BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


BoBoiBoy vs Ejo Jo Finale merupakan episod kedua dalam musim ketiga siri BoBoiBoy. Episod ini disiarkan di TV3 pada 12 Januari 2014.

Ringkasan[]

BoBoiBoy, Gopal, Ying, Yaya dan Adu Du dengan Mukalakus telah jatuh ke perangkap Ejo Jo dengan Kokon Bayang. Kini terpulang kepada Trio Kebenaran (Papa Zola, Tok Aba, dan Iwan) untuk menyelamatkan mereka.

Plot[]

Kokun bayang

Kokun Bayang.

Ejo Jo telah berjaya memerangkap BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal dan Adu Du di dalam Kokun Bayang yang dihasilkannya menerusi perolehan kuasa bayang dengan merampas jam kuasa Fang secara diam-diam. BoBoiBoy dan Adu Du yang mengawal Robot Pemusnah Mukalakus dengan bersungguh-sungguh, cuba memecahkan kurungan itu, tetapi sedikit calar pun langsung tidak kelihatan. Tok Aba yang memegang jam tangan kuasa Yaya, Ying, dan Gopal bersama dengan Ochobot dan Papa Zola cemas kerana tidak tahu apa yang boleh mereka lakukan.

Ideatokabapapazola

Tok Aba dan Papa Zola berpakat.

BoBoiBoy menyuruh Adu Du untuk menggandakan serangan dengannya lalu bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar demi memecah keluar daripada Kokun Bayang, tetapi masih tidak berhasil kerana Ejo Jo telah meningkatkan kekukuhan kokun itu. Tambahan pula, Ejo Jo mula menghasilkan Naga Bayang untuk menelan musuh-musuhnya yang terperangkap di dalam kokun. Mujurlah pada permukaan kokun, terdapat liang-liang sempit di mana BoBoiBoy dan yang lain boleh melihat keluar, maka BoBoiBoy Halilintar mengambil kesempatan untuk menyuruh Tok Aba dan Papa Zola untuk memakai jam tangan kawan-kawannya untuk cuba menghalang Ejo Jo daripada mengeluarkan Naga Bayang.

Jamtanganpinkpapazola

Papa Zola penggemar warna pink.

Cadangan BoBoiBoy disambut dengan baik sekali, terutamanya Papa Zola yang memuji kecerdasan anak muridnya. Maka dua orang tua itu berganding bahu untuk membentuk "Pasukan Superhero Malaya" dan memilih jam kuasa untuk mereka memakainya. Tok Aba menggunakan jam kuasa Ying, sementara Papa Zola masih bingung untuk memilih dua jam tangan yang tinggal. Gopal dan Yaya berlumba-lumba mendesak guru mereka supaya memilih jam kuasa masing-masing, sementara BoBoiBoy cuba membantu dengan menanyakan Papa Zola, apakah ciri-ciri yang dia akan gunakan untuk memilih jam kuasa yang terhebat, sama ada Kuasa Manipulasi Graviti atau Kuasa Manipulasi Molekul. Akhirnya, Papa Zola memilih jam Yaya kerana warna merah jambunya.

Triokebenaran

Pasukan wira sementara.

Gelagat Papa Zola yang "lawak" membuatkan Ejo Jo hampir hilang tumpuan. Gopal bertanya, siapa pula yang akan memakai jam kuasanya. Maka Papa Zola bertanya kepada murid-muridnya siapa yang berani menyertainya. Rata-rata mereka enggan kerana takut dan berbahaya untuk umur semuda mereka, namun Iwan tampil tanpa rasa segan-silu. Dengan pantasnya Tok Aba menyuruh Iwan untuk memakai jam kuasa Gopal, lantas mereka bertiga bersiap sedia untuk bertempur.

Akan tetapi, Papa Zola terhenti sebentar untuk membincangkan nama yang lebih "trendi" untuk pasukan barunya, membuatkan Ejo Jo hilang tumpuan dan terbatal pembentukan Naga Bayang serta Tok Aba yang terkilan dan geram. Setelah berbincang sebentar, Papa Zola bertetap dengan nama "Trio Trendi Kebenaran"! Ochobot mengulas bahawa Ejo Jo masih belum mengumpul tenaga maksimum yang tinggi lagi, maka masanya masih menyebelahi pasukan wira yang baru dibentuk itu untuk menyelamatkan keadaan.

Larianpecuttokaba

Tua-tua begini pun boleh memecut.

Tok Aba mara dahulu dengan menggunakan Larian Laju untuk berlari ke arah musuh itu, tetapi terhenti di tengah jalan kerana berasa tidak larat. Seterusnya, Papa Zola bertindak dengan menghidupkan kuasa graviti dengan terbang laju-laju di udara, tetapi tidak mengenai Ejo Jo sebaliknya melayang ke sana dan ke sini.

Papazolakacauejojo

Papa Zola mengganggu tumpuan Ejo Jo.

Walaupun serangan dua orang tua itu tidak berhasil, namun gelagat mereka berjaya menjejaskan tumpuan Ejo Jo dan melengahkan penghasilan Naga Bayang. Hal itu disahkan oleh Komputer Ejo Jo yang terus menyokong tuannya untuk meneruskan usahanya. Walaupun diganggu oleh Papa Zola, namun Ejo Jo berjaya melangkah ke fasa seterusnya iaitu membuka vorteks di langit yang gelap untuk memanggil Naga Bayang.

Boboiboypanggiliwan

Iwan, dengar sini...

Melalui liang kokun itu, BoBoiBoy memanggil Iwan untuk menukarkan perangkap bayang itu. Iwan segera melakukan apa yang disuruh dengan melepaskan tukaran molekul, tetapi tidak berhasil. Mujurlah Papa Zola bijak mengganggu Ejo Jo dengan Tendangan Kehenseman, sekaligus membatalkan vorteks penghasilan Naga Bayang itu. Melihat tendangan itu, Gopal memuji kehebatan gurunya.

Bayang2ejojo

Jangan takut dengan bayang sendiri, biar orang lain takut.

Geram kerana penghasilan Naga Bayang tergendala buat kali kedua, Ejo Jo mencipta Bayangan Diri untuk mengelakkan Papa Zola mengganggunya lagi. Pada masa yang sama, Fang sedar daripada pengsan dan melihat bayang-bayang Ejo Jo yang bertarung sengit dengan guru kelasnya, manakala Iwan masih terkial-kial mencari jalan untuk menukarkan Kokun Bayang untuk menyelamatkan BoBoiBoy dan kawan-kawannya yang terkurung di dalamnya. Lantas, Gopal menyuruh Iwan untuk mengeluarkan suaranya ketika menggunakan kuasa itu, tetapi Iwan nampak keberatan untuk berbuat demikian.

Kuasaslomo

Main-main bayang.

Iwan semakin tertekan melihat Papa Zola teruk dibelasah oleh bayang-bayang Ejo Jo sehingga memekik bagai perempuan dibuatnya. Ejo Jo menyeru bayangan dirinya untuk menghabiskan Papa Zola dengan Tendangan Maut dan proses pengeluaran Naga Bayang hampir maksimum. Mujurlah Tok Aba yang serba sengal otot itu masih kuat untuk memperlahankan masa dan mengalihkan Papa Zola dari ditendang Bayangan Diri Ejo Jo dan menggunakan Kelajuan Normal untuk kembali ke masa biasa. Kemudian, dia mengusik-ngusik Bayangan Diri Ejo Jo dengan Kuasa Slow-Mo.

Nagabayangejojo

Naga Bayang Ejo Jo.

Walaupun Bayangan Diri itu tumpas, namun Ejo Jo tetap girang kerana sempat membuka vorteks semula dan mengeluarkan Naga Bayang. Jelas Komputer Ejo Jo, kuasa bayang ini merupakan kuasa teknologi nano yang membolehkan olahan bentuk-bentuk mengikut imaginasi pemakai. Fang mengulas kehebatan Naga Bayang keluaran Ejo Jo itu.

Iwanmalukuasa

Jangan malu untuk 'bersuara'...

Naga Bayang itu menyedut Kokun Bayang untuk menelan mereka yang terkurung di dalamnya. Setelah lama terkial-kial memberkesankan kuasa penukaran molekul tanpa menyebut apa-apa, Iwan akhirnya akur kepada apa yang disuruh oleh kawan-kawannya, tetapi dengan satu kejutan iaitu melontarkan suara garau yang luar biasa! BoBoiBoy dan Gopal mengekek terdengarnya, terbuat Iwan kecil hati dan terhenti. Yaya dan Ying geram dan menghukum mereka dengan pukulan bertubi-tubi.

Bebasdarikokunbayang

Bebas!

Kemudian, Gopal meminta Iwan meneruskan apa yang hendak dilakukannya, sementara Kokun Bayang sudah menghampiri mulut Naga Bayang. Kali ini, Iwan tanpa rasa malu melontarkan suara istimewanya dan menggunakan Kuasa Tukaran Molekul untuk menukarkannya. Oleh itu, BoBoiBoy segera menggunakan Kuasa Tiga lalu memecahkan kokun itu dan melepaskan diri bersama rakan-rakannya.

Tarikantanah

Pegang kuat-kuat!

Ejo Jo terkejut dan marah melihat musuh-musuhnya terlepas lalu menyuruh Naga Bayang untuk menyedut mereka semua dengan lebih kuat. BoBoiBoy Gempa bertindak balas dengan menjelmakan Tarikan Tanah, iaitu cerancangan tanah untuk kawan-kawannya berpaut. Akan tetapi, Mukalakus tidak sempat berbuat demikian dan hampir berjaya disedut oleh Naga Bayang. Mujurlah Adu Du sempat menghidupkan Kuasa Maksimum dan memecut jauh dari Naga Bayang hingga terlanggar besi-besi yang karat.

Mangsasedutannaga

Sedutan hidup mati.

Ribut angin Naga Bayang begitu kuat sehingga ada di antara mereka yang tidak larat untuk berpaut pada Tarikan Tanah lalu terlepas. BoBoiBoy Taufan cuba mengawal keadaan dengan melepaskan Pusaran Taufan, tetapi tidak cukup kuat untuk mengatasi sedutan Naga Bayang. Sambil berpaut-paut pada Tarikan Tanah, Yaya, Ying dan Gopal meminta Papa Zola, Tok Aba dan Iwan untuk memulangkan jam kuasa mereka.

Keadaan bertambah buruk apabila beberapa orang pelajar terlepas dari pautan lalu disedut terus ke udara. BoBoiBoy Halilintar segera bertindak, tetapi hanya sempat menyelamatkan beberapa daripada mereka. Yaya turut menolong dengan Kuasa Pemberat Graviti untuk memberatkan kawan-kawan sekelas yang tinggal lalu pergi menyelamatkan mereka dengan selamat.

Yingperlahankanmasa

Sedutan maut 'dibekukan'.

Ejo Jo seronok melihat musuh-musuhnya sengsara dalam badai angin sambil menyuruh Naga Bayang untuk menggandakan kekuatan, membuat mereka semua yang masih berpaut itu melayang sekali. Belum sempat mana-mana daripada mereka mencapai mulut naga, Ying menggunakan Perlahankan Masa dan memecut ke langit untuk menyelamatkan mereka semua. Setelah itu, Ying menyuruh Gopal untuk menukarkan naga itu.

Gopal melontarkan Tembakan Molekul ke arah naga itu, tetapi ditepis oleh tindak balas Ejo Jo yang pantas. Kuasa sedutan Naga Bayang digandakan lagi, membuat semua rakan sekelas BoBoiBoy disedut semula ke arah mulutnya sambil menjadikan wira berbelah tiga itu berbelah bahagi yang mana harus diselamatkan.

Setelah keadaan menjadi darurat, BoBoiBoy Gempa dengan pantas menjelmakan Golem Naga Tanah dan menghalang perbuatan Naga Bayang lalu menghentikan angin sedutan, sementara BoBoiBoy Halilintar dan Yaya menyambut kawan-kawan mereka yang jatuh dari langit.

Sementara kedua-dua naga bertarung dengan sengit, lantas Fang menyuruh BoBoiBoy untuk menyerang Ejo Jo. Maka BoBoiBoy Gempa menyeru naganya untuk pergi ke arah Ejo Jo. Akan tetapi, Golem Naga Tanah ditepis oleh Naga Bayang. BoBoiBoy bertiga bersama-sama cuba menyerang Ejo Jo, tetapi dihalang sekali lagi oleh Naga Bayang. Mukalakus sempat mengganggu Naga Bayang lalu mereka bertiga bersama-sama melakukan Serangan Kombo untuk mengalahkan Ejo Jo, sekaligus mematikan kuasa Naga Bayang.

Ejojokalah

Ejo Jo tumpas akhirnya...

Kemenangan jatuh di pihak yang benar dan langit gelap kembali terang. Fang yang menyaksikan seluruh pertarungan itu tidak sangka bahawa BoBoiBoy dapat mengalahkan Naga Bayang. BoBoiBoy bercantum semula dan menerima pujian daripada kawan-kawannya. Adu Du mendaratkan Mukalakus di hadapan Ejo Jo dan mengugutnya sekali lagi, tetapi kali ini Ejo Jo sempat mengarahkan komputernya untuk menaikkannya ke dalam kapal angkasa.

BoBoiBoy cuba memujuk Adu Du, namun Adu Du dengan geramnya berkeras hendak menghapuskan lawan ketatnya dan masih ingin berdendam. Ejo Jo menyuruh komputer untuk menggunakan kelajuan penuh dan membawanya ke markas semula. Maka musuh itu sempat melepaskan diri dalam sekelip mata sebelum Adu Du melepaskan Tembakan Laser Pemusnah ke arah kapal angkasanya dan kemudian memanggilnya penakut. Adu Du berpaling sebentar ke arah kumpulan manusia di tanah yang baru sahaja berjuang habis-habisan bersamanya, kemudian memecut pergi.

Maka adalah disimpulkan bahawa Adu Du masih marah atas apa yang telah dilakukan oleh Ejo Jo terhadap Probe. Tok Aba lega kerana suasana kembali normal, sementara Papa Zola memuji dirinya kerana di pihak yang menang. Fang turut tampil ke arah BoBoiBoy untuk memujinya, tetapi ini mencetuskan satu lagi pertengkaran tentang yang mana antara mereka lebih hebat tetapi tidaklah serius. Ia membuat rakan-rakan sekelas BoBoiBoy, datuknya, dan cikgu Papa menertawakan mereka.

Watak[]

Trivia[]

  • Dalam episod ini, BoBoiBoy Gempa telah menyeru versi naga dari Golem Tanah, iaitu Golem Naga Tanah.
  • Ini menandakan kemunculan ketiga Naga Bayang, tetapi kemunculan kedua dalam bentuk gergasi.
  • Tok Aba, Papa Zola dan Iwan menjadi pengguna kedua yang menggunakan jam kuasa Ying, Yaya dan Gopal.
  • Episod ini telah memperdengarkan suara sebenar Iwan.
  • Ini kali kedua Papa Zola jerit dengan suara perempuan. Yang pertama ialah Musim 2, Episod 12 dan ketiga ialah BoBoiBoy: The Movie.
  • Ia didedahkan bahawa Papa Zola suka warna merah jambu.
  • Ini merupakan satu-satunya episod siri BoBoiBoy dimana Probe tidak muncul.

Galeri[]

Video[]

Advertisement