Musim 2, Episod 7
Ulasan0wiki ini
Episod 7 musim kedua BoBoiBoy telah disiarkan di TV3 pada 9 Disember 2012.
Episod ini mengisahkan Adu Du membalas dendam dengan menggunakan Pistol Emosi Y.
Plot
Sunting

Disisipkan oleh Anakmalaysia2010Fang tidak menceritakan kenapa Ochobot pengsan setiap kali melihat Fang kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Sebaliknya, dia menyatakan bahawa dia telah terlupa apa yang terjadi dan bagaimana dia mendapat kuasa. Tetapi dia menyatakan bahawa dia terasa seakan-akan pernah mengenali Ochobot.
Selepas BoBoiBoy bawa Ochobot kembali ke rumah Tok Aba, Ochobot mimpi bahawa dia dikejar oleh seseorang tetapi dia tidak ingat siapa yang mengejarnya.
Sementara itu di Markas Kotak, Adu Du bermundar-mandir sambil memerah otak untuk mencari jalan untuk mengalahkan BoBoiBoy selama tujuh jam. Probe mencadangkan bahawa mereka mengitar semula idea lama untuk kalahkan BoBoiBoy. Apabila ditanya oleh Probe idea episod mana yang majikannya suka, Adu Du menyatakan bahawa dia suka idea musim 1, episod 11 dan Probe menyatakan bahawa mereka boleh gunakan idea itu, tetapi Adu Du yang tidak setuju dengan cadangan Probe kerana penonton akan perasan mereka gunakan idea lama, maka Probe memujuknya dengan alasan "aku dah tukar warna pink pun mereka tak perasan". Adu Du setuju dengan Probe dan mula menjalankan idea itu.

Disisipkan oleh AriffuddinsapudinPada malam itu, Ochobot termimpi lagi sekali ada orang mengejarnya dan meminta tolong BoBoiBoy. Kali ini, sudah jelas bahawa pengejar itu ialah Fang, kemudian Ochobot ditangkap dan diperkosa oleh Fang. BoBoiBoy cuba menggunakan kuasa tiganya tetapi terlanggar atap. Ochobot menyatakan bahawa BoBoiBoy sangat bising pada waktu pagi tetapi BoBoiBoy menyatakan bahawa dia terdengar Ochobot menjerit meminta tolong. BoBoiBoy menyatakan bahawa mungkin mimpi itu ialah memori Ochobot lalu memberitahu kawan-kawannya di sekolah.

Disisipkan oleh Ariffuddinsapudin
Disisipkan oleh Ariffuddinsapudin
Semasa BoBoiBoy dan Fang didenda, Adu Du dan Probe datang dengan Pistol Emosi Y barunya dan menyuruh BoBoiBoy keluar. BoBoiBoy dan kawan-kawannya bergegas keluar dan selepas itu, Probe telah memperkenalkan pistol emosi Y kepada mereka. BoBoiBoy menyatakan mereka boleh mengelak tembakan pistol itu. Probe setuju tetapi dia telah menipu mereka dengan menyatakan bahawa cikgu telah datang dan menyuruh Adu Du menembak mereka. Adu Du menembak mereka dan menghilangkan diri yang membuatkan Probe hairan. Adu Du hanya menyatakan bahawa "tidak baik hapus-hapuskan orang".

Disisipkan oleh AriffuddinsapudinJelas Adu Du kepada Probe dan para penonton, Ying mempunyai emosi "takut penakut", Yaya pula emosi "geli hati, gelak tidak henti-henti", Fang pula mempunyai emosi "manja hati terbuka", BoBoiBoy pula mempunyai emosi "pasrah asyik menyerah" dan Gopal pula emosi "berani berkeyakinan tinggi". Pendek kata, keperibadian mereka disongsangkan oleh tembakan Pistol Emosi Y.

Disisipkan oleh Anakmalaysia2010Tok Aba menyatakan mereka patut mengadakan perbincangan tetapi emosi mereka tetap tidak berubah. Gopal mengatakan perlu mengadakan sesi bergambar selepas perbincangan dengan emosi "berkeyakinan tinggi". Tok Aba menyuruh mereka fokus.
Trivia
Sunting
- Episod ini antara episod di mana BoBoiBoy tidak menggunakan cogan kata 'Terbaik'
Video
Sunting

Disisipkan oleh Ariffuddinsapudin

Disisipkan oleh Anakmalaysia2010
Disisipkan oleh Anakmalaysia2010