FANDOM


BoBoiBoy Musim 2, Episod 3
BoBoiBoy vs Fang
Tarikh diterbitkan 10 Jun 2012 (TV3)
23 Ogos 2012 (Disney Channel Asia)
Durasi tayangan 22:00
Diarahkan oleh Yap Ee Jean
Dzubir Mohammed Zakaria
Panduan Episod
Sebelumnya
Musim 2, Episod 2
Seterusnya
Musim 2, Episod 4

Ini merupakan episod ketiga dalam musim kedua siri BoBoiBoy. Episod ini disiarkan di TV3 pada 10 Jun 2012.

Plot

Episod ini bermula dengan pembeli kapal angkasa Adu Du itu memasuki kapal itu dan menyelongkar maklumat yang tersimpan dalam sistemnya. Setelah menghapuskan semua fail video Seguni Mawar Merah, dia menemui fail sulit yang mengandungi segalanya tentang misi Adu Du yang gagal menyerang Bumi untuk koko.

Di sekolah sebelum kelas bermula, BoBoiBoy menanya Gopal mengapa dia sekelas dengannya padahal dia lebih tua setahun. Selain mereka berdua, Iwan sahaja yang ada dalam bilik darjah. Jelas Gopal, sewaktu dia cukup umur untuk masuk sekolah, bapanya terlupa untuk membawa sijil kelahirannya, lebih teruk lagi, setelah bercakap besar di hadapan guru tentang kekuatan daya ingatannya, dia terlupa pula tahun kelahirannya. Sungguhpun demikian, Gopal meluahkan rasa bersyukur kerana sekelas dengan BoBoiBoy. BoBoiBoy bertanya pula mengapa Ying turut sekelas dengan mereka walaupun lebih muda setahun daripadanya, Gopal menjelaskan bahawa dia 'melompat kelas' kerana lebih pintar daripada lain-lain yang sebaya dengannya.

Bbb-fang-ep3

BoBoiBoy dan Fang bertentang mata lagi sejak pertarungan hari semalam.

Di tengah perbualan dua sekawan itu, datang pula Fang dengan wajahnya yang merengus sampai menakutkan Gopal dan Iwan, dicaci oleh BoBoiBoy sebagai "wajah penakut". Geram sungguh Fang dan BoBoiBoy menenung satu sama lain sehingga mereka mengaktifkan sedikit kuasa mereka. Mujurlah Gopal sempat menghalang mereka daripada bergaduh dengan nada yang tegas sebagai Penolong Ketua Darjah, dengan alasan bahawa dia ditugaskan untuk menyusun meja pada hari itu, tambahnya jika hendak bergaduh, bergaduhlah pada hari esok kerana Amar Deep yang menyusun meja pada hari itu. Yaya sebagai Ketua Darjah bersama Ying terdengar kata-kata sindiran Gopal lalu berteriak dengan garang lalu menegur sikapnya. Fang mengutuk Yaya kerana menyibuk dalam urusan dia dengan BoBoiBoy, maka Yaya turut mengugut untuk menulis nama Fang dan BoBoiBoy dalam buku nota. Gopal mengingatkan mereka berdua akan guru disiplin sekolah yang akan membaca nama-nama dalam nota itu, tetapi Fang tidak sesekali gentar. Oleh itu, Gopal menceritakan bahawa guru disiplin itu bekas jeneral tentera, juara tomoi dan pernah berenang melintasi Lautan Pasifik lima kali, apatah lagi dikatakan pernah menjalani "pembedahan ganti urat dengan dawai besi".

Seluruh kelas tergamam

Seluruh kelas tergamam mendengar BoBoiBoy bertanya akan nama guru disiplin.

Makin dengar, makin kagum BoBoiBoy mendengar cerita itu lalu bertanyakan nama guru disiplin itu, sekaligus membuat satu kelas tercungap dalam kegerunan. Jawab Gopal, namanya "tak boleh disebut". Tiba-tiba sahaja, Papa Zola meluru masuk dalam kelas dan tegas menyangkal cerita Gopal sebagai "cerita karut, dan konspirasi liar dan tahyul", lalu menegur para pelajar agar bergelumang dalam benda yang lebih berfaedah. BoBoiBoy sempat menuding jarinya ke arah Fang kerana mencari pasal; tegur Papa Zola, kebenaran tidak pernah mencari pasal, membuat satu kelas tergamam kerana tidak memahami maksudnya.

Papa zola guru pj

Papa Zola menjadi guru Pendidikan Jasmani.

Lantas, Papa Zola menyuruh para murid mengeluarkan buku matematik, tetapi Yaya sempat mengingatkannya bahawa waktu sekarang adalah Pendidikan Jasmani. Dengan cepatnya Papa Zola bertukar baju untuk memulakan pelajaran yang sepatutnya. Setelah ditanya oleh BoBoiBoy, Papa Zola menjelaskan bahawa menjadi guru Pendidikan Jasmani merupakan cita-citanya sejak azali lagi. Gelagat Papa Zola turut diawasi oleh Probe yang mengintip dengan berbaju ala Sherlock Holmes tetapi berwarna firus, dan dia turut mengikuti perkembangan kelas Pendidikan Jasmani di halaman sekolah.

Kemudian di gelanggang bola keranjang, Papa Zola mengajak murid-murid untuk melakukan suatu sukan yang "lasak", iaitu larian membawa telur dalam sudu.Hilanglah angin BoBoiBoy untuk berpendidikan jasmani kerana itu, tetapi Gopal tetap berkobar-kobar. Fang menganggap sukan ini tidak mencabar. Papa Zola mendengar keluhan dua budak itu lalu mencabar mereka untuk berlumba, dengan ganjaran pembaris "P" Papa Zola untuk pemenangnya. Gopal merayu BoBoiBoy untuk meraih pembaris kegilaan ramai itu untuknya. Walaupun Fang tidak berminat dengan ganjaran itu, namun dia tetap berazam untuk mengalahkan BoBoiBoy dalam perlumbaan.

Papazola cabar bbb dan fang

Papa Zola mencabar BoBoiBoy dan Fang untuk berlumba memegang telur dalam sudu.

Dengan itu, bermulanya lumba lari memegang telur dalam sudu yang sengit antara BoBoiBoy dan Fang di keliling balapan sekolah yang turut dikomentar oleh Amar Deep. Pada awalnya perlumbaan dikuasai oleh Fang (walaupun sekali dipintas oleh BoBoiBoy), tetapi dia tersandung pada kon lalu nyaris tercircir telurnya. Mujurlah dia sempat menyambut telurnya dan mengahalang BoBoiBoy daripada merampas kedudukan pendahulunya. Menjelang akhir perlumbaan, akhirnya BoBoiBoy memintas jauh. Ini membuat Fang geram lalu menggunakan kuasa bayangnya untuk memecut jauh ke hadapan BoBoiBoy. Melihat gelagat Fang, BoBoiBoy turut menghidupkan kuasa Gerakan Kilat untuk mengejar sampai dapat. Akhirnya, mereka kelihatan melintasi garisan penamat pada detik yang sama.

Fang lwn bbb lumba sudu

Fang dan BoBoiBoy sengit berlumba.

Hendak pun BoBoiBoy dan Fang bertengkar tentang siapa juara, Papa Zola sempat menenangkan kemarahan mereka. Gopal menyerahkan video kamera dengan rakaman untuk ditunjukkan pada Papa Zola supaya dapat menentukan pemenangnya. Setelah meneliti, Papa Zola dengan mengejut sekali mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai juara, kerana gambar video nyata menunjukkan kelibatnya mengungguli kedua-dua budak itu di garisan penamat. Sudah tentu seluruh kelas tergamam lagi, tetapi Gopal tetap memuji Papa Zola lalu meminta agar pembaris P diberikan padanya. Papa Zola menengking pula lalu mengumumkan bahawa kamera video Gopal dirampas kerana melanggar peraturan sekolah.

Rakaman perlumbaan

Papa Zola menunjukkan siapa pemenang sebenar perlumbaan.

Fang meminta Papa Zola supaya ditunjukkan rakaman itu semula agar pasti siapakah yang mengungguli antara dirinya dan BoBoiBoy. BoBoiBoy memujuk Fang supaya menganggap seri, tetapi Fang berkeras. Sekali lagi Papa Zola mencelah dengan menanya Fang mengapa berdingin dengan BoBoiBoy. Jelas Fang, pada suatu hari, Fang tidak jadi memakan satu-satunya donat lobak merah yang tinggal di kedai kerana dirampas oleh BoBoiBoy. Ying di belakang memujuknya, tetapi Fang bertegas bahawa donat perisa itu paling sedap di dunia. Gopal pula membawa keluar setengah bji donat lobak merah (yang dibeli semalam dan sudah dikerumuni lalat) untuk diberikan pada Fang.

Donat lobak merah

Fang hampir merampas satu-satunya donat lobak merah yang tinggal, tetapi...

Tanpa rasa sabar, Papa Zola mencantas donat itu lalu menanya Fang lagi. Sambung cerita Fang, pada satu hari lain pula, sebelum mula waktu sekolah, dia bersusah-payah mengemas bilik darjah dari teruk bersepah hingga benar-benar bersih. Apabila penyapu kelas terjatuh, BoBoiBoy datang untuk menolong Fang menyambut. Tiba-tiba sahaja, Papa Zola dan murid-murid lain muncul, dan gara-gara melihat penyapu di tangannya dan bukan Fang, Papa Zola memuji-muji BoBoiBoy sebagai pelajar contoh di depan murid-murid, membuat Fang bertambah geram lagi iri hati.

Bbb fang penyapu

BoBoiBoy dan Fang nyaris-nyaris hendak berbaik, tetapi...

Walaupun BoBoiBoy memujuk Fang bahawa peristiwa itu hanya timbul dari salah anggap, namun Fang tetap hendak "mengajar" lawan ketatnya itu. Sekali lagi, Papa Zola mencelah dengan meminta mereka berlumba lari membawa telur dalam sudu, tetapi sempat diingatkan oleh Ying bahawa itu baru sahaja dipertandingkan. BoBoiBoy mencabar Fang untuk beradu bola sepak, membuat Fang berpeluh dalam rasa gementar. Oleh itu, Papa Zola bersetuju agar perlawanan bola akan diadakan pada pukul 5 petang "seminggu dari sekarang".

Probe yang selama ini mengintip BoBoiBoy dan kawan-kawan dalam kelas Pendidikan Jasmani tadi kembali juga di markas, tanpa sengaja melanggar pintu depan yang baru dipasang oleh majikannya, Adu Du. Setelah menyampaikan khabar tentang perlawanan bola sepak antara BoBoiBoy dan Fang, angin Adu Du bertukar dari geram menjadi girang, lalu menyuruh Komputer dan Probe untuk menerangkan tentang sukan bola sepak. Setelah mendengar penjelasan mesin-mesin suruhannya, Adu Du berazam lagi untuk mengambil kesempatan ini untuk menghancurkan BoBoiBoy.

Trivia

  • Kisah berkenaan Pembaris P Papa Zola boleh dibaca dalam komik "Papa Zola: Raksasa Bengkok" di Monsta.com.

Video


L - S - B
Logo boboiboy
Siri

BoBoiBoy | Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Galaxy

Episod

BoBoiBoy
Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Extended Finale
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26
BoBoiBoy Galaxy
Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18

Watak

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Wahid | Ernie | Pakcik Mat | Super Probe | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Robot Hamba | Multi-Monster | Makcik Yah | Pakcik Yah | Pakcik Kumar | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Bapa BoBoiBoy | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | BoBoiBoy Api | BoBoiBot Halilintar | BoBoiBot Taufan | BoBoiBot Gempa | BoBoiBot Api | BoBoiBoy Air | BoBoiBot Air | Anak Bago Go | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap | Terra | Coral | Oake | Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Cici Ko | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Thorn | BoBoiBoy Solar | MotoBot | Kapten Separo | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Laksamana Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Red | Bikembar Blue | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot

Tempat

Planet Bumi | Malaysia | Pulau Rintis | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Tok Aba's Kokotiam | Planet Ata Ta Tiga | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Pulau Terapung | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas

Lagu

BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Hang on Tight | Incik Boss dan Probe | BuBaDiBaKo | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba

Permainan

BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run

Lihat juga

Movie Animation Park Studios

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.