BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 2) merupakan episod kedua puluh dua dalam musim ketiga siri BoBoiBoy yang disiarkan di TV3 pada 19 Disember 2015. Ini merupakan episod kedua yang mempunyai trilogi Jagalah Bumi.

Plot[]

Tumbukan padu lawan perisai

Yaya menumbuk Raksasa Perisai ketika dia cuba menyerang.

Bersambung dari episod sebelumnya, Raksasa Perisai terus menyerang BoBoiBoy dan kawan-kawannya, tetapi Yaya terus menyerang Raksasa Perisai dengan Tumbukan Padu. Tumbukan Yaya itu amatlah hebat. Makcik Kantin bernasib baik kerana rumahnya tidak runtuh akibat serangan Yaya. Yaya menyangkakan yang serangannya berhasil, tetapi tidak dan sebaliknya Raksasa Perisai mentertawakan Yaya. Raksasa Perisai sengaja menyindir dengan menanya nyamuk yang menggigitnya lalu terus menyerang Yaya dengan penyepitnya.

Pengapit untuk Yaya dan Ying

Yaya dan Ying terperangkap dalam penyepit.

Ying sempat menyelamatkan Yaya daripada diserang Raksasa Perisai. Yaya dan Ying segera melakukan Serangan Kombo Y&Y. Ying menggunakan teknik Pusingan Laju-laju diikuti dengan Yaya yang menggunakan serangan 'Tumbukan Super Sonic' dan Ying menggunakan 'Tendangan Seribu Laju'. Tetapi Raksasa Perisai bersedia dan terus menepis Ying ke tepi. Raksasa Perisai terus menyerang balas dengan Serangan Penyepit Kepit dan kemudiannya menyepit Yaya dan Ying.

Perisai kena letrik

Raksasa Perisai mempertahankan perisainya.

BoBoiBoy berasa marah atas tindakan yang dilakukan Raksasa Perisai, lantas menyerangnya dengan menggabungkan serangan Keris Petir dan Pusaran Angin Kencang tetapi Raksasa Perisai berjaya mematahkannya. Kini giliran Fang pula untuk menyerang dengan dia menjelmakan Harimau Bayang dan terus menyerang. Tetapi Harimau Bayangnya hanya mencakar perisai Raksasa Perisai dan dia seolah-olah memerli Fang dengan mengatakan yang Harimau Bayang itu comel. Kemudiannya, Ying memanggil Gopal untuk meminta tolong.

Walaupun dalam ketakutan, Gopal memberanikan juga dirinya untuk pergi ke mereka. BoBoiBoy menyerang dengan serangan Keris Petir secara bertalu-talu tetapi tiada kesan langsung. Dengan nada yang sinis, Raksasa Perisai memerli BoBoiBoy dengan mengatakan yang di luar sana seperti hujan akan turun. Fang mancabar Raksasa Perisai supaya dia keluar daripada perisainya jika dia berani untuk melakukan demikian. Perisai berkata yang perisainya itu sudah seperti "rumah"nya sendiri. Raksasa Perisai pula mencabar mereka supaya mereka yang datang ke perisainya.

Raksasa Perisai terus menyerang BoBoiBoy dan Fang dengan Putaran Perisai. Lantas BoBoiBoy menjelmakan Tanah Pelindung dan Fang pula menggunakan Lompatan Bayang. Tetapi belum sempat bayang muncul, serangan Raksasa Perisai mengenai BoBoiBoy dan Fang. Sementara itu, Gopal cuba untuk membuka penyepit, malangnya penyepit itu amatlah keras. Yaya menyuruh Gopal untuk menggunakan kuasanya. Kemudian, dia melakukan Tukaran Pau Kacang untuk menukarkannya. Lantas Yaya dan Ying terus keluar dari pau kacang itu. Setelah itu, Gopal telah mendapat satu idea yang bernas.

BoBoiBoy kena tersepit 30 tan

BoBoiBoy disepit 30 tan...

Raksasa Perisai terus menyepit BoBoiBoy. Kemudian Raksasa Perisai mengatakan yang BoBoiBoy tidak sekuat seperti yang dikatakan bosnya. Lantas Fang bertanyakan siapakah bos Raksasa Perisai, tetapi raksasa tidak mahu memberitahu dan merahsiakannya. Raksasa Perisai menggunakan serangan Penyepit 30 Tan untuk menyepit BoBoiBoy dengan lebih kuat. Kemudian, Gopal menggunakan Tukaran Roti Perancis untuk menukarkannya. BoBoiBoy memerlinya dengan mengatakan yang roti itu mempunyai rasa yang sedap. Kemudian, Raksasa Perisai dan Gopal mencabar antara satu sama lain. Setelah masing-masing menumpukan perhatian, Raksasa Perisai terus menyerang dengan Tembakan Pepejal yang berganda dan Gopal menyerang dengan Tembakan Keropok Lekor. Raksasa Perisai menyangkakan yang dia telah menang, tetapi tidak. Ianya memberi peluang kepada BoBoiBoy untuk menyerang dengan Tumbukan Tanah, lalu Raksasa Perisai terus terjatuh ke belakang.

Tembakan Keropok Lekor

Perisai besi ditukar ke keropok lekor.

Sementara itu di Markas Kotak, Adu Du dan Probe sedang menyaksikan perlawanan mereka... Probe terkejut kerana Raksasa Perisai dikalahkan dengan begitu mudah sekali. Lantas Adu Du mengatakan yang mereka perlu tolong Raksasa Perisai kerana musuh kepada musuh mereka adalah kawan mereka. Adu Du menyuruh Probe untuk membuka senjata yang dibeli oleh pembantunya pada pagi tadi. Lalu Probe membuka dan memberitahu senjata yang dibelinya, iaitu Pakej Istimewa Pakaian Suit Super Hero Jero-Jero. Adu Du berasa berang dan bertanya kepada Probe mengapa dia beli suit sarkas itu.

Probe kagum apabila mengetahui harga Bom Megaton Eton X500 sangat murah iaitu 300 Ribu dan 30 Sen. Probe ingin membelinya sebanyak 10, tetapi tiba-tiba matanya tertumpu di arah lain dan terus bertanya kepada Bago Go apakah itu. Dia memberitahunya bahawa itu adalah pakaian parti hari jadi anaknya, tetapi tiba-tiba dia terus menafikannya dengan berkata bahawa itu adalah Pakej Suit Superhero Jero-Jero dengan niat menipu Probe. Probe bertanya apakah keistimewaannya, lalu Bago Go menjawab jika Probe pakai, dia pasti akan terus menjadi hebat seperti superhero.

Pakaian Parti Kanak-Kanak

Pakaian Parti Kanak-Kanak di label Sut Superhero Jero-Jero.

Probe bertanya lagi kepada Bago Go jika dia memakainya, adakah dia boleh mendapat kuasa superhero. Bago Go berpura-pura memeriksa label, yang sebenarnya tertulis "Pakaian Parti Kanak-Kanak". Kemudian Bago Go terus berkata "Tidak syak beyond reasonable doubt". Probe teruja mendengarnya dan menanya kuasa superhero apa. Bago Go segera menjawab kuasa 'confident'. Probe berasa hairan dan menanya adakah itu juga dikira sebagai kuasa. Bago Go mengiyakannya dan berkata bahawa itulah rahsia semua superhero.

Lalu Probe mengingat semula ketika BoBoiBoy berlawan dengannya dan akhirnya Probe faham kenapa BoBoiBoy sentiasa menang dalam perlawanan... Probe ingin membelinya dan dia bertanyakan berapa harganya. Bago Go menjawab bahawa harganya adalah 30 Juta dan 30 Sen selepas diskaun. Probe mengatakan yang ia agak mahal dan berkata sebaiknya dia membeli Bom Megaton Eton X5000. Bago Go menipu Probe dengan mengatakan bahawa bom itu tidak mempunyai diskaun dan tidak dapat menjimat apa-apa.

Anak Bago Go comel

Anak Bago Go menanyakan bapanya tentang baju parti hari jadi.

Tetapi, jika Probe membeli pakaian suit itu, ada 80% diskaun dan dapat menjimat sebanyak 120 Juta dan seringgit dua puluh Sen. Probe bersetuju kerana ianya dapat menjimat berjuta-juta. Tiba-tiba, anak Bago Go datang dan bertanyakan di manakah kostum parti hari jadinya. Bago Go menipu dengan mengatakan bahawa dia tidak membelinya lagi dan memberikan setroli wang kepada anaknya dan menyuruhnya membeli ais krim. Kemudian Probe mengulas bahawa anak Bago Go comel dan terus membeli dua.

Adu Du dan Probe dilihat telah memakai kostum itu dan Probe bertanya Adu Du jika dia berasa yakin, lalu Adu Du menjawab yang dia berasa sedikit. Kemudian, kedengaran bunyi siren yang menunjukkan Raksasa Perisai akan ditangkap BoBoiBoy dan kawan-kawan. Kemudian, Adu Du mengatakan bahawa mereka sudah tidak mempunyai masa dan terus menuju ke tempat kejadian. Kemudian, BoBoiBoy menyuruh Raksasa Perisai supaya balik sahaja ke tempat asalnya. Tambah Ying, perisainya sudah hancur dan dia sudah pun kalah. Kemudian, Raksasa Perisai berkata yang dia hanya memberi peluang kepada BoBoiBoy dan kawan-kawan, kemudian dia masuk ke dalam tong sampah.

Tiba-tiba, semua sampah meletup dan tertarik ke arah Raksasa Perisai dan membentuk sebuah perisai yang baru. Gopal mencuba menggunakan kuasanya, tetapi dia terhenti apabila tidak tahan dengan bau sampah yang sangat busuk. Kemudian, Raksasa Perisai menyerang dengan Tembakan Sampah. Fang segera melindungi diri dan kawan-kawannya dengan Kokun Bayang. BoBoiBoy ingin menggunakan kuasa api, tetapi dihalang oleh Ying dan Yaya atas sebab perisai musuh mereka itu diperbuat daripada sampah-sarap dan bahan kitar semula dan mungkin ada gas metana yang boleh meletup dan juga boleh menyebabkan pembakaran terbuka yang akan menyebabkan pencemaran udara. Apabila BoBoiBoy bercadang menggunakan kuasa air, dia dihalang lagi kerana kuasnya boleh menyebabkan keluarnya air sampah. Fang tidak dapat bertahan dengan lama dan menyuruh mereka menyerang sahaja Raksasa Perisai.

Kemudian, Yaya terus menyerang dengan Tumbukan Padu Bertubi-tubi diikuti dengan Ying yang menggunakan Kelajuan Maksima. Melihat sampah-sampah itu hampir mengenai Gopal, Ying terus menyelamatkan dia dan membawanya ke tempat yang selamat. BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Gempa dan menyerang dengan Tanah Tinggi, Bertubi-tubi. BoBoiBoy menyangkakan bahawa serangannya berkesan tetapi sebaliknya Raksasa Perisai menghancurkan Tanah Tinggi BoBoiBoy dan menggunakan Sedutan Perisai untuk menyedut sampah-sarap yang ada. Melihat keadaan yang darurat, Yaya mencadangkan supaya meminta bantuan orang ramai untuk mengitar semula sampah. Lantas Yaya dan Ying pergi ke kawasan kejiranan untuk mendapatkan bantuan untuk membersihkan Pulau Rintis.

Gopal Hijau

Gopal tidak dapat menahan bau sampah-sarap yang amat busuk dan mula loya.

Gopal turut mengikut mereka kerana tidak tahan bau sampah yang sangat busuk seraya memanggilnya "raksasa sampah", membuatkan Raksasa Perisai berang dan ingin menyerangnya. Tetapi mujur Fang sempat menghalangnya dengan Pengikat Bayang. BoBoiBoy Gempa pula menyeru Golem Tanah. Golem Tanah terus menumbuk perisai Raksasa Perisai sehingga pecah, tetapi dia mencantumkan perisainya semula. Pada masa ini, susah untuk mereka menentukan pemenangnya. Gopal, Yaya dan Ying pergi mengajak penduduk Pulau Rintis untuk membersihkan bandar mereka. Semua penduduk bersetuju dengan cadangan mereka itu. Yaya, Ying dan Gopal mengajar mereka semua cara untuk mengitar semula dengan cara yang betul. Yaya dan Ying menggunakan kuasa mereka untuk mempercepatkan kerja mereka. Tetapi, Gopal menyedari bahawa masih ada banyak lagi sampah, jadi Ying menggunakan kuasanya mempercepatkan kerja semua orang.

Raksasa sampah

Raksasa Perisai selepas membuat perisai terbuat dari sampah.

Berbalik semula kepada pertarungan BoBoiBoy tadi. BoBoiBoy menyerang Raksasa Perisai melalui Golem Tanah. Raksasa Perisai terus menyerang balas dengan Tembakan Pemejal. Golem Tanah menepis semua serangannya. Tiba-tiba, Golem Tanah ditembak oleh Adu Du yang tiba dengan pistol dan suit barunya itu. Probe juga muncul dengan memakai suit barunya. BoBoiBoy mengatakan bahawa kerja superhero adalah menolong orang baik dan bukan orang jahat. Lantas Adu Du mengisytiharkan diri mereka sebagai Superjahat Jero-Jero. Raksasa Perisai berasa gembira melihat Adu Du dan Probe datang untuk menolongnya, lantas Probe bertukar mod menjadi Mega Probe. Fang menyuruh BoBoiBoy berlawan dengan Raksasa Perisai, manakala dia berlawan dengan Adu Du dan Mega Probe. Fang menjelmakan Harimau Bayang dan mengarahkannya menyerang Adu Du dan Probe. Berbalik di kawasan perumahan, Ying sibuk membersihkannya sehinggalah bateri jam kuasanya habis... Dan akhirnya kawasan perumahan itu pun bersih. Gopal bersyukur kerana akhirnya dia dapat bernafas.

Superjahat Jero-Jero

Kemunculan Jero-Jero (Adu Du dan Probe).

Penduduk Pulau Rintis juga berasa bangga kerana kini bandar mereka sungguh cantik dan bersih. Tiba-tiba kedengaran bunyi letupan dari jauh. Lantas mereka bertiga berlari ke arah bunyi itu. Adu Du menembak Fang secara bertalu-talu tetapi Fang mengelak dengan pantas lalu menjelmakan Jari Jemari Bayang dan mengikat tangan Adu Du. Harimau Bayang mencakar Adu Du sehingga dia pengsan dan meninggalkan kesan cakaran. Mega Probe pula menyerang Fang dengan Tembakan Superjahat Jero-Jero dan kena Fang.

Pertarungan antara Raksasa Perisai dengan BoBoiBoy semakin sengit apabila dia menggunakan Serangan Penyepit Pemecah terhadap Golem Tanah dan berjaya menghancurkannya. BoBoiBoy Gempa berasa marah dan dia ingin menjelmakan Tanah Cerakah, tetapi Raksasa Perisai melontar Pengikat Plastik kepada BoBoiBoy dan dia bertukar menjadi biasa semula. Raksasa Perisai mengucapkan terima kasih kepada Adu Du dan Probe dan memuji kehebatan mereka.

Hancorlah perisai tu

Yaya menumbuk perisai sampah.

Belum sempat Mega Probe melancarkan serangannya, mujur Yaya, Ying dan Gopal datang tepat pada waktunya! Dengan pantas, Yaya memberatkan Mega Probe diikuti dengan Ying yang menggunakan Seribu Tendangan Laju lalu dia jatuh ke belakang dan menghempap Adu Du. Raksasa Perisai terus menggunakan Lemparan Perisai dengan melontarkan tayar kepada mereka, lantas Gopal melakukan Tembakan Donut Lobak Merah dan donut itu merempuh BoBoiBoy dan Fang.

Bergayanya semua

Geng BoBoiBoy selepas mengalahkan Raksasa Perisai.

Fang berasa gembira dan terganggu daripada perhatian pertempurannya dengan memakan donut lobak merah yang asal dari sampah itu. BoBoiBoy mencegah Fang daripada berbuat demikian kerana asal donut itu adalah dari sampah namun Fang tidak mengendahkannya. Yaya menggunakan Tumbukan Super Padu ke arah Raksasa Perisai dan tumbukannya berjaya menumpaskan Raksasa Perisai. Raksasa Perisai ingin menydut semua sampah tetapi kawasan di sekitarnya amat bersih dan tiada satu pun sampah. Ianya menyebabkan Raksasa Perisai tidak boleh membentuk perisai yang baru lantas dia terus memanggil Adu Du. Menyedari hakikat mereka, mereka terus melarikan cabut. Kemudian BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar dan menyerang Raksasa Perisai bersama-sama dengan kawan-kawannya dan akhirnya dia berjaya dikalahkan.

Pada waktu malam di luar Markas Kotak, Probe mengeluh kerana mereka gagal lagi. Tetapi Adu Du berkata bahawa mereka tidak gagal, sebaliknya mereka telah berjaya. Sambung Adu Du, dia sudah menjumpai matlamat hidupnya yang baru, iaitu membela orang-orang jahat seluruh dunia. Bermula daripada hari itu, mereka adalah Superjahat Jero-Jero dengan slogan "Kekasih Kejahatan, Kenalan Kenakalan".

Kelajuan MAKSIMA ke Bumi!

Perjalanan Ejo Jo ke Bumi.

Sementara itu di angkasa lepas, Komputer Ejo Jo memberitahu bahawa Raksasa Perisai telah melaporkan kegagalan kepada tuannya. Namun Ejo Jo berkata tidak mengapa kerana dia itu hanyalah permulaan dalam operasi balas dendamnya terhadap BoBoiBoy, lalu mengarahkan Komputer untuk menuju ke Bumi dengan kelajuan maksima.

Watak[]

Trivia[]

  • Episod ini menunjukkan kemunculan fizikal pertama anak Bago Go.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 2)

Video[]

Advertisement