BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Robot Pango & Raksasa Bawang merupakan episod keempat belas dalam musim ketiga siri BoBoiBoy yang disiarkan di TV3 pada 19 Disember 2014.

Plot[]

0314 3r

Bosannya duduk penjara. Asyik makanan yang sama saja.

Kelihatan Rob, Robert dan Roberto sedang meringkuk di penjara kerana cubaan merompak bank yang telah dipatahkan oleh BoBoiBoy dan kawan-kawan beberapa hari yang lepas. Pada suatu malam ketika mereka dihidangi makanan, mereka melenguh kerana dihidangi nasi goreng lagi. Keluhan itu dibalas oleh pengawal penjara yang menghidangkan makanan itu dengan cadangan supaya mereka memesan makanan kegemaran masing-masing.

Maka perompak bertiga pun teruja dan membuat pesanan. Jadi, Robert memesan ayam percik madu; Roberto memesan lontong sotong spesial dan teh tarik halia kurang manis; dan Rob pula memesan burger, apam balik, chicken chop, mi goreng, siap dengan set air dan kentang. Setelah mengambil pesanan, penjaga itu tetap menghidangkan nasi goreng kerana pesanan mereka tertakluk kepada keterdapatan. Maka perompak bertiga pun kembali sedih.

0314 probe menyamar sebagai pengawal penjara

Probe menyamar sebagai pengawal penjara membawa satu kejutan.

Apapun mereka tetap mengisi perut dengan memakan nasi goreng itu sehingga habis. Sebaik sahaja habis makan, mereka dikejutkan oleh Probe yang menyamar sebagai pengawal penjara yang membawa sebuah kek besar sebagai "pencuci mulut". Hairanlah mereka bertiga, maka Rob bertanya sama hari kek itu tiba kerana hari jadi bosnya ataupun bukan. Jawab Roberto, hari jadinya sudah "lepas tahun lepas".

0314 belum sempat habis baca

Belum sempat habis baca, kau dah makan!

Robert menyedari akan tulisan yang tertulis di puncak kek tersebut dan memanggil Rob dan Roberto untuk membacanya sekali. Roberto membacakan mesejnya, "Bersedia pukul..." tetapi belum sempat habis membaca, Rob mencelah dengan memakan bahagian yang belum dibaca disebabkan lapar. Mujur Robert sempat menghafal mesej itu: "Bersedia pukul 3 pagi", lalu membuat kesimpulan bahawa ada orang yang akan menyelamatkan mereka.

0314 potong dinding

Ada orang nak selamatkan kita!

Roberto mengeluh kerana mereka perlu menunggu masa yang lama. Robert bercadang supaya mereka bertiga berjaga secara bergilir-gilir. Malangnya Rob dan Robert tidak mengikut rancangan, maka Roberto pula yang berjaga habis-habisan sehingga terlelap sebelum pukul tiga. Tepat pada pukul tiga, Roberto dikejutkan oleh percikan api yang memotong dinding penjara lalu segera mengejutkan konco-konconya.

0314 adu du dan super probe

Hai, selamat malam!

Apabila dinding habis dipotong satu bulatan, barulah mereka semua terjaga dan disambut oleh Adu Du dan Super Probe yang menunggu di luar dan menghulurkan bantuan. Mereka bertiga hairan kerana setahu mereka Adu Du sudah berubah menjadi baik, maka Adu Du menjelaskan bahawa dirinya telah kembali ke pangkal kejahatan dan "bertekad untuk membela orang-orang jahat sedunia".

0314 robot pango

Robot Pango membantu kejahatan.

Roberto menanyakan apa harga kebebasan mereka. Maka Adu Du hanya menuntut supaya mereka menghapuskan, memenyakkan, menghancurkan, mematikan dan membunuh BoBoiBoy habis-habisan. Roberto teragak-agak kerana BoBoiBoy itu adiwira yang bukan tandingan mereka. Untuk itu Adu Du "menghadiahkan" Robot Pango kepada mereka.

0314 tak calar pun

Tak calar pun.

BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan mencabar Robot Pango untuk berlawan ketika dia sedang mencuri harta sekolah. Pango melemparkan gawang ke arah mereka berdua. Halilintar sempat mengelak manakala Taufan terpelanting tidak sempat mengelak. Kemudian Halilintar cuba melakukan Tetakan Halilintar, tetapi Pango menepis dengan menggunakan Bola Perisai.

0314 pedang halilintar patah

Patah harapan?

Nyata sekali serangan BoBoiBoy Halilintar langsung tidak memberi kesan sedikit pun kepada musuh, maka dia cuba melakukan Halilintar Slash dengan menyerang berkali-kali ke atas Pango sehingga dia berasa penat. Tetapi serangan itu pun langsung tidak berkesan, sebaliknya Pedang Halilintarnya yang patah dan berkecai. Probe mengambil kesempatan untuk mengambil serpihan Pedang Halilintar. Robot Pango ketawa bermegah-megah bahawa tiada sesiapa boleh mengalahkan perisainya yang sekeras berlian. Rungut Adu Du, harganya pun sudah mahal macam berlian.

0314 gerudi taufan lawan bola perisai

Gerudi lawan bola.

BoBoiBoy Taufan bangkit semula dan melakukan Gerudi Taufan ke atas Robot Pango, tetapi ia sekali lagi menggunakan Bola Perisai. Kemudian Pango membalas serangan dengan Putaran Tenggiling Guling yang cukup kencang lalu menjatuhkan BoBoiBoy Taufan. Sekali lagi Probe mengambil serpihan daripada Hoverboard Taufan yang pecah.

0314 serangan lidah

Penderaan yang dahsyat.

BoBoiBoy Halilintar bangun lagi dan menyerang lagi dengan serangan Tetakan Halilintar, tetapi dihalang oleh Robot Pango dengan melakukan Serangan Lidah yang digunakannya mengikat kaki BoBoiBoy Halilintar dan menghempas-hempas musuh kecilnya ke merata tempat, sehingga melepaskannya ke arah BoBoiBoy Taufan lalu melanggarnya. Setelah puas menjatuhkan kedua-dua BoBoiBoy, Robot Pango meraikan kejayaan dengan tiba-tiba mengeluarkan tiga suara yang berbeza.

0314 wajah di sebalik pango

Wajah di sebalik Robot Pango.

Rupa-rupanya Robot Pango adalah mecha panduan Tiga Rob yang cuba merompak bank hari itu! Maka BoBoiBoy Halilintar bertanya bagaimanakah mereka boleh terlepas dari penjara. Jawab Rob selaku pemandu utama Pango, mereka mempunyai "bos baru" yang menaja mereka, tetapi tidak sempat menyebut namanya. Adu Du dalam samaran pelajar sekolahnya meluru keluar ke padang dan menyuruh Pango berhenti mengapa-apakan kawan baiknya.

0314 adu du keluar

Adu Du keluar untuk bersandiwara.

Satu kelas pun berasa hairan mengapa Adu Du boleh berbuat demikian. Apabila ditanya oleh BoBoiBoy Gempa, Papa Zola menjawab bahawa Adu Du telah selesai menjawab soalan peperiksaan sedangkan Gempa "kejap-kejap tengok luar". Kemudian Papa Zola mengumumkan bahawa masa tinggal lima minit sahaja lagi!

0314 petik rambut

Apa niat sebenarnya?

Adu Du pergi mendakap BoBoiBoy Halilintar dan berpura-pura menangis sambil menarik sehelai rambutnya. Kemudian dia berpaling ke arah Robot Pango untuk "mengherdik" robot itu. Robot itu turut berlakon dengan "mengugut" untuk membelasah Adu Du sekali. Adu Du menembak Pango dengan pistol laser bertalu-talu, lalu Robot Pango berpura-pura meraung kesakitan.

0314 serangan lidah adu du

Berbuat-buat lawan.

Tetapi pistol laser Adu Du telah kehabisan "peluru", maka dia mengutip seketul baru dari atas padang lalu melontarkannya ke arah Robot Pango. Badan Robot Pango termakan batu itu dan kelihatan letupan api. Fang yang berada di dalam kelas berasa hairan melihat betapa mudahnya Robot Pango dikalahkan oleh Adu Du. Pango melancarkan Serangan Lidah Pango dan menghayun dan menghempas Adu Du dengan dengan lembut berbanding dengan BoBoiBoy tadi. Akhirnya Adu Du berlakon mengaku kekalahan.

0314 keluar juga akhirnya

Keluar juga akhirnya.

Akhirnya masa peperiksaan sudah tamat, dan Papa Zola menyeru kepada murid-muridnya untuk bersama-sama keluar mengalahkan Robot Pango. Maka BoBoiBoy Gempa, Fang, Gopal, Yaya dan Ying segera ke padang untuk berdepan dengan musuh mereka. Maka Tiga Rob yang memandu Robot Pango melancarkan fasa kedua.

0314 adu du lap air mata boboiboy

Sekarang lap air mata pula.

Belum sempat melancarkan sebarang serangan, tiba-tiba kesemua wira muda di padang dihambat oleh gas ungu yang menyebabkan mereka jatuh selesema dan memedihkan mata. Kuat sungguh asapnya hingga sampai ke tingkat-tingkat kelas sekolah. Dalam suasana kekalutan inilah ketiga-tiga BoBoiBoy bercantum semula. Adu Du pergi mengelap air mata BoBoiBoy untuk berpura-pura berkawan sambil mengambil air matanya lalu menitiskannya ke dalam tabung uji.

0314 raksasa bawang

Kemunculan Raksasa Bawang!

Tiba-tiba munculnya seekor raksasa ungu bertentakel di atas bumbung sekolah. BoBoiBoy terus menduga bahawa dialah punca gas pemedih mata sambil mencemuh gelak ketawa hodohnya. Maka raksasa itu turun dan memperkenalkan diri sebagai Raksasa Bawang. Maka Tiga Rob dan Raksasa Bawang memperkenalkan geng mereka sebagai Kumpulan Gerombolan Kejahatan. Tambah Raksasa Bawang, kumpulan mereka diketuai oleh Kokomander Koko.

0314 pelan awal

Komplot Kumpulan Gerombolan Kejahatan.

Sesungguhnya, ini adalah satu pakatan yang terancang rapi dan menuntut beberapa ramuan, iaitu serpihan dari Pedang Halilintar, cebisan Hoverboard dan sampel Tanah Gempa serta cap jari, rambut dan air mata BoBoiBoy. Kemudian, Rob bertanya bagaimanakah caranya untuk mereka mendapatkan air mata BoBoiBoy. Probe mencadangkan supaya mereka membacakan cerita-cerita yang sedih, tetapi Adu Du membantah dengan balingan cawan buruk, sebaliknya mencadangkan agar mereka menggunakan bawang, lalu menukarkan bawang menjadi raksasa.

Setelah selesai memperkenalkan diri, Raksasa Bawang melancarkan Gelombang Bawang yang lebih kencang untuk memedihkan mata dan membusukkan seluruh sekolah. Kemudian dalam kekalutan ini Raksasa Bawang mengambil kesempatan untuk menyerang BoBoiBoy, Fang dan Gopal.

0314 yaya ying pasak hidung

Hoi, Hang Bawang!

Akan tetapi, Yaya dan Ying dapat mengatasi gas pemedih Raksasa Bawang dengan memakai cermin mata dan pasak hidung, membuatkan Raksasa Bawang berasa hairan kerana tiada kesan. Jelas Ying, dia sudah "kebal" kerana memotong bawang setiap hari. Lantas Raksasa Bawang seram mendengar fasal memotong bawang.

Jelas Yaya, masa memotong bawang hendaklah menutup hidung supaya tidak pedih mata. Gopal pun mengujar bahawa Adu Du tidak menangis kerana tiada hidung. Tambah Yaya lagi, dia juga ada melumat bawang untuk membuat biskut. Raksasa Bawang berasa lebih seram mendengar fasal melumat bawang, sementara kawan-kawan lain terbaring kerana akhirnya tahu sebab mengapa biskut Yaya tidak sedap.

0314 serangan kombo y&y

Serangan Kombo Laju & Padu!

Setelah diseru oleh BoBoiBoy yang masih pedih, Yaya dan Ying melakukan Serangan Kombo Y & Y dengan Yaya mengaktifkan Graviti Pemberat di atas tanah sambil Ying membuat Larian Laju pada pusat kuasa Yaya untuk mengumpul tenaga, kemudian Yaya melepaskan Ying ke arah Raksasa Bawang dengan Serangan Kombo Laju dan Padu dan dengan begitu pantas Ying menerajang muka Raksasa Bawang bertubi-tubi sehingga dia jatuh.

0314 harimau bayang pedih

Makhluk bayang pun ada hidung yang menghidu.

Selepas Raksasa Bawang dijatuhkan, Yaya mengambil kesempatan untuk membuat Tumbukan Padu ke atasnya, tetapi dihalang oleh Robot Pango yang membuat Bola Perisai dan kemudian menanjul Yaya dengan Lilitan Lidah. Lantas Fang mematahkannya dengan Serangan Bayang sementara Ying pergi menyambut Yaya yang dilayangkan.

Robot Pango ingin menyerang dengan Gulingan Penggelek, lantas Fang menjelmakan dengan Harimau Bayang. Namun, Harimau Bayang pun boleh merasai kesan gas pemedih mata Raksasa Bawang dan turut melarikan diri dengan Fang. Akhirnya mereka berdua dilenyekkan oleh Robot Pango.

0314 serangan gegelang bawang

Serangan Gegelang Bawang!

Giliran Gopal pula untuk menyerang tetapi belum sempat dia menyerang, dia termakan Serangan Gegelang Bawang oleh Raksasa Bawang sampai lumpuh di tengah padang, apatah lagi diperkuatkan kepedihannya oleh Aura Bawang Maksima. Nampaknya BoBoiBoy kebuntuan mencari jalan untuk mengatasi musuh yang begitu getir, tetapi dipanggil oleh Yaya ke tempatnya sementara Kumpulan Gerombolan Kejahatan mencemuh sekuat hati.

0314 boboiboy kuasa tiga gogel pasak hidung

BoBoiBoy kuasa tiga... dengan kelengkapan istimewa.

BoBoiBoy kembali berentap dengan memakai gogel dan pasak hidung dan menyeru Kuasa Tiga. Kemudian BoBoiBoy Gempa menyeru pula Golem Tanah untuk menahan kemaraan Pango dalam bentuk bola. Probe sekali lagi mengambil kesempatan dengan mengambil serpihan yang terhasil daripada keluaran Golem. Kemudian Gempa menyuruh Halilintar dan Taufan untuk menolong, maka mereka berdua membentuk Gerakan Kombo Gerudi Halilintar dan Taufan lalu menurunkan serangan ke atas Robot Pango di samping Golem.

0314 serangan kombo

Serangan kombo hebat!

Serangan kombinasi usaha ketiga-tiga BoBoiBoy kali ini nyata meninggalkan kesan ketara ke atas, lantas Robot Pango memanggil pertolongan Raksasa Bawang. Sekali lagi Raksasa Bawang melancarkan Serangan Gegelang Bawang tetapi kali ini Gopal mematahkannya dengan menukarkan serangannya menjadi makanan gegelang bawang. Tambahan pula Gopal menjemput Makcik Kantin ke padang meminta di mana stok bawang setahun, jadi Raksasa Bawang terlalu takut dan terus melarikan diri.

Maka, tinggallah Robot Pango tanpa sebarang bantuan, memakan serangan diperkuat BoBoiBoy bertiga hinggalah perisainya pun dipatahkan dan badannya hancur berkecai. Raksasa Bawang yang terbang di langit pun dijatuhkan ke atas bangkai Robot Pango oleh Yaya dengan Tumbukan Padu, menyebabkan Tiga Rob dalam mecha itu meraung kepedihan.

0314 adu du hi five boboiboy

High-five!

Setelah selesai bertarung, BoBoiBoy bercantum semula dan meraikan kemenangan dengan ber-high-five dengan Adu Du yang tanpa disedarinya sedang mengambil sampel cap jarinya dengan sarung tangan khas.

BoBoiBot

Lahirnya BoBoiBot!

Selepas waktu sekolah, Adu Du kembali ke Markas Kotak untuk menerima diri dan hapuskan BoBoiBoy dan planet Bumi dan melengkapkan projeknya yang menggunakan enam sampel yang dikehendakinya – Kuasa Halilintar, Taufan dan Gempa, rambut, air mata dan cap jari BoBoiBoy – untuk mencipta BoBoiBot!

Watak[]

Trivia[]

  • Ini menandakan kemunculan kedua Robot Pango dan satu-satunya kemunculan Raksasa Bawang.
  • Ini menandakan kemunculan kedua Tiga Rob dengan yang pertama ialah Musim 3, Episod 7.
  • Ia didedahkan bahawa Adu Du menghantar Robot Pango dan Raksasa Bawang untuk mengumpulkan serpihan Pedang Halilintar, cebisan Papan Luncur Udara Taufan, sampel Golem Tanah, cap jari BoBoiBoy, rambut BoBoiBoy dan air mata BoBoiBoy untuk membuat BoBoiBot, sebuah robot yang serupa dengan BoBoiBoy.
  • Ia juga didedahkan bahawa Yaya menggunakan bawang untuk membuat biskut. Itulah sebabnya mengapa biskutnya tidak sedap.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Robot Pango & Raksasa Bawang

Video[]

Advertisement