BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Serangan Mama Zila merupakan episod kesebelas dalam musim ketiga siri BoBoiBoy yang disiarkan di TV3 pada 15 Disember 2014.

Ringkasan[]

Selepas Mama Zila bertukar menjadi raksasa disebabkan menghidap sumpahan OCD. BoBoiBoy dan kawan-kawannya harus mengalahkan Mama Zila untuk kembali ke asal semula.

Plot[]

0311 raksasa gonohom

Raksasa Gonohom.

Kumar, Adu Du dan Ochobot menghabiskan satu siang dengan bermain permainan video Papa Zola: Kekasih Terang-Benderang. Masing-masing mengawal Papa Zola, Gopal dan BoBoiBoy meredah pelbagai rintangan sambil mengambil tingkatan kuasa dan isian nyawa baru sehinggalah mereka mencapai stage terakhir iaitu Mahligai Syahdu. Di depan pintu istana itu mereka bertembung semula dengan makhluk udang karang dari awal permainan yang bergelar Raksasa Gonohom. Dengan itu, Kumar menukar alat kawalan kepada pistol mainan.

0311 kumar tembak

Kumar si wira handalan.

Permainan Kumar rancak sekali, sentiasa melepaskan tembakan yang mengena musuh. Akan tetapi, Raksasa Gonohom melepaskan hembusan api yang kencang sehingga menyebabkan ketiga-tiga watak permainan kehilangan nyawa yang banyak. Maka Kumar menggunakan dua pucuk pistol mainan untuk memperhebatkan serangannya sehinggalah Gonohom dijatuhkan.

0311 mama zila

Mama Zila buah hatiku!

Setelah itu, Papa Zola dengan dua anak muridnya memasuki ke dalam Mahligai Syahdu dengan begitu mudah. BoBoiBoy berasa teruja apabila melihat suasana istana yang serba kemas. Tiba-tiba kedengaran suara seorang perempuan. Rupa-rupanya, dia ialah Mama Zila, iaitu isteri Papa Zola yang dicari-carinya, maka berlakunya satu pertemuan semula yang menyayat hati di depan BoBoiBoy, Gopal dan mereka yang menyaksikan di alam nyata. Babak cinta Papa dan Mama membuat BoBoiBoy dan Gopal akan muntah manakala Adu Du merasa jijik daripada Probe yang terharu melihat mereka.

0311 hooray

Horray, kita menang!

Pada masa yang sama, munculnya seekor raksasa besar berupa ketam yang difikir-fikirkan sebagai bos terakhir, tetapi ia terus melompat keluar melalui tingkap dengan rasa cemas, membuatkan BoBoiBoy berasa hairan. Kemenangan yang "mudah" ini diraikan oleh Kumar sementara Mama Zila berkenalan dengan BoBoiBoy dan Gopal yang menemani Papa Zola sambil berbangga akan pencapaian Papa Zola menjadi guru sekolah. Selepas Papa Zola menutup mata isterinya dengan sehelai kain sebagai membuat kejutan, BoBoiBoy menyuruh Adu Du untuk mengeluarkan mereka semua.

0311 mama zila di alam nyata

Apa yang aku lihat ni?

Apabila BoBoiBoy, Gopal, Papa Zola dan Mama Zila disedut keluar dari permainan ke alam nyata, semua kawan-kawan mengagumi keanggunan rupa Mama Zila, tetapi Papa Zola meminta kepada isterinya supaya jangan membuka kain di matanya. Probe tidak sabar dan ingkar pesanan Papa Zola dan terus membuka kain mata itu. Sekali membuka matanya, Mama Zila melihat suasana sekelilingnya dengan penuh rasa cemas.

0311 raksasa mama zila

Raksasa OCD Mama Zila!

Sambil dipandang hairan oleh yang lain, Mama Zila geram membidas betapa bersepahnya semua barangan yang dilihatnya di sekitar ruang tamu rumah Kumar dan Gopal. Papa cuba jelas bahawa itu rumah bujang, tetapi Kumar mencuba bidas dan Papa tutup mulutnya. Disebabkan oleh semua kritik rumah yang tidak tersusun Kumar seperti baldi digunakan jadi bekas lampu, Pakcik Kumar pun jelas bahawa itu DIY. Mama Zila jadi telah gila. Apabila Gopal bertanya mengapa dia jadi sebegitu, Papa Zola menjelaskan bahawa isterinya mahu bertukar menjadi "Raksasa OCD". Dalam saat mencemaskan ini sesungguhnya Mama Zila bertukar bentuk menjadi raksasa berupa dinosaur yang berkulit merah jambu dengan tudung merah, membesar sehinggakan memecahkan bumbung rumah Gopal dan garang mengecam tuan rumah atas ketidakkemasan rumahnya.

0311 boboiboy kuasa tiga

BoBoiBoy Kuasa Tiga!

Raksasa Mama Zila turut menyedari akan ketidakkemasan dunia yang nyata itu. Lantas Raksasa Mama Zila terus melompat ke arah jalan kereta dan menyusunkan kereta-kereta yang diparkir di tepi-tepi jalan itu mengikut warnanya: biru ikut biru dan merah ikut merah. Malah ia juga mencampakkan sebuah lori yang kelihatan diparkir dengan canggung. BoBoiBoy terus bertindak dengan menyeru Kuasa Tiga. BoBoiBoy Gempa meminta BoBoiBoy Taufan dan BoBoiBoy Halilintar untuk membendung Mama Zila sementara dia akan pergi menyoal Papa Zola untuk mencari jalan penyelesaian. Kelihatan Papa Zola bersembunyi di sebalik jemuran kerana takut untuk menjelaskan atas apa yang berlaku. BoBoiBoy Gempa memanggil cikgunya dari bersembunyi dari jemuran dan Probe mencurigai Papa Zola kerana ingin melarikan diri. Tetapi Papa Zola mengatakan bahawa ia tidak melarikan diri dan cuma "mengangkat" baju jemuran kerana akan hujan nanti. Adu Du memarahinya kerana hari ini tidak hujan dan cuma terang benderang. BoBoiBoy Gempa bertanya kenapa Mama Zila jadi macam begini. Sementara itu, BoBoiBoy Halilintar dan Taufan mencuba untuk menghentikan Mama Zila. Bila Mama Zila mengangkat kereta, seseorang akan jatuh dari kereta dan BoBoiBoy Taufan menyelamatkannya. BoBoiBoy Halilintar menyuruh Mama Zila untuk berhenti, tetapi ia mengelakkan Mama Zila menaruh mobil ke tempat parkir dan pergi meninggalkan mereka.

0311 yaya jam tangan

Yaya menjelaskan OCD melalui perhubungan jauh.

Sementara itu setelah ditanya apakah penyebabnya, Papa Zola menjelaskan bahawa Mama Zila akan bertukar menjadi raksasa jika dia melihat mana-mana benda yang tidak tersusun kerana dia menghidap penyakit OCD. Gopal menanyakannya OCD itu apa, tetapi Papa Zola tidak tahu dan menjawap OCD itu kayak "CD, VCD, dan juga DVD", bikin BoBoiBoy dan kawan-kawan tidak puas hati mendengar apa yang Papa jawap. BoBoiBoy menghubungi Yaya melalui jam tangannya untuk bertanyakan apakah maksud OCD. Jelas Yaya, OCD merupakan obsessive compulsive disorder, iaitu kehendak untuk membetulkan keadaan yang tidak tersusun berkali-kali, lalu diperli oleh Gopal seperti diri dia yang membuatkan dia berang lalu Gopal terus memutuskan talian. Papa Zola menjelaskan ketika Mama Zila dikurung di Mahligai Syahdu, biliknya tampak kemas dan tersusun rapi, yang mana semuanya harus disusun dalam kategori tersendiri, dan yang paling penting sekali mestilah bersimetri.

0311 facepalm

Aduh...

Tambahnya, Raksasa Gonohom sebenarnya berniat baik untuk melindungi Mama Zila daripada terlepas dan menghancurkan dunia permainan. Ini membuatkan BoBoiBoy dan kawan-kawannya menekupkan muka dengan rasa kesal. Papa Zola juga mengesahkan tekaan BoBoiBoy dan Gopal bahawa bos terakhir adalah Mama Zila sendiri dan raksasa ketam yang melarikan diri itu takut akan Mama Zila yang boleh bertukar menjadi raksasa. Jadi semua pun geram akan Papa Zola kerana tidak memberitahu mereka awal-awal. Tetapi Papa bertanya jika mereka ingat masa mereka berada di dunia game dan mereka bilang tidak ada. Sebenarnya, Papa Zola hanya mahu bersatu kembali dengan isterinya. Kumar sudi menolong asalkan dapat membaiki kerosakan rumahnya yang disebabkan oleh Raksasa Mama Zila.

0811 mari sini kau

Mari sini kau... Biar aku susun elok-elok.

BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan bergegas ke medan kereta Rintis Mall untuk menghalang keganasan Mama Zila yang menyusun semua kereta mengikut warna. Mereka melepaskan tembakan kuasa masing-masing tetapi tidak berkesan pada raksasa itu. Mama Zila terlihat sebuah kereta putih yang sedang dipandu lalu memungutnya. BoBoiBoy Halilintar dengan segera menyelamatkan pemandu itu.

0811 susun bangunan

Biar semua bangunan sama tinggi, barulah kemas.

BoBoiBoy Gempa dan yang lain pun sampai di tempat kejadian, dan BoBoiBoy Halilintar menjelaskan perkembangan semasa, sementara BoBoiBoy Taufan ingin menyerangnya dengan Serangan Taufan, tetapi tidak sempat dan dicengkam oleh Mama Zila untuk dikemaskan topi dan pakaiannya. Kemudian Mama Zila melihat keadaan bentuk rupa deretan bangunan yang "tidak sama tinggi" dan mahu membuat semuanya sama tinggi. Yang terlalu tinggi ia benamkan dan yang terlalu rendah ia tinggikan dengan lori sebagai tapak tambahan.

0311 nah ambil balik

Pedang Halilintar diluruskan?

Papa Zola lantang merayu kepada Mama Zila daripada sebuah bangunan supaya dihentikan keganasan terhadap Pulau Rintis, tetapi raksasa itu memandangnya dan menyergah "Siapa kau ni, hah?". Papa Zola meratapi akan terlupanya isterinya akan dindanya, tetapi dipijak oleh raksasa itu. BoBoiBoy Halilintar melontarkan Pedang Halilintar ke arah Mama Zila, tetapi ia menyambut dan meluruskan bentuk-bentuk panahan yang bengkok, kemudian mencampakkan semula Pedang Halilintar ke arah lawan dan merenjatkan semua orang di yang berada di tanah.

0311 jangan seksa bini papa

Sudah! Jangan seksa bini Papa!

BoBoiBoy Gempa tidak tahan lagi dan kemudian menyeru Golem Tanah untuk menahan Mama Zila dari terus mara. Kekangan Golem ke atas lengan-lengan raksasa itu membuat Mama Zila meraung, maka Papa Zola merayu kepada BoBoiBoy Gempa supaya tidak berkeras sangat dengan isterinya. Tetapi BoBoiBoy Gempa menjawap bahawa Mama Zila akan merusak bandar. Papa Zola menyalahkannya kerana itu "masalahnya", bukan salah Papa sendiri, bikin BoBoiBoy dan kawan-kawan pengsan. Bila Golem Tanah memegang Mama Zila, Papa Zola sebaliknya meminta tolong BoBoiBoy Gempa untuk mencari jalan penyelesaian lain dengan janji untuk memberikannya tips ujian Matematik. Gopal menanyakannya apa jawapan nomor 1 sampai 35, bikin Papa Zola menegurnya bahawa ia hanya memberikan tips, bukannya jawapan. Lalu Papa memarahinya kerana tidak faham bahasa Melayu, memercikkan air liurnya kepada muka Gopal. Maka BoBoiBoy Gempa mendapat satu idea yang bernas, iaitu menyedut semula Mama Zila balik ke dalam permainan. Pakcik Kumar menerangkannya bahawa Mama Zila bukan balik kesana, dia ingin menyusun bandar dan Gopal mengatakan kalau ia balik, dunia game akan hancur. BoBoiBoy Gempa pun merancangkan bagaimana.

0311 tak boleh susun

Jalan dah tukar jadi marjerin, semua kereta menggelincir...

Mula-mula, BoBoiBoy Taufan meniup angin berdebu di sekeliling Mama Zila untuk mengaburkan pandangannya. Kemudian, BoBoiBoy Gempa menyuruh kawan-kawan untuk menyusun pokok-pokok pasu di sepanjang pemisah jalan supaya tersusun siku-sika. Kemudian puting-beliung dihentikan dan Mama Zila pergi menyusunkan pokok-pokok pasu itu hingga lurus dan kemas. BoBoiBoy Halilintar pula membuka tingkap-tingkap bangunan dengan corak yang tidak kemas untuk melekakan lagi raksasa itu. Lalu Gopal menukarkan jalan menjadi marjerin untuk menukarkan jalan menjadi licin sehinggakan kereta-kereta tergelincir dan sukar untuk disusun rapi oleh Mama Zila.

0311 sepahkan bilik

Jangan sepahkan bilik aku!

Setelah puas satu jam menyusun kereta-kereta itu, Mama Zila melihat Probe membuat dedaun sebatang pokok dipangkas menjadi bentuk kepala Adu Du, lalu ia terus memotong pokok-pokok lain sederetan supaya sama bentuknya. Akhirnya Mama Zila penat hingga rebah, maka dapatlah Adu Du menyedut raksasa itu bersama Papa Zola, BoBoiBoy dan Gopal ke dalam permainan. Mereka berempat mendarat di Mahligai Syahdu, lantas wira bertiga segera menyepahkan biliknya untuk menaikkan kemarahan Mama Zila.

0311 boboiboy kuasa tiga dalam game

Gugurnya seekor lagi raksasa...

Malangnya, Gopal tersandung dan jatuh ke dalam permainan, lalu dia dipijak oleh Mama Zila lalu tersingkir daripada permainan. Papa Zola meratapi bangkai Gopal dalam permainan tetapi ditumbuk dan disingkir juga. Kerana itu, BoBoiBoy mengingatkan mereka untuk bermain betul-betul. Maka tinggal BoBoiBoy sahaja dalam permainan ini untuk melawan raksasa itu, tetapi dengan cuainya dia telanggar pasu di belakang hingga pecah, membuatkan Mama Zila bertambah berang. Ochobot bertindak pantas dengan menggunakan Kuasa Tiga terhadap BoBoiBoy, maka BoBoiBoy melancarkan serangan bertubi-tubi untuk menghabiskan tenaga Mama Zila.

0811 serangan penamat

"Serangan penamat" buat raksasa Mama Zila.

Raksasa Mama Zila ditamatkan dengan BoBoiBoy Taufan yang sengaja menjatuhkan pasu bunga dengan hanya sejentik tangan. Setelah bekalan tenaganya habis, maka raksasa itu berubah kembali ke bentuk Mama Zila yang asal. Lalu BoBoiBoy dan Mama Zila selamat dikeluarkan daripada permainan.

0311 mama zila terima kasih

Terima kasih, BoBoiBoy.

Mama Zila sedar daripada pengsan di dalam ruang tamu rumah Gopal dan disambut dengan girang oleh BoBoiBoy dan kawan-kawan. Papa Zola menceritakan jasa BoBoiBoy dalam menyelamatkan isterinya, manakala Kumar pula memberitahu kepadanya bahawa sumpahan raksasa OCD-nya sudah pun hilang. Maka Mama Zila berterima kasih kepada BoBoiBoy dan kawan-kawan; begitu juga dengan Papa Zola, tambahan pula dengan ganjaran seorang seringgit kepada kawan-kawan yang membantu.

Tetapi para penerima kecewa dengan ganjaran itu kerana ganjarannya hanya seringgit sahaja, membuatkan Probe berasa hairan dan terus merampas duit daripada Gopal. Maka, Probe dan Gopal berebut-rebut wang kertas seringgit itu sehingga terkoyak. Sekali melihat, Mama Zila naik berang dan menengking mereka. Nampaknya OCD Mama Zila masih belum pulih dan membuatkan Papa Zola cuak tetapi kemudian bersyukur kerana Mama tidak bertukar menjadi raksasa semula.

Watak[]

Trivia[]

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Serangan Mama Zila

Video[]

Advertisement