BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Ketibaan Ibu Adu Du merupakan episod kedua belas dalam musim ketiga siri BoBoiBoy yang disiarkan di TV3 pada 16 Disember 2014.

Ringkasan[]

Ibu Bu kecewa dengan anaknya setelah berkawan dengan BoBoiBoy dan kawan-kawannya, maka dia berhasrat untuk membalas dendam terhadap BoBoiBoy dan kawan-kawannya.

Plot[]

0312 alien baik suci murni

Adu Du: alien terbaik nombor satu!

Pada suatu pagi yang indah, Adu Du bangun dari tidurnya dengan begitu ceria. Bersama-sama dengan Probe, mereka menyanyikan lagu "Bangun Pagi, Senang Hati" dengan hati yang riang untuk meraikan dirinya yang baharu sebagai "alien baik suci murni".

Tetapi setelah habis menyanyi, Adu Du menjadi murung. Apabila ditanya Probe, katanya semenjak bertukar menjadi baik dan tidak lagi bermusuh dengan BoBoiBoy, jiwanya terasa seperti kosong. Dia mengumpamakan jiwanya seperti tin kosong. Probe pun bercadang untuk mencarikan tuannya hobi yang baru untuk mengisi kekosongan hatinya. Adu Du bertanya apakah hobi yang sesuai untuk dirinya. Maka Probe mencadangkan satu hobi yang paling sesuai untuk tuannya itu, iaitu memancing.

0312 adu du probe memancing

Langsung tak dapat ikan...

Adu Du dan Probe pergi memancing di atas tangki air. Setelah tiga jam berlalu, langsung tidak terdapat seekor pun ikan. Probe memberitahu bahawa memancing memerlukan kesabaran, maka Adu Du pun terus bersabar.

Sementara itu, BoBoiBoy datang ke kedai datuknya dengan kepenatan kerana terpaksa menolong Makcik Kantin membina semula reban ayamnya yang telah terbakar. Ujar Ochobot, sejak BoBoiBoy memasuki TV, semakin terkenal dan lagi ramai orang meminta tolong daripadanya.

0812 boboiboy macam budak tadika

Macam budak tadika.

Tiba-tiba, BoBoiBoy dikejutkan oleh Gopal yang menghubungi melalui jam tangan komunikasinya. Dia meminta tolong memadamkan api yang membakar gerai ayahnya. Sebelum BoBoiBoy bertolak, Tok Aba memakaikan cucunya topeng asap (yang bercorak mancung kucing), bekal makanan dan botol air. Maka BoBoiBoy nyata terasa janggal untuk memakai benda itu.

Setibanya di tempat kejadian, seperti yang dijangka oleh BoBoiBoy, rasa cemas di sana bertukar menjadi cuit hati disebabkan oleh penampilannya yang seperti "budak tadika". Lebih-lebih lagi apabila Gopal memerlinya dengan menunjukkan ke arah Tadika Mesra Pelangi yang berdekatan dengan gerai ayahnya.

0312 pulang tanpa hasil

Ikan tak dapat, jiwa tak penuh.

Sementara itu, Adu Du pulang dari memancing dengan kesal kerana hanya mendapat sampah-sarap. Kata Probe, itu tidak mengapa kerana asalkan jiwanya sudah penuh, tetapi Adu Du masih sama. Lantas, Probe bercerita akan seorang arwah kawannya yang berjiwa kosong sehinggalah riwayatnya tamat setelah dua bulan memancing.

Adu Du cemas mendengar cerita itu, lalu bertanyakan bagaimana dengan nasib dirinya. Probe mencadangkan supaya mereka menghubungi BoBoiBoy melalui jam tangannya untuk meminta tolong tentang masalah jiwa kosongnya. Tetapi, BoBoiBoy mengatakan yang dia sedang sibuk memadamkan api di gerai bapa Gopal, lalu terus memutuskan talian.

0812 adu du dan ibu bu

Bubucuk, Mama rindu kamu!

Setelah diputuskan, Adu Du dan Probe dikejutkan oleh sepasang kasut merah yang terletak di depan pintu Markas Kotak. Itu membuatkan Adu Du berasa terkejut lalu terus meluru masuk ke dalam markas. Sekali masuk, didapatinya ruang tamunya telah dikemas dengan elok. Tiba-tiba sahaja dia dikejutkan oleh panggilan timangan "Bubuchuk", rupa-rupanya ibu Adu Du iaitu Ibu Bu yang datang melawat anaknya!

Ibu Bu teruja bertemu semula dengan anaknya, tetapi juga bertanya mengapa sudah lama tidak didengari khabarnya. Probe berasa geli hati mendengar nama timangan Adu Du itu sementara pergi membawakan air untuk tetamu kejutan itu. Adu Du bertanya mengapa ibunya tiba-tiba datang melawat. Ibu Bu mengulas tentang keadaan dalam rumahnya yang serba "buruk". Untuk itu Adu Du mengujar bahawa itu sahaja yang termampu.

0812 butik ibu bu

Seorang ibu yang berjaya.

Ibu Bu mengingatkan anaknya supaya memberitahunya jika dia menginginkan apa-apa, ibunya itu boleh menaja semuanya kerana perniagaannya, Ibu Bu Butik pun sudah ada 3671 cawangan. Probe terdengar perbualan itu dan kagum akan kekayaan si ibu kepada tuannya. Ibu Bu turut menasihati anaknya supaya berpindah dari "tempat pembuangan sampah" yang didiaminya sambil menawarkan kediaman yang lebih mewah.

0812 kambing ya ampun

Kambing? Ya ampun, hinanya anak mak ni!

Namun begitu, Adu Du membalas dengan bertegas untuk berdikari dan sanggup hidup susah asalkan berjaya dengan usaha dirinya sendiri. Ibu Bu tetap tidak senang dengan cara hidup anaknya, malah mengutuk kambing peliharaan anaknya walhal abang Adu Du maju ke depan dengan memelihara zirafah, gorila dan dinosaur.

0812 ibu bu

Ibu Bu yang bangga.

Kemudian, Probe datang menghidangkan minuman kepada tetamu istimewanya itu. Sekali minum, Ibu Bu terasa nikmat sekali! Kata Probe, itu adalah air koko Tok Aba, membuatkan Ibu Bu tergamam sebentar kerana sesungguhnya sumber tenaga koko adalah sumber tenaga yang sudah pupus di planet asal mereka. Setelah dijelaskan oleh Probe akan tujuan asal Adu Du, iaitu menakluki Bumi untuk mendapatkan koko, maka Ibu Bu mula memuji usaha anaknya itu lalu bertanyakan akan perkembangannya.

0312 risalah kejahatan

Sekolah kejahatan.

Tetapi setelah diberitahu bahawa "progres tergendala" dan Adu Du telah berubah menjadi baik, dari teruja Ibu Bu terus bertukar menjadi hampa lalu menegur anaknya bahawa seluruh keturunannya adalah jahat-jahat belaka, malah yang paling baik pun adalah Pakyeye yang menubuhkan Yayasan Kejahatan untuk membetulkan semula penjahat yang bertukar baik.

Sambil memberikan risalah kursus tawaran yayasan tersebut kepada Probe, Ibu Bu bercadang untuk membawa anaknya ke yayasan itu untuk memulihkan kejahatannya, tetapi Adu Du sesungguhnya menolak. Maka Ibu Bu geram bertanya mengapa dia berubah menjadi baik. Jelas Probe, dia telah dihasut oleh BoBoiBoy. Maka Ibu Bu terus bertanyakan mengenai BoBoiBoy.

0312 gopal batuk

Asap kebakaran punya pasallah ni...

Sementara itu, BoBoiBoy dan kawan-kawan berehat dengan perasaan yang lega setelah memadamkan api di gerai Kumar. Gopal mengucapkan terima kasih kepada BoBoiBoy sambil terbatuk-batuk, maka Kumar menasihat anaknya supaya memakai topeng seperti BoBoiBoy.

Gopal enggan kerana bimbang rupanya akan menyerupai seperti budak tadika. Yaya menasihatinya bahawa rupa tidak penting, asalkan selamat. Jelas BoBoiBoy, topengnya dipaksakan oleh Tok Aba. Tegur Ying, itu kerana Tok Aba sayang akan BoBoiBoy.

0312 gerai aiskrim kumar

Gerai tiada dapur, macam mana terbakar?

Yaya menasihati Kumar supaya berhati-hati dan jangan sampai dapur api tidak terkawal, tetapi Kumar menegaskan bahawa dia hanya menjual aiskrim. Tiba-tiba BoBoiBoy dihubungi oleh Ochobot dan menyuruhnya untuk segera datang ke gerai datuknya.

0312 boboiboy ibu bu

BoBoiBoy, mak Adu Du.
Mak Adu Du, BoBoiBoy.

Rupa-rupanya, Ibu Bu datang ke Tok Aba Kokotiam dengan perasaan yang marah, meminta supaya memanggil BoBoiBoy, sambil dipujuk oleh Adu Du supaya menyerahkan hal BoBoiBoy kepadanya. BoBoiBoy dan kawan-kawan akhirnya sampai, maka Probe mengambil kesempatan untuk memperkenalkan BoBoiBoy dengan Ibu Bu.

BoBoiBoy menyapa Ibu Bu dengan sopan-santun, tetapi dibalas dengan tengkingan atas apa yang dilakukannya ke atas "Bubuchuk". Sekali terdengar nama timangan itu, tergelak tawalah BoBoiBoy dan kawan-kawan, tetapi Tok Aba berpesan tidak elok menggelakkan Adu Du kerana dia telah menjadi kawan mereka.

0312 adu du memujuk ibu bu

Jangan, Mama!

Ibu Bu menyergah tindakan Adu Du berkawan dengan makhluk-makhluk Bumi, malah berpesan bahawa Adu Du hanya boleh dikira anak sejatinya dengan kembali jahat dan menewaskan si "budak baik jahat" BoBoiBoy. BoBoiBoy memujuk Adu Du supaya tidak berubah menjadi jahat semula, tetapi dibalas dengan herdikan Ibu Bu.

0312 pistol gincu laser

Pistol Gincu Laser, tembak!

Fang bersiap sedia dengan kuasanya, tetapi dihalang dan diminta bersabar oleh BoBoiBoy dan yang lain-lain kerana walaupun Ibu Bu jahat, dia ialah ibu Adu Du. Adu Du sekali lagi memujuk ibunya dengan janji bertanyakan khabarnya selalu, tetapi kemarahan Ibu Bu tetap meruap-ruap, lalu dia mengeluarkan gincu untuk menconteng muka musuhnya. Persiapan Ibu Bu diperlekehkan oleh Gopal, tetapi Ibu Bu menunjukkan taringnya dengan menukar gincu itu kepada Pistol Gincu Laser lalu menghujani BoBoiBoy dan kawan-kawan dengan pancaran laser, membuat mereka lintang-pukang mencari perlindungan.

0312 serangan gincu laser

Gincu pun boleh jadi rotan.

BoBoiBoy bertindak dengan menyeru Kuasa Tiga dan dengan pantas BoBoiBoy Gempa melindungi kawan-kawannya dari tembakan Ibu Bu. Ibu Bu menukarkan gincunya kepada rotan cahaya dan menyebat tanah menggunakan Serangan Gincu Berlaser untuk meruntuhkan Tanah Pelindung lalu menyerang Gopal. Tetapi dia sempat dihalang oleh BoBoiBoy Halilintar yang bersilang pedang dengan Pedang Halilintarnya sambil memujuknya supaya berhenti.

0312 ibu bu merotan gopal

Bapa Gopal pun tak pernah seteruk ini bila merotan.

Sememangnya Ibu Bu enggan berhenti mengganas, maka dia dengan BoBoiBoy Halilintar bertarung pedang cahaya habis-habisan. Kedua-dua lawan tampak setanding hingga Ibu Bu menjatuhkan BoBoiBoy Halilintar dari belakang. Kemudian dia menyebat Gopal dengan rotan gincunya bertalu-talu sehingga menyebabkan renjatan daripada kesan sebatan.

0312 rantai penyebat

Nak kena cambuk tak?

Kemudian Ibu Bu berpaling ke arah Yaya dan Ying. Yaya meggunakan kuasa gravitinya untuk memberatkan Ibu Bu. Tetapi Ibu Bu dapat mengatasinya dengan kasut terbang dan mara lagi, mengejar Yaya di langit sambil menggunakan Libasan Rantai Emas 18 Karat. BoBoiBoy Taufan datang menolong Yaya tetapi terikatkan sebatang rantai itu lalu jatuh. Kemudian Ibu Bu mendarat dan melancarkan Gelang Pengikat ke langit untuk menumpaskan Yaya.

0312 yaya diikat

Yaya diikat dengan gelang emas.

Ying geram melihat keadaan genting ini lalu bertindak melakukan Larian Laju mengelilingi Ibu Bu berkali-kali, memecut hingga debu tanah mengaburi penglihatan si musuh, tetapi Ibu Bu mengatasinya dengan menyapukan Compact Powder Pemening ke dalam debu, membuatkan Ying pening dan jatuh.

Semakin banyak kawan BoBoiBoy yang tewas. Fang pun mahu bertindak tetapi tidak sempat berbuat demikian dia dikenakan Perfume Pembusuk lalu dia dikerumuni oleh lalat dan tikus. BoBoiBoy bercantum semula dan bersama Adu Du sekali lagi cuba berbaik dengan Ibu Bu. Tetapi Ibu Bu tetap berkeras enggan dan melontarkan Kit Solekan Bom ke arah BoBoiBoy.

0312 mak aku cedera

Ini kau kata selamat?!

Tanpa membuang masa, BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Gempa, melompat dan menyambut bom itu, tetapi di tengah lompatannya dia terlanggar dan terhantuk Ibu Bu. Kemudian BoBoiBoy Gempa menimbusi bom itu dengan Tanah Penghalang untuk menampan letupannya.

Aduh, terbaliklah macam ni.

Aduh, terbaliklah macam ni.

Akhirnya keadaan telah diselamatkan, tetapi Adu Du bangkit dengan rasa marah kerana BoBoiBoy telah menyebabkan Ibu Bu cedera. BoBoiBoy meminta maaf sementara Ibu Bu meminta supaya dirinya dibawa ke ICU. Probe membawa Ibu Bu pergi untuk dirawat. Adu Du mengkhianati dan menaruh dendam kepada BoBoiBoy dan berazam untuk kembali ke kancah kejahatan.

Watak[]

Trivia[]

  • Ini menandakan kemunculan pertama Ibu Bu.
  • Untuk suatu soalan, tajuk kad di Indonesia ialah tajuk kad dari episod Adu Du Kembali Jahat.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Ketibaan Ibu Adu Du

Video[]

Advertisement