BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Baca transkrip ini

Papa Zola & Mama Zila merupakan episod kesepuluh dalam musim ketiga siri BoBoiBoy yang disiarkan di TV3 pada 11 Disember 2014.

Ringkasan[]

BoBoiBoy, Gopal, dan Papa Zola masuk ke dunia permainan untuk menyelamatkan isteri Papa Zola bernama Mama Zila.

Plot[]

0310 rasakan

Multitasking?

Sambil giat bermain permainan video Papa Zola, Gopal mengajak BoBoiBoy untuk datang ke rumahnya dengan telefon yang disepit dengan kepala dan bahu. BoBoiBoy menerima ajakan itu lalu bergegas pergi. Akan tetapi, hajat Gopal untuk bermain permainan video Papa Zola dengan BoBoiBoy tidak kesampaian apabila dia diganggu oleh Hikmat Rotan Membelah Gunung. Bapanya, Kumar muncul tiba-tiba dengan bengis kerana si anak sekali lagi mungkir janji untuk membantu si bapa mengemas bilik stor.

0310 takde kemas takde game

Ini untuk kebaikan kamu!

Serik mendengar perkataan "esok" yang keluar dari mulut anak tunggalnya setiap kali diminta mengemas stor, Kumar mengherdik sambil mengheret Gopal ke bilik stor, lalu dia menyuruh Gopal untuk menyiapkan kerja mengemas stor pada hari itu juga. Gopal gemuruh melihat betapa bersepahnya barang-barang di dalam bilik stor. Tengking Kumar kepada anaknya sebelum beredar, dia tidak akan dibenarkan bermain permainan video selagi bilik stor tidak dikemas.

Sementara itu di warung Tok Aba, Tok Aba melafazkan simpati kepada Papa Zola yang disangka hidup keseorangan kerana setiap pagi bersarapan di warungnya, lalu bertanyakan di mana isterinya. Dengan bangga Papa Zola membalas bahawa isterinya adalah seorang yang sempurna dalam kemahiran memasak dan menjaga rumah, tetapi nada megah bertukar sayu dengan bercerita bahawa isterinya itu telah dilarikan oleh Raksasa Gonohom!

0310 terjebak

Terpaksa tolong mengemas dulu.

BoBoiBoy dengan bertemankan Ochobot akhirnya tiba di depan pintu rumah Gopal lalu memanggil kawan mereka itu. Bapa Gopal menyambut pintu dengan wajah girang lalu membawa mereka pergi ke bilik stor untuk menemani Gopal bermain "KKBIS 2: Kasi Kemas Bersih Ini Stor Dalam 2 Jam" sebelum boleh bermain permainan video. BoBoiBoy kecewa dan menyalahkan Gopal, tetapi dia tetap menyahut cabaran. Jadi, BoBoiBoy berpecah kepada tiga untuk mempercepatkan kerja mengemas.

0310 pintu rahsia

Pintu rahsia.

Dalam masa yang singkat, kerja mengemas nampaknya 99 peratus telah siap, tetapi BoBoiBoy terpaksa bercantum semula kerana kehabisan tenaga. Gopal meminta tolong BoBoiBoy untuk menolak sebuah almari buruk; walaupun lesu dia tetap menolong. Setelah mengalihkan almari, Ochobot menemui suatu pintu rahsia di sebalik almari yang diakui oleh Gopal tidak pernah terlihat. Tetapi apabila mereka bertiga hendak membuka pintu itu untuk menyambung mengemas, Kumar dalam sekelip mata muncul untuk menghalang mereka dari masuk dan memberi mereka duit upah untuk pergi membeli ais koko.

0310 papa zola sebak

Dia, jantung saya...

Dalam perjalanan ke kedai Tok Aba, BoBoiBoy dan Gopal berbincang atas perangai bapa Gopal yang biasanya garang. Belum sempat memesan, mereka terdengar tangisan Papa Zola dan pergi menjenguk guru mereka yang sebak mengenang isterinya sambil ditemani Tok Aba. Setelah menyedari kehadiran murid-muridnya, Papa Zola pun berhenti menangis, bangun dan menanyakan siapa menangis dan menunjuk Ochobot daripada sebab. Gopal tidak percaya dan menyuruh Papa untuk mengaku menangis. Papa ketawa cemas dan berkata "Kebenaran tak pernah menangis, kecuali ketika memotong bawang." sambil terharu memegang bawang.

Maka Tok Aba pun tolong Papa Zola menceritakan kepada budak-budak tentang apa yang menimpa isterinya. Ini membuat Gopal selaku peminat setia Papa Zola mengenang masa Papa Zola mula-mula keluar dari permainan pada musim pertama dahulu. Jadi dia membuat kesimpulan bahawa isteri Papa Zola masih berada di dalam dunia permainan. BoBoiBoy bercadang supaya mereka memasuki semula dunia permainan, tetapi Papa Zola berkeras mengingatkan bahawa permainan berkenaan sudah tidak wujud.

0310 papa zola kekasih terang benderang

Gem lama tu...

Gopal mengingati bahawa permainan berkenaan dikeluarkan pada 15 tahun dahulu, iaitu Papa Zola: Kekasih Terang-Benderang, iaitu sebuah permainan yang dikhabarkannya tidak pernah dimenangi oleh sesiapa pun kerana terlalu susah. Mengikut riwayat, hanya ada seorang pemain yang telah mencapai tahap kemuncak (stage boss), tetapi dia tetap kalah kerana nyawanya tinggal satu sahaja. Disebabkan hal itu, permainan itu tidak mendapat sambutan yang hangat dan terpaksa dihentikan, malah mungkin tidak seorang pun yang masih menyimpan salinan yang elok. BoBoiBoy bertanya di mana untuk mencari permainan itu, maka Gopal mencadangkan untuk mereka pergi ke Kedai Game Ah Beng.

Kedai game ah beng and sons

Zaman kegemilangannya sudah berlalu...

BoBoiBoy, Gopal dan Ochobot pergi ke Kedai Game Ah Beng & Sons yang terletak di lorong yang sunyi. Kedainya juga serba sunyi, tetapi jelas Gopal, kedai itu dahulu meriah. Di situ mereka bertiga disambut oleh seorang lelaki Cina berkaca mata besar yang memperkenalkan dirinya sebagai tauke kedai yang mewarisi kedai itu daripada bapanya (iaitu empunya wajah dalam logo kedai) yang sudah tua.

0310 tauke game

Jangan kasi kastemer dengar mah...

Gopal bertanya tentang permainan video Papa Zola: Kekasih Terang-Benderang yang keluar 15 tahun dahulu, tetapi tauke tersalah faham apa dan mengherdik bahawa kedainya bukan kedai antik. Setelah BoBoiBoy menunjukkan gambar Papa Zola, barulah tauke faham dan membawa mereka bertiga masuk lalu mengunci pintu dan tingkap kedai untuk selamat bercerita tentang permainan berkenaan tanpa didengari pelanggan lain. Ochobot berkata bahawa di situ tiada seorang pelanggan pun, tetapi diugut akan dihalau keluar oleh tauke.

0310 kumar masa muda

Teka siapa dalam gambar ni!

Kisah si tauke, permainan Papa Zola: Kekasih Terang-Benderang merupakan permainan legenda yang banyak dihebohkan sewaktu dia masih kanak-kanak, sehinggakan ramai orang berbondong-bondong untuk membelinya hinggakan ramai juga yang gagal membelinya, itupun menurut memorinya yang kuat. Ochobot membidas tauke kerana tadi lupa tetapi sekarang memori kuat, maka dia dihalau keluar dari kedai oleh tauke yang nyata tidak suka dibidas. Sambung ceritanya, seminggu kemudian, orang berbondong-bondong lagi tetapi kali ini untuk memulangkan permainan disebabkan betapa susahnya sehinggakan tidak ada seorang pun yang dapat memenanginya.

Gopal bertanya bukankah ada seorang yang hampir menang lalu tauke mengiyakannya dan mengeluarkan buku foto dari kabinet untuk menunjukkan gambar foto satu-satunya pemain yang mencapai stage boss – iaitu dengan memeranjatkan sekali, tidak lain tidak bukan bapa Gopal sendiri!

0310 bilik rahsia

Rahsia yang terselindung selama ini...

Maka Gopal, BoBoiBoy dan Ochobot (bersama Papa Zola) berlumba kembali ke rumah Gopal untuk bertanyakan kisah silam bapa Gopal dengan permainan Papa Zola: Kekasih Terang-Benderang. Maka Kumar dengan berat hati membuka pintu rahsia di bilik stor untuk membongkar rahsia yang disimpannya selama ini, iaitu pintu ke bilik rahsia simpanan koleksi permainan dan cenderahati Papa Zola oleh Kumar selama ini! Gopal, BoBoiBoy, Ochobot dan Papa Zola terpesona dan teruja melihat segala yang ada di dalam bilik itu.

0310 jangan jadi macam ayah dulu

Jangan jadi macam ayah yang dulu...

Kumar sebak mengaku bahawa dia juga seorang kaki permainan dan peminat setia Papa Zola. Gopal bertanya mengapa dirahsiakan bilik ini sedangkan Gopal sendiri juga sama minat dengan bapanya. Tegas Kumar, masa dia muda dahulu, dia terlalu leka bermain hingga terbazir banyak masa yang berharga dalam hidupnya, maka dia tidak mahu anaknya mengikut jejak langkahnya. Gopal juga sebak berjanji akan kurang bermain permainan video iaitu hanya seminggu dua kali.

0310 masuk game

Macam dulu-dulu lah kan?

Sementara Gopal dan Kumar bersandiwara, BoBoiBoy dan Ochobot akhirnya menemui apa yang mereka mencari, iaitu kartrij permainan Papa Zola: Kekasih Terang-Benderang! Papa Zola pun melekat pada kabinet kaca yang menyimpan kartrij itu, meraung akan kesejahteraan isterinya di dalam permainan. Gopal mengisahkan kepada bapanya apa hal dengan Papa Zola, tetapi Kumar berpesan bahawa permainan itu terlalu susah dan tidak pernah dimenangi. Tanyanya lagi, bagaimanakah caranya untuk memasuki ke dalam permainan itu?

0310 dalam game

Pengembaraan bermula.

Maka BoBoiBoy memanggil Adu Du dan Probe untuk pergi ke rumah Gopal untuk memasang sistem untuk memasukkan BoBoiBoy, Gopal dan Papa Zola ke dalam permainan berkenaan, masing-masing dikawal oleh Ochobot, Adu Du dan Kumar. Sebaik sahaja memasuki permainan, mereka bertiga beraksi dengan mudah dan bergaya mengalahkan musuh-musuh di sekeliling, lebih-lebih lagi Papa Zola yang menggunakan Rotan Keinsafan dan mendapat tingkatan kuasa di mana dia menguasai permainan dengan melontarkan Pinggan Mangkuk Berapi secara bertubi-tubi.

0310 gopal jatuh lubang

Opocot, dah nak jatuh ni!

Adu Du bosan melihat Kumar membolot permainan dan meminta supaya dia bermain sekali. Kumar menyerahkan alat kawalan kepada Adu Du, tetapi Adu Du bermain dengan cuai sehingga menyebabkan Gopal terjatuh ke dalam lubang dan kehilangan satu nyawa. Hal ini membuatkan Probe geram dan merebut-rebut alat kawalan dengan Adu Du, membuatkan Gopal berlari lintang-pukang. Maka Papa Zola dan BoBoiBoy pergi menolong Gopal menepis musuh, BoBoiBoy menggunakan Keris Petir dan Taufan Pembalik untuk menyerang musuh manakala Papa Zola pula menggunakan Tendangan Kacak Berapi. Malangnya kelalaian pemain sekali lagi membuatkan Gopal jatuh ke dalam jurang dan hilang satu nyawa lagi.

0310 raksasa gonohom

Raksasa udang.

Papa Zola, BoBoiBoy dan Gopal menghampiri hujung stage pertama. Ketika BoBoiBoy pergi mendekati bendera, dia ditimpa oleh batu bergolek dan hilang satu nyawa. Kemudian mereka bertiga bertembung dengan seekor raksasa gergasi berupa udang karang. Papa Zola menyergah kepada raksasa itu supaya memulangkan "bini kebenaran", maka raksasa itu membalas bahawa mereka harus mengalahkannya sebelum dapat memulangkan Mama Zila, iaitu nama buah hati Papa Zola.

0310 istana

Di sini berkurungnya Mama Zila.

Setelah puas bertukar kata cacian dan celaan, Papa Zola mengingatkan raksasa itu bahawa dia pernah sampai ke stage terakhir. Hal itu menyedarkan raksasa itu akan "budak hingusan" (iaitu Kumar) yang berjaya sampai ke tahap itu hingga cemas. Apa-apa pun, raksasa udang tetap mencabar Papa Zola dan teman-temannya untuk bertarung di ambang stage terakhir, lalu ia melarikan diri. Papa Zola berasa terkejut, lalu menjerit sekuat hatinya.

Watak[]

Trivia[]

  • Konsol permainan Gopal ketika dia bermain permainan Papa Zola dilihat mirip dengan rupa Xbox 360.
  • Episod ini menunjukkan imbas kembali dari Musim 1, Episod 7.
  • Kartrij permainan Papa Zola: Misteri Kekasih Terang Benderang dilihat mirip dengan kartrij Nintendo Entertainment System.
  • Terdapat babak yang tidak ditunjukkan dalam video episod namun ada di dalam Majalah Komik isu #31, iaitu Uncle Yim mengatakan hanya Pakcik Kumar seorang sahaja yang masih mempunyai permainan Papa Zola: Misteri Kekasih Terang Benderang lalu BoBoiBoy mengajak Gopal untuk pergi soal siasat akan bapanya, Pakcik Kumar.
  • Ini merupakan kali kedua di mana BoBoiBoy dan Gopal masuk ke dalam permainan Papa Zola selepas Musim 1, Episod 7.
  • Rasakan! Pinggan Mangkuk Berapi!
    Dalam satu babak ketika di dalam dunia permainan, BoBoiBoy ditunjukkan memakai pakaian asalnya dalam musim pertama.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Papa Zola & Mama Zila

Video[]

Advertisement