Fandom

BoBoiBoy Wiki

Musim 3, Episod 23

379laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

BoBoiBoy Episod 23 Musim 3
Episod Khas Jagalah Bumi Bahagian 3.png
tarikh
diterbitkan
20 Disember 2015 (TV3)
25 Disember 2015 (YouTube Monsta)
6 Januari 2016 (MNCTV)
durasi
tayangan
23:04
diarahkan
oleh
Yap Ee Jean
Dzubir Mohammed Zakaria
Panduan Episod
Sebelumnya
Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 2)
Seterusnya
Musuh Baru Dan Lama


Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 3) merupakan episod ke-23 dalam musim ke-3 siri BoBoiBoy. Episod ini disiarkan di TV3 pada 20 Disember 2015 dan pada 6 Januari 2016 di MNCTV. Episod ini merupakan episod terakhir yang mempunyai trilogi Jagalah Bumi.

Plot

Di dalam Markas Kotak, Adu Du sedang melihat senaskhah risalah "Jemputan Meraikan Karnival Hari Bumi". Probe bertanya kepada Adu Du mengapa dia asyik mundar-mundir. Adu Du berasa berang dan menyuruh Probe melihat risalah tersebut. Probe kemudian memakai cermin mata dan membaca risalah tersebut, iaitu "Jemputan Meraikan Karnival Hari Bumi", "Penampilan Banduan Istimewa! Raksasa Perisai" dan "Replika 3R Bumi Terbesar".

Adu Du berkata bahawa sedang mempromosikan keamanan dan penjagaan Bumi dan dia juga mahu menayangkan kejayaan mereka mengalahkan Raksasa Perisai. Probe berkata bahawa itu tidak mengapa kerana BoBoiBoy bukan ingin mempromosikan mereka. Tetapi Adu Du memarahi Probe kerana dia masih belum menghayati tanggungjawab dan peranan sebenar sebagai Superjahat Jero-Jero. Sambung Adu Du, jika ada sebarang kegagalan kejahatan, bermakna ianya adalah kegagalan kepada mereka juga. Jika ada sebarang penghinaan kepada kejahatan, ianya bermakna adalah penghinaan kepada mereka juga. Probe terharu apabila mendengar kata-kata tuannya. Adu Du telah berancang untuk menggagalkan Karnival Hari Bumi dan menyelamatkan rakan seperjuangan mereka, si Raksasa Perisai.

Karnival Hari Bumi.png

Karnival Hari Bumi di Sekolah Rendah Pulau Rintis.

Keesokan harinya di padang Sekolah Rendah Pulau Rintis, Yaya dan Ying menyambut orang-orang yang datang ke karnival di sekolah mereka. Kata Yaya, selain daripada maklumat tentang cara menjaga Bumi, masih ada banyak lagi perkara percuma yang boleh didapati dari booth-booth di situ. Tambah Ying pula, di situ ada buku nota kitar semula, cawan kertas, tayar pasu bunga dan beg hari Bumi juga ada dan semuanya diperbuat daripada barangan kitar semula. Uncle Yim yang berada di situ memuji kebagusan barang-barang kitar semula. Pakcik Mat juga berada di situ, mengatakan bahawa banyak faedahnya aktiviti kitar semula.

Yaya mengingatkan kepada para pelawat supaya jangan lupa untuk berkumpul di pentas utama pada pukul 10 pagi untuk menyaksikan pelancaran Sambutan Hari Bumi. Sambung Ying, saksikan juga replika 3R Bumi terbesar yang diperbuat daripada barangan kitar semula. Tambah Yaya lagi, nantikan kemunculan banduan istimewa, iaitu Raksasa Perisai. Lantas Pakcik Kumar berasa takut apabila mendengar nama Raksasa Perisai lalu menanya di manakah BoBoiBoy berada. Tetapi Yaya dan Ying memujuk Pakcik Kumar supaya jangan risau kerana ia sudah tidak berbahaya. Apabila Amar Deep mengatakan banyak hadiah misteri yang boleh dimenangi, perasaan takut Pakcik Kumar tiba-tiba bertukar menjadi ceria dan terus mengajak kawannya yang lain memasuki ke karnival tersebut.

Sementara itu, Fang sedang mempromosikan karnival itu sehinggalah Yaya dan Ying datang kepadanya dan bertanya jika dia terlihat BoBoiBoy dan Gopal. Lantas Fang berkata kepada mereka bahawa dia menyuruh Gopal mengambil risalah yang baru kerana yang tadinya sudah hampir habis, tetapi sampai waktu itu Gopal masih tidak muncul lagi. Kemudian, mereka mencari Gopal di setiap tempat. Rupa-rupanya, Gopal berada di kantin sekolah. Setelah dia makan sebatang ais krim, dia meminta dua batang lagi. Belum sempat dia memakan ais krim itu, tiba-tiba Fang mengikat Gopal dengan kuasa bayangnya. Fang berasa sangat marah kerana Gopal tidak mengambil risalah, sebaliknya mengambil ais krim.

BoBoiBoy muka sedih.png

BoBoiBoy dengan muka sedih.

Gopal mencari alasan dengan mengatakan bahawa dia mengambil ais krim adalah untuk mereka dan menukar salah satu daripada ais krim ditangannya kepada ais krim berperisa donut lobak merah lalu memberikannya kepada Fang. Fang berasa terkejut lalu dia menurunkan Gopal secara tidak sengaja dan mengambil ais krim dari tangan Gopal lalu memakannya. Lantas Ying memerli Fang dengan ayat "dua kali lima". Yaya berasa hairan kerana dia melihat Gopal seorang diri sahaja, lalu bertanya di manakah BoBoiBoy berada. Lalu Gopal menjawab, yang dia membelikan ais krim di kantin sekolah untuk menceriakan BoBoiBoy.

Kelihatan BoBoiBoy sedang berseorangan di dalam kelasnya. Sampai sahaja kawan-kawan BoBoiBoy di luar kelas, Gopal mengatakan bahawa BoBoiBoy monyok dari pagi sehinggalah waktu itu. BoBoiBoy berasa hairan kerana tiba-tiba mereka datang berjumpa dengannya. Kemudian Yaya bertanya kepadanya mengapa dengan dirinya. Lalu Gopal memberikan ais krim kepada BoBoiBoy. Ying meminta BoBoiBoy supaya menceritakan apa yang telah terjadi dan mungkin mereka boleh menolongnya. Belum sempat BoBoiBoy menjawab, Gopal telah menyambung jawapannya, iaitu ibu bapa BoBoiBoy tidak boleh datang kerana mereka sangat sibuk walaupun telah diminta untuk datang.

Yaya menanya kepadanya apakah pekerjaan ibu dan bapanya. BoBoiBoy menjawab bahawa ayahnya bekerja sebagai seorang duta, dan ibunya perlu mengikuti ayahnya. Kemudian Ying mengingatkan BoBoiBoy bahawa Tok Aba dan Ochobot masih ada, tetapi dia memberitahu bahawa Tok Aba dan Ochobot perlu membuka kedai pada hari itu kerana ramai pelanggan semasa hari minggu. Yaya dan Ying kemudian mengajak BoBoiBoy pergi ke booth-booth pameran dan jualan. Ying pula meminta BoBoiBoy cakap sahaja apa yang dia mahukan, pasti dia akan belanja. Sebaik sahaja Gopal mendengar perkataan "belanja", dia mula bersandiwara tentang ayahnya yang tidak dapat datang ke kernival itu.

Yaya dan Ying menjerit kepada Gopal yang mereka baru sahaja melihat ayahnya sebentar tadi. Tiba-tiba, Fang mendapat mesej baru di jam kuasanya. Dia terkejut dan dalam keadaan yang tergesa-gesa, dia menyuruh Gopal mengedarkan risalah-risalah lalu terus berlari untuk pergi ke suatu tempat. BoBoiBoy kemudian tertanya, jika Yaya dan Ying menemaninya, siapa pula yang akan menyambut orang ke karnival. Yaya menjawab bahawa dia sudah menyerahkan tugas itu kepada Iwan.

Di pintu masuk, kelihatan Iwan sedang memegang sebuah mikrofon untuk menyambut orang ramai. Tiba-tiba, ada maskot Bumi memasuki ke dalam karnival tersebut dan ia disambut oleh Papa Zola. Maskot Bumi itu diajak ber-selfie oleh Papa Zola bersama dengannya, tetapi maskot Bumi itu tidak mengendahkannya, bahkan ia menolak Papa Zola sehingga jatuh di atas tanah. Di dalam maskot Bumi itu kelihatan Probe sedang menyuruh Adu Du supaya mereka ramah dan berbuat baik kepada orang lain. Kemudian, maskot Bumi meminta Papa Zola ber-selfie wefie dengannya. Setelah itu, Iwan memerhati maskot Bumi tersebut seperti ada yang mencurigakan. Melihat bentuk maskot Bumi mengingatkan Iwan kepada Adu Du lalu dia terus mengekorinya secara diam-diam.

Sementara itu, BoBoiBoy dan kawan-kawannya sedang bersuka ria bermain permainan membaling barangan kitar semula di sebuah gerai. Kemudian, mereka bermain permainan memukul raksasa mini iaitu Raksasa Perisai di sebuah mesin. Seterusnya, mereka pergi ke pameran lukisan dan melihat-lihat lukisan yang ada. Dan akhir sekali, mereka pergi ke sebuah gerai KPKT yang mempunyai model tempat pembuangan dan pelupusan sampah. Wakil KPKT yang berada di gerai itu menekan satu tombol, lalu sebuah model lori sampah berjalan dan membuang sampah di situ. Gopal berasa kagum kerana ianya kelihatan seperti sebenar, tetapi tiba-tiba bau yang sangat busuk menusuk ke hidung mereka.

Gopal mengujar bahawa itu adalah pencemaran udara, wakil KPKT itu mengatakan bahawa itu bukan setakat pencemaran udara sahaja, malah pencemaran air sekali. Sambungnya, itulah sebabnya mereka perlu mengurangkan pembuangan sampah kerana lagi banyak sampah yang dihasilkan, lagi besar tempat pembuangan sampah yang diperlukan. Kemudian, BoBoiBoy bertanya kepadanya bagaimanakah caranya hendak mengurangkan sampah kerana setiap hari semua orang membuang sampah. Lantas wakil KPKT mengajar mereka caranya, iaitu kita perlu mengasingkan sampah, letakkan sampah seperti saki baki ke dalam tong sampah. Kemudian, letakkan barangan yang boleh dikitar semula di tepi tong sampah. Dan akhirnya mereka bereempat faham.

Sementara itu, orang ramai sedang sibuk mengambil gambar dengan maskot Bumi. Setelah sampai di tempatnya, maskot Bumi mengatakan bahawa sesi bergambar telah tamat. Kemudian, ia pergi ke belakang pentas utama lalu Adu Du membuka maskot Bumi dan mencampakkannya di atas lantai. Adu Du menuju ke sangkar tertutup lalu dia mengakngkat kain yang menutup sangkar itu lalu memberitahu tujuan mereka datang ke situ, iaitu untuk menyelamatkannya. Lantas Adu Du mengarahkan Probe untuk menyediakan pengalih tumpuan dan Probe menuruti perintah tuannya itu.

Pada masa yang sama, BoBoiBoy mengatakan banyak cara untuk menyelamatkan Bumi kepada kawan-kawannya. Tambah Gopal, selama ini mereka mencampurkan semua sampah di rumah mereka dan pasti sukar untuk mengitar semula kerana saki baki makanan telah bercampur dengan barangan yang boleh dikitar semula. Yaya menjelaskan dengan aktiviti kitar semula penggunaan sumber asli dan alam sekitar dapat dikurangkan dan sambung Ying, sebagai contoh dengan mengitar semula surat khabar dan majalah lama, mereka dapat mengurangkan penebangan pokok. Tambah Yaya lagi, mengitar semula bahan plastik dan getah dapat mengurangkan pembakaran yang boleh mengeluarkan gas-gas merbahaya untuk alam sekitar dan kesihatan.

Ying menghabiskan penjelasannya dengan berkata dengan cara itu, barulah dapat mengurangkan kesan rumah hijau. Yaya dan Ying menerangkan sehingga BoBoiBoy dan Gopal lari dari mereka. Rupa-rupanya, tidak jauh dari situ, kelihatan BoBoiBoy dan Gopal sedang menikmati ais krim. Lantas Yaya dan Ying berasa geram dan mula mendekati mereka berdua. Belum sempat mereka mendekatinya, tiba-tiba kedengaran pengumuman yang meminta BoBoiBoy dan kawan-kawannya pergi ke pentas utama. Papa Zola yang menjadi pengerusi majlis tersebut berkata mereka akan melancarkan Karnival Hari Bumi dengan mempersembahkan replika Bumi yang diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula. Para penonton berasa teruja melihat replika Bumi tersebut. Kemudian Pakcik Mat bertanya, adakah replika Bumi itu berat.

Replika 3R Bumi.png

Replika 3R Bumi diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula.

Yaya menjawab, replika itu ringan sahaja kerana ianya diperbuat daripada kertas, plastik, dan tin aluminium. Tetapi tiba-tiba, replika itu bergoyang-goyang dan membuatkan Yaya berasa sedikit terkejut dan hairan. Kemudian, mereka mempersembahkan Raksasa Perisai. Sambil BoBoiBoy dan Gopal menarik sangkar tertutup, para penonton mengejek Raksasa Perisai. Tetapi, apabila mereka menarik kain yang menutupi sangkar tersebut, Raksasa Perisai sudah tiada. Rupanya Raksasa Perisai bersembunyi di dalam maskot Bumi bersama Adu Du dan Probe. Adu Du mengarahkan Probe untuk menembak sokongan replika Bumi, Iwan sedar akan perkara itu dan dia cuba memberitahu sesuatu, tetapi tidak ada seorang pun perasan.

Imbas kembali peristiwa sebelum ini di mana Probe memenuhi replika Bumi tersebut dengan besi dan simen. Kembali ke waktu sebenar, Probe telah bersedia untuk menembak replika Bumi, tetapi tiba-tiba Iwan memanjat ke atas kotak lalu menjerit dengan pembesar suara. Gelombang jeritan Iwan sangat kuat sehingga Adu Du dan yang lain terpelanting. Para penonton terkejut melihat Adu Du, Probe dan Raksasa Perisai berada di situ. BoBoiBoy juga terkejut dan marah kepada Adu Du dan Probe kerana cuba menyelinapkan Raksasa Perisai. Probe bertanya kepada tuannya, apa hendak dibut. Adu Du berkata supaya jangan risau dan mereka akan pergi ke Plan B, lalu mengarahkan Raksasa Perisai menyerang dan belasah BoBoiBoy.

Iwan jerit, terbaik ah.png

Iwan menjerit dengan pembesar suara untuk memberitahu BoBoiBoy.

Malangnya, Raksasa Perisai tidak dapat berbuat demikian kerana kontrak menyerang BoBoiBoy sudah tamat semalam. Adu Du tidak mempunyai pilihan lain, jadi dia pergi ke Plan A semula dengan mengarahkan Probe menembak sokongan replika Bumi. Replika Bumi bergolek jatuh dan bergolek ke arah semua penonton. Lantas BoBoiBoy menyuruh Yaya dan Ying menyelamatkan semua orang. Pada masa yang sama, Probe mencadangkan mereka melarikan diri dengan menaiki kepalanya. Lalu Adu Du dan Raksasa Perisai menaiki kepala Probe, mengucapkan "Selamat Hari Bumi" dan Probe terus terbang.

Gopal berasa geram dan ingin menggunakan kuasanya, tetapi pada masa yang sama replika Bumi itu hampir melenyek Gopal. BoBoiBoy menyuruh Gopal menukarkannya kepada makanan lembut, tetapi sebaliknya menukar replika Bumi tersebut kepada biskut Yaya lalu ia melenyek Gopal dan dia menjadi leper. BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar lalu menggunakan Tetakan Halilintar, tetapi ianya tidak berjaya sebaliknya pedangnya yang patah kerana bebola gergasi itu terlalu keras. Tidak jauh dari situ, Pakcik Kumar sedang berbual dengan Wakil KPKT di booth KPKT, tiba-tiba bebola gergasi melenyek Pakcik Kumar.

Bola biskut Yaya.png

Biskut Yaya dalam sfera bergolek di karnival itu.

Orang ramai cemas melarikan diri mereka daripada bebola gergasi. BoBoiBoy Halilintar bertukar menjadi BoBoiBoy Gempa lalu menggunakan Tanah Pendinding untuk menahannya, tetapi sebaliknya Tanah Pendinding diruntuhkan dengan mudah dan menuju ke BoBoiBoy Gempa. Dia cuba menahan menggunakan tangannya tetapi dia tidak boleh bertahan lama, lantas Yaya datang membantu dengan Kuasa Angkatan Graviti dan mengangkat bebola gergasi ke atas udara dan menggunakan Tumbukan Padu lalu bebola gergasi itu hancur di udara. Setalah Yaya turun ke atas lantai, semua penduduk bertepuk tangan sambil mengucapkan terima kasih kepadanya. Tiba-tiba, seorang penduduk perasan yang serpihan biskut Yaya sedang menghujaninya dan penduduk yang lain lalu dia menyuruh semua orang melarikan diri. Yaya berasa kecewa atas sikap penduduk-penduduk itu. "Terbaik...", ujar BoBoiBoy.

Selepas keadaan huru-hara itu tamat, Pakcik Mat mengatakan yang dia berasa lega kerana BoBoiBoy dan kawan-kawan menolong menghentikan bebola gergasi. Tetapi BoBoiBoy mengingatkan mereka yang Raksasa Perisai dapat melarikan diri. Ying mengatakan itu tidak mengapa, yang penting mereka semua selamat, tetapi Encik Kumar dan Gopal tidak setuju kerana walaupun mereka selamat tetapi mereka sakit. Tiba-tiba, kedengaran suara sesorang memanggil BoBoiBoy. Rupa-rupanya, Tok Aba dan Ochobot datang. BoBoiBoy terkejut apabila melihat datuknya datang, Tok Aba menjelaskan dia datang adalah untuk melihat hasil kerja cucunya dan orang lain dan tertanya-tanya apa yang telah berlaku.

Tiba-tiba BoBoiBoy memeluk dan mengucapkan terima kasih kepada datuknya kerana datang. Tok Aba kemudian memberikan poskad kepada cucunya itu. Gopal bertanya apakah itu. Ochobot menjawab, itu adalah poskad daripada ibu dan ayah BoBoiBoy. BoBoiBoy pula bertanya, poskad itu dari mana. Tetapi Tok Aba berkata yang dia sendiri pun tidak tahu, lalu mengajak semua orang membersihkan tempat itu. Tiba-tiba Gopal tertanya-tanya di manakah Fang dari tadi, lalu berkata "Hmm, jagalah dia nanti!".

Di Markas Kotak pula, Raksasa Perisai mengucapkan terima kasih kepada Adu Du dan Probe kerana membelikan pod angkasa. Adu Du bertanyakan, apakah gunanya jika penjahat tidak menolong penjahat yang lain. Tetapi Probe seperti tidak puas hati kerana tadinya Raksasa Perisai tidak membantunya, lantas Adu Du mengatakan dengan tegasnya sebagai Superjahat Jero-Jero, mereka tidak boleh berkira dengan penjahat yang lain dan ianya adalah tanggungjawab mereka untuk menolong penjahat lain. Lalu Raksasa Perisai memuji kebaikan penjahat di Bumi, dan ingin masuk report.
Raksasa perisai bagitau bos dia.png

Raksasa Perisai memberitahu nama bosnya kepada Adu Du dan Probe.

Adu Du dan Probe berasa hairan apabila mendengar perkataan "report". Raksasa Perisai datang ke Bumi dengan tujuan mengumpulkan data kekuatan dan perkembangan BoBoiBoy. Kini, misinya sudah berjaya dan berharap bosnya akan memberikan bonus lebih kepadanya. Adu Du yang asyik tertanya-tanya dari tadi, bertanya siapakah identiti bosnya.
Adu Du dan Probe dah tahu boss Raksasa Perisai.png

Adu Du & Probe: "Ejo Jo?!"

Tetapi Raksasa Perisai masih merahsiakannya, lalu Probe mengatakan yang mereka telah menolongnya. Akhirnya, dia memberikan jawapannya; bosnya ialah Ejo Jo. Adu Du dan Probe terkejut besar apabila mendengar nama Ejo Jo, Raksasa Perisai meminta diri dan terus terbang ke angkasa lepas. Adu Du dan Probe mendapat tahu yang Ejo Jo akan datang ke Bumi.
Fang berkomplot ke.png

Fang menghubungi seseorang.

Malam itu di rumah latihan, kelihatan sebuah hologram kapal angkasa Ejo Jo. Fang yang berada di situ sedang menghubungi seseorang dan tiba-tiba dia berkata "Baik, mesej diterima... Saya akan bersiap sedia...".

Video

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak