Fandom

BoBoiBoy Wiki

Musim 3, Episod 19

365laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

BoBoiBoy Episod 19 Musim 3
Kejutan BoBoiBoy Air.png
tarikh
diterbitkan
30 September 2015 (YouTube Monsta)
11 Oktober 2015 (TV3)
18 Oktober 2015 (MNCTV)
durasi
tayangan
25:01
diarahkan
oleh
Yap Ee Jean
Dzubir Mohamed Zakaria
Panduan Episod
Sebelumnya
Bahagia Bersama BoBoiBot
Seterusnya
Bangkit BoBoiBoy Air!

Kejutan BoBoiBoy Air merupakan episod ke-19 dalam musim ke-3 siri BoBoiBoy. Episod ini disiarkan di TV3 pada 11 Oktober 2015.

Episod ini merupakan episod pertama yang menggunakan lagu "Jagalah Bumi" sebagai lagu tema pembukaan baharu yang dinyanyikan oleh band luar, iaitu Kotak.

Plot

Adu Du, BoBoiBot dan seluruh warga Pulau Rintis menyaksikan kemunculan sulung BoBoiBoy Air yang berbaring miring di atas sebiji gelembung air yang besar. BoBoiBoy Air berteriak masa untuk mereka memulangkan semua duit derma terpaksa. Dia menyerang dengan serangan Letupan Air untuk mengeluarkan semua wang peras ugut yang disimpan oleh penyangak-penyangak itu. Selepas Adu Du dilayangkan ke langit dan jatuh kembali ke bawah tetapi sempat diselamatkan oleh BoBoiBot, Adu Du bertanya kepada musuhnya bagaimanakah caranya dia mendapat kuasa baru.

Imbas kembali terhadap apa yang terjadi sebelum perlawanan BoBoiBot berlawan dengan BoBoiBoy. Dua minggu yang lepas, pada suatu petang hujan yang renyai-renyai, apabila Probe datang ke rumah BoBoiBoy dan Ochobot, dia merintih kerana dia telah digantikan oleh BoBoiBot sebagai robot terbaik Adu Du, di samping memberikan maklumat tentang kelemahan asas BoBoiBot, iaitu air.

Keesokan harinya, Ochobot mengimbas seluruh tubuh BoBoiBoy untuk memastikan kalau-kalau dia mempunyai kuasa air sambil disaksikan oleh Tok Aba dan kawan-kawannya di warung. Kebetulan pula Papa Zola berlalu setelah membeli-belah di pasar, singgah di warung Tok Aba untuk bertanyakan gelagat Ochobot. Ochobot mengesahkan bahawa BoBoiBoy masih mempunyai kuasa yang terpendam. Maka BoBoiBoy berikrar untuk mencari cara untuk mengeluarkan kuasa itu.

Selepas itu, Tok Aba memesan cucunya agar berwaspada kerana elemen air juga berbahaya. Papa Zola setuju dengan nasihat Tok Aba lalu membacakan bak kata pepatah: Air yang tenang, jangan disangka tiada singa. Lalu, Fang bertanyakan bila pula di dalam air ada singa kepada Papa Zola. Kemudian Papa Zola membalasnya dengan mengatakan "Singa laut tu apa?". Kemudian, Fang dan Tok Aba memandang muka Papa Zola dengan muka tidak puas hati.

Yaya juga turut berpesan kepada BoBoiBoy agar tidak lupa diri setelah mendapat kuasa barunya, dan Ying menambah supaya kawal kuasanya. Gopal pula mengingatkan BoBoiBoy bahawa dia ialah kawan baiknya, jadi dia pula berpesan supaya belanjanya air.

Pesan lagi Papa Zola dengan ghairah, jangan disalah gunakan kuasa air itu sehingga membanjiri sekolah dan musnah semua kertas ujian lalu murid-murid terpaksa menjawab semula ujian. Teguran Papa Zola cukup menggerunkan Fang dan Gopal bertegas dengan BoBoiBoy supaya mengawal kuasa dan jangan menyebabkan kemusnahan. Kekecohan Gopal menyebabkan BoBoiBoy tegang dan hampir terkeluar kuasa apinya, tetapi cepat-cepat diredakan oleh urutan Papa Zola.

Tiba-tiba, Ochobot mengesan kuasa air BoBoiBoy dan memberitahu kepada yang lain yang ianya semakin kuat, tetapi setelah tidak diurut, kuasa itu melemah. Gopal pun membuat teori bahawa kuasa api BoBoiBoy muncul kerana ingin menghilangkan tekanan, sedangkan kuasa air BoBoiBoy muncul kerana mendapat ketenangan. Tok Aba setuju dengan teorinya.

Papa Zola menanyakan, jika benarlah teori "Hipotesis Spesis" Gopal, maka Papa Zola akan memberikan "Urutan Ketenangan Kebenaran" kepada BoBoiBoy.

Beberapa minit kemudian, Papa Zola memberikan "Gerakan Urutan Terakhir" kepada BoBoiBoy untuk mencetuskan kuasa airnya itu. Urutan ini ternyata memberikan kesan apabila munculnya gelembung-gelembung air yang berterbangan di sekitar warung Tok Aba, dan akhirnya berkumpul ke dalam tubuh BoBoiBoy lalu membentuk wira baharu.

Namun, hasil pertukarannya menghairankan dan mengecewakan mereka kerana BoBoiBoy Air muncul dengan bentuk badan yang serba gempal dan berisi, siap dengan perilaku yang serba tenang dan santai. Ochobot terus mengimbas dan mengandaikan bahawa BoBoiBoy Air bulat kerana sifat dia hanya suka minum air sahaja. Ying mengatakan bahawa wira baru ini tidak pasti suka bersenam, tetapi si BoBoiBoy Air menyoal semula "Bersenam? Sayur spesis apa tu?".

Apapun BoBoiBoy bangun dari kerusi untuk menunjukkan kuasanya. Dia ingin menjelmakan Bebola Air yang sama besar dengan dirinya tetapi tidak larat mengawalnya. Fang dan Gopal berasa sangat kecewa dan pasrah dengan apa yang terjadi, tetapi Ying mengatakan yang BoBoiBoy Air ialah "harapan" mereka untuk mengalahkan Adu Du dan BoBoiBot. Tetapi, Gopal mengumpamakan kawab baiknya itu sebagai "sarapan" kerana badannya yang serba gempal. BoBoiBoy Air pula mengatakan bahawa Gopal pun apa kurangnya dengan dia, tetapi Gopal membalas walaupun dia berbadan besar, tetapi dia lebih cergas. Maka Gopal menunjukkan kelincahannya di rangka panjat yang membuatkan kawan-kawannya teruja serta Tok Aba dan juga Papa Zola.

BoBoiBoy cuba menyamai aksi Gopal di rangka panjat tetapi dia tidak dapat melakukannya. Tok Aba menasihati cucunya agar dia menguruskan badannya, tetapi BoBoiBoy Air merasakan tidak perlu untuk menguruskan badannya. Maka Papa Zola meraih restu dan mandat daripada Tok Aba untuk mengambil BoBoiBoy Air di bawah jagaannya dan memulakan "Latihan Kecergasan Kebenaran" untuk mencerdaskan semula badan BoBoiBoy Air supaya dia dapat bertarung dengan Adu Du dan BoBoiBot kelak.

[Lagu "Bangkit Anak Muda" dimainkan]

"Latihan Kecergasan Kebenaran" melibatkan pelbagai rejim senaman dan latihan tempur yang diiringi dengan lagu temanya sendiri. Banyak sukan yang dilakukannya berterusan selama 2 minggu, dan lama-kelamaan BoBoiBoy Air semakin kurus dan akhirnya dia telah menjadi kurus dan cergas. Kejayaan BoBoiBoy Air diraikan dengan dakapan Papa Zola diiringi dengan air mata kegembiraan.

BoBoiBoy Air mengucapkan terima kasih kepada cikgunya itu. Lalu, Papa Zola membalas sama-sama kepada dia. Kemudian, BoBoiBoy Air menyambung ucapan terima kasihnya lagi dan air matanya mula mengalir. Melihat air mata anak muridnya itu, air mata Papa Zola juga turut mengalir dan membalas yang Kebenaran tidak pernah berputus asa.

Tiba-tiba, Papa Zola mencampakkan BoBoiBoy Air dan dia berasa terkejut. Lalu, Papa Zola menyuruh dia menghentikan sandiwara syahdunya dan menyuruhnya mengalahkan BoBoiBot dan Adu Du. BoBoiBoy Air pun mengikut arahan cikgunya itu.

Kembali semula ke waktu sebenar... Penduduk Pulau Rintis mula menyalurkan semangat kepada BoBoiBoy Air untuk mengalahkan musuhnya, sementara Adu Du menghamburkan kata cacian dan air liurnya terpercik di pipi BoBoiBoy Air tetapi tidak sedikit pun mengganjakkan diri daripada kedudukannya. Rupa-rupanya, BoBoiBoy Air terlena ketika Adu Du mencaci!

Setelah ditengking oleh Adu Du, akhirnya BoBoiBoy Air bangun dan bertanya apakah yang telah terjadi. Makcik Kantin tampil menyerahkan bantal kepada wira baru itu lalu mendapati yang Adu Du sedang menggeram di sebelah dan bertanyakan siapakah dirinya.
Sabar, Incik Boss. Sabar 2.0.png

Sabar, Incik Boss. Sabar 2.0...

Maka, Adu Du pun naik marah dan menjawab yang dia ialah "Adu Du", tetapi ditenangkan "sabar 2.0" oleh BoBoiBot.
2.0 betul lah..png

2.0 betul lah...

BoBoiBoy Air bertanya apa yang dia mahukan pada "pagi-pagi buta", ianya hanya mengacau dia tidur. Dengan perasaan yang marah, Adu Du mengatakan yang sudah "tengahari buta", dan mengugut dia akan dicincang oleh BoBoiBot. Tetapi BoBoiBoy Air berpesan jangan marah, dengan mengatakan bak kata pepatah "Air yang dicincang tidak akan putus". BoBoiBot bingung bertanya kerana tidak memahami pepatah itu kepada tuannya, tetapi Adu Du juga tidak memahami maksud pepatah itu selaku makhluk asing.

Kemudian BoBoiBoy Air bertanya apakah yang Adu Du mahukan daripadanya. Makcik Kantin tolong menceritakan bahawa Adu Du melakonkan BoBoiBot.
BoBoiBot Vs. BoBoiBoy Air.jpg

Budak ni?

Adu Du menjadikan BoBoiBot merampas kerjanya sebagai superhero dan merupakan penyamun pemeras ugut seluruh penduduk bandar Pulau Rintis. Setelah mendengar cerita itu, BoBoiBoy Air dengan aman meminta Adu Du supaya mengaku kalah dan balik bersantai di rumah daripada bersusah-payah melawan.

Setentunya Adu Du dengan marahnya enggan menyerah kalah untuk membela peranannya selaku watak jahat dalam cerita BoBoiBoy. BoBoiBoy Air mengingatkan Adu Du bahawa cerita BoBoiBoy tidak terjejas sewaktu dia menjadi baik pada awal musim 3. Tambahnya jika berlawan, kemenangannya pasti akan jatuh ke tangan BoBoiBoy.

Ujaran BoBoiBoy Air hanya menyemarakkan kemarahan Adu Du yang menyuruh BoBoiBot untuk melawan jelmaan baru itu. BoBoiBot bertukar menjadi BoBoiBot Api 2.0 dan melancarkan tembakan api ke merata tempat, membuatkan BoBoiBoy Air masuk ke dalam gelembung dan melarikan diri, tetapi akhirnya gelembungnya menyejat terkena tembakan besar.

Setelah kehilangan buihnya, BoBoiBoy Air berasa lega kerana dia tidak cedera, lalu menyambut Tumbukan Berapi 2.0 yang diserang musuhnya dengan Pukulan Ombak. Orang ramai menyaksikan kuasa air mengatasi robot musuh dengan rasa takjub dan gembira, termasuklah Gopal. Dan tiba-tiba BoBoiBoy Air muncul di sebelah Gopal kerana hendak bersantai. Gopal menegah BoBoiBoy Air daripada berehat dan menyuruh dia berlawan.

Sementara itu, BoBoiBot muncul semula dalam keadaan serba rosak dan basah tetapi masih berjalan membuatkan Gopal berasa gembira melihat musuhnya dalam keadaan yang hampir kalah.
0319 adu du terkejut.png
Adu Du marah bertanya kepada mereka bagaimanakah BoBoiBoy tahu kelemahan BoBoiBot, dan Gopal menjawab Probe yang memberitahu.
0319 probe robot tempur kutip sampah.png
Dengan ikrar untuk menghukum Probe kelak dan tahu dia yang robot sampah, Adu Du menyuruh BoBoiBot melancarkan serangan habis-habisan.

BoBoiBot menggunakan Kuasa Tiga, berpecah kepada tiga jelmaan tiruan kuasa BoBoiBoy sambil kembali kepada keadaan sempurna asal. Maka wira-wira muda dan penduduk bandar kembali gusar sementara pertarungan kembali sengit. BoBoiBoy Air melarikan diri dengan gelembung airnya tetapi dihambat oleh BoBoiBot Gempa dengan serangan Tanah Tinggi 2.0 dan Dinding Tanah 2.0. Serangan disambung oleh BoBoiBot Taufan dengan Gerudi Taufan 2.0.

Fang cemas melihat BoBoiBoy Air dalam kesusahan dan cuba menolongnya, tetapi BoBoiBot Gempa bertindak dengan mengurung semua kawan-kawan BoBoiBoy di dalam Penjara Tanah 2.0. Penjara Tanah teramatlah keras sehingga Yaya pun tidak mampu memecahkannya. Gopal bercadang untuk menukarkan penjara itu kepada makanan, tetapi diugut oleh Adu Du jika dia berbuat demikian, dia akan menembak semua penduduk.

Namun begitu, BoBoiBoy Air dengan yakinnya mengujar yang dia boleh berlawan dengan musuh seorang diri. Oleh itu, dia menghasilkan Ombak Luncur dan menjadikan kenderaannya untuk mengelak daripada serangan Pedang Halilintar 2.0 dari BoBoiBot Halilintar. BoBoiBot Halilintar bergerak ke kawasan lain dengan teknik Gerakan Kilat 2.0, tetapi tidak berhasil sehingga dia diberhentikan oleh BoBoiBot Gempa 2.0 dengan menjelmakan Tanah Tinggi 2.0.

Kawan-kawan BoBoiBoy turut berasa cemas melihat kawannya dalam kesusahan, satu melawan tiga di luar penjara. Yaya menyeru supaya BoBoiBoy Air berpecah kepada tiga juga, tetapi Ochobot memberitahu bahawa BoBoiBoy tidak pernah berpecah kepada tiga dengan kuasa baru keranan mereka tidak tahu apa yang akan terjadi. Terdesak di atas gesaan Ying, BoBoiBoy Air pun mencuba berpecah kepada tiga.

Video

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak