Fandom

BoBoiBoy Wiki

Musim 2, Episod 10

365laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

BoBoiBoy Episod 10 Musim 2
SS2 EP10 Promo.png
"Bergerak ke Bumi! Kelajuan penuh!"
tarikh
diterbitkan
30 Disember, 2012 di TV3
23 Jun, 2013 di YouTube Animonsta Studios
31 Ogos, 2013 di Disney Channel Asia
durasi
tayangan
20:00
diarahkan
oleh
Yap Ee Jean
Dzubir Mohammed Zakaria
Panduan Episod
Sebelumnya
Musim 2, Episod 9
Seterusnya
Musim 2, Episod 11


Musim 2, Episod 10 siri BoBoiBoy julung kali disiarkan di TV3 pada 30 Disember 2012.

Plot

Kringkringkring.jpg

Probe cuba membangunkan majikannya.

Adu Du enggan bangun dari tidur dan sanggup menghancurkan jam locengnya, maka Probe terpaksa membangunkan majikannya sendiri kerana waktu sudah tengah hari celik dan juga terdapat penemuan tergempar dalam radar markas. Menurut Komputer, isyarat dalam radar itu sama dengan yang dipancarkan oleh kapal angkasa Adu Du dahulu. Ujar Probe, dia dan Komputer terpaksa menyelidik 12 jam sebelum cukup pasti untuk memberitahu majikan mereka, supaya Probe tidak terkena balingan cawan lagi; tetapi Adu Du tetap membaling cawan ke arah Probe kerana geram akan kelambatan Probe dalam menyampaikan maklumat.

Kapalangkasaejojo.jpg

Datangnya seorang kawan-lawan lama Adu Du...

Tanpa disedari, isyarat itu berpunca dari kapal angkasa Ejo Jo yang bersinggah hampir dengan Bumi. Setelah menerima gelombang balasan dari Bumi, Ejo Jo meneka bahawa isyaratnya berpunca dari pemilik asal kapal angkasa antik yang dibelinya tidak lama dahulu, lalu menyuruh komputernya merisik maklumat tentang pihak di sebelah talian sana. Maka Komputer Ejo Jo menyiarkan maklumat tentang Adu Du dari suku-sakat Adoi Doi yang tinggal di bumi bersama konco-konconya. Ejo Jo mengakui bahawa dia mengenali Adu Du sebagai pengumpul sisa mineral di Sektor 42, iaitu sektor yang paling teruk untuk dihuni di Planet Ata Ta Tiga selepas serangan Trianglian. Ulas komputernya, tidak hairanlah dia gagal menakluki planet Bumi yang "kecil" itu.

Sejarah probe.jpg

Ejo Jo menceritakan bagaimana Adu Du bertemu dengan Probe.

Seterusnya, komputer Ejo Jo siap memproses maklumat tentang konco-konco Adu Du, iaitu Komputer dan Probe. Ejo Jo terkejut melihat Probe dalam daftarnya lalu meminta penjelasan. Jelas komputer itu, pada tahun 124 XD (pada takwim tempatan Ata Tatiga), Probe yang berkhidmat untuk Adu Du itu merupakan sejenis prototaip robot tempur yang hampir-hampir dijayakan dengan sempurna, tetapi atas kecuaian seorang pengusaha, robot itu berkelakuan di luar ragam yang sepatutnya lalu dibuang ke dalam Sektor 42 di mana Adu Du. Kemudian, Probe itu dijumpai oleh Adu Du lalu dibaikinya dengan seelok-eloknya. Ejo Jo berasa cemburu dan geram dengan hal itu, tetapi komputernya sempat mengingatkan bahawa Probe itu masih ada cacat-celanya iaitu menjadi robot tempur yang beremosi dengan menggunakan babak-babak Probe yang mencuit hati sebagai contoh. Ulas Ejo Jo tentang itu, Probe telah menjadi "robot badut".

Modelkomputer.jpg

'Model' komputer Adu Du.

Ejo Jo bertanya tentang satu lagi konconya. Hasil kupasan komputer Ejo Jo tentang komputer Adu Du agak membingungkan tuannya; jelasnya, komputer Adu Du terdiri daripada cantuman pelbagai komponen dari model-model lain seperti XY2000, M8000, SIY234, lain-lain model dan sabut kelapa. Ejo Jo cukup geli hati mendengar betapa hinanya teknologi Adu Du, tetapi masih geram kerana komputernya dapat mengesan kekayaan sumber koko di Bumi, apatah lagi berjaya dengan membawa Bola Kuasa sekali, lalu menyuruh komputernya menghubungi Adu Du segera.

Kambings8000.jpg

Mesin Rumput S8000.

Sementara di Bumi, Adu Du merasa bahawa kapal angkasa lamanya hendak dipulangkan, tetapi Probe menyanggah dengan menjelaskan bahawa Probe tidak pernah menghubungi Bago Go tentang itu, sebaliknya kali terakhir dia berhubung dengan Bago Go, Probe berjaya dipujuk oleh jurujual itu untuk membeli S8000, sejenis mesin rumput yang 'berteknologi hijau' sebagai hadiah untuk hari jadi majikannya – rupa-rupanya seekor kambing yang hanya pandai meragut dawai-dawai di lantai markas! Jelas Probe kepada Adu Du yang geram, mesinnya ada di dalam badan kambing itu. Adu Du memisit Probe berapa harganya; jelasnya, mesin itu ditawarkan pada harga 9 juta 9 sen dengan diskaun 90 peratus, tetapi Probe bersetuju untuk menggadaikan Markas Kotak untuk membelinya.

Ejojomuncul.jpg

Ejo Jo bersua kembali dengan Adu Du.

Adu Du naik begitu berang sekali hingga hendak mendera Probe atas kelalaiannya yang berulang, tetapi belum sempat dia membuat apa-apa, Ejo Jo tiba-tiba muncul dalam skrin utama markas untuk bertanya khabar persiapan 'hamba-hambanya' untuk menakluki Bumi. Setelah ditanya oleh Probe, Adu Du menceritakan bahawa Ejo Jo merupakan bekas rakan sekolahnya yang sering membuli dan menindasnya hingga dia diusir dari kampung dan planetnya. Ejo Jo perasan bahawa Adu Du masih memakai baju seragam pengutip dan mengejeknya lagi.

Adu Du menyoal Ejo Jo apa hajatnya dia menghubunginya; jawab Ejo Jo, dia hendak Adu Du menyiapkan markas di Bumi untuknya kerana dia telah membeli markasnya dari Bago Go di samping kapal angkasa lamanya. Apatah lagi, Ejo Jo mengingatkan Adu Du bahawa dia telah merisik maklumat tentang diri Adu Du dan konco-konconya, termasuk operasi untuk mencari koko dan Bola Kuasa.

Dengan rasa cemas akan kenyataan bahawa Ejo Jo telah mengetahui rahsianya, Adu Du memadamkan skrin dahulu untuk berbincang dengan Probe untuk melindungi operasi mereka. Probe mencadangkan supaya mereka menipu Ejo Jo, tetapi alat komunikasi suara masih terpasang dan Ejo Jo dapat mendengar perbualan mereka. Oleh itu, Probe mencuba bahasa isyarat untuk menyampaikan buah fikirannya kepada Adu Du, tetapi tidak Adu Du tidak faham. Apapun, Ejo Jo menyambungkan semula komunikasi video untuk menyaksikan gelagat 'robot badut' Adu Du yang menggagalkan, tetapi Adu Du cepat menutup suisnya. Maka bermulanya lumba membuka tutup komunikasi video antara dua makhluk hijau berkepala kotak itu hingga dileraikan oleh Probe yang menutup skrin dengan kain kulit dan mencabut mikrofon.

Boboiboyedited.jpg

Babak aksi BoBoiBoy yang diedit untuk tatapan Ejo Jo.

Probe mencadangkan bahawa Adu Du menakutkan Ejo Jo dengan pengalaman mereka yang selalu kalah kepada BoBoiBoy iaitu adiwira Bumi. Oleh itu, Adu Du menyuruh Komputer mengedit babak-babak aksi BoBoiBoy menumpaskan Adu Du dengan unsur dramatik. Setelah siap sedia, mereka menunjukkan aksi-aksi tersebut sebagai amaran kepada Ejo Jo, siap dengan gambar video BoBoiBoy yang dilukis dengan topeng ganas, tetapi sayangnya gambar itu dicemari dengan kapsyen-kapsyen yang menghalang gambar kerana perisian yang digunakannya sekadar versi percubaan; jelas Komputer, dia tidak mampu membeli yang original.

Ejo Jo langsung tidak gentar dengan ancaman BoBoiBoy dan menyuruh Komputer merisik maklumat tentang adiwira muda itu. Maklumat yang diperoleh oleh komputer Ejo Jo sama dengan asas kuasa BoBoiBoy, iaitu menguasai tiga elemen iaitu Tanah, Angin, dan Petir, serta mampu berpecah menjadi tiga dan mencapai dua tahap kuasa (Gempa, Taufan, dan Halilintar.) Ejo Jo memperlekehkan maklumat tentang BoBoiBoy yang agak lemah baginya tetapi mudah mengalahkan Adu Du. Jelas Adu Du, BoBoiBoy dibantu oleh kawan-kawan.

Yingmanipulasimasa.jpg

Rahsia sebenar kuasa-kuasa wira muda menurut komputer Ejo Jo.

Maka Ejo Jo merisik maklumat tentang kawan-kawannya, tetapi semenjak itulah timbul perselisihan antara Adu Du dan Ejo Jo tentang maklumat kuasa-kuasa adiwira muda itu. Adu Du mengatakan bahawa Yaya memiliki kekuatan 18,000 ekor gajah dan kebolehan untuk terbang, tetapi sanggah Ejo Jo, kuasa Yaya adalah manipulasi graviti yang membolehkan dia terbang dan menumbuk dengan kencang. Ying pula, menurut komputer Ejo Jo, memiliki kuasa memanipulasi masa, yang mana dia sekadar berlari secara normal sambil memperlahankan persekitaran dalam pencerapannya, sedangkan orang-orang lain di sekitarnya mencerap Ying seperti berlari sepantas kilat. Ini membuatkan Ejo Jo tanpa rasa segan mempersendakan pengetahuan Adu Du tentang musuh-musuhnya, maka Adu Du menyalahkan Probe. Ulas Probe, "bos borek, anak buah rintik" sebelum terkena cawan yang dicampak Adu Du.

Beralih pula kepada Gopal yang dijelaskan sebagai memanipulasi molekul yang membolehkannya untuk menukar objek kepada makanan, lebih-lebih lagi Gopal hanya mampu menukarkan objek kepada makanan kerana otaknya hanya memikirkan makanan. Tambahan pula, Fang iaitu rakan seperjuangan terbaru BoBoiBoy mampu memanipulasi bayang dan menukarkan bayang kepada lima rupa, iaitu Harimau, Jari, Helang, Tikus dan Naga Bayang. Kesemua kuasa wira-wira muda itu diperlekehkan oleh Ejo Jo dengan cukup yakin diri, maka dia memandang rendah pada Bola Kuasa Adu Du dan hairan dengan kegagalan Adu Du untuk mengatasi lima orang 'budak mentah' itu.

Probeadudunganga.jpg

Probe juga ternganga sampai memperlihatkan koleksi buku seram di dalam 'mulutnya'.

Apapun, Adu Du menegaskan amaran kepada Ejo Jo tentang kehebatan BoBoiBoy. Ejo Jo membalas dengan kebersediaannya untuk berhadapan dengan musuh di bumi dengan Robot Tempur dan Sut Armornya. Adu Du dan Probe gerun dan ternganga melihat dua kelengkapan canggih Ejo Jo itu. Akhirnya, Ejo Jo mengarahkan supaya kapalnya menuju ke bumi pada kelajuan penuh sambil memutuskan komunikasi dengan Markas Kotak. Dalam keadaan serba cemas, Probe berpesan bahawa Robot Tempur Ejo Jo mampu menghapuskan sasaran dengan sekali tembakan. Tiba-tiba, pintu markas diketuk dan terdengarnya suara seakan-akan Ejo Jo. Adu Du pergi menyambut pintu itu lalu dikejutkan oleh Probe yang membuat usikan dengan niat untuk menghilangkan tekanan majikannya.

Video

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak