Fandom

BoBoiBoy Wiki

Musim 2, Episod 6

379laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

BoBoiBoy Episod 6 Musim 2
Helang Bayang, terbang!.png
"Helang Bayang, terbang!"
tarikh
diterbitkan
9 September 2012 di TV3
10 November 2012 di Disney Channel Asia
durasi
tayangan
20:00
diarahkan
oleh
Yap Ee Jean
Dzubir Mohammed Zakaria
Panduan Episod
Sebelumnya
Musim 2, Episod 5
Seterusnya
Musim 2, Episod 7

Musim 1, Episod 6 siri BoBoiBoy julung kali disiarkan di TV3 pada 9 September, 2012.

Plot

Petalrgpakseninkoboi.jpg

BoBoiBoy menunjukkan jalan melalui Lorong Pak Senin Koboi.

Dalam menjalani hukuman membersihkan halaman sekolah kerana melanggar peraturan sekolah, BoBoiBoy, Gopal dan Fang ditukarkan menjadi kecil secara mengejut oleh Probe dalam rancangan Adu Du untuk menumpaskan BoBoiBoy. Setelah menjadi cemas dan berkelahi sesama sendiri buat seketika, BoBoiBoy mencadangkan supaya mereka berjalan kaki ke kedai Tok Aba untuk berjumpa dengan Ying dan Yaya di mana BoBoiBoy telah berjanji dengan dua perempuan itu untuk membuat kerja rumah bersama-sama. Gopal merungut bahawa dengan badan mereka yang kecil, mungkin tiga hari baru sampai. Oleh itu, BoBoiBoy mencadangkan agar mereka melalui Lorong Pak Senin Koboi, walaupun mereka pasti berdepan dengan ancaman Kucing Sewel, kerana itu sahaja jalan yang paling dekat. Fang menambah cadangan supaya mereka pergi ke kantin dahulu.

Sementara itu, Ying dan Yaya sedang membuat kerja sekolah di kedai Tok Aba. Ying dengan rasa tidak sabar bersungut akan kelewatan BoBoiBoy dan kawan-kawan. Balas Yaya, sesungguhnya mereka terpaksa lewat kerana didenda, tetapi tidak patut sebegini lewat. Tok Aba terdengar perbualan mereka, maka Yaya menjelaskan perihal BoBoiBoy didenda dengan jujur. Tok Aba memuji tindakan yang diambil terhadap BoBoiBoy dan menjanjikan denda tambahan buat cucunya atas kesalahannya itu.

Helangbayang.jpg

Helang Bayang cuba menampung tiga orang penumpang.

Di kantin sekolah, Fang menghidupkan Helang Bayang dari lantai supaya dia, BoBoiBoy dan Gopal boleh naik ke kaunter kantin untuk langkah seterusnya. Akan tetapi, Helang Bayang tidak larat menumpangkan tiga orang lalu terjatuh. Oleh itu, mereka bertiga terpaksa memanjat hingga ke atas kaunter. Setibanya di situ, Fang menunjukkan biskut Yaya dalam balang sebagai langkah seterusnya, membuat BoBoiBoy terkejut. Gopal menjelaskan bahawa Yaya turut mengugut Makcik Kantin supaya membeli biskutnya. Apapun, setiap seorang daripada mereka memikul sebiji biskut untuk dibawa ke luar sekolah.
Adududanpetimini.jpg

Adu Du mendapati mesin basuh yang dipegangnya bertambah kecil.

Sementara itu, Adu Du masih menunggu kepulangan Probe, apabila mesin basuh yang sudah dikecilkan dalam pegangannya itu tiba-tiba mengecil lagi, mendorong Adu Du untuk menyoal Komputer. Komputer menjelaskan bahawa formula pengecilan yang direka oleh Adu Du itu terlebih hebat sehingga sesiapa yang terkena pancaran itu lama-kelamaan menjadi debu dan hilang dari dunia, membuat majikannya itu berasa besar hati dengan 'kejayaan' yang seakan-akan dalam genggamannya, lalu memanggil balik Probe yang terkial-kial mencari tiga orang budak itu di kawasan sekolah.
Tikuslawankucing.jpg

Tikus melawan kucing.

Setibanya di Lorong Pak Senin Koboi sambil memikul biskut Yaya, BoBoiBoy secara tiba-tiba mengecil lagi, disusuli pula oleh Fang dan Gopal. Gopal menjadi cemas, tetapi BoBoiBoy menggesa kawan-kawannya supaya berlari pantas. Di tengah-tengah perjalanan melawan masa ini, sudah tentu mereka bertembung dengan Kucing Sewel. Fang bertindak dahulu dengan menghidupkan Tikus Bayang untuk menyumbatkan biskut Yaya yang dibawanya ke dalam kucing itu. Sekali makan, kucing itu tiba-tiba menjadi pening dan berkelakuan aneh.

Oleh yang demikian, BoBoiBoy dan Gopal baru menyedari tujuan sebenar Fang membeli biskut Yaya. BoBoiBoy tidak setuju dengan tindakan Fang itu, tetapi Gopal memujuknya, asalkan selamat. Akan tetapi, kesan biskut pada Kucing Sewel sementara sahaja; kucing itu bangkit kembali dan menyerang mereka. Fang menyuruh BoBoiBoy dan Gopal menyumbatkan biskut-biskut yang dibawa mereka kerana tiga biji biskut diperlukan untuk memengsankan kucing itu.

Tanahpelindungdrkucingsewel.jpg

Tanah Pelindung melindungi Gopal daripada ancaman Kucing Sewel.

Tanpa dapat mengharapkan bantuan Fang yang tiba-tiba berkeras kepala, BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Gempa dan menghasilkan Tanah Pelindung untuk melindungi Gopal daripada terkaman Kucing Sewel. Kemudian, dia beralih kepada bentuk BoBoiBoy Taufan dan melemparkan biskut ke arah kucing itu dengan Pusaran Taufan, tetapi kucing itu sempat mengelak dan biskut itu terkena tembok rumah. Nyaris diterkam oleh Kucing Sewel, BoBoiBoy menjadi BoBoiBoy Halilintar dan cepat mengelak dengan Gerakan Kilat untuk pergi mencabut biskutnya yang tersumbat pada tembok.

Fang yang bermalas menyaksikan aksi BoBoiBoy tiba-tiba dikejar oleh Kucing Sewel; walaupun cuba memujuknya supaya mengejar BoBoiBoy, namun kucing itu tetap mengejar Fang. Fang menghidupkan Helang Bayang untuk menjauhi Kucing Sewel, tetapi kucing itu dapat mengejar dan menjatuhkan Fang dari udara. Akhirnya, BoBoiBoy mendapat satu lagi peluang untuk menumpaskan Kucing Sewel dengan menjadi BoBoiBoy Taufan lalu melontarkan semula biskut ke arah binatang buas itu dengan Putaran Taufan, kemudian bertukar menjadi BoBoiBoy Gempa dan menahan kaki-kaki kucing itu dengan mengawal tanah supaya biskut itu masuk ke dalam mulut kucing, dan akhirnya meminta Gopal menyumbatkan biskutnya ke dalam mulut Kucing Sewel.

Gopal cuba berbuat demikian dengan menembus keluar Tanah Pelindung dan meluru ke arah kucing itu dengan biskutnya, tetapi dia gagal melontarkan biskutnya. Lebih memburukkan keadaan, BoBoiBoy, Gopal dan Fang mengecil lagi, kemudian Kucing Sewel terlepas daripada Tanah Penahan lalu mendapat kelebihan besar dalam pertarungan dengan tiga manusia kecil itu.

Logoincikbossdanprobe.jpg

Watak jahat meraikan 'kemenangan' dengan sesuatu yang istimewa.

Di Markas Kotak, Probe bercadang kepada Adu Du supaya menukar tajuk animasi BoBoiBoy kepada Incik Boss dan Probe sempena menyambut kemenangan mereka ke atas musuh-musuh mereka, siap dengan lagu tema yang menyaduri lagu tema BoBoiBoy. Adu Du setuju dengan cadangan bernas itu dan bernyanyi bersama-sama. Akan tetapi, keraian mereka disampuk oleh ketibaan Yaya dan Ying yang muncul dari peti sejuk dalam markas bersama tiga kawan lelaki mereka dalam bakul.
Kucingseweljinak.jpg

Kucing Sewel menjadi jinak setelah termakan tiga biji biskut Yaya.

Adu Du dengan rasa cemas dan marah bertanya bagaimana mereka tahu lokasi markasnya; Fang dalam bakul menjawab bahawa dia memberitahu mereka lokasinya. Tambah BoBoiBoy, mereka berjaya menewaskan Kucing Sewel di Lorong Pak Senin Koboi apabila Fang menahan kucing itu dengan Jejari Bayang dan Gopal menukar sehelai daun layu bersebelahannya menjadi ikan kering supaya kucing itu membuka mulutnya dan senang untuk BoBoiBoy menyumbatkan biskut terakhir. Gabungan biskut ketiga dan bayang-bayang ikan kering membuat Kucing Sewel bertambah gila dan mengancam, tetapi BoBoiBoy bertukar ke bentuk BoBoiBoy Halilintar dan membuat Pelindung Halilintar untuk menjinakkan kucing itu. Oleh itu, mereka bertiga dapat mengawal kucing itu untuk pergi ke kedai Tok Aba. Setelah menghabiskan ceritanya, BoBoiBoy menyuruh Adu Du membesarkan dia dan kawan-kawannya semula, tetapi Adu Du dengan degillnya mengancam Yaya dan Ying pula dengan pancaran pengecil. Dua gadis itu bertindak pantas dengan membuka cermin untuk memantulkan pancaran dan menghalakannya ke arah Adu Du.
Pelindung Cermin.jpg

Yaya dan Ying mengarahkan sinar laser dengan cermin.

Revengeofthefly.jpg

Ibu lalat yang dibunuh oleh Probe dalam episod lepas datang membalas dendam.

Seketika selepas terkena pancaran pengecil, Adu Du menyuruh Probe membawakannya formula pembesaran, tetapi Probe menjelaskan bahawa musuh mereka telah membelasahnya lalu merampas formula itu. Nasib malang Adu Du bertambah dengan ibu lalat yang datang untuk membalas dendam setelah anaknya dipukul oleh Probe dalam episod lepas.

Setelah dibesarkan kembali, BoBoiBoy dan Fang berterima kasih kepada Ying dan Yaya di hadapan kedai Tok Aba. Ochobot yang bekerja dalam kedai pergi menyambut kepulangan BoBoiBoy, tetapi terpandang Fang lalu pengsan. BoBoiBoy menanya Fang mengapa Ochobot pengsan setiap kali melihat wajah Fang, maka Fang dengan berat hati menjawab...

Transkrip

Rujuk halaman Musim 2, Episod 6/Transkrip.

Video

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak