BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Musuh Baru Dan Lama merupakan episod kedua puluh empat dalam musim ketiga siri BoBoiBoy yang dimuat naik ke YouTube dalam saluran Monsta pada 9 April 2016 (Bahagian 1) dan 16 April 2016 (Bahagian 2). Episod ini turut disiarkan di TV3 pada 28 Mei 2016 dan di MNCTV pada 31 Mei 2016 bagi mempromosikan 3 Episod Terakhir BoBoiBoy.

Plot[]

Bahagian 1[]

Bersambung daripada episod sebelumnya, Fang sedang berada di sebuah bilik dalam Rumah Berhantu itu dan melihat pancaran hologram yang memancarkan imej Ejo Jo dengan sut barunya dan kapal angkasanya. Kemudian, Fang berkata "Maafkan aku BoBoiBoy..." lalu meninggalkan rumah tersebut.

Keesokan harinya di warung Tok Aba, BoBoiBoy asyik tersengih dan tersenyum melihat poskad yang dihantar oleh ibu dan bapanya. Tok Aba yang perasan tentang perkara itu mengusiknya. Ochobot mengasihani melihat BoBoiBoy kerana jauh dari ibu dan bapanya. Tetapi BoBoiBoy tetap bersyukur kerana tinggal di Pulau Rintis juga menyeronokkan dia kerana ada Tok Aba dan Ochobot serta kawan-kawannya. Beberapa minit kemudian, BoBoiBoy menerima mesej kecemasan di Jam Kuasa beserta dengan lokasi untuk berjumpa. Setelah meminta izin daripada datuknya untuk pergi ke lokasi yang ditunjukkan, BoBoiBoy menuju ke lokasi tersebut dengan segera.

Di lokasi tersebut, kelihatan Gopal, Yaya dan Ying datang dengan lebih awal. Gopal menanya kepada kawan baiknya mengapa dia memanggil mereka untuk berjumpa di situ. Namun, BoBoiBoy mengatakan bukan dia yang memanggil kawan-kawannya dan Gopal juga membalasnya bukan dia yang menyuruh mereka menunggu di situ. Dalam keadaan yang membingungkan, Gopal meneka mungkin Fang yang menghantarnya kerana dia seorang sahaja yang tiada di situ.

FB IMG 1460212234312

Ejo Jo sedang menuju ke Bumi!

Sesaat selepas Gopal bercakap, tiba-tiba Adu Du dan Probe datang dengan menaiki motosikal mereka dan rupanya mereka yang menghantar mesej tersebut. Ying menyangka mereka ada niat jahat, tetapi sebaliknya mereka datang bukan untuk berlawan, tetapi untuk memberi amaran kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya. BoBoiBoy menanyakan amaran apa dan dengan nada yang kuat, Adu Du menjawab yang Ejo Jo sedang menuju ke Bumi. Lalu, BoBoiBoy, Gopal, Yaya dan Ying terkejut mendengar amaran tersebut, diikuti dengan Probe yang menangis teresak-esak sambil mengenangkan memori pahitnya yang lalu di mana selepas Robot PETAI memusnahkannya.

Adu Du berkata bahawa walaupun mereka musuh, tetapi mereka harus bekerjasama kerana dia tidak mahu perkara yang sama terjadi pada Probe yang membuatkan Probe terharu atas kepihatinan bosnya itu. Namun, agak sukar bagi Gopal mempercayainya dan menanya dari mana mereka tahu semua itu. Probe menjawab bahawa Raksasa Perisai yang memberitahu mereka tentang perkara itu dan dia juga merupakan konco Ejo Jo. BoBoiBoy dan kawan-kawan terkejut, lalu Adu Du berkata bahawa mereka telah menerima data sulit perisikan Jero-Jero. Tetapi Ying tetap tidak mempercayainya kerana telah masak dengan sikap Adu Du yang penuh dengan tipu daya.

Kata-kata itu membuatkan Adu Du naik angin kerana mereka tak percaya lalu menyuruh Probe untuk membuktikan dengan maklumat perisikan Jero-Jero. Probe mengeluarkan sebuah tablet dan mengatakan mereka mendapat maklumat dari akaun Spacebook Bago Go. Ia mengakibatkan BoBoiBoy dan kawan-kawannya agak kecewa kerana alien juga bersosial media tetapi tetap meneliti maklumat-maklumat itu sambil membaca komen sehingga satu gambar yang menunjukkan gambar mereka semua dari atas langit, yang menunjukkan ketibaan Ejo Jo di Bumi.

FB IMG 1460343819956

Suit Armour Mecha Blaster And Laser aka SAMBAL!

BoBoiBoy dan kawan-kawannya mula bersedia untuk berlawan. Probe bertukar menjadi Mega Probe. Pintu kapal angkasa terbuka dan memperlihatkan Ejo Jo berdiri megah di atas kapal angkasanya dengan rupa yang berbeza. Ejo Jo terjun ke bawah sambil diikuti oleh kelompok kepingan logam yang bercantum dengan Ejo Jo lalu membentuk sebuah perisai tempur. Ejo Jo menggelarkannya sebagai "Suit Armour Mecha Blaster And Laser" yang juga dikenali sebagai "SAMBAL". Nama perisai tersebut membuatkan wira-wira di situ tergelak, yang menghairan Ejo Jo. Probe mengejeknya dengan berkata robot nama PETAI manakala perisai nama SAMBAL dan menggabungkannya menjadi 'sambal petai'.

BERSEDIALAH UNTUK DIHANCUR!!!!

Ejo Jo membuka langkah untuk menyerang.

Ejo Jo berasa berang lalu menunjukkan kuasa perisai tersebut dengan menembak sebuah bukit dan ianya memusnahkannya. BoBoiBoy dan kawan-kawannya sedikit terkejut, tetapi Probe berkata yang dia hanya seorang sahaja jika ingin dibandingkan dengan mereka yang ramai. Akan tetapi, Ejo Jo tergelak sambil memanggil lima Robot PETAI dari kapal angkasanya sebagai askar tambahan dan kemudian bersedia untuk menyerang mereka. Namun, belum sempat itu, sebuah objek yang menyerupai seperti sebuah kapal angkasa muncul di langit.

FB IMG 1460195038513

Siapakah pemuda misteri ini?

Tiba-tiba seorang lelaki misteri muncul dari kapal tersebut. Perkara itu jelas membingungkan BoBoiBoy dan Ejo Jo yang juga terkejut dengan ketibaannya. Belum sempat Ejo Jo berbuat apa-apa, lelaki itu menghunus pedang cahayanya ke arah Ejo Jo sebelum menumbuknya. Tumbukannya yang padu mengakibatkan Ejo Jo pengsan dan sut perisainya turut hancur.

FB IMG 1460195032194

Lapar!

Tanpa arahan, kelima-lima PETAI bertindak menyerang lelaki itu dengan serangan laser secara serentak. Muncul pula seekor raksasa ungu dan menelan semua serangan laser Robot PETAI lalu menyerang semula dan menyebabkan semua Robot PETAI dengan kapal angkasa Ejo Jo musnah. Lalu raksasa itu memasukkan Ejo Jo ke dalam kapal angkasanya. Gopal menyangkakan yang lelaki dan raksasa itu ingin menolong mereka sambil melafazkan rasa lega, tetapi Adu Du tidak merasakan perkara yang sama. Ying yang terlihat kelibat Fang hairan dengan tingkah lakunya, dan memeranjatkan wira-wira.

Bahagian 2[]

Fang menuju ke arah Kapten Kaizo dan pada masa yang sama dia ditegur oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang aneh, namun Fang tidak mengendahkan mereka. Fang memberi tanda hormat kepada Kapten Kaizo, seolah-olah dia mengenalinya. Adu Du yang sedang meneropong Kapten Kaizo terkejut setelah melihat lambang di lengan baju lelaki itu dan mengenalinya sebagai Kapten Kaizo, iaitu Pemberontak Legenda. Kapten Kaizo turun dari bukit dan menuju ke arah BoBoiBoy, Gopal, Yaya, Ying, Adu Du dan Probe bersama-sama dengan Lahap dan Fang. Saat itu, Adu Du berasa amat takut dan terus meninggalkan mereka. Kapten Kaizo membuka topengnya dan mendedahkan rupa sebenarnya yang sama seperti rupa manusia. Kapten Kaizo memandang ke arah BoBoiBoy lalu menanyakan kepada Fang tentang budak yang dikatakannya dan Fang menunjuk ke arah BoBoiBoy.

0324 lahap lapar

Lahap mula bersuara.

Kapten Kaizo bersua muka dengan BoBoiBoy sambil memperkenalkan Leftenan Lahap. Seterusnya, BoBoiBoy menanyakan apakah yang dia mahukan lalu dijawab oleh Lahap iaitu menginginkan semua Jam Kuasa mereka dan juga Sfera Kuasa. Namun, BoBoiBoy dan kawan-kawannya membantah dan enggan menyerahkan kuasa dan sfera kuasa mereka. Tiba-tiba Fang berkata yang Kapten Kaizo memerlukannya untuk misi yang penting. BoBoiBoy menanya misi apa dan mengapa dia menolong mereka, walhal dia adalah kawan mereka. Kemudian, Kapten Kaizo mengatakan bahawa Fang bukannya kawan mereka sebaliknya adalah perisik pasukannya dan mereka telahpun tertipu. BoBoiBoy bertanya kepada Fang jika apa yang dikatakan oleh Kapten Kaizo itu adalah benar. Namun sebelum sempat Fang menjawabnya, Fang disuruh oleh Kpaten Kaizo untuk memberitahu nama sebenarnya: Prebet Pang.

Kapten Kaizo menambah lagi hujahnya dengan mengatakan bahawa Fang bukan seorang manusia tetapi merupakan mahluk asing sama seperti Kapten Kaizo. Fang menyuruh BoBoiBoy memberikan kuasanya cepat dan Kapten Kaizo menyambungnya, jika tidak Prebet Pang akan menghadapi diri dan hapuskan dia. Tetapi Fang mengatakan bahawa itu bukan seperti perjanjian mereka. Lantas Kapten Kaizo menyuruh Fang membuktikan yang dia masih setia terhadapnya dan dalam keadaan yang terpaksa, Fang membuka langkah untuk serangan pertama iaitu menjelmakan Tusukan Bayang dan ianya mengenai BoBoiBoy lalu dia jatuh. Yaya dan Ying mendapatkan BoBoiBoy, lalu bertanya adakah dia okey dan menyuruh Fang menghentikannya. Tetapi Kapten Kaizo mengatakan, Fang hanya akan mendengar semua arahannya, lalu Gopal menyuruh BoBoiBoy menyerang Kapten Kaizo.

Maafkan aku, BoBoiBoy...

Fang meminta maaf kepada BoBoiBoy sebelum melemparnya.

Lantas BoBoiBoy bangun dan bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar lalu cuba menyerang Kapten Kaizo dengan Tetakan Halilintar, namun sempat dihalang oleh Fang yang mengeluarkan Pengikat Bayang. BoBoiBoy Hailintar bertanya kepada Fang mengapa dia mempertahankan mereka, Fang meminta maaf kepada BoBoiBoy lalu menolaknya dengan Tolakan Bayang untuk menjatuhkan jarak antara BoBoiBoy dan Kapten Kaizo. Gopal, Yaya, dan Ying cuba membantu BoBoiBoy namun dihalang oleh Kapten Kaizo yang menghasilkan sebuah dinding lut sinar di antara mereka dan bermula kembali pergaduhan di antara BoBoiBoy dan Fang.

Berani kau! Kau ni dah melampau!

Kau ni dah melampau!

BoBoiBoy Halilintar mencabar Fang lalu dia menyeru Harimau Bayang dan terus menghancurkan BoBoiBoy Halilintar, namun dapat dilenyapkan oleh BoBoiBoy Halilintar. Kemudian, Fang menyeru pula Helang Bayang yang menghancurkan BoBoiBoy secara bertubi-tubi di atas udara dan berjaya menjatukan BoBoiBoy Halilintar. Jelas sekali BoBoiBoy Halilintar terasa amat marah dan mengatakan bahawa Fang sudah melampau. Dia tidak mempunyai pilihan lain, lalu bersedia untuk menyerang. Tetapi, Fang mencuba menggunakan jurusan terbarunya iaitu Koala Bayang, lantas ianya membuatkan Gopal, Yaya dan Ying tergelak. Lantas Fang menyuruhnya memeluk BoBoiBoy Halilintar bagi mengalihkan perhatiannya dan Fang menggunakan kesempatan itu untuk menjelmakan Polar Bear Bayang betul-betul di hadapan BoBoiBoy Halilintar dan menghancurkannya dengan Cakaran Polar Bear Bayang, namun dengan segera BoBoiBoy Halilintar bertukar menjadi BoBoiBoy Gempa lalu menjelmakan Tanah Pelindung untuk mengelak daripada serangannya.

Polar Bear Bayang milik Fang mula menganas dan menghancurkan BoBoiBoy Gempa secara bertalu-talu, terdesak untuk mengelak serangan seterusnya, BoBoiBoy Gempa menjelmakan Golem Tanah dan berjaya mengalahkan Polar Bear Bayang milik Fang. Tanpa membuang masa, Golem Tanah cuba menumbuk Fang, namun Fang sempat mengaktifkan topengnya yang mengubah Fang menjadi objek boleh ditembusi. BoBoiBoy terkejut kerana Fang mempunyai kuasa lain, lantas Fang menyatakan bahawa itulah kuasa asalnya iaitu Kuasa Penembus. Gopal sempat membuat lawak dengan mengatakan Fang itu hantu, lantas Fang bertanya semula dengan nada yang geram.

FB IMG 1460823320790

BoBoiBoy Air vs Fang.

Fang menggunakan kuasa asalnya dan menuju ke arah BoBoiBoy Gempa, lantas BoBoiBoy Gempa cuba menghalangnya dengan Tanah Pendinding Berlapis-lapis. Namun, Fang menembusinya dengan mudah. BoBoiBoy Gempa amat geram dengan tindakan Fang, lalu menggunakan Tanah Tinggi Bertubi-tubi. Namun keputusannya tetap sama dan Fang membuka topengnya lalu kuasa bayangnya aktif semula. Dia memenyekkan dan melenyek BoBoiBoy Gempa sampai penyek dengan Tusukan Jari Jemari Bayang, lantas BoBoiBoy Gempa bertukar menjadi BoBoiBoy Air dan menggunakan Tamparan Ombak untuk menghalang serangan Fang dan berjaya menolaknya. BoBoiBoy Air mengatakan bahawa Fang hanya boleh menggunakan satu kuasa pada satu masa, lalu Fang mencabar BoBoiBoy Air jika dia boleh mengelak serangan seterusnya. Lantas BoBoiBoy Air bertukar menjadi BoBoiBoy Api dan menggunakan Gegelung Api dengan Pemanasan Maksima lalu melempar ke arah Fang, namun Fang sempat mengelak serangan tersebut dengan melompat ke atas udara.

FB IMG 1460823400587

BoBoiBoy Api!

BoBoiBoy Api bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar semula lalu menggunakan Gerakan Kilat dan menghunuskan Pedang Halilintar lalu menggunakan Tetakan Halilintar. Fang ingin mengaktifkan Kuasa Penembusnya tetapi tidak sempat dan terkena serangan BoBoiBoy Halilintar. Fang bangkit semula dan meluru ke arah BoBoiBoy Halilintar dengan Pecutan Bayang dan BoBoiBoy Halilintar meluru ke arah Fang dengan Pecutan Halilintar sambil Fang ingin menggunakan Cakaran Harimau Bayang dan BoBoiBoy Halilintar pula ingin menggunakan Tetakan Dua Halilintar untuk menyerang antara satu sama lain. Yaya dan Ying cuba menghentikan mereka namun kedua-duanya tidak mengalah. Sebaik sahaja Yaya memesan kepada mereka dengan menjerit bahawa mereka adalah kawan, serangan mereka terhenti. Namun, objek di belakang mereka berdua hancur. Kapten Kaizo melihat pertarungan sengit itu dengan serius.

Watak[]

Trivia[]

  • Ini merupakan episod pertama bagi trilogi 3 episod terakhir dalam musim ke-3 siri BoBoiBoy.
  • Bahagian 1 telah dimuat naik ke YouTube agak lewat mengikut jadual sebenar disebabkan oleh masalah teknikal.
  • Episod ini telah dipisahkan kepada dua bahagian, iaitu di mana Bahagian 1 dimuat naik ke YouTube pada 9 April 2016 dan Bahagian 2 pula pada 16 April 2016.
    • Monsta kemudian memuat naik episod penuh pada 3 Mei 2016.
  • Media sosial makhluk asing, Spacebook merupakan parodi media sosial kehidupan sebenar manusia, Facebook.
  • Sambal adalah perasa yang biasanya dimakan dengan sayuran petai, sebab itu semua orang gelakkan SAMBAL dan membandingkannya dengan robot PETAI.
  • Terdapat beberapa kesalahan di dalam episod ini. Antaranya adalah pada minit ke-4:40, kelihatan bukit di belakang BoBoiBoy telahpun musnah walhal bukit tersebut dimusnahkan oleh Ejo Jo dalam sut perisainya dengan serangan berlaser pada minit ke-7:53. Selain itu, kelihatan Ejo Jo sedang bersedia memakai sut perisainya. Dalam proses tersebut tatu di bahagian kanan matanya telah hilang pada minit ke-7:04.
    • Kesalahan-kesalahan tersebut telah diperbaiki ketika penayangan di BoBoiBoy Reborn.
  • Episod ini menandakan kemunculan pertama Lahap yang terlihat di akhir.
  • Ini sebenarnya penampilan fizikal kedua Kapten Kaizo sejak dia membuat kemunculan pertamanya dalam Musim 3, Episod 20 sebagai watak yang tidak diketahui.
  • Episod ini telah mendedahkan nama Fang yang sebenar, iaitu "Prebet Pang" dan merupakan spesies alien yang sama dengan Kapten Kaizo.
  • Berikut adalah yang dinyatakan tentang Fang:
    • Nama sebenarnya ialah "Pang".
    • Dia adalah pangkat peribadi dalam pasukan Kaizo, oleh itu pengenalannya "Prebet Pang".
    • Dia dan Kapten Kaizo sebenarnya alien bekerjasama untuk misi penting.
    • Fang mempunyai kuasa penembus (yang terakhir seperti yang dinyatakan dalam sarikata rasmi)
    • Fang boleh hanya menggunakan satu kuasa pada satu masa.
  • Episod ini mendedahkan mengapa orang berfikir bahawa rumah yang Fang tinggal dihantui, ia disebabkan kuasa hantunya.
  • Ini mungkin dijelaskan mengapa Fang mula mengintip ke BoBoiBoy dalam Musim 2, Episod 1: dia mengumpul maklumat untuk misinya.
    • Ini disahkan secara halus dalam episod seterusnya.
  • Senjata pertama Kapten Kaizo kelihatan seperti pedang. Ini telah disahkan dalam episod berikutnya.
  • Musim 3, Episod 24, Bahagian 2 memiliki rekod terpantas video Monsta dengan mendapatkan 1 juta tontonan dalam 3 hari.
    • Rekod ini kemudian tercapai oleh Musim 3, Episod 26 dengan mendapatkan 1 juta tontonan dalam 2 hari.
  • Probe memecahkan dinding keempat dengan memberitahu penonton supaya tidak berkongsi maklumat rahsia dan peribadi dalam media sosial.
  • Koala Bayang merupakan satu-satunya bentuk bayang Fang untuk mempunyai mata berwarna jingga.
  • Apabila Ejo Jo dikalahkan oleh Kapten Kaizo, suara jeritannya sama apabila BoBoiBoy Halilintar mengalahkannya dalam Musim 3, Episod 2.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Musuh Baru Dan Lama

Video[]

Advertisement