BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

BoBoiBot Bersedia merupakan episod ketujuh belas dalam musim ketiga siri BoBoiBoy yang disiarkan di TV3 pada 7 Jun 2015.

Plot

Keris Petir 2

Keris Petir 2.0!

Di Markas Kotak, Adu Du mengarahkan Probe untuk menjalankan ujian terakhir ke atas BoBoiBot. Lalu Probe bertukar menjadi Mega Probe dan menembak BoBoiBot secara bertalu-talu. Dengan pantas, BoBoiBot terbang ke atas dan menyerang balas Probe dengan Keris Petir 2.0 yang menumbangkan Mega Probe dengan mudah. Lalu dengan senang hati Adu Du memuji kehebatan BoBoiBot dan telah bersiap sedia untuk mengalahkan BoBoiBoy. Tetapi, pujian yang tuannya berikan itu menimbulkan rasa cemburu dan iri hati terhadap BoBoiBot kerana tangapan Adu Du bahawa dia adalah robot terbaik Adu Du.

Screen Shot 2015-12-22 at 11.06

Dah kali kelima malam ni...

Sementara itu di Sekolah Rendah Pulau Rintis, BoBoiBoy berjalan ke kelas dalam keadaan yang lemah. Sampai sahaja BoBoiBoy di hadapan pintu kelas, Gopal, Ying, dan Yaya mengucapkan selamat pagi kepada BoBoiBoy lalu BoBoiBoy membalas semula tetapi dengan suara yang lemah kerana dia terasa letih dan tidak dapat tidur nyenyak pada semalamnya kerana asyik tertukar menjadi BoBoiBoy Api, namun dihentikan oleh Ochobot dengan menyiram sebaldi air sehingga lima kali pada malam itu.

Ying menasihatinya agar bersabar dan jangan tertekan sangat. Jika tidak, BoBoiBoy tidak akan dapat mengawal kuasa api. Tetapi BoBoiBoy masih dihantui dengan kesalahannya tentang kes kebakaran yang dilakukan olehnya. Yaya bersependapat bahawa itu bukanlah salah BoBoiBoy. Tapi BoBoiBoy membantah kerana jika bukan salah dia, siapa pula yang bersalah. Tiba-tiba, Cikgu Papa muncul dan bertanya "Tahu apa? Siapa, sebenarnya, apa, kenapa, apakah?". Renungan Cikgu Papa membuatkan BoBoiBoy berasa takut untuk memberitahu kepadanya. Mujur Yaya menamatkan mereka dengan mengucapkan selamat pagi kepada Cikgu Papa. Lalu BoBoiBoy mengucapkan terima kasih kepada Yaya.

Padang dah terbako

Padang dah hangus terbakar.

Lalu, Cikgu Papa memberitahu kepada anak-anak muridnya di dalam kelas, oleh kerana padang sekolah telah hangus terbakar, Papa Zola menggantikan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dengan...! Namun belum selesai Cikgu Papa habis bercakap, Gopal mencelah dengan mencadangkan supaya diganti dengan kelas berehat di kantin, lalu disusuli oleh Fang yang juga mencadangkan kelas goyang kaki. Maka kedua-duanya dihukum mengangkat meja dan berdiri dia luar kelas.

TIDAK!

"TIDAK!"

Cikgu Papa menyambung percakapannya, kelas Pendidikan Jasmani akan digantikan dengan mata pelajaran matematik yang akan diadakan 10 kali seminggu. Maka semua pelajar menjerit "TIDAAAAK!" kecuali Yaya dan Ying yang gembira apabila mendengar tentang perkara itu. Sebelum Cikgu Papa menyambung lagi percakapannya, terlebih dahulu Papa menanya kepada anak-anak muridnya tentang kertas-kertas ujian yang telah terbakar pada tempoh hari. Dan, akhirnya Cikgu Papa berkata kepada anak-anak muridnya untuk duduki kertas ujian peperiksaan Matematik semula! Sekali-kali pelajar-pelajar yang lain menjerit, manakala Yaya dan Ying bertambah gembira.

Ketika dalam perjalanan pulang, mereka semua mengeluh tentang perbezaan soalan ujian yang tadinya dengan soalan ujian yang terbakar beberapa hari yang lalu kerana soalan kali ini lebih susah. Tiba-tiba sehelai kertas melayang ke arah muka Gopal dan melihat itu adalah sebuah poster. Kandungan poster itu menyatakan tetang identiti sebenar Si Penjenayah Api yang dibuat oleh Adu Du lalu mereka terdengar suara Probe yang mengajak semua penduduk Pulau Rintis untuk pergi ke tanah lapang sekitar pukul dua petang.

Sementara di lapangan, penduduk Pulau Rintis telah pun berkumpul dan mencari Adu Du untuk mempercepatkan pendedahan tersebut, namun Probe mengatakan bahawa mereka menunggu VIP dahulu iaitu BoBoiBoy dan kawan-kawannya yang telah pun sampai dan acara pun telah dimulakan. Setelah Adu Du muncul, Adu Du mula mengatakan bahawa BoBoiBoy adalah Si Penjenayah Api itu, akan tetapi semua penduduk tidak percaya dan menginginkan bukti yang kukuh. Adu Du pun menunjukkan pertunjukkan slaid sebagai bukti dan mempertayangkan video BoBoiBoy sebagai BoBoiBoy Api yang memulakan kebakaran dan menyerang kawan-kawannya.

Setelah semua penduduk menyaksikan video yang ditayangkan oleh Adu Du, mereka berasa sungguh terkejut dan mula memandang BoBoiBoy dengan pandangan yang tajam. Maka BoBoiBoy berasa pasrah dan mengakui kesalahannya serta meminta maaf. Adu Du pun bersandiwara sekali lagi dengan mengatakan BoBoiBoy terlalu penat dan sedang mengalami tekanan yang menyebabkan BoBoiBoy Api muncul dengan nada kasihan. Dengan senang hati, Adu Du mengesyorkan hero yang baru kepada semua penduduk. Ying menyangka Adu Du ialah hero baru itu, rupanya bukan. Lantas Adu Du menyeru nama hero baru, dan muncullah BoBoiBot!

Kau, kau ni dah melampau, Adu Du!

Dah melampau Adu Du ni.

Kemudiannya, Adu Du memperkenalkan BoBoiBot yang lebih hebat daripada BoBoiBoy dan mampu menjaga keselamatan semua penduduk Pulau Rintis. Tetapi, Fang berasa sangat marah dan terus menjelmakan Harimau Bayang dan ia meluru ke arah Adu Du dengan serangan Cakaran Bayang. Namun, BoBoiBot menghalangnya dengan menjelmakan Tanah Pelindung 2.0 dan menyerang balas dengan serangan Keris Petir 2.0 dan melontarkannya ke arah Harimau Bayang milik Fang.

Heheh, silakanlah...

Silakanlah...

Kemudian, Gopal bercakap besar dengan menyatakan bahawa dia boleh menukarkan BoBoiBot menjadi makanan. Tetapi Adu Du dengan mudahnya mengalu-alukan Gopal untuk berbuat demikian. Gopal menganggap itu adalah cabaran daripada Adu Du, lalu Gopal pun segera menggunakan kuasanya untuk menyerang BoBoiBot iaitu dengan beberapa das Tembakan Makanan.

Kemudian BoBoiBot bertukar menjadi BoBoiBot Taufan dan menghasilkan Kokun Taufan 2.0 yang membuatkan semua bola tukaran molekul terbang ke seluruh arah, dan menyababkan menukar kereta Cikgu Papa Zola. Kejadian itu menimbulkan rasa marah Papa Zola terhadap Gopal sehingga dia mengejarnya. Probe dengan lantasnya memberitahu yang (kononnya) seorang cikgu memerlukan bantuan. Setelah mendapat arahan lanjut, BoBoiBot bertukar menjadi BoBoiBot Halilintar lalu memecut dengan laju untuk mengejar Papa Zola dan Gopal. Papa Zola yang menyedari akan kehadiran BoBoiBot segera melarikan diri, dan disusuli dengan Gopal.

Manusia lemah

BoBoiBot menghina BoBoiBoy sebagai manusia yang lemah.

Namun, BoBoiBoy menghalangnya dengan menjelmakan Tanah Pelindung yang menghentikan serangan BoBoiBot Halilintar, tetapi BoBoiBot Halilintar tidak berputus asa lalu menyerang Tanah Pelindung milik BoBoiBoy dengan Tetakan Halilintar 2.0 dan menyebabkan BoBoiBoy, Gopal dan Papa Zola tercampak lalu berjaya menangkap Gopal. Adu Du pun bercakap untuk menambah keyakinan penduduk Pulau Rintis tentang khidmat superhero BoBoiBot.

Perlahan

...dan terlalu perlahan.

BoBoiBot mendapat arahan selanjutnya dari Adu Du supaya menambahkan lagi kemarahan BoBoiBoy. Dengan itu, BoBoiBoy diperli oleh BoBoiBot kerana terlalu perlahan dalam membuat tugas. Hal itu membuatkan BoBoiBoy terasa seakan-akan terhina, yang bercampur dengan rasa marah lalu bertukar menjadi BoBoiBoy Gempa dan mengeluarkan Golem Tanah. Dengan segera, BoBoiBoy menggunakan serangan Tumbukan Pemenyek dari Golem Tanah untuk menyerang BoBoiBot.

Kemudian, BoBoiBot Halilintar bertukar menjadi BoBoiBot Gempa dan mengeluarkan Golem Tanah 2.0 dan mula beradu kekuatan, tetapi tampaknya Golem Tanah milik BoBoiBoy Gempa amatlah lemah dan Golem Tanah dia hancur diserang musuhnya. BoBoiBoy mula berasa sangat tertekan dan dia akan bertukar menjadi BoBoiBoy Api. Kemudian, Adu Du memerintahkan BoBoiBot untuk menambahkan lagi perasaan tertekan BoBoiBoy dengan mengatakan bahawa dia "lebih terbaik" daripada BoBoiBoy dan akhirnya BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Api. Lantas dia terus menyerang Adu Du dan Probe dengan serangan Bebola Api.

Lalu Adu Du bersandiwara dengan mengarahkan BoBoiBot untuk menyelamatkan semua penduduk di Pulau Rintis kerana BoBoiBoy telah hilang kawalan. Kemudian, BoBoiBoy Api menyerang BoBoiBot dengan Bebola Api secara bertalu-talu. Tetapi, serangannya menjadi tidak terkawal, jadi Bebola Api dilontarkannya ke segala arah, sehingga hampir terkena semua penduduk sekitar. Kemudian, BoBoiBoy Api menghancurkan BoBoiBot dengan Gegelung Api pula dan ia berhasil melilit BoBoiBot, maka BoBoiBoy Api menambahkan kehancuran BoBoiBot dengan menggunakan Pemanasan Maksima, lalu semua penduduk juga dapat terasa bahangnya.

BoBoiBoy Api 2

BoBoiBot Api 2.0!

Cubaan BoBoiBoy Api tidak berhasil apabila BoBoiBot bertukar menjadi "BoBoiBot Api 2.0", membuatkan BoBoiBoy Api berasa terkejut. Lantas BoBoiBot Api mengeluarkan Bebola Api 2.0 yang lebih besar daripada versi BoBoiBoy Api. Serangan itu memberikan kesan terhadap BoBoiBoy sehingga dia bertukar menjadi biasa semula. Oleh kerana terlalu panas, Adu Du mengarahkan BoBoiBot untuk mengawal kepanasannya dan arahannya diterima setelah mengawal kuasa apinya.

Sekarang, RASAKANLAH!!!!!

Serangan terakhir buat BoBoiBoy.

BoBoiBot ingin menyerang BoBoiBoy, namun dihentikan oleh Adu Du dan arahan diterimanya sekali lagi. BoBoiBoy yang menganggap dia akan kalah bertanya kepada Adu Du mengapa disuruh berhenti, lalu Adu Du menjawab dia hanya ingin menunjukkan BoBoiBot adalah lebih selamat berbanding dengan BoBoiBoy. Dan akhirnya, penduduk Pulau Rintis mengambil keputusan untuk mengistiharkan BoBoiBot sebagai superhero baru yang akan menggantikan BoBoiBoy.

Galeri

Video

L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri
BoBoiBoy / BoBoiBoy Reborn | BoBoiBoy Galaxy | Papa Pipi
Episod

BoBoiBoy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26

BoBoiBoy Galaxy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24
Musim 2: Isu 1 | Isu 2 | Isu 3 | Isu 4 | Isu 5 | Isu 6 | Isu 7 | Isu 8 | Isu 9
Filem
BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Movie 2 | BoBoiBoy Movie 3
Watak

BoBoiBoy

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Super Probe | ToToiToy | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Pakcik Ikan | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Kumar | Posmen | Nenek Ying | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | Encik Biskut | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Komputer Ejo Jo | Cikgu Timi | Iwan | Amar Deep | Suzy | Amy | Siti | Stanley | Nana | Melissa | Melody | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Polis Gemuk | Polis Kurus | Ketua Polis | Shamsul Rizal Sabri | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Uncle Yim | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | Detektif Konon | BoBoiBoy Api | Pakcik Kantin | Anak Kantin | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Wakil KPKT | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap

BoBoiBoy: The Movie

Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Koko Ci | Robot T | Nenek Sayur | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Duri | BoBoiBoy Solar

BoBoiBoy Galaxy

MotoBot | Kapten Separo | Konco Lanun | Alien Mop | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M. | Pemilik D'Sosej | Gijimo | CetakBot | RompakBot | EmotiBot | Jagara | DataBot | Robot Lanun | Burung Nuri Lanun | Kapten Vargoba | StealthBot | Nut | BoBoiBoy Cahaya | Ramenman | MagnetBot | Tok Cendatok | Gaharum | Brolangkas Brothers | Qually | Jaguh Paruh Lang | Tok Ngau | Rukawr | Jaga Kar | Pengawal Ladang | Profesor Utan | Musang Salji | Tumbosaur | Puak Baja | PasuBot | Alpha Jumbosaur | BoBoiBoy Sori

BoBoiBoy Movie 2

Raksasa Pengun | Anak Pengun | EggaBot | Gogobi | Cakada | Kechik | Ayu Yu | Retak'ka | Hang Kasa | Pipi Zola | Kang Kong | Kuda Botak | Maskmana | Pokok Bak-Bak | King Kang Kong | Raja Bayugan | Kaum Cendawa | Papa Cendawa | Mama Cendawa | Anak Cendawa | Laskar Guruhan | BibikBot | ArmoBot | KristalBot | GammaBot | Satriantar | Kuputeri | Mas Mawais | King Balakung | Panglima Pyrapi | BoBoiBoy FrostFire | BoBoiBoy Glacier | BoBoiBoy Supra | Amato

Papa Pipi

Nekpi | Cikgu Warni | Doktor Dahlia | Vijay | Melur | Chia

Lain-lain

Captain Munch | Raksasa Bengkok | Razak | Raksasa Gula | Terra | Coral | Oake | Kapten MACC | Ezra | Lelabah Kristal | EnerBot | EquBot | Raksasa Gerojoh | GigaBot
Terbitan turunan
Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | Detektif Yaya | Sahabat Cilik SPRM | BoBoiBoy Galaxy Special | Fly With Yaya | Destinasi Terbaik
Tempat
Planet Bumi | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Yong Pin Aerotrain Express | Pulau Rintis | Rumah Tok Aba | Planet Ata Ta Tiga | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Kedai Runcit | Pejabat Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Kedai Game Ah Beng & Sons | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Hospital Alien Really Amazing Marvellous | Pulau Terapung | Lab Sfera Kuasa | Kilang Sfera Kuasa | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Koloni Lanun Angkasa | Planet Kasuta | Planet Brotora | Planet Junkberg | D'Sosej | Kapal Arkib Angkasa | Planet Oroq | Stesen Sunnova | Markas TEMPUR-A | Planet GogoBugi | Sektor 88-19 Bima Lima | Planet Saharu | Sektor Z55-2P Galaksi Solaria | Asteroid Kristal | Planet Quabaq | Planet Gur'latan | Sektor G159A Nusagima | Planet Bayugan | Planet Rimbara | Planet Gugura | Akademi Pulau Rintis | TAPOPS-B | Kampung Muriong | Planet Kadruax
Lagu
BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Lagu Hindustan Gopal | Suasana di Hari Raya | Incik Boss dan Probe | Treler Antarabangsa BoBoiBoy | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Lagu Tidur Gopal | Lagu Tidur Fang | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba | Fire & Water | Lagu Rukun Negara | Aneka Baju Raya
Permainan
BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run
Lihat juga
Animonsta Studios | Majalah Komik BoBoiBoy | Movie Animation Park Studios | BoBoiBoy Galaxy x Lawak Kampus SUPERIOR
Advertisement