FANDOM


Bahaya BoBoiBoy Api! merupakan episod keenam belas dalam musim ketiga siri BoBoiBoy yang disiarkan di TV3 pada 29 Mac 2015.

Ringkasan

Ia menunjukkan bahawa Yaya, Ying, Fang, Gopal, Tok Aba, dan Ochobot cuba meletakkan BoBoiBoy ke tempat tidur dan mengawal BoBoiBoy Api kerana dia sudah tidak dapat dikawal lagi, dan ia berlaku pertarungan antara BoBoiBoy Api dan Fang.

Plot

Meneruskan episod seterusnya, BoBoiBoy menyalahkan dirinya tentang kemalangan kebakaran yang termasuk dirinya sebagai suspek. Adu Du menyuruhnya untuk mengingati masa lalunya dan mengakui dirinya sebagai Penjenayah Api itu. Rakan-rakannya malah membidas pernyataan Adu Du yang mengada-adakan cerita palsu dan mencemarkan nama baik BoBoiBoy. Tetapi, Adu Du menyuruh mereka melihat sendiri BoBoiBoy Api pada waktu larut malam. Kemudian, Yaya mencadangkan satu idea yang bagus untuk mengetahuinya. Di rumah Tok Aba, apabila Ochobot mengimbas BoBoiBoy, dia mendapati ada kesan anomaly kuasa, tetapi dia tidak pasti kuasa apakah itu. Sementara itu, Gopal menyalahkan kawan baiknya kerana tidak memberitahu hal ini kepadanya, tetapi BoBoiBoy tidak tahu apa-apa tentang kuasa barunya. Pembelajaran kegagalan, wira perlu menunggu waktu malam untuk mengetahui tentang kewujudan BoBoiBoy Api. Tok Aba juga menasihati cucunya untuk belajar mengawal kuasa api kerana bimbang dia bermain dengan api.

Badan BoBoiBot

Tunggulah... Kemunculan, BoBoiBot!

Pada waktu malam di Markas Kotak, Adu Du dilihat sedang menyiapkan BoBoiBot. Kemudian, dia memanggil Probe untuk memberikan sampel kuasa-kuasa BoBoiBoy untuk dimasukkan ke dalam robot barunya. Dia memasukkan semua kuasa yang perlu dan tinggal kuasa api sahaja lagi sebagai pelengkap.

Pada malam itu, bertempat di padang bola sepak Sekolah Rendah Pulau Rintis, BoBoiBoy sedang cuba tidur tetapi agak sukar malah dia merungut tentang tempat tidurnya yang berada di tengah-tengah padang sekolah. Kata Gopal, tidak akan ada apa-apa yang boleh terbakar jika kuasa api BoBoiBoy keluar. Mereka mencuba banyak cara untuk memudahkan dia tidur: Ying menolak BoBoiBoy mengelilingi katil bersamaan 1000 km/jam pada masa yang singkat, tetapi ianya hanya membuatkan BoBoiBoy penat dan lagi sukar untuk tidur, lalu Yaya mencadangkan BoBoiBoy untuk makan supaya mudah tidur dan menawarkan biskutnya malah ditolak kerana terlalu kenyang, begitu juga dengan Gopal, Ying dan Fang. Dengan rasa kecewa Yaya menawarkan biskutnya kepada Ochobot, malah Ochobot menolak kerana robot tidak perlu makan.

PREVIU EPISOD 16 Mari Menyanyi Bersama Fang & Gopal! HD

PREVIU EPISOD 16 Mari Menyanyi Bersama Fang & Gopal! HD

Kemudian, Gopal menyanyikan lagu tidur kepada BoBoiBoy tetapi Ying menanya "Haiya! Apa punya lagu ni?!", lalu giliran Fang pula untuk menyanyikan lagu (Fang menyanyikan lagu tidur dalam bahasa Mandarin dan juga tidak masuk akal), tetapi membuatkan BoBoiBoy dan rakan-rakannya rasa meluat.

Showing Off

Ya, saya?

Kemudiannya, Tok Aba mencadangkan supaya dia membaca buku cerita khas untuk cucunya, lalu dia terus membaca cerita mengenai "Sejarah Penubuhan Kedai Kokotiam Tok Aba": Pada tahun 1997, Encik Aba berhasrat untuk membuka bisnes restorannya sendiri... Cerita ini telah membuatkan semua adiwira tertidur. Dalam tidur BoBoiBoy, dia mula bermimpi buruk dan menukarkan dirinya kepada BoBoiBoy Api dan membuka kunci kuasa barunya. Kekuatannya membangunkan semua sahabatnya. Secara tiba-tiba, dari perasaan marah bertukar menjadi orang yang ceria dan baik kepada semua sahabatnya. Yaya bertanya mengapakah dia melakukan semua kebakaran di kawasan Pulau Rintis, tetapi BoBoiBoy Api menceritakan sebuah kisah tentang kemalangan api:

  • Di reban ayam Makcik Kantin, dia menunjukkan pertunjukan bebola api kepada ayam-ayam itu. Selepas mempersembahkannya, secara tidak sengaja dia telah menjatuhkan sebiji Bebola Api lalu ia membakar reban ayam itu.
  • Seterusnya, ketika di Stor Kebenaran, BoBoiBoy Api tidak sabar untuk mengetahui keputusan ujian matematik, tetapi secara tidak sengaja dia menyentuh pintu stor dan menyebabkan kebakaran lalu melarikan diri dari situ.
BBB Api Shocked

BoBoiBoy Api terkejut apabila melihat ada gerai ais krim :O

  • Selanjutnya, pada malam itu BoBoiBoy Api berjalan keseorangan sehinggalah dia terlihat gerai aiskrim Pakcik Kumar lalu dia mencampakkan Bebola Api dan ia bergolek dan membakar pokok yang berdekatan lalu apinya menjalar sampai membakar gerai Pakcik Kumar.
  • Malam berikutnya di stor sukan sekolah, BoBoiBoy Api berasa teruja apabila dia melihat pelbagai alatan sukan dan memilihnya sehingga dia terpegang Bebola Api kemudian mencampakkannya ke belakang lalu ia membakar seluruh stor sukan.

BoBoiBoy Api juga berkata bahawa dia berasa bosan dan tertekan mengenai kerjanya sebagai superhero dan pelajar. Kemudian, Gopal bersependapat bahawa BoBoiBoy Halilintar muncul kerana terlalu marah, BoBoiBoy Taufan muncul kerana gelak tidak henti-henti, dan BoBoiBoy Gempa muncul kerana ingin mempertahankan kawan-kawannya. Jadi, BoBoiBoy Api pula muncul kerana tertekan sangat. Yaya meminta supaya dia kembali kepada biasa tetapi dia tidak termakan kerana dia hanya mahu melepaskan tekanan sahaja.

S3E16 Bicycle Kick BBB Fire

Sepakan Penalti, Bebola Api!

Oleh itu, Gopal menggunakan pemadam api untuk meredahkan kemarahnnya tetapi perbuatan itu hanya menambahkan kemarahannya lalu dia menyerang Gopal berulang-ulang kali dengan Serangan Bebola Api, lalu Fang melindungi Gopal dengan Kokun Bayang. Fang bertanyakan apakah masalahnya, tetapi dia membalas merekalah yang cari gaduh dahulu. BoBoiBoy Api kemudiannya menghasilkan Bola Tampar Berapi lalu menampar ke arah Fang. Fang segera menghasilkan Tusukan Jari Bayang untuk menghalang daripada mencederakan sesiapa. Dengan ini, Fang menyangka yang dia telah berjaya, tetapi...

Boboiboy Api

Apa kau cakap?!

BoBoiBoy Api telah berada di belakangnya dan segera melancarkan Serangan Bebola Api, Bertalu-talu ke arah mereka lalu Fang melindungi dirinya dan Ying memperlahankan masa untuk melindungi semua wira, tetapi gagal kerana Ying mempunyai masa yang terhad. BoBoiBoy Api ternampak Gopal bangun lalu menyerangnya dengan serangan Sepakan Penalti Bebola Api, tetapi Gopal menukarkannya menjadi cekodok pisang yang panas dan menyebabkan Gopal tidak tahan untuk memegangnya lalu akhirnya dia menelan dengan gaya yang terbaik dan membuatkan BoBoiBoy Api berasa kagum dan teruja.

Fang menjelmakan Harimau Bayang untuk melompat ke dalam Gegelung Api untuk membuat BoBoiBoy lebih gembira. Fang menukarkan Harimau Bayang kepada Helang Bayang lalu terbang ke arah Lingkaran Api yang berganda di udara. Gopal juga membaling botol-botol kosong dan menukarkannya menjadi ayam goreng dan Ying pula memperlahankan masa di dalam kubah yang kecil. Tiba-tiba, datangnya Adu Du dan Probe yang menyerang sahabat-sahabat BoBoiBoy.

BoboiBoyFireFriedChickenS3E16

Korang semua memang terbaiklah :3

Masa yang diperlahankan oleh Ying terus terbatal apabila diserang Mega Probe. BoBoiBoy Api yang terlihat perkara itu membuatkan dia berasa sangat marah lalu menjelmakan bebola api yang besar dan melontarkannya ke arah Adu Du dan Mega Probe. Mega Probe cuba menahannya, tetapi tidak berjaya malah mereka terpelanting ke langit. BoBoiBoy Api jatuh ke tanah lalu kembali kepada biasa semula. Fang memberitahunya tentang kuasa barunya.

GiantFireBallBoboiBoyFireS3E16

Awas kau Adu Du..

Sekembalinya Adu Du dan Probe ke Markas Kotak, Adu Du mengambil sampel kuasa api dari kepala Probe dan memasukkannya ke dalam BoBoiBot. Kemudian, Adu Du menjerit "Tunggulah kemunculan BoBoiBot!" dengan hati yang gelakannya yang begitu licik sekali.

BoBoiBot Api

Tunggulah kemunculan BoBoiBot!

Keesokan harinya di Sekolah Rendah Pulau Rintis, Papa Zola dengan hati yang gembira membawa alatan-alatan sukan yang baru menuju ke padang. Tetapi, kegembiraannya terhenti apabila dia melihat keadaan padang sekolah yang hangus terbakar.

Trivia

  • Ini kali pertama Fang bermain gitar.
  • Ini merupakan episod ketiga dimana pertarungan dimula dengan menggunakan kuasa antara BoBoiBoy dan Fang. Yang pertama ialah Musim 2, Episod 2 dan kedua ialah Musim 2, Episod 3.
  • Ia didedahkan bahawa Tok Aba menemukan kedainya pada tahun 1967.
  • Terjemahan lagu bahasa Cina Fang ialah:

BoBoiBoy sudah letih
Jadi tutup matamu dan tidur
Ia baik untuk kesihatanmu untuk tidur awal
BoBoiBoy adalah bayi baik...

  • Ini menandakan kali kedua Fang bercakap dalam bahasa Cina. Yang pertama ialah Selamat Tahun Baru Cina 2015, ketiga ialah Selamat Tahun Baru Cina 2016, keempat ialah BoBoiBoy: The Movie dan kelima ialah BoBoiBoy Galaxy: Gong Xi Fa Cai! 恭喜发财!新年快乐!.
  • Topi merah BoBoiBoy

    Warna topi BoBoiBoy ditukarkan menjadi merah.

    Apabila BoBoiBoy bangun selepas bertarung dengan Adu Du dan Probe, pada 19:32 hatinya berubah menjadi merah dan tidak mempunyai bintik kuning. Warna topi berubah menjadi oren sekali lagi dalam babak seterusnya.
  • Apabila BoBoiBoy berbaring di atas katil dan Tok Aba membaca dari bukunya BoBoiBoy memakai kasut, tetapi dalam adegan seterusnya apabila kuasa api berkhidmat dia tidak memilikinya.
  • Babak di mana Gopal menyembur ke arah BoBoiBoy Api dengan pemadam api sehingga membuatnya naik berang ialah serupa dengan babak di mana Gopal memukul kepala BoBoiBoy Halilintar dengan kuali leper untuk cuba membuat ingatannya pulih semula sehingga menyerangnya dalam Musim 1, Episod 6.

Video


L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri
BoBoiBoy | Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | BoBoiBoy Galaxy | Sahabat Cilik SPRM | BoBoiBoy Galaxy Special
Episod

BoBoiBoy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Extended Finale
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26

BoBoiBoy Galaxy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24
Watak

BoBoiBoy

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Super Probe | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Yah | Tukang Pos | Pakcik Kumar | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Cikgu Timi | Iwan | Amar Deep | Suzy | Amy | Siti | Stanley | Nana | Melissa | Melody | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Malik Osman | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Nurul Julie Juliana | Shamsul Rizal Sabri | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Uncle Yim | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | BoBoiBoy Api | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Raksasa Perisai | Bapa BoBoiBoy | Kapten Kaizo | Lahap

BoBoiBoy: The Movie

Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Koko Ci | Robot T | Nenek Sayur | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Thorn | BoBoiBoy Solar

BoBoiBoy Galaxy

MotoBot | Kapten Separo | Konco Lanun | Alien Mop | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M. | Gijimo | CetakBot | RompakBot | EmotiBot | Jagara | DataBot | Robot Lanun | Kapten Vargoba | StealthBot | Nut | BoBoiBoy Cahaya | Ramenman | MagnetBot

Lain-lain

Captain Munch | Raksasa Bengkok | Raksasa Gula | Terra | Coral | Oake | Kapten MACC | Lelabah Kristal
Filem
BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy: The Movie 2
Tempat
Planet Bumi | Malaysia | Pulau Rintis | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Bulan | Rumah Tok Aba | Tok Aba's Kokotiam | Planet Ata Ta Tiga | Kedai Runcit | Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Kedai Game Ah Beng & Sons | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Hospital Alien Really Amazing Marvellous/Hospital H.A.R.A.M | Pulau Terapung | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Koloni Lanun Angkasa | Planet Kasuta | Planet Brotora | Planet Junkberg | D'Sosej | Kapal Arkib Angkasa | Planet Oroq | Stesen Sunnova | Markas TEMPUR-A
Lagu
BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Hang on Tight | Lagu Hindustan Gopal | Suasana di Hari Raya | Incik Boss dan Probe | Treler Antarbangsa BoBoiBoy | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Lagu Tidur Gopal | Lagu Tidur Fang | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba
Soundtrack

BoBoiBoy

Lagu Tema BoBoiBoy | Bersedia | BoBoiBoy dan Kawan-kawan | Adu Du dari Planet Ata Ta Tiga | Ketibaan di Pulau Rintis | Rumahku Syurgaku | Bahaya Akan Berlaku | Serangan Adu Du! | Pertarungan Bermula! | Kemarahan Adu Du | Lari dan Sembunyi! | Eksperimen Gila | BoBoiBoy Hero Kita | Bilik Penyeksaan | Kebangkitan BoBoiBoy Halilintar | Kemuliaan Papa Zola | Pemain Retro | Kata-kata Terakhir Papa Zola | Seguni Mawar Merah | Ketibaan BoBoiBoy Taufan | Azroy & Sasha Bersatu | Selamat Tinggal BoBoiBoy | Lagu Tema BoBoiBoy (Inggeris) | Bersedia (Inggeris) | Tema Utama (Instrumental) | Bersedia (Instrumental) | Tema BoBoiBoy Halilintar | Tema Papa Zola | Tema BoBoiBoy Taufan | Tema Fang | Tema BoBoiBoy vs Fang | Tema Kucing Sewel | Tema Ejo Jo | Tema BoBoiBoy & Kawan-kawan | Tema Trio Kebenaran | Tema Wak Baga Ga | Tema Rob, Robert & Roberto Santana | Tema Pertarungan Di Bulan | Tema Permainan Papa Zola | Tema Mama Zila | Tema Kumpulan Gerombolan Kejahatan | Tema BoBoiBoy Api | Tema BoBoiBot | Tema BoBoiBoy vs BoBoiBot | Tema BoBoiBoy Air | Tema Kapten Kaizo | Tema Teaser BoBoiBoy: The Movie

BoBoiBoy: The Movie

Pasukan Tengkotak | BoBoiBoy Superhero Kita | Mencari Klamkabot | Markas Kotak | Tibanya Tengkotak | Empayar Bisnes Mencandat Sotong Kebenaran | Masih Di Sini (Instrumental) | Sfera Kuasa Generasi Pertama | Kilang Sfera Kuasa | J-Rex Mengganas | Gaga Naz Menyerang | Klamkabot Ditangkap | Lab Sfera Kuasa | 2 Sfera 1 Kuasa | Setia Kawan | Teleportasi Diaktifkan | Bora Ra Menyerang | Maafkan Aku Ochobot | Aku Akan Tamatkan Semua Ni | Lohong Hitam Gargantua | Bersama Kita Berjuang | Selagi Kita Bersama | Di Bawah Langit Yang Sama (Instrumental)

BoBoiBoy Galaxy

BoBoiBoy Dan Kawan-Kawan | Kapten Separo Dan Lanun Angkasa | Pertarungan Bermula | Adu Du Dan Konco Kejahatan | Misi Penyamaran Tapops | Ancaman Alien | Lepaskan Kuasamu | Pertarungan Sengit | Selamatkan Power Sphera | Kembara Ke Planet Gurunda | Tema BoBoiBoy Cahaya | Tema BoBoiBoy Daun | Pertarungan Terakhir (Kapten Kaizo, Halilintar & Jugglenaut) | Kekalahan BoBoiBoy | Tema BoBoiBoy Solar
Permainan
BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run
Lihat juga
Animonsta Studios | Movie Animation Park Studios | Lawak Kampus x BoBoiBoy Galaxy