BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Ini merupakan episod pertama dalam musim kedua siri BoBoiBoy. Episod ini disiarkan di TV3 pada 27 Mei 2012. Ceritanya bersambung enam bulan selepas akhir musim pertama.

Ringkasan[]

BoBoiBoy berpindah ke Pulau Rintis untuk bersatu semula dengan Tok Aba, Ochobot, dan kawan-kawannya dan melanjutkan pengajiannya di Sekolah Rendah Pulau Rintis. Dia juga mendengar cerita dari Gopal tentang Rumah Berhantu dan pergi menyiasat.

Plot[]

Bagogo menjual kapal adudu

Bago Go menjual kapal angkasa Adu Du kepada seorang pelanggan misteri.

Episod ini dimulakan dengan ringkasan mukadimah musim kedua oleh Gopal, disusuli oleh babak Bago Go berjaya memujuk seorang pelanggan misteri untuk membeli kapal angkasa yang dibelinya dari Adu Du musim lepas, pada harga 80 juta ringgit dan 80 sen.

Di Sekolah Rendah Pulau Rintis, Gopal menghairankan Yaya dan Ying dengan membuat kerja rumah Matematik yang sudah dua bulan tertunggak di bilik darjah 5 Jujur sebelum waktu bersekolah bermula. Alasan yang diberikan oleh Gopal ialah, dirinya "tidur tak lena, makan tak kenyang, kerja rumah pun tak siap" semenjak BoBoiBoy pulang ke bandar. Yaya menyelar Gopal bahawa sikapnya begitu sejak lama dahulu lagi, apalagi jawatan "Penolong Ketua Darjah" yang dipegang oleh Gopal itu sekadar atas nama. Pada masa yang sama, datangnya Fang ke dalam bilik darjah. Ying dan Yaya cuba menyapanya tetapi tidak diendahkan, membuat mereka rasa menyampah dengan budak aneh itu yang tidak suka bergaul tetapi ramai peminat.

Guru bahasa Inggeris memasuki kelas untuk memulakan pembelajaran kelas 5 Jujur untuk hari tersebut, tetapi sebelum mula mengajar, dia ingin memperkenalkan seorang pelajar baru dengan suara yang tidak asing lagi. Rupa-rupanya, pelajar baru itu adalah BoBoiBoy yang baru berpindah balik ke Pulau Rintis pada awal pagi hari itu. Setelah dipesan oleh pembesar suara di stesen keretapi untuk memeluk orang yang betul (rujuk Musim 1, Episod 1), Tok Aba dan Ochobot menyambut BoBoiBoy dengan pelukan yang rapat sehingga terbuat Ochobot tersepit. Selepas bersalaman, Tok Aba cepat-cepat menyuruh BoBoiBoy memakai pakaian seragam, kerana "pelajaran itu penting" dan adalah tidak elok untuk BoBoiBoy memonteng sehari pun persekolahan walaupun kepenatan kerana baru sampai.

Bbb baju sekolah lama

BoBoiBoy memulakan hari pertama di sekolah baru dengan pakaian sekolah 'atuk punya atuk'.

Kedatangan BoBoiBoy ke Sekolah Rendah Pulau Rintis disambut dengan gembiranya oleh seluruh bilik darjah, termasuk mereka yang tidak pernah bertemu dengannya kerana selama enam bulan pemergiannya, nama BoBoiBoy telah disebarkan dalam kelas oleh Gopal. Tetapi setelah melihat baju sekolah BoBoiBoy yang kolot (rupa-rupanya dipakai oleh datuk kepada Tok Aba, apalagi seluarnya terkoyak setelah baru dipakai sehingga terpaksa dilipat), Gopal tergelak ketawa dan terpaksa ditegur oleh Ying, Yaya dan juga Tok Aba yang muncul tiba-tiba dengan memanggilnya "loyar buruk"; Tok Aba berada di kelas untuk mengawasi BoBoiBoy pada hari pertamanya di sekolah baru, sedangkan BoBoiBoy bukan lagi di darjah satu. Cikgu Timi membolehkannya untuk membiarkan Tok Aba menemaninya, tetapi BoBoiBoy tidak mahu. Tok Aba berkata bahawa dia tidak boleh lawan cakap dengan cikgu, bikin BoBoiBoy kecewa dan mengujar "Terbaik" dan semua rakan sekelasnya tergelak.

Special Ice Chocolate ala Boboiboy

Special Ice Chocolate Tok Aba buatan BoBoiBoy.

Selepas bersekolah, BoBoiBoy dan kawan-kawan pergi menjaga Tok Aba's Kokotiam. Setelah ditanya, BoBoiBoy menjelaskan kepada kawan-kawannya bahawa ibu bapanya memberinya kebenaran untuk tinggal bersama Tok Aba di Pulau Rintis, sambil membuat minuman Special Ice Chocolate khas buat tiga orang kawannya. Tiba-tiba, Tok Aba datang mengejut untuk meminta BoBoiBoy memasang papan tanda baru kedainya yang memaparkan wajah dirinya dengan cucunya di atas huruf-huruf. Ying dan Yaya kagum melihatnya, tetapi Gopal memerlinya kerana namanya tidak nampak pada papan tanda itu. Selain itu, bukan sahaja papan tanda diubah, malah nama Kokotiam juga diubah kepada Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam. Yaya mencadangkan agar biskutnya dapat dijual di Kokotiam, tetapi rupanya kedai Tok Aba itu sudah memperkenalkan biskut baru dengan wajah BoBoiBoy.

Papan tanda baru

Papan tanda baharu Tok Aba's Kokotiam, lengkap dengan wajah empunya kedai dan cucu kesayangannya.

Setelah disuruh oleh Tok Aba untuk memasang papan tanda barunya, BoBoiBoy berpecah kepada tiga untuk memudahkan kerja atas bimbingan Ochobot. Akan tetapi, tumpuan Ochobot diganggu oleh Fang yang menyorok dalam semak di depan Kokotiam, selepas itu mengalami renjatan tiba-tiba lalu rebah. Jelas Tok Aba, Ochobot kerap pengsan kebelakangan ini kerana kepenatan. Oleh itu, Tok Aba memesan BoBoiBoy untuk membawa pulang Ochobot dan menyerahkan kerja papan tanda itu pada kawan-kawan. Gopal mengambil kesempatan untuk menagih upah kerana menolong, tetapi Tok Aba jengkel kerana mengharapkan dia menolong secara ikhlas. Alasan Gopal lagi, dia ikhlas tapi jauh; jika hendak ikhlas dekat, dia meminta Tok Aba membelanjanya Special Hot Chocolate. Seperti biasa, Yaya menegur sikap Gopal sebelum mereka memulakan kerja.

Adudu berusaha

Adu Du yang tengah sibuk menyiapkan pembinaan markas bawah tanah, dicelah oleh Probe dengan khabar yang tergempar.

Berita kepulangan BoBoiBoy tersebar ke seluruh pulau, tidak terkecuali Probe yang pergi menyampaikan 'berita penting' itu kepada majikannya, tak lain tak bukan Adu Du yang tengah kepenatan membina markas barunya di bawah tanah. Setelah mencuri minum air Adu Du untuk menenangkan diri sampai membuatnya marah, Probe menyebut tentang kepulangan musuh ketat mereka itu, membuat makhluk hijau itu tidak berasa gentar, malah lebih teruja dan terdorong untuk cuba mengalahkan BoBoiBoy.

Keesokan hari, BoBoiBoy datang ke sekolah awal-awal dengan pakaian seragam terkini, diserikan dengan jaket tanpa lengan dan topi jingga yang selalu dipakainya. Di dalam bilik darjah, sudah ada Gopal dan Iwan; apabila ditanya, Gopal menjelaskan bahawa ayahnya telah memaksanya pergi awal. Gopal mengambil masa lapang yang anda sebelum kelas bermula untuk menanya BoBoiBoy jalan mana yang diikutinya ke sekolah. Jawab BoBoiBoy, jalan dekat rumah terbiar itu. Ini menggerunkan Gopal sampai menutup lampu, pintu dan tingkap untuk menggelapkan bilik darjah untuk menceritakan secara rahsia tentang "rumah berhantu" itu kepada BoBoiBoy, bahawa tiga bulan lepas, Gopal diserang oleh suatu lembaga hitam seakan-akan kucing bermata merah yang mampu membesar. Oleh itu, Gopal mencadangkan agar BoBoiBoy mengikut jalan jauh untuk mengelak rumah itu, tetapi BoBoiBoy sukar mempercayai kata-kata Gopal.

Cikgu papazola

Papa Zola menjadi guru Matematik 5 Jujur.

Sebaik sahaja Gopal habis bercerita, kelas pun bermula dan para pelajar 5 Jujur yang lain pun berbondong-bondong masuk ke kelas. Persekolahan mereka hari ini dimulakan dengan kelas Matematik oleh Cikgu Papa Zola, yang mengajukan satu soalan Matematik kepada murid-murid: "Cikgu ada 5 biji epal, kamu minta 3 biji, berapa bijikah yang tinggal?!" Jawab murid-murid, dua biji, tetapi Papa Zola mengatakan jawapan itu salah, sebaliknya jawapan yang betul ialah lima biji kerana "kamu minta sahaja, tak semestinya cikgu akan bagi". Penjelasan ini membuat BoBoiBoy rebah dalam kebingungan. Setelah dibangunkan oleh Papa Zola, BoBoiBoy menanyanya bagaimana dia menjadi guru. Jelas Papa Zola, menjadi guru merupakan cita-citanya sejak kecil lagi.

Selepas tamat waktu sekolah, BoBoiBoy tetap pulang mengikut jalan dekat rumah terbiar walaupun ditegah oleh Gopal. Apabila mendekati rumah itu, BoBoiBoy terdengar ngauman dari dalam halaman rumah, lalu melangkah masuk melalui pintu pagarnya tanpa sedikit rasa takut kerana baginya, di dunia ini tidak wujudnya hantu. Sebaik sahaja masuk, BoBoiBoy mengesan bunyi itu datang dari semak lalu melemparkan Keris Petir ke arah semak itu, tetapi dia berlari ke arah semak itu dan tidak menjumpai apa-apa. Walau apapun, sudah tentu BoBoiBoy sedang diperhatikan dalam halaman rumah berhantu itu.

Watak[]

Trivia[]

  • Ini menandakan kemunculan pertama Ejo Jo. Yang kedua ialah Musim 2, Episod 3 dan ketiga ialah Musim 2, Episod 10.
  • Inilah kali pertama salah seorang kawan BoBoiBoy (Gopal) menarik semula satu episod.
  • BoBoiBoy telah sampai ke Pulau Rintis pada pukul 7:00 pagi dan menjelaskan bahawa Tok Aba melarangnya pulang ke rumah untuk tidur sebaliknya pergi ke sekolah.
  • BoBoiBoy kini hanya mempunyai satu Jam Kuasa dan bukannya dua.
  • Tempat kejadian di mana Ochobot memeluk BoBoiBoy juga turut mengingatkan kita kepada Musim 1, Episod 13 dalam siri ini.
  • Tok Aba telah menamakan semula kedai kokonya daripada "Tok Aba's Kokotiam" kepada "Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam" serta mengeluarkan menu minuman baru iaitu Special Ice Chocolate Tok Aba.
  • Tok Aba mengeluarkan dua produk baru: "Special Ice Chocolate Tok Aba" dan Biskut Coklat BoBoiBoy.
  • Ini merupakan episod kedua di mana Bago Go menyebut bahawa dia mempunyai seorang anak. Yang pertama ialah Musim 1, Episod 12.
  • Episod ini mendedahkan bahawa pelakon suara Bago Go ialah Nizam Razak. Sebelum ini, dia tidak dikreditkan dalam musim pertama.
  • Ini merupakan episod pertama di mana Adu Du dan Probe membuat kemunculan yang singkat.
  • Ini merupakan episod pertama di mana Rumah Berhantu muncul.
  • Di Netflix, episod ini diberi tajuk "Selamat Kembali, BoBoiBoy!".

Kesinambungan[]

  • Adegan di mana BoBoiBoy dan Tok Aba berjumpa lagi di stesen keretapi adalah sama dalam Musim 1, Episod 1, tetapi perbezaannya adalah Ochobot ditambah pada masa ini. Tok Aba dan BoBoiBoy juga tidak memeluk orang yang salah kali ini.

Kesilapan[]

  • Apabila BoBoiBoy dan Tok Aba berpelukan, mereka tidak menyedari bahawa Ochobot terperangkap di antara mereka. Apabila mereka melepaskannya, dia berkata "Sesak nafas..." walaupun pada hakikatnya dia adalah robot dan robot tidak bernafas. Ini mungkin ditambah hanya untuk menambahkan beberapa humor ke tempat kejadian.
  • Dalam babak yang sama, BoBoiBoy memakai pakaian seragam sekolahnya di bawah jaketnya.
  • Kereta api yang dinaiki BoBoiBoy tiba di Pulau Rintis kira-kira jam 7.00 pagi, tetapi apabila dia memakai pakaian seragamnya, jam menunjukkan pukul 6.30 pagi.
  • Seragam yang dipakai BoBoiBoy apabila dia memasuki bilik darjah adalah berbeza dengan yang dipakai olehnya dalam Extended Finale.
  • Apabila Gopal menutup tingkap, sesetengahnya sudah ditutup dan dia hanya menutup dua daripadanya sendiri, tetapi apabila kamera bergerak di luar, tingkap terbuka dan mereka, tirai dan pintu menutup sendiri.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Musim 2, Episod 1

Video[]

Advertisement