balik bolanya.

BoBoiBoy memasuki tempat sampah itu untuk mengambil balik bolanya, dengan menggunakan sebatang kayu untuk menyeretnya keluar daripada lopak hijau itu. Setelah diketuk-ketuk oleh kayu itu, lopak itu tiba-tiba tumbuh lebam lalu memejal menjadi Multi-Monster yang besar dan ganas. Multi-Monster memekik kesakitan kepada BoBoiBoy, kemudian BoBoiBoy menerangkan bahawa Gopal yang menyebabkan bolanya jatuh di atas raksasa itu. Akhirnya, Multi-Monster mengingatkan BoBoiBoy bahawa misinya adalah menangkap lalu memakannya atas suruhan Adu Du.

Selepas membebel seketika, Multi-Monster dengan mudahnya menghempap musuh kecilnya dengan sebelah tangannya, tetapi diperdaya oleh BoBoiBoy yang sudah berpecah menjadi tiga sewaktu ia membebel. Tiga lawan satu, dengan mudahnya wira muda ini mengecundangkan raksasa hijau itu.

Dalam kemarahan Adu Du melihat ketumpasan raksasa barunya itu, Komputer menjelaskan bahawa Multi-Monster boleh berpecah menjadi dua setiap kali teruk dikalahkan. Demikianlah yang terjadi pada Multi-Monster yang bertarung di Bumi, tetapi masih lagi mudah ditewaskan oleh tiga BoBoiBoy.

Sekali lagi Multi-Monster berpecah menjadi empat ekor pula, apatah lagi bersiap dengan "senjata" yang terdiri daripada benda-benda yang berat dan cukup berbahaya di tempat pelupusan sampah. Oleh itu, ketiga-tiga BoBoiBoy bekerjasama dan bertungkus-lumus menangkis serangan dan lontaran Multi-Monster lalu menamatkan pengganasan raksasa itu.

Episod 6

Untuk tayangan setengah jam yang ke-6, sila ke Episod 11 & 12.

Setelah dikalahkan teruk, Multi-Monster yang sudah berpecah menjadi empat sudah tentu berpecah menjadi lapan. Dengan geli hatinya Adu Du menyambut baik kelebihan yang baru dinikmati oleh raksasa ciptaannya itu…sehinggalah didapati bahawa saiz mereka semua sudah menjadi kecil dan mudah lagi ditewaskan oleh BoBoiBoy.

Kecewa dengan penjelasan Komputer mengenai kelemahan Multi-Monster yang begitu ketara ini, Adu Du berang lalu mengetepikan Komputer daripada membuat sebarang cadangan, kemudian meminum secawan koko untuk menenangkan fikiran, dan akhirnya menanya Komputer idea baru. Walaupun hairan dengan ketidaktetapan pendirian majikannya, Komputer mencadangkan supaya tiga orang kawan BoBoiBoy diculik pula untuk mengumpan wira kecil itu serta memeras kuasa mereka berempat.

Bbb pisit multimonster

BoBoiBoy memisit Multi-Monster tentang rancangan Adu Du.

Sementara itu, BoBoiBoy pula memisit seekor Multi-Monster dengan mengurungkannya dalam sebiji balang lalu memutarkannya selaju-lajunya sehingga jawapan diperolehi. Raksasa kecil itu sememangnya tidak tahu apa, tetapi menduga bahawa Adu Du merancang untuk menculik kawan-kawan BoBoiBoy. Dengan itu, BoBoiBoy melepaskan Multi-Monster itu, dan makhluk kecil itu melaungkan "Jasamu tetap akan kukenang!"

Kemudian, BoBoiBoy berpecah menjadi tiga lagi untuk meneka kawan mana yang akan diculik. Yaya terlalu kuat, dan Ying terlalu laju, jadi Gopal mungkin menjadi sasaran kerana belum tahu kuasanya. Maka BoBoiBoy bergegas ke rumah Gopal dan menekan-nekan loceng pintunya tanpa disambut.

Tiba-tiba, Ying memecut melalui BoBoiBoy kerana dikejar oleh sepasang peluru berpandu yang dilepaskan oleh Probe. Ying mengitari pekan beberapa kali dan masih boleh menjauhi peluru-peluru itu sehingga dia mampu berehat sejenak dan membeli minuman dari mesin jual kerana yakin tidak akan dikesan peluru itu. Akan tetapi, gugurnya sehelai bulu pelepah yang mengusik hidung Ying dan menyebabkannya bersin dan hilang kuasanya. Mujurlah peluru itu masih tersasar apabila melalui Ying, tetapi berpatah balik. Ying tergesa-gesa mengusik hidungnya dengan bulu itu hingga bersin lagi dan mampu memecut semula. Kali ini, Ying mengumpan peluru itu hingga melanggar Probe.

Dengan itu, Adu Du dengan berangnya menuntut penjelasan Probe, tetapi Komputer mencelah bahawa Probe sedang mengawal keadaan. Probe yang tersungkur atas jalan didekati Ying. Probe mengumpan Ying dengan dompet "milik Ying", tetapi Ying sekali lagi mengaku tidak mudah terpedaya. Sebenarnya, Probe membalas kecuaian Ying dengan menyembur gas tidur ke arahnya, sehingga Yin bersin lagi dan pengsan.

Probe dan Ying diangkut kembali ke kapal angkasa, sambil disaksikan oleh BoBoiBoy yang makin cemas dan menekan-nekan loceng pintu Gopal. Tiba-tiba, Gopal muncul atas bumbung untuk cuba terbang, itupun tidak menjadi juga. Sebelum BoBoiBoy sempat menyampaikan khabar, Gopal menjelaskan bahawa dia pernah cuba mengangkat benda berat, bernafas dalam air, dan menggerakkan benda tanpa menyentuh.

Video

BoBoiBoy_Season_1_Episode_3_Part_1

BoBoiBoy Season 1 Episode 3 Part 1

Video penuh Musim 1, Episod 5

Advertisement