BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Ini merupakan episod kelima dalam musim kedua siri BoBoiBoy. Episod ini disiarkan di TV3 pada 26 Ogos 2012.

Ringkasan[]

BoBoiBoy dan Gopal menyiasat bagaimana Fang mendapat kuasa, mengapa Ochobot pengsan setiap kali dia melihat muka Fang dan mengapa dia membeli biskut Yaya setiap hari. Sebaliknya, BoBoiBoy, Gopal dan Fang diserang oleh Kucing Sewel Pak Senin Koboi.

Plot[]

Biskutyayahantu

BoBoiBoy dikacau oleh biskut-biskut Yaya dalam mimpi.

BoBoiBoy mengigau dikejar oleh biskut-biskut Yaya yang hidup dan memaksanya untuk makan mereka, sehingga dia dikejutkan oleh Ochobot yang menyumbat-nyumbatkan 18 biskut Yaya ke dalam mulutnya, Nasi Lemak semalam dengan Ayam. Ini membuatkan BoBoiBoy marah pada Ochobot sehingga mereka berkelahi dan turut mendapat perhatian Tok Aba. Ochobot menjelaskan bahawa Tok Aba menyuruhnya untuk mengejutkan BoBoiBoy. Oleh itu, Tok Aba rela menunggu mereka habis berkelahi sebelum turun untuk menolong mereka membuka kedai.

Selepas itu, Tok Aba, BoBoiBoy dan Ochobot menaiki motor Tok Aba ke tempat kedainya, tetapi kedai itu tidak kelihatan, membuatkan BoBoiBoy berasa hairan. Untuk itu, Tok Aba membuat kejutan dengan menyuruh Ochobot menghidupkan rekaannya, iaitu gelendong yang tergantung di belakang motor itu, supaya ia dibuka dan berubah menjadi Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam yang serba baru. Selepas kedai didirikan, Tok Aba memberikan tugas-tugasan kepada BoBoiBoy yang perlu disiapkan sebelum pukul 6.30.

Kokotiambaru

Memperkenalkan Tok Aba Kokotiam serba baru!

Pada pukul 6.25, BoBoiBoy sudah melenguh dan ditegur oleh Tok Aba kerana penat walaupun sudah 'sedikit' bekerja walaupun tugas-tugasnya dikira cukup berat. BoBoiBoy bertanya mengapa Ochobot tidak menolong, Tok Aba menjelaskan bahawa dia tidak mahu membebankan robot yang asyik pengsan itu. Berkenaan ketepatan masa pula, Tok Aba sebenarnya menunggu kedatangan seorang pelanggan setia tepat pada pukul 6.30, iaitu tak lain tak bukan Gopal yang masih belum menjelaskan hutangnya.

Gopal menjelaskan bahawa dia selalu berkunjung ke kedai Tok Aba untuk meminum koko panas supaya sihat dan bertenaga di sekolah. Oleh itu, BoBoiBoy terdorong untuk memesan koko ais daripada Tok Aba, tetapi Tok Aba menegahnya kerana kerana meminum minuman berais pada awal pagi adalah tidak elok. Oleh itu, terpaksalah BoBoiBoy memuaskan hati Tok Aba dengan meminum koko panas.

Gopalbbbhotchoc

Gopal dan BoBoiBoy menjamu selera dengan Hot Chocolate Special Tok Aba.

Ketika menghirup koko panas bersama Gopal, BoBoiBoy terlihat akan bungkusan biskut Yaya pada kaunter dengan rasa sungguh tidak percaya. Tok Aba menegaskan bahawa ada seorang pelanggan yang selalu datang untuk membeli biskut-biskut itu.

Sementara itu di markas bawah tanah, Adu Du dikacau oleh seekor lalat ketika bersarapan dengan nasi lemak. Probe menolong dengan cuba menghentam lalat itu dengan sudip elektrik, tetapi hanya memburukkan keadaan dengan merosakkan meja dan menampar muka majikannya dengan sudip itu. Ini membuat Adu Du marah dan memukul-mukul Probe, sehingga dia terhenti apabila terfikir akan suatu idea untuk mengalahkan BoBoiBoy.

Adudulalat

Adu Du diganggu oleh lalat.

Sudah hampir pukul 7 pagi, dan pembeli setia biskut Yaya masih belum muncul. Ochobot memujuk BoBoiBoy supaya tidak menunggu lagi dan cepat pergi ke sekolah, tetapi Gopal pula ingin menunggu lima minit lagi.

Gopal turut menanya BoBoiBoy sama ada Ochobot memberikan kuasa kepada Fang, tetapi Ochobot sendiri tidak tahu, jawabnya. Jelas BoBoiBoy, setiap kali BoBoiBoy menunjukkan gambar Fang kepada Ochobot, dia pengsan. Gopal memanggil Ochobot untuk menunjukkan gambar-gambar Fang padanya, dan Ochobot pun mengalami renjatan dalaman dan jatuh ke lantai. BoBoiBoy juga bertanya mengapa Gopal banyak memiliki gambar Fang; jelas Gopal, dia banyak mengambil gambar untuk dijual kepada para peminat.

Gopalambilgambarfang

Gopal mencuri ambil gambar Fang untuk mencari nafkah.

Akhirnya, pembeli setia biskut Yaya datang – Fang rupanya! Sama seperti ketika melihat gambarnya, Ochobot juga pengsan apabila melihat wajah Fang sendiri. BoBoiBoy menanya Fang mengapa Ochobot selalu pengsan sesekali melihat wajahnya, tetapi sekali lagi "tak tahu" jawabnya. BoBoiBoy hairan mengapa Tok Aba sanggup menjual barang kepada musuhnya Fang, maka jawab Tok Aba, Fang tetap pelanggannya dan "business is business". Gopal memuji sikap keusahawanan Tok Aba. Selepas itu, BoBoiBoy dan Gopal pergi mengejar Fang.

Dulu lorong ni adalah jalan pintas untuk ke sekolah

Lorong Pak Senin Koboi

Ketika mengejar, mereka tiba di sebatang jalan misteri yang bernama "Lorong Pak Senin Koboi", siap dengan papan tanda buatan kayu. Gopal menjelaskan bahawa inilah laluan paling cepat ke sekolah dahulu kala, tetapi tidak boleh dilalui lagi semenjak Pak Senin Koboi berpindah ke situ bersama kucingnya yang 'sewel' dan mengejar sesiapa yang melalui lorong itu. BoBoiBoy tidak mengendahkan nasihat Gopal dan tetap memasuki lorong itu, dan Gopal terpaksa mengekorinya.

Di hujung lorong itu, BoBoiBoy dan Gopal akhirnya menemui Fang yang cangkung di atas jalan, lalu BoBoiBoy menyepak bungkusan biskut Fang untuk menyoalnya mengapa Ochobot pengsan setiap kali melihatnya. Gopal turut menanya Fang mengapa dia membeli biskut Yaya.

Kucingsewel

Kucing sewel Pak Senin Koboi.

Tiba-tiba sahaja, kucing sewel yang disebut-sebutkan oleh Gopal tadi muncul dengan bertopi koboi. Gopal berpesan supaya tidak bergerak secara mendadak, tetapi BoBoiBoy dan Fang cepat mencabut lari. Sebaik sahaja kucing itu mula menyerang, Gopal turut memecut lari, tetapi kucing itu sempat menangkap dan mencakar mereka bertiga habis-habisan.

BoBoiBoy, Gopal dan Fang akhirnya tiba di luar pagar sekolah dan sudah hampir lewat. Di pintu pagar, Yaya sedang bertugas, maka Gopal menjadi cemas dan mengingatkan mereka berdua bahawa berlari pun hanya boleh sampai tepat-tepat pada masa, dan bagi Yaya, "ngam-ngam kira lambat". BoBoiBoy tidak mengendahkan amaran Gopal lagi dan yakin pada kemesraan Yaya, tetapi Gopal sekali lagi mengingatkan bahawa perilaku Yaya bertukar dari 'ayu comel molek' menjadi 'tegas garang' sebaik sahaja memasuki perkarangan sekolah.

Apabila mendekati pintu masuk, BoBoiBoy (yang tidak pernah melanggar peraturan sekolah) tidak melihat sebarang perubahan pada perilaku Yaya. Fang mencabar BoBoiBoy untuk melanggar peraturan sekolah walau sekali, dengan harapan agar BoBoiBoy dibuang sekolah secepat mungkin supaya tinggal Fang sahaja yang popular. Apapun, BoBoiBoy bertanya kalau-kalau ada lagi pintu masuk lain. Untuk itu, Gopal menunjukkan jalan masuk ikut pintu pagar tepi bilik guru.

Kepujianyaya

Plak kepujian Yaya.

Akhirnya, mereka bertiga sempat masuk ke dalam bangunan sekolah sebelum loceng berbunyi. Gopal menggesa mereka yang lain supaya cepat pergi beratur, tetapi BoBoiBoy dialih perhatian oleh kilauan dari plak emas kepujian kepada Yaya, sehingga dia digelar "Pelajar Paling Dikenang Abad Ini" pada Dinding Kejayaan sekolah. Gopal pergi menjenguk BoBoiBoy dan membuka plak itu untuk mendedahkan banyak lagi isinya. BoBoiBoy menyatakan rasa bangga kerana ada kawan sepertinya, tetapi Gopal merengus kerana Yaya membolot segalanya dan gila mendenda.

Yayapengawas

Kawasan larangan untuk murid-murid.

Setelah melihat gambar Yaya menguasai ruangan Dinding Kejayaan, BoBoiBoy, Gopal dan Fang meluahkan azam untuk menyamai kejayaan ataupun 'mengalahkan' Yaya... sehingga Yaya tiba-tiba datang untuk menakutkan mereka. Terpaksalah mereka bertiga mereka-reka cerita untuk menyelamatkan diri daripada didenda oleh Yaya, dengan memanfaatkan permusuhan sesama BoBoiBoy dan Fang. Walaupun demikian, mereka bertiga tetap didenda kerana memasuki kawasan larangan bagi murid!

Pistolpengecil

Pistol Pengecil Probe!

BoBoiBoy, Gopal dan Fang didenda membersihkan halaman sekolah. BoBoiBoy dan Fang saling menyalahkan kerana nasib mereka menjadi begini. Gopal meratapi terlepasnya waktu menonton drama kegemarannya. Tiba-tiba sahaja, Probe muncul untuk menyerang mereka dengan ketukan Sudip Elektrik yang tidak berhasil, diikuti oleh Pistol Pengecil yang mengecilkan badan mereka sehingga sekecil serangga! Akan tetapi, setelah pulang dari misi dan menceritakan misi kepada Adu Du, Probe baru teringat urutan yang sepatutnya, iaitu tembak sebelum ketuk. Kesilapan Probe membuat Adu Du naik darah lagi dan menyuruh Probe menghabiskan tugasnya.

Watak[]

Trivia[]

  • Ini adalah episod pertama BoBoiBoy menegur Ochobot.
  • Ini adalah episod pertama biskut Yaya muncul sebagai watak.
  • Ini kali kedua Adu Du memarahi Probe kerana menggunakan Sudip Elektrik dan ayat "yang boleh juga digunakan untuk memukul lalat" didengari, tetapi ia mempunyai terjemahan yang berbeza dalam versi bahasa Inggeris.
  • Selain dari koko, episod ini mendedahkan bahawa Adu Du menyukai nasi lemak.
  • Babak di mana Tok Aba bertanya jika Gopal yakin bahawa lima minit tidak akan berubah menjadi lima jam adalah panggilan balik ke Musim 1, Episod 7.
  • Ini kali kedua di mana episod menunjukkan bahawa BoBoiBoy cuba lari untuk sesuatu. Yang pertama ialah Musim 1, Episod 1.
  • Sebab mengapa Yaya menulis nama BoBoiBoy dan Gopal kerana mereka menggunakan koridor guru untuk masuk ke dalam sekolah.
  • Yaya adalah watak bukan alien yang pertama dalam siri ini yang mata menjadi kuning.
  • Ini adalah episod kedua di mana Gopal dicakar oleh kucing.
  • Dalam versi bahasa Inggeris episod ini dan selanjutnya, Sudip Elektrik dinamakan "Electric Spoon", yang bermakna Sudu Elektrik dalam bahasa Inggeris.
  • Dalam satu babak, Gopal menyebut bahawa dia kaya tetapi sebelum ini dia menyatakan bahawa dia tidak mempunyai cukup wang untuk membayar semua hutangnya di kedai Tok Aba. Mungkin dia hanya bercanda dengan BoBoiBoy.
  • Pakean koko Tok Aba yang dilihat ketika Fang membeli biskuit Yaya adalah pakej yang sama apabila anda membeli minuman koko Tok Aba dalam kehidupan nyata, hanya di Malaysia sahaja.
  • Episod ini disiarkan di Disney Channel Asia bersama-sama dengan episod berikutnya pada 20 November 2012.
  • Dalam versi bahasa Melayu, ada beberapa ayat bahasa Inggeris yang disebutkan.
    • 10:04: "Business is business" oleh Tok Aba.
    • 13:02: "On time means late" oleh Gopal.
  • Dalam mimpi ngeri BoBoiBoy, dia terlihat mengenakan seragam sekolah, apabila kamera zum keluar dari 1:17 sehingga 1:19, dia terlihat memakai pakaian musim 2 biasa sebaliknya.
  • Ia tidak diketahui bagaimana Tok Aba dapat balik buku resipi turun-temurun koko Tok Aba walaupun Adu Du merampasnya dalam Musim 1, Episod 6.
  • Yaya merancangkan untuk menulis nama Fang, BoBoiBoy dan Gopal tetapi nama Fang tidak ditulis di buku notanya.
  • Di Netflix, episod ini diberi tajuk "Lambat ke Sekolah".

Video[]

Advertisement