Fandom

BoBoiBoy Wiki

Musim 3, Episod 1

379laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

BoBoiBoy Episod 1 Musim 3
Manipulasigraviti.jpg
"Kuasa Manipulasi Graviti!"
tarikh
diterbitkan
5 Januari 2014 di TV3
durasi
tayangan
22:00
diarahkan
oleh
Yap Ee Jean
Dzubir Mohammed Zakaria
Panduan Episod
Sebelumnya
Musim 2, Episod 13
Seterusnya
BoBoiBoy vs Ejo Jo Finale


Musim 3, Episod 1 atau "BoBoiBoy vs Ejo Jo Part 1" adalah episod pertama dalam musim ke-3 siri BoBoiBoy. Episod ini julung kali disiarkan di TV3 pada 5 Januari 2014.

Plot

Manipulasigraviti.jpg

BoBoiBoy menjadi ringan.

Fang dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di atas tanah setelah mengalahkan P.E.T.A.I.. Rakan-rakan seperjuangannya yang lain terkurung di dalam kapal angkasa musuh. Maka, BoBoiBoy terpaksa berlawan Ejo Jo dengan sendirian, iaitu ancaman kepada Bumi yang juga terpaksa berlawan sendirian.

BoBoiBoy dan Ochobot terlihat jam kuasa Yaya, Ying dan Gopal yang berada di dalam sut tempur Ejo Jo, lantas BoBoiBoy menengking kepada Ejo Jo, apa yang telah dilakukannya kepada kawan-kawannya. Sambil itu, semua kawan-kawan sekelas BoBoiBoy, termasuk Papa Zola yang menyaksikan dari dalam kurungan di kapal angkasa Ejo Jo mula bersorak demi wira mereka.

Lawanpedangdilangit.jpg

Lawan pedang di langit.

BoBoiBoy menengkingnya sekali lagi dengan menanyakan apa yang hendak dilakukannya terhadap jam-jam kuasa kawan-kawannya. Ejo Jo bukan sahaja menjawab dengan mulutnya, malah mengaktifkan kuasa-kuasa yang dicurinya sebagai tunjuk ajar tentang potensi sebenar jam-jam kuasa itu. Mula-mula, Ejo Jo mengaktifkan Kuasa Manipulasi Graviti ke atas musuhnya. Ochobot dapat merasakan bahawa dia menggunakan kuasa Yaya; ini membuatkan Yaya berasa terkejut kerana dia tidak sedar akan hal itu. Komputer Ejo Jo menjelaskan bahawa kuasa Yaya yang sebenarnya adalah kuasa memanipulasi graviti yang boleh memberatkan dan meringankan apa-apa sahaja dalam lingkungan 50 meter kecuali pemakainya sendiri.

Setelah mengangkat BoBoiBoy ke udara dengan kuasa Yaya itu, Ejo Jo dengan pantas menumbuk musuh kecilnya ke langit dengan serangan Tumbukan Padu dan mencuba sekali lagi di aras yang lebih tinggi. Belum sempat Ejo Jo meneruskannya, BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar lantas terus menepis serangan Ejo Jo dengan Pedang Halilintar dan Gerakan Kilat. Menyedari hal itu, Ejo Jo dengan segera menghunus pedang laser dari sutnya. Maka mereka berdua berlawan pedang habis-habisan di atas udara sehinggalah Ejo Jo mematahkan kedua-dua bilah pedang BoBoiBoy dan menjatuhkannya.

Manipulasigraviti2.jpg

BoBoiBoy dan Golem Tanah menjadi berat pula...

Sebelum terhempas di atas tanah, BoBoiBoy Halilintar bertukar menjadi BoBoiBoy Gempa lalu menyorok di dalam tanah, kemudian menyerang Ejo Jo dengan Golem Tanah dari belakangnya. Ejo Jo bertindak balas dengan bertukar kuasa kepada Kuasa Manipulasi Masa untuk memperlahankan masa dan kemudian beralih semula kepada kuasa Yaya dan menendang muka Golem Tanah dengan kuat sehingga ia terpelanting ke seberang medan tempur. Yaya dan Ying berasa hairan kerana BoBoiBoy jatuh dengan tiba-tiba. Lalu, Komputer Ejo Jo menerangkan bahawa jam tangan Ying membolehkan pemakainya untuk memperlahankan atau mempercepatkan masa dalam lingkungan 50 meter, dan oleh itulah kuasa Ying seolah-olah berupa kelajuan yang luar biasa.

Golemkaca.jpg

Golem bertukar menjadi kaca.

BoBoiBoy Gempa menyeru Golem Tanah untuk menyerang Ejo Jo, tetapi mereka diperberatkan oleh kuasa graviti yang Ejo Jo buat. Kemudian, Ejo Jo mengambil kesempatan itu untuk bertukar kepada jam kuasa Gopal lalu menggunakan Tukaran Kaca untuk menukarkan Golem Tanah kepada kaca. Gopal berasa terkejut dan pengsan apabila melihat perkara itu. Jelas Komputer Ejo Jo, jam kuasa Gopal boleh menukarkan objek kepada objek yang lain dengan menukarkan struktur molekul berdasarkan imaginasi pemakainya. Kemudian, Yaya berttanyakan mengapa dia asyik menukar kepada makanan sahaja. Jelas Ying, Gopal itu sentiasa memikirkan tentang makanan. Kembali di medan pertempuran. Kelihatan Ejo Jo menghancurkan Golem Tanah sehingga berkecai dengan hanya sekali tumbukan.

Setelah menghancurkan Golem Tanah, Ejo Jo mengejek kawan-kawan BoBoiBoy dengan mengatakan bahawa kuasa-kuasa sehebat itu menjadi tidak berguna langsung apabila mereka mengawalnya. Geram mendengarnya, BoBoiBoy Gempa menggunakan Tumbukan Tanah untuk cuba membatalkan kuasa graviti Ejo Jo itu, tetapi gagal. Lantas BoBoiBoy Gempa menggemparkan musuhnya dengan berdiri lalu menghasilkan Ombak Tanah yang tinggi dan berceracak tajam-tajam lalu mula melanda Ejo Jo.

Ombaktanah.jpg

Tsunami tanah hendak melanda Ejo Jo.

Ejo Jo bertindak dengan menggunakan Tukaran Kertas untuk menukarkan Ombak Tanah kepada kertas-kertas. Tanpa disedarinya, BoBoiBoy telah bertukar menjadi BoBoiBoy Taufan sewaktu Ejo Jo melakukan penukaran itu lalu menumbuk dada Ejo Jo secara mengejut dengan Gerudi Taufan. Apabila Ejo Jo melayang ke angkasa, BoBoiBoy segera bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar lalu menggunakan Gerakan Kilat untuk cuba melakukan serangan penamat terhadap musuhnya dengan Tetakan Halilintar. Lantas, Ejo Jo beralih kepada kuasa Ying untuk memperlahankan BoBoiBoy, lalu beralih semula kepada kuasa Yaya dan menumbuk BoBoiBoy dengan tumbukan yang kencang sehingga dia terhempas ke dalam longgokan sampah.

Watchaaa.jpg

Tumbukan Taufan!

Sambil Ochobot cemas melihat BoBoiBoy terhempas, Tok Aba muncul dari sebalik timbunan pasir untuk menyeru si robot itu supaya bersama-sama menyelamatkan kawan-kawan BoBoiBoy dari kapal angkasa musuh, dengan Ochobot menerbangkan Tok Aba ke kapal angkasa lalu curi masuk.

Pertarungan nampaknya semakin tidak menyebelahi BoBoiBoy kerana Ejo Jo dapat menduga gerak-gerinya. Ejo Jo cuba menyerang BoBoiBoy Gempa dengan menimbulkan batu-batu dari bawah tanah dan memperlahankan masa lalu menendang batu-batu itu ke arah BoBoiBoy Gempa dan menukarkan masa menjadi kelajuan, lalu batu-batu itu mula menghujani BoBoiBoy. Dia bertindak balas dengan menjelmakan Tanah Pelindung, lantas Ejo Jo menukarkan batu-batu kepada besi pemotong dengan Tukaran Besi untuk menembusi pelindung itu lalu ianya mencederakan muka BoBoiBoy.

Returnofmukalakus.jpg

Mukalakus kembali!

Ketika BoBoiBoy di ambang kekalahan, Tok Aba yang berada di atas Ochobot menyuruhnya agar pantas kerana melihat BoBoiBoy seperti akan kalah lalu Ochobot mengikut perintah. Lantas Ejo Jo melangkah ke arah BoBoiBoy Gempa. Dia cuba berdiri, tetapi tidak berupaya lagi dan bertukar menjadi biasa semula. Lalu Ejo Jo mengangkatnya dengan kuasa graviti dan sedia untuk melakukan penamat dengan pedang lasernya. Apabila Ejo Jo ingin menghabiskan BoBoiBoy, serangan Ejo Jo sempat dipatahkan oleh sesuatu yang tidak dijangka-jangka, iaitu Robot Pemusnah Mukalakus dengan Adu Du sebagai pemandunya. Ejo Jo tergamam melihatnya kerana dia mengingatkan Adu Du akan menyertai kumpulannya. Adu Du dengan marahnya mengingatkan kesilapannya yang lalu iaitu menghancurkan Probe dan menengkingnya.

Bbbx3 0301.jpg

BoBoiBoy Kuasa Tiga!

Adu Du yang mengawal Mukalakus bermula dengan tentangan yang hebat terhadap Ejo Jo. BoBoiBoy hanya menyaksikan pertarungan di antara Adu Du dan Ejo Jo dengan kagum. Adu Du menyambung, dia membawa Ejo Jo ke Bumi hanyalah untuk dia dan BoBoiBoy menghapuskannya. Ini membuatkan BoBoiBoy percaya bahawa Adu Du telah menjadi sekutu dengannya, tetapi Adu Du dengan lantas berpesan bahawa dia bekerjasama dengan BoBoiBoy hanya untuk kali ini. Apa-apa pun, BoBoiBoy kembali bersemangat dan berganding bahu dengan musuh lamanya untuk menentang musuh barunya, tambahan pula dengan berpecah kepada tiga agar pertarungan menjadi "empat lawan satu".

Sementara itu, Tok Aba dan Ochobot akhirnya berjaya mendarat di atas kapal angkasa Ejo Jo. Ochobot memandang ke bawah lalu mengujar bahawa BoBoiBoy telah hampir kehabisan tenaganya. Oleh itu, Tok Aba menyeru supaya mereka cepat memasuki kapal angkasa ini, iaitu melalui pintu tangga di atas permukaan kapal.

Iamyouratuk.jpg

"I am your Atuk!"

Setelah masuk, Tok Aba mengambil kesempatan sejenak untuk mengusik Ochobot dengan memakai topeng sut tempur Ejo Jo yang tergantung sebagai simpanan, dan berlakon seperti Darth Vader. Tetapi jelas ini bukan masa untuk bergurau senda. Tok Aba dan Ochobot terhenti apabila mereka terdengar suara kawan-kawan BoBoiBoy yang sedang bersorak.

Setelah puas berlaga pedang dengan Mukalakus, Ejo Jo cuba melepaskan pertukaran kaca ke arah meka panduan Adu Du itu dengan Tukaran Kaca. BoBoiBoy Gempa segera menghalangnya dengan menjelmakan Tembok Tanah, lalu melayangkan Ejo Jo ke langit dengan gandingan Tanah Cerakah dan Serangan Bertubi-tubi untuk meninggikannya. Atas arahan BoBoiBoy Gempa, Adu Du Adu Du menembaknya dengan Tembakan Laser Pemusnah. Sementara Ejo Jo tersungkur di langit, BoBoiBoy Gempa menjelmakan Tanah Tajam pada tempat Ejo Jo akan terhempas, tetapi Ejo Jo sempat meringankan dirinya dengan kuasa graviti dan mendarat dengan selamat.

Dengan geram, Adu Du melepaskan tembakan lagi kepada Ejo Jo. Ejo Jo mengaktifkan kuasa manipulasi masa, tetapi tidak sempat mengelak laser Mukalakus, sehingga sutnya ada kesan calar. Ejo Jo yang berasa geram melepaskan Tembakan Tukaran Molekul, tetapi dihalang dengan Bola Taufan yang dibuat oleh BoBoiBoy Taufan yang menyebabkan tembakan Ejo Jo terserak ke merata tempat dan menukarkan pagar kayu dan kereta-kereta terpakai menjadi kaca.

Hujanhalilintar2.jpg

Hujan Halilintar!

BoBoiBoy Gempa melihat Ejo Jo beralih kepada kuasa Ying. Oleh itu, BoBoiBoy Halilintar menghasilkan Hujan Halilintar untuk memerangkap Ejo Jo. Ejo Jo memerlahankan masa dengan kuasa Perlahankan Masa dan melangkah masuk ke dalam kawasan Hujan Halilintar dengan tenang, tetapi rupa-rupanya dilumpuhkan oleh renjatan hujan itu. Namun begitu, Ejo Jo sempat menukarkan Hujan Halilintar kepada bahan mati dengan Tukaran Molekul. BoBoiBoy Gempa dan BoBoiBoy Taufan melakukan percaturan seterusnya dengan mengaburi pandangan si penjahat dengan bersama-sama membentuk Ribut Pasir.

Sementara itu, Ochobot dan Tok Aba cuba menceroboh masuk bilik kurungan dengan menggodam sistem kapal angkasa tetapi gagal. Akhirnya dengan imbasan muka ke atas topeng Ejo Jo yang dipakai oleh Tok Aba, pintu dibuka dan mereka terus melangkah masuk.

Kerjamenyelamat.jpg

Usaha menyelamat sedang dijalankan.

Dalam Ribut Pasir, Ejo Jo menyuruh komputernya untuk menaikkannya kembali ke kapal angkasa, tetapi BoBoiBoy Halilintar sempat menghalangnya dengan membawa Mukalakus ke samping Ejo Jo lalu Adu Du melepaskan tembakan Laser Pemusnah sekali lagi untuk menumpaskan Ejo Jo.

Kawan-kawan BoBoiBoy menyambut kemenangan itu dengan sorakan kegirangan, tetapi disampuk oleh siulan bisik Tok Aba dari belakang. Sekali mereka berpaling, Gopal lantang terpanggil nama Tok Aba. Maka tertarik perhatian Komputer Ejo Jo yang berpaling ke arah kurungan untuk melihat apa-apa yang mencurigakan, lantas semua tahanan cepat-cepat menambat pemandangan di sebalik kurungan. Malah Papa Zola polos kepada si komputer dengan menjelaskan bahawa mereka sedang memperkatakan "cucu Tok Aba".

Bebasdaritahananejojo.jpg

Misi menyelamat selesai!

Setelah berjaya menghindarkan perhatian komputer Ejo Jo, Ochobot dengan mudahnya menggodam sistem kurungan dan membebaskan semua tahanan. Sementara itu di luar kapal angkasa, BoBoiBoy mengambil kembali jam kuasa kawan-kawannya di atas tanah. Lalu berdiri di hadapan Ejo Jo yang kelihatan tidak bermaya dan mengatakannya yang dia telah pun kalah. Disambut dengan sorakan girang oleh Ochobot, Tok Aba dan rakan-rakan BoBoiBoy yang berdiri di atas kapal angkasa. Adu Du segera menerbangkan Mukalakus ke atas kapal angkasa untuk membawa mereka turun, sementara BoBoiBoy bersambung menegur Ejo Jo. Setelah ditanya oleh komputer, Ejo Jo mengujar supaya mereka berundur.

Setelah semua tahanan turun, Yaya, Ying dan Gopal berlari ke arah Ejo Jo untuk membantu BoBoiBoy mengajar si musuh, sementara Ochobot pergi mencari Fang. Adu Du di dalam Mukalakus kembali bersemuka dengan Ejo Jo dengan perasaan amarah yang meluap-luap dan jelas beria-ia mahu menamatkan riwayat lawannya itu sebagai dendam demi Probe, walaupun telah dipujuk oleh BoBoiBoy supaya melepaskannya.

Jaribayangejojo.jpg

Perangkap bayang!

Tok Aba terlihat Fang, lalu Ochobot pergi ke arahnya. Dia berada di dalam keadaan yang selamat walaupun masih tidak sedarkan diri, tetapi menyedari bahawa jam kuasanya hilang. Rupa-rupanya, jam kuasa Fang telah dirampas secara diam-diam oleh Ejo Jo. Entah bila dan entah bagaimana, dia menggunakan kuasa bayang untuk memerangkap BoBoiBoy dan kawan-kawannya. BoBoiBoy menyuruh kawan-kawannya untuk mengambil semula jam-jam kuasa mereka, tetapi tidak berjaya apabila Ejo Jo menolak jam-jam tangan itu dengan Jari Bayang. Kemudian dia membentuk Kokun Bayang untuk memerangkap BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal dan Adu Du.

Video

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak