BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Musim 1, Episod 4 (juga dipasarkan sebagai Musim 1, Episod 7 & 8) merupakan episod keempat siri BoBoiBoy. Episod ini disiarkan di TV3 pada 3 April 2011.

Ringkasan[]

Yaya ditangkap selepas Ying. Apabila Gopal ditangkap seterusnya, dia akhirnya mendapati bahawa dia boleh menukarkan objek menjadi makanan. Empat rakan kemudian bergegas untuk keluar.

Plot[]

Episod 7[]

Walaupun diingatkan oleh BoBoiBoy bahawa Ying baru diculik oleh Adu Du, Gopal masih asyik tercari-cari kuasa supernya.

Eh macam kenal je

Macam kenal je...

Probe sekali lagi diarah menculik seorang lagi kawan BoBoiBoy. Kali ini, dia menyamar sebagai wanita penjual kuih yang memakai cermin mata tudung, baju kurung dan solekan yang tebal. Dalam pada itu, dia bertembung dengan Yaya yang mudah mengecam Probe dalam samarannya. Probe mencuba seketul biskut buatan Yaya, lalu mengulas bahawa rasanya seperti kertas pasir hingga menyebabkan Yaya tersinggung perasaan lalu membelasahnya ke arah langit.

Fuh selamat

Fuh, selamat.

Adu Du kecewa dengan kegagalan Probe menangkap Yaya hingga terpaksa mengejarnya sendiri dengan melancarkan peluru berpandu dari kapal angkasa. Namun begitu, kuasa terbang Yaya cukup laju untuk mengelak peluru-peluru itu lama-lama. Pengejaran ini turut disaksikan oleh BoBoiBoy dan Gopal dari darat hingga mereka turut cuba menolong. Setelah kepenatan mengejar Yaya dengan peluru berpandu, Adu Du melancarkan pancaran biru di bawah kapal untuk cuba menangkapnya dengan lebih senang, tetapi sekali lagi Yaya cukup tangkas mengelak pancaran itu dan mengumpan kapal itu sehingga nyaris terhempas. Mujurlah Komputer sempat menghentikan kapal, dan mendapat pujian oleh Adu Du.

Yaya peluru gergasi makcik probe

Yaya menyelamatkan seorang awam daripada terkena peluru gergasi, tanpa menyedari orang itu sebenarnya...

Atas suruhan Adu Du, Komputer melancarkan peluru gergasi. Daripada sekadar mengelak, Yaya sebaliknya menumbuk peluru-peluru sehingga melencong dari sasaran. Akan tetapi, peluru itu jatuh ke arah seseorang di jalan raya, maka Yaya cepat-cepat bergegas dengan Kelajuan Supersonik melantun peluru itu balik ke langit. Tanpa disedari, orang yang baru diselamatkannya itu Probe yang masih menyamar dengan pakaian yang sama, dan Yaya pun diperangkap oleh pancaran biru lalu diseret ke dalam kapal angkasa Adu Du.

Buat pelan sebelum kena tangkap

Tok Aba, BoBoiBoy dan Gopal mengatur rancangan.

Dengan rasa cemas akan apa yang menimpa Ying dan Yaya, BoBoiBoy dan Gopal bergegas ke Tok Aba's Kokotiam untuk menanya Tok Aba akan cara-cara menyelamatkan kedua-dua gadis itu. Akan tetapi, Gopal leka sedikit lalu memesan minuman coklat tarik kurang manis, ais krim coklat, bar coklat dan kek coklat pula sebelum mengungkit perkara genting itu. Apabila mereka bersedia untuk membuka mulut tentang penculikan Ying dan Yaya, Tok Aba pun mengacah mereka dengan berbuat-buat tidur di tengah perbualan. Walau apapun, Tok Aba tetap mendengar cerita mereka dan mencadangkan rancangannya.

Gopal kapal angkasa adudu

Gopal sengaja membiarkan dirinya ditangkap oleh Adu Du.

Pada malam hari, Gopal tidur di bawah jendela bumbung lalu dengan mudahnya diseret ke dalam kapal angkasa Adu Du. Sebenarnya, inilah permulaan kepada rancangan untuk menyelamatkan Ying dan Yaya. Sebaik sahaja berada dalam kapal itu, Gopal terjaga oleh suara garang Adu Du, tetapi dia terlupa langkah seterusnya (iaitu membuka pintu masuk kapal dari dalam untuk BoBoiBoy) buat seketika, sehingga BoBoiBoy masih terkandas di atas permukaan luar kapal angkasa, menunggu sedia tindakan Gopal. Dengan itu, terpaksalah BoBoiBoy memecah masuk kapal itu sendiri.

Gopal menemui kuasanya

Gopal akhirnya menemui kuasa supernya.

Ying dan Yaya yang dikurung dalam tiub adalah bertujuan menyedut kuasa-kuasa mereka. Untuk Gopal pula, Adu Du mengurungnya dalam ruang ujian senjata dengan niat mencari kuasanya. Mula-mula, Gopal diserang oleh sebilah pemotong kisar elektrik. Dengan rasa amat takut, apabila dihampiri oleh pencincang itu, Gopal secara tak sengaja menyentuh pencincang itu dengan tapak tangannya. Tiba-tiba, pencincang kisar itu bertukar menjadi piza.

Komputer menjelaskan bahawa kuasa Gopal adalah menukar benda menjadi makanan. Adu Du berasa teruja dengan fakta ini. Dia menjatuhkan bom masa ke dalam bilik kurungan Gopal; dengan rasa cemas lagi, dia menyentuh bom yang disetkan begitu suntuk masanya, dan seperti yang dijangka, ia bertukar menjadi bar coklat. Dengan rasa geram, Adu Du melancarkan ratusan peluru dari keliling dinding bilik kurungan Gopal, tetapi Gopal menggunakan jurus tangan yang melancarkan bebola bercahaya yang menukar peluru-peluru tersebut menjadi gula-gula dan jeli. Ying dan Yaya teruja, sementara Adu Du ternganga, kerana Gopal sudah menemui kuasanya.

Episod 8[]

Akhirnya, Gopal menemui kuasa luar biasanya. Menurut analisa Komputer, Gopal menukarkan benda-benda menjadi makanan dengan sentuhan sahaja, lebih-lebih lagi dalam keadaan amat takut. Sekali lagi Adu Du mengulangi tujuannya menangkap kawan-kawan BoBoiBoy, iaitu menyerap kuasa mereka (serta mengumpan BoBoiBoy untuk berbuat yang sama) untuk tujuan jahatnya. BoBoiBoy semakin hampir dengan bilik kurungan dalam kapal angkasa Adu Du untuk menyelamatkan kawan-kawannya, tetapi cepat bertembung dengan Probe tanpa cukup bersedia, lalu menutup pintunya semula. Probe cuba membuka pintu balik, tetapi direnjat oleh Keris Petir milik BoBoiBoy yang mencagak pintu dari luar.

Yaya dan Ying diselamatkan oleh BoBoiBoy

Yaya dan Ying berjaya diselamatkan oleh BoBoiBoy.

BoBoiBoy menyelamatkan Yaya, Ying dan Gopal dari kurungan masing-masing. Gopal dengan terujanya meraikan penemuan kuasanya. Dia juga mendapati bahawa kuasanya tiada kesan pada manusia.

Untuk menghalang BoBoiBoy dan kawan-kawan daripada melepaskan diri, Adu Du memasang sebuah kipas gergasi yang menyedut mereka ke arah bebaling kipas dengan daya yang kuat. Akan tetapi, ini diatasi oleh kelajuan Ying yang menyeru kawan-kawannya untuk saling berpegang kuat dalam satu baris sementara dia mencapai soket untuk menutup kipas itu. Adu Du menuntut penjelasan daripada Komputer mengapa kipas itu boleh ada soket, dan Komputer hanya beralasan bahawa kipas tak boleh bergerak tanpa elektrik.

Yaya cuba tahan dinding

Yaya mencuba sedaya upaya untuk menghalang dinding dari melenyekkan kawan-kawannya.

Langkah seterusnya, Adu Du mengaktifkan dinding penyempit yang menyempitkan ruang bilik kurungan untuk melenyek BoBoiBoy dan kawan-kawan. Yaya dengan kekuatan luar biasanya cuba menghalang sebelah dinding, tetapi tidak cukup kuat. Setelah teringat akan penjelasan Komputer, dia meminta Gopal cuba menyentuh dinding yang makin menyempit itu, dan dinding keluli itu pun bertukar menjadi dinding coklat yang bersalut gula-gula. Untuk mencari jalan keluar, BoBoiBoy dan kawan-kawan memakan coklat itu sampai habis, tetapi tidak dapat menghabiskannya selepas 10 minit.

Sedutan vakum

Sedutan Vakum!

Mujurlah, Multi-Monster menceroboh masuk ke dalam kapal angkasa Adu Du untuk menolong BoBoiBoy menghabiskan dinding coklat. Gopal berasa jijik melihat kawanan raksasa kecil itu, BoBoiBoy kata dia akan menjelaskan fasal Multi-Monster nanti. Setelah menjumpai pintu keluar, Adu Du melepaskan gas tidur daripada dinding-dinding yang masih elok. Untuk itu, BoBoiBoy menunjukkan satu lagi kuasa luar biasanya, iaitu menyedut gas tidur sampai berisi tanpa tertidur, lalu menghembuskannya ke dalam pengudara sehingga gas itu meresap ke dalam bilik kawalan Adu Du dan "menidurkan" Probe.

Adu Du hendak melancarkan semula peluru berbilang dari dinding keliling kapal, dan kali ini dia mendapat kelebihan kerana BoBoiBoy tidur setelah menanggung beban gas tidur itu. Gopal cuba lagi menukar dinding kapal menjadi coklat, tetapi ia kurang menjadi. Ying menakut-nakutkan Gopal dengan seekor Multi-Monster sehingga dia cukup seram untuk melepaskan sepenuh kuasanya. Tindakan Gopal menukar seluruh dinding dalaman kapal Adu Du menjadi coklat dan pastri mematikan sistem kawalan kapal sehingga menyebabkan kapal itu bakal terhempas.

Pengsan lepas makan biskut Yaya

BoBoiBoy pengsan selepas memakan biskut Yaya.

Akan tetapi, nasib baik kapal angkasa Adu Du berada dalam keadaan terapung-apung seinci dua dari darat ketika dinding bertukar menjadi makanan. BoBoiBoy pun terjaga dan dia bersama kawan-kawannya turun kapal dengan selamat lalu berlari jauh-jauh. Adu Du tidak boleh mengejar mereka kerana seluruh dalaman kapalnya bertukar menjadi makanan. Adu Du berikrar untuk membalas dendam sebelum pizza jatuh ke mukanya dari atas. Setelah terselamat daripada Adu Du, Yaya mahu kawan-kawannya mencuba biskut yang baru dibuatnya. Gopal cuba mengubah bentuk sebiji biskut Yaya dengan harapan menyedapkan lagi biskut Yaya, tetapi rasanya tetap tidak berubah. BoBoiBoy dan Ying turut "dipaksa" merasai biskut Yaya.

Watak[]

Trivia[]

  • Dalam babak Gopal mengatakan "Bom! Bom!" dipotong dalam Disney Channel Asia.
  • BoBoiBoy menyedari rancangan Adu Du kerana Multi-Monster adalah sumber maklumat tentang penculikan rakan-rakan BoBoiBoy.
  • Ini adalah kali kedua Adu Du membaling cawan ke Komputer selepas Musim 1, Episod 3.
  • Di Netflix, episod ini diberi tajuk "Diculik!".

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Musim 1, Episod 4

Video[]

Advertisement