Fandom

BoBoiBoy Wiki

Musim 2, Episod 9

365laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

BoBoiBoy Episod 9 Musim 2
Harimau Kitar Serang Gopal.PNG
tarikh
diterbitkan
23 Disember, 2012 di TV3
23 Jun, 2013 di YouTube Animonsta Studios
31 Ogos, 2013 di Disney Channel Asia
durasi
tayangan
20:00
diarahkan
oleh
Yap Ee Jean
Dzubir Mohammed Zakaria
Panduan Episod
Sebelumnya
Musim 2, Episod 8
Seterusnya
Musim 2, Episod 10


Musim 2, Episod 9 siri BoBoiBoy julung kali disiarkan di TV3 pada 23 Disember 2012.

Plot

Harimaukitar.jpg

Harimau Kitar

BoBoiBoy cuba mengikis kesan Pistol Emosi Y dalam badannya dan menyerang terus Adu Du di hadapan matanya, tetapi tiba-tiba ditangkis oleh Harimau Kitar iaitu mecha buatan bahan-bahan terbuang yang dikitar semula dan dikawal oleh Adu Du dengan alat kawalan jauh. Dengan itu, BoBoiBoy kembali lemah semangat dan melarikan diri dari dikejar oleh harimau itu, tetapi sempat diselamatkan oleh Gopal yang gagah berani. Ochobot menyuruh Fang menyerang Harimau Kitar dengan Harimau Bayang, tetapi Fang yang berada dalam keadaan ceria tanpa sedar diri berlengah seketika sebelum menyeru Harimau Bayang, tetapi Harimau Bayang yang keluar terlalu kecil dan mudah ditewaskan oleh Harimau Kitar.

Harimaubayanglwnharimaukitar.jpg

Harimau Bayang tidak setanding dengan Harimau Kitar.

Ochobot menyedari bahawa Ying menyorok dekat dengan tempat letaknya penawar lalu menyuruhnya untuk cepat mengambil penawar itu, tetapi Ying terpaksa berdepan dengan ketakutan dengan ketinggian (kerana dia dan penawar itu terletak di tempat yang tinggi!) Apapun, Ying sempat mengambilnya tetapi Adu Du sempat perasan dan melancarkan Harimau Kitar ke arahnya. Mujurlah Yaya yang masih dalam keadaan tak tahan ketawa merampas alat kawalan Harimau Kitar dan berbuat kacau dengannya.

Ochobot menyuruh Gopal pula untuk menukarkan Harimau Kitar menjadi makanan, tetapi Gopal terasa hendak melawan mecha itu dengan tangannya sendiri. Setelah mendengar keluhan BoBoiBoy yang pasrah hingga menggali kuburnya sendiri, akhirnya Gopal melayan permintaan itu dan melepaskan Pertukaran Makanan ke arah Harimau Kitar yang hendak menerkam. Malangnya, oleh sebab Gopal tidak berasa takut ketika membuat serangan, serangan itu tidak menjadi dan harimau itu mencakar wajahnya. Ochobot menyuruh BoBoiBoy menolong Gopal; maka BoBoiBoy menyeru Kuasa Tiga. Fang gembira menyambut BoBoiBoy yang berpecah kepada tiga, tetapi mereka bertiga nyata menghampakan kerana mengekalkan kepasrahan dan sambung menggali kubur.

Penawarpistolemosiy.jpg

Ying menyerahkan penawar kepada Gopal.

Dalam keadaan tergenting ini, Ochobot menyuruh Ying untuk mengatasi ketakutannya dan membawa penawar turun ke lantai segera, dan juga Yaya pula untuk mengacau Adu Du. Sementara Yaya seronok memutar-mutarkan platform di mana Adu Du dan Probe berdiri sekencang-kencangnya, Ying membuat Larian Laju ke arah Gopal yang bergelut dengan Harimau Kitar untuk memberikan penawar. Gopal meminum cecair penawar itu lalu pulih kepada Gopal yang sediakala; apabila nyaris diterkam semula oleh Harimau Kitar, Gopal bertukar jadi cemas dan melepaskan kuas Pertukaran Makanan dengan cukup berkesan untuk menukarkan mecha itu kepada makanan.

Tumpasnya Harimau Kitar ini membuat Adu Du naik darah dan menyalahkan Probe atas kegagalannya sekali lagi, tetapi baru sempat dia menyuruh Komputer untuk menyeret platform mereka naik ke tingkat atas, ketiga-tiga BoBoiBoy yang pulih dengan penawar itu mengepung dan menyerang Adu Du dengan Keris Petir, Pusaran Angin dan Tanah Tinggi.

Selepas misi, Ochobot dan kelima-lima wira muda selamat pulang ke Kokotiam dengan keadaan serba pulih. Setelah mendengar ujaran Ochobot bahawa Fang rupanya baik, Tok Aba menegur BoBoiBoy supaya tidak menuduh-nuduh tanpa usul periksa. BoBoiBoy segera meminta maaf pada Fang, dan Gopal dan Yaya membantu memujuk Fang supaya memaafinya. Ying juga mengambil kesempatan untuk meminta maaf atas perkara yang sama. Tetapi Fang mengenakan satu syarat, iaitu mengaku bahawa dirinya lebih popular daripada BoBoiBoy. Sudah tentu BoBoiBoy tidak berpuas hati dengan syarat itu...

Adudukepalatv.jpg

Muka Adu Du dihempap oleh TV lama.

Sementara di Markas Kotak, Adu Du tertelungkup dalam ditimbus oleh makanan yang ditukarkan dari Harimau Kitar sambil merintihkan segala kegagalan yang dialaminya semenjak kedatangannya di Bumi. Probe segera membangunkan majikannya tetapi terhentak rak di sebelah hingga peti televisyen lama jatuh dari atas rak hingga menutup kepala Adu Du. Ini membuat Probe terfikir akan satu rancangan baru untuk menewaskan BoBoiBoy.

Rancangan kali ini merupakan sebuah rancangan wawancara TV tergempar yang disiarkan melalui isyarat televisyen yang dirampas dengan pemancar penyesak di Markas Kotak. "Markas Kotak Hari Ini Pagi Ini" (MKHIPI) diacarakan oleh Probe dengan Adu Du sebagai penerbit dengan bantuan Komputer, lengkap dengan studio dan auditorium (yang serba kosong) dengan rakaman suara audiens siaga, dengan satu tujuan khas iaitu melemparkan fitnah terhadap BoBoiBoy di hadapan orang awam.

Rancanganfitnahboboiboy.jpg

Adu Du dan Probe membuat-buat wawancara untuk memfitnah BoBoiBoy.

Mula-mula, Probe menampilkan Adu Du yang menyamar sebagai pesakit hospital yang cedera parah dan berpura-pura mati di depan kamera; selepas Probe mengeluarkan peralatan pembedahan baru Adu Du bangun semula. Keluh Adu Du di hadapan penonton dengan penuh tangisan buaya, dirinya datang dengan mesej keamanan tetapi BoBoiBoy sering kali menyerang dan mencederakan dirinya tanpa usul periksa. Probe mengambil kesempatan dengan berbahasa halus untuk menanya Adu Du tentang bonus untuk dirinya, tetapi dibalas dengan ugutan untuk menembak kepalanya, itupun dengan bahasa halus. Probe turut menyediakan talian hangat untuk penonton yang ingin berkongsi pendapat, tetapi satu-satunya pemanggil rupanya Tok Aba yang marah dengan rancangan Adu Du.
Bagogo dan mainan boboiboy.jpg

Bago Go mempromosikan barangannya di saluran yang tidak berapa sesuai.

Dengan itu, MKHIPI cepat memberikan laluan kepada iklan Bago Go yang mempromosikan figura BoBoiBoy yang boleh digunakan untuk tiga kegunaan, iaitu alat senaman yang kononnya mampu membakar 1000 kalori sejam, mainan untuk kanak-kanak dan juga penumbuk lesung, dengan harga promosi '90 juta 90 sen'. Adu Du marah kerana pelan untuk memfitnah BoBoiBoy diganggu oleh iklan BoBoiBoy, tetapi jelas Probe, Bago Go telah membayar untuk seluruh slot iklan.

Seterusnya, MKHIPI kembali ke udara, dan Probe segera mengetepikan Adu Du untuk menyambut Papa Zola, iaitu guru idola, mentor dan rakan seperjuangan BoBoiBoy, dengan tujuan mengupas masalah disiplin BoBoiBoy di sekolah. Akan tetapi, Papa Zola tidak puas hati kerana asalnya dijanjikan ruang untuk mempromosikan album Suci dalam Kebenaran, tetapi Probe berjaya memujuknya dengan bayaran lumayan bagi tokoh yang memasuki siaran TV.

Papazolamasuktv.jpg

Papa Zola masuk TV...

Probe memisit Papa Zola tentang salah guna kuasa BoBoiBoy dengan menyiarkan klip BoBoiBoy berpecah menjadi tiga untuk memasang papan tanda baru kedai Tok Aba (Musim 2, Episod 1). Papa Zola menyangkal tohmahan Probe yang mengarut itu, tetapi jelas Probe, kuasa itu harus digunakan untuk melindungi Bumi, bukan mencari nafkah.

Seterusnya, sebagai bukti bahawa BoBoiBoy memonteng sekolah, Probe menyiarkan klip masa BoBoiBoy dan kawan-kawan terlewat ke sekolah, yang mana mereka bergegas pada 30 saat sebelum pintu sekolah tutup, dan memakan masa 31 saat untuk terpaksa masuk ikut bilik guru. Sangkal Papa Zola lagi, lewat itu tidak sama dengan ponteng sekolah, tetapi Probe bertegas bahawa secara teknikalnya BoBoiBoy memonteng selama satu saat. Papa Zola bingung dan cepat menyelak buku peraturan sekolah, tetapi cepat dihalau pula oleh Adu Du yang membuka pintu rahsia di bawah kaki tetamu itu.

Papazolakeluartv.jpg

...dan keluar TV.

Tamat sudah rancangan MKHIPI, maka Adu Du dan Probe segera mendengar hasil penontonan dari Komputer. Menurut data yang diperolehi, wawancara palsu mereka ditonton oleh 90% penonton. Ini nyata menggembirakan Adu Du, tetapi Komputer dan Probe menjelaskan bahawa 90% penonton itu adalah hanya empat setengah daripada lima orang penonton, kerana rancangan disiarkan pada pukul 4.30 pagi ketika rata-rata penduduk masih tidur. Apapun, Adu Du tetap berpuas hati dengan 'kejayaan kecilnya' setelah acap kali gagal sahaja. Probe menanya Komputer siapa empat orang setengah yang menonton MKHIPI; jawab Komputer: Tok Aba, nenek Ying, bapa Gopal dan adik Yaya, serta seekor kucing.

Video

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak