BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Ini merupakan musim ketiga dalam siri BoBoiBoy. Musim ini dipenuhi dengan lebih banyak aksi dan komedi. Musim ini juga lebih difokuskan kepada pengembaraan yang BoBoiBoy dan kawan-kawannya hadapi di Pulau Rintis. Ia dimulakan dengan pertarungan BoBoiBoy dan Ejo Jo, yang mana merupakan sambungan dari Musim 2, Episod 13.

Ringkasan[]

BoBoiBoy melawan Ejo Jo dan memperoleh kuasa elemental baharu. Pasukan itu berkawan dengan musuh lama dan menyahut misi paling penting setakat ini. (Netflix)

Episod[]

Episod Tajuk rasmi Tayangan perdana
1 BoBoiBoy vs Ejo Jo Bahagian 1 5 Januari 2014
2 BoBoiBoy vs Ejo Jo Finale 12 Januari 2014
3 Probe Dalam Ingatan 19 Januari 2014
4 Kerjasama BuBaDiBaKo 26 Januari 2014
5 Amukan Koko Jumbo 2 Februari 2014
6 Khidmat Wak Baga Ga 4 Disember 2014
7 Rompakan Rob, Robert & Roberto 8 Disember 2014
8 5 Panglima Scammer 9 Disember 2014
9 Pertarungan di Bulan 10 Disember 2014
10 Papa Zola & Mama Zila 11 Disember 2014
11 Serangan Mama Zila 15 Disember 2014
12 Ketibaan Ibu Adu Du 16 Disember 2014
13 Adu Du Kembali Jahat 17 Disember 2014
14 Robot Pango & Raksasa Bawang 19 Disember 2014
15 Misteri Penjenayah Api 1 Februari 2015
16 Bahaya BoBoiBoy Api! 29 Mac 2015
17 BoBoiBot Bersedia 7 Jun 2015
18 Bahagia Bersama BoBoiBot 18 Jun 2015
19 Kejutan BoBoiBoy Air 11 Oktober 2015
20 Bangkit BoBoiBoy Air 12 Desember 2015
21 Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 1) 18 Disember 2015
22 Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 2) 19 Disember 2015
23 Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 3) 20 Disember 2015
24 Musuh Baru Dan Lama 28 Mei 2016
25 Antara Kawan Dan Lawan 4 Jun 2016
26 Jumpa Lagi BoBoiBoy 11 Jun 2016

Maklumat[]

  • Musim ini berakhir pada 11 Jun 2016.
  • Ini merupakan satu-satunya musim yang menggunakan kad tajuk dalam episod-episod (Episod 6 sehingga 26).
  • Dalam 1 Januari 2015, jumlah episod dalam musim ini dipanjangkan dari 18 episod ke 26 episod.
  • Tidak seperti musim sebelumnya, terdapat beberapa perubahan pada penampilan BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal dan Fang. Fang tampil dengan tidak berjaket dalam musim ini.
  • Yap Ee Jean telah menggantikan Yvonne Chong Shin Vun sebagai pelakon suara bagi watak Komputer sejak Musim 3, Episod 3.
  • Bermula Musim 3, Episod 6, tajuk rasmi episod ditunjukkan selepas imbas kembali.
  • Dalam Musim 3, Episod 14, pengarahnya adalah Yap Ee Jean sahaja.
  • Bermula Musim 3, Episod 14, Kee Yong Pin menggantikan Nizam Razak sebagai penyunting.
  • Latar belakang kredit menunjukkan BoBoiBoy, Gopal, Papa Zola, Adu Du dan Probe berada di dalam permainan Papa Zola 5: Kebenaran di Lorong Kegelapan (Musim 1, Episod 7).
  • Dalam musim ini, keluarga bagi tiga watak dalam siri ini telah membuat kemunculan pertama mereka:
  • Daripada rancangan asal, episod-episod sepatutnya disiarkan dalam empat bulan yang berlainan (lima episod pada bulan Januari, empat episod pada bulan Jun, empat episod pada bulan September dan lima episod pada bulan Disember serta lapan episod lagi secara rawak). Walau bagaimanapun, disebabkan oleh banyak ketangguhan yang berlaku antara bulan Jun hingga Disember 2014 dan April sehingga Jun 2015, episod-episod tersebut diterbitkan pada:
    • Episod 1 hingga 5 disiarkan pada Januari 2014.
    • Episod 6 hingga 14 disiarkan pada Disember 2014.
    • Episod 15 hingga 16 disiarkan pada Februari 2015.
    • Episod 17 disiarkan pada Mac 2015.
    • Episod 18 disiarkan pada April 2015.
    • Episod 19 disiarkan pada September 2015.
    • Episod 20 hingga 23 disiarkan pada Disember 2015.
    • Episod 24 disiarkan pada April 2016.
    • Episod 25 disiarkan pada Mei 2016.
    • Episod 26 disiarkan pada Jun 2016.

Galeri[]

Advertisement