BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Ini merupakan episod kesebelas dalam musim kedua siri BoBoiBoy. Episod ini disiarkan di TV3 pada 10 Mac 2013.

Plot

Adudurimas

Adu Du sukar hendak tidur lena kerana rimas akan kedatangan Ejo Jo.

Adu Du penuh rasa cemas hingga tidak tidur lena semalaman, tidak terdaya selain menunggu kedatangan seteru ketatnya Ejo Jo di Bumi untuk merampas Markas Kotaknya. Dia sekali lagi menyalahkan Probe kerana menggadaikan markas mereka semata-mata demi membeli kambing S8000 yang tidak begitu berguna kepada mereka. Apapun, Probe tetap berazam untuk mencadangkan satu lagi cara untuk mengalahkan BoBoiBoy sebelum kedatangan Ejo Jo, tetapi Adu Du merungut bahawa selama ini mereka sukar mencari kelemahan BoBoiBoy. Probe memujuk tuannya bahawa setiap orang tentu ada kelemahan yang boleh dicari, lalu membincangkan pelan baru mereka...

Pada pagi hari, Yaya memasuki bilik kelas dan mengucapkan selamat pagi kepada Ying yang rajin menyiapkan kerja sekolah sebelum loceng berbunyi. Yaya memberi Ying sebiji biskut lobak merah sebagai tanda ihsan, tetapi rupanya Ying sendiri telah memberi sebiji donat lobak merah; donat yang lebih itu diberi kepada Fang. Setelah loceng berbunyi, semua murid mengambil tempat duduk masing-masing dan menyambut ketibaan Papa Zola untuk kelas matematik.

Salah-lemah

Papa Zola ghairah menghentam meja BoBoiBoy yang menjawab salah teka-tekinya.

Papa Zola memulakan hari persekolahan dengan mengemukakan satu soalan teka-teki kepada murid-murid, dengan menjanjikan satu hadiah yang lumayan buat mereka semata-mata untuk menaikkan semangat kelas yang selalunya menyambut dingin teka-teki (kecuali Gopal yang sentiasa teruja dengan sebarang cabaran oleh Papa Zola).

Soalannya: Apakah benda yang terdapat di dalam tangan cikgu? Dengan teruja hingga lupa diri semua murid meneka benda-benda yang tidak masuk akal, dan sudah tentu dibidas oleh guru kerana menjawab dengan salah. BoBoiBoy mencuba jawapan yang lebih munasabah, iaitu pemadam, tetapi dicaci salah dan lemah oleh Papa Zola. Fang mengambil kesempatan untuk memerli BoBoiBoy, tetapi cepat dicabar oleh Papa Zola untuk menjawab teka-tekinya. Jawab Fang, gajah; seperti yang dijangka, Fang dibidas sebagai kurang siuman oleh cikgu kerana gajah sudah tentu lemas akan genggam tangannya.

Yaya merayu pada Papa Zola supaya memberi mereka pembayang, maka Papa Zola menjanjikan mereka tiga pembayang. Pembayang pertama, "ianya merupakan sesuatu yang menakutkan". Gopal meneka 'hantu'; salah jawabnya. Pembayang kedua, "ianya adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu". Gopal tanpa sedar diri menjawab 'hantu penunggu' lalu dicemuh oleh gurunya kerana masih menjawab 'hantu' yang sudah dikira susah.

Minta salam restu

BoBoiBoy melakukan helah untuk mencari jawapan teka-teki sambil meminta izin keluar ke tandas.

BoBoiBoy meminta pembayang terakhir yang ditunaikan dengan "ianya merupakan sesuatu yang menentukan masa depan kamu". Gopal sekali lagi lantang menjawab 'hantu kahwin', dan kali ini dibidas sebagai merepek oleh Ying. Untuk itu, Gopal cuba menjustifikasikan jawapannya dengan menggabungkan konsep hantu dan perkahwinan, tetapi tetap dikira salah oleh Papa Zola.

Saat Papa Zola mencemuh murid-muridnya yang hendak mengalah, BoBoiBoy menggemparkan seluruh bilik kelas dengan mengangkat tangan, tetapi rupa-rupanya dia hendak pergi ke tandas. Mula-mula, dia menuju ke hadapan cikgu dan menghulurkan tangannya untuk meminta restu, lalu dipuji oleh Papa Zola atas tindakannya sebagai pelajar contoh. Sebaik sahaja melihat gurunya membuka tangan kanannya, BoBoiBoy mendapati Papa Zola tidak memegang apa-apa dalam tangan itu, kemudian cepat bersalaman lalu meluru keluar bilik darjah.

Setelah itu, Papa Zola berdepan dengan satu kelas yang geram yang bersungut gara-gara teka-teki yang tiada jawabnya. Maka Papa Zola segera menunjukkan tarikh peperiksaan Matematik yang tertulis pada tapak tangannya. Menakutkan, ditunggu-tunggu dan menentukan masa depan, rupa-rupanya peperiksaan itu jatuh pada hari ini, selepas waktu rehat! Maka seluruh bilik darjah meraung dalam ketakutan, begitu juga dengan BoBoiBoy yang baru kembali dari tandas setelah mendapat tahu daripada kawan-kawan. Tanpa disedar-sedar, telatah BoBoiBoy dan kawan-kawan menggeruni peperiksaan telah diamati oleh Probe dalam usaha mencari kelemahan wira-wira muda itu.

Ulangkaji

BoBoiBoy dan kawan-kawan sibuk mengulang kaji untuk peperiksaan tergempar.

Maka Probe kembali ke Markas Kotak untuk menyampaikan pesanan tergempar kepada Adu Du yang sibuk melayan kerenah si kambing S8000 yang gemar meragut wayar-wayar dalam markasnya. Setelah ditanya oleh tuannya tentang peperiksaan, Probe menjelaskan bahawa peperiksaan menguji kemampuan belajar murid-murid, lebih-lebih lagi sesiapa yang gagal akan dikenakan hukuman rotan mahupun denda.

Sementara itu, pada masa selang antara lepas waktu rehat dan mula peperiksaan, BoBoiBoy, Gopal dan Fang duduk semeja, rajin-rajin mengulang kaji sambil berlainan air muka. Gopal gelabah, BoBoiBoy bersungut akan peperiksaan tiba-tiba itu, dan Fang pula santai dan yakin berkat pencapaiannya yang lalu iaitu selalu mendapat tangga ketiga. BoBoiBoy bertanya mengapa bukan tangga nombor satu atau dua, maka Gopal menceritakan persaingan antara Yaya dan Ying yang sentiasa membolot dua tangga teratas dan merebut-rebut tangga nombor satu sejak dahulu kala dalam mana-mana kertas peperiksaan.

Yinglwnyaya

Ying dan Yaya menunjukkan belang sebenar mereka pada musim peperiksaan.

BoBoiBoy memuji daya saing Yaya dan Ying sebagai 'bagus', tetapi ditunjukkan oleh Fang dan Gopal ke arah dua pelajar perempuan yang duduk semeja di kawasan luar dalam suasana yang agak 'suram'. Dalam sekali pandang, Yaya ditengking oleh Ying kerana cuba mengintai jawapan. Jelas Gopal, inilah satu-satunya masa Yaya dan Ying bermusuhan. Akhirnya, Papa Zola mengumumkan melalui pembesar suara sekolah akan bermulanya peperiksaan.

Di bilik kelas sebelum peperiksaan, sebaik sahaja menerima kertas jawapan, Gopal membuat lawak dengan cepat mengisikan semua jawapannya secara hentam, hinggalah Papa Zola mengugutnya dengan Rotan Keinsafan.

Abduladudu

Kemunculan mengejut Adu Du di sekolah.

Tanpa disangka, pintu bilik kelas diketuk, maka Papa Zola pergi menyambutnya. Rupa-rupanya Adu Du yang menyamar sebagai pelajar baru, lengkap dengan rambut palsu hitam dan cermin mata berbingkai tebal, dengan ditemani oleh Probe yang menyamar sebagai si ibu. Sekali pandang sahaja BoBoiBoy dan kawan-kawan membongkarkan penyamaran Adu Du yang tidak begitu berkesan. Papa Zola menuntut bukti atas tuduhan mereka, maka BoBoiBoy tampil untuk mencabut cermin mata daripada Adu Du, barulah Papa Zola sedar.

BoBoiBoy, Fang dan Yaya dengan rasa geram mengepung Adu Du di sudut bilik kelas, tetapi dihalang oleh Papa Zola yang menerima Adu Du sebagai anak murid barunya kerana dia tetap sudah menjadi pelajar sekolah ini walaupun setelah segala kejahatannya yang lepas, dengan alasan "kebenaran tidak pernah menghalang pembelajaran". Apapun, BoBoiBoy tetap marah menyoal akan tujuan Adu Du ke sini, namun Adu Du polos menjawab hendak belajar sahaja.

Ujianpapazola

Pembayang yang nyata untuk soalan yang tidak munasabah susahnya.

Maka bermulalah peperiksaan! Sebagai pembakar semangat, Papa Zola membenarkan sesiapa yang cepat siap keluar awal. Adu Du mengambil kesempatan untuk menyuruh Probe melaksanakan pelan jahat melalui radio. Semua murid bingung dengan soalan ketiga yang tidak kurang helahnya, yang mana sepanjang soalan bercerita tentang naik turun penumpang, akhir-akhir sekali bertanya akan umur pemandu bas itu...hinggalah mereka melihat gambar pemandu bas itu yang rupa-rupanya Papa Zola.

Maka mereka semua terus bertanya akan umur Papa Zola. Mula-mula, rahsia jawabnya. Setelah dirayu-rayu oleh Yaya dan Ying hingga setiap seorang mereka itu ingin merebut jawapan untuk diri sendiri, Papa Zola bergurau menjawab "sweet seventeen". Satu kelas bereaksi dengan mengangkat tangan hendak ke tandas untuk muntah. Yaya dan Ying melanjutkan rayuan mereka dengan janji hadiah hari jadi teddy bear yang besar dan merah jambu. Papa Zola teruja dengan janji-janji itu dan meminta supaya teddy bear itu berparut dan bermata satu umpama lanun, lengkap dengan gigi tajam seperti dinosaur.

Setelah Yaya dan Ying bersetuju dengan permintaan itu, Papa Zola sekuat hati melaungkan umurnya 37 tahun 8 bulan 18 hari. Pada masa yang sama, angin bertiup kencang melalui tingkap sekolah secara tiba-tiba. Rupa-rupanya angin itu berpunca daripada kipas gergasi yang terapung di hadapan bangunan sekolah daripada rancangan jahat Adu Du yang dikendalikan oleh Probe dengan mesin cuaca di tempat rahsia di bangunan sekolah. Fang meminta supaya peperiksaan dihentikan kerana angin ini, tetapi Papa Zola menolak kerana "peperiksaan kebenaran" hanya berhenti setelah setiap pelajar siap menjawab semua soalan.

Angin kencang tiba2

Peperiksaan diganggu oleh perubahan cuaca mendadak dalam bilik kelas gara-gara helah kotor Adu Du.

Adu Du girang melihat rancangannya berjalan lancar apabila semua pelajar terpaksa terus berperiksa dalam keadaan melampau ini dengan anggapan bahawa gagal dalam peperiksaan adalah kelemahan musuh-musuhnya. BoBoiBoy menuduh Adu Du membuat angin kencang itu, dan Adu Du cuba berbuat polos lagi dan terlanjur kata mengecilkan peperiksaan itu. Papa Zola segera tampil untuk menegur Adu Du atas kata-katanya itu dan menunjuk kesungguhan murid-murid lain dalam peperiksaan di tengah bencana buatan Adu Du sendiri.

BoBoiBoy menyeru semua rakan sekelasnya supaya tabah meredah angin kencang untuk menyiapkan kertas ujian. Adu Du segera memakai baju musim sejuk dan menghubungi Probe supaya memasang mesin cuaca. Dengan itu tamatlah angin kencang dan datangnya kelegaan sementara, disusuli oleh bahang terik dalam kelas sampai menghanguskan kertas, diikuti oleh hujan dengan ribut petir, musim sejuk, dan angin kencang semula dengan durian gugur, gara-gara kesukaran Probe dalam mengendalikan mesin cuaca (yang suis-suisnya tidak berlabel). Apapun, semua murid berjaya meredah segala perubahan cuaca yang mendadak itu.

Ejojodatangkebumi

Ketibaan kapal angkasa Ejo Jo.

Adu Du mula geram lalu meminta Probe mengeset semula mesin cuaca kepada musim sejuk. Sebaik saja Probe memetik satu suis secara hentam, sekolah dilanda gegaran seakan gempa bumi. Walaupun begitu, Adu Du tetap memuji Probe dan menerima gempa bumi, tetapi dibalas dengan rasa hairan Probe. Tiba-tiba langit di luar sekolah bertukar malap seakan mendung. Probe memeriksa buku manual dan mendapati tiadanya cuaca mendung dalam atur cara mesin cuaca. Sekali mendongak ke langit barulah robot itu berasa seram dan menyedari kedatangan Ejo Jo...

Kesilapan

  • Pada papan tanda tertulis tarikh 25/5, tetapi tarikh dalam tapak tangan Papa Zola (yang sepatutnya bersamaan "hari ini") adalah 25/2/2013.

Video

L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri
BoBoiBoy / BoBoiBoy Reborn | BoBoiBoy Galaxy | Papa Pipi
Episod

BoBoiBoy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26

BoBoiBoy Galaxy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24
Musim 2: Isu 1 | Isu 2 | Isu 3 | Isu 4 | Isu 5 | Isu 6 | Isu 7 | Isu 8 | Isu 9
Filem
BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Movie 2 | BoBoiBoy Movie 3
Watak

BoBoiBoy

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Super Probe | ToToiToy | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Pakcik Ikan | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Kumar | Posmen | Nenek Ying | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | Encik Biskut | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Komputer Ejo Jo | Cikgu Timi | Iwan | Amar Deep | Suzy | Amy | Siti | Stanley | Nana | Melissa | Melody | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Polis Gemuk | Polis Kurus | Ketua Polis | Shamsul Rizal Sabri | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Uncle Yim | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | Detektif Konon | BoBoiBoy Api | Pakcik Kantin | Anak Kantin | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Wakil KPKT | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap

BoBoiBoy: The Movie

Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Koko Ci | Robot T | Nenek Sayur | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Duri | BoBoiBoy Solar

BoBoiBoy Galaxy

MotoBot | Kapten Separo | Konco Lanun | Alien Mop | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M. | Pemilik D'Sosej | Gijimo | CetakBot | RompakBot | EmotiBot | Jagara | DataBot | Robot Lanun | Burung Nuri Lanun | Kapten Vargoba | StealthBot | Nut | BoBoiBoy Cahaya | Ramenman | MagnetBot | Tok Cendatok | Gaharum | Brolangkas Brothers | Qually | Jaguh Paruh Lang | Tok Ngau | Rukawr | Jaga Kar | Pengawal Ladang | Profesor Utan | Musang Salji | Tumbosaur | Puak Baja | PasuBot | Alpha Jumbosaur | BoBoiBoy Sori

BoBoiBoy Movie 2

Raksasa Pengun | Anak Pengun | EggaBot | Gogobi | Cakada | Kechik | Ayu Yu | Retak'ka | Hang Kasa | Pipi Zola | Kang Kong | Kuda Botak | Maskmana | Pokok Bak-Bak | King Kang Kong | Raja Bayugan | Kaum Cendawa | Papa Cendawa | Mama Cendawa | Anak Cendawa | Laskar Guruhan | BibikBot | ArmoBot | KristalBot | GammaBot | Satriantar | Kuputeri | Mas Mawais | King Balakung | Panglima Pyrapi | BoBoiBoy FrostFire | BoBoiBoy Glacier | BoBoiBoy Supra | Amato

Papa Pipi

Nekpi | Cikgu Warni | Doktor Dahlia | Vijay | Melur | Chia

Lain-lain

Captain Munch | Raksasa Bengkok | Razak | Raksasa Gula | Terra | Coral | Oake | Kapten MACC | Ezra | Lelabah Kristal | EnerBot | EquBot | Raksasa Gerojoh | GigaBot
Terbitan turunan
Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | Detektif Yaya | Sahabat Cilik SPRM | BoBoiBoy Galaxy Special | Fly With Yaya | Destinasi Terbaik
Tempat
Planet Bumi | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Yong Pin Aerotrain Express | Pulau Rintis | Rumah Tok Aba | Planet Ata Ta Tiga | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Kedai Runcit | Pejabat Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Kedai Game Ah Beng & Sons | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Hospital Alien Really Amazing Marvellous | Pulau Terapung | Lab Sfera Kuasa | Kilang Sfera Kuasa | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Koloni Lanun Angkasa | Planet Kasuta | Planet Brotora | Planet Junkberg | D'Sosej | Kapal Arkib Angkasa | Planet Oroq | Stesen Sunnova | Markas TEMPUR-A | Planet GogoBugi | Sektor 88-19 Bima Lima | Planet Saharu | Sektor Z55-2P Galaksi Solaria | Asteroid Kristal | Planet Quabaq | Planet Gur'latan | Sektor G159A Nusagima | Planet Bayugan | Planet Rimbara | Planet Gugura | Akademi Pulau Rintis | TAPOPS-B | Kampung Muriong | Planet Kadruax
Lagu
BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Lagu Hindustan Gopal | Suasana di Hari Raya | Incik Boss dan Probe | Treler Antarabangsa BoBoiBoy | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Lagu Tidur Gopal | Lagu Tidur Fang | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba | Fire & Water | Lagu Rukun Negara | Aneka Baju Raya
Permainan
BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run
Lihat juga
Animonsta Studios | Majalah Komik BoBoiBoy | Movie Animation Park Studios | BoBoiBoy Galaxy x Lawak Kampus SUPERIOR
Advertisement