BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Antara Kawan Dan Lawan merupakan episod kedua puluh lima dalam musim ketiga siri BoBoiBoy yang dimuat naik ke YouTube dalam saluran Monsta pada 12 Mei 2016 (Bahagian 1) dan 21 Mei 2016 (Bahagian 2). Episod ini turut disiarkan di TV3 pada 4 Jun 2016 dan di MNCTV pada 31 Mei 2016 bagi mempromosikan 3 Episod Terakhir BoBoiBoy.

Plot[]

Bahagian 1[]

Pada suatu ketika di tahun yang lepas, keadaan kelihatan tenang di malam yang sunyi. Tiba-tiba sebuah kapal angkasa muncul di ruang udara lalu memancarkan laser merah yang menurunkan Fang ke bawah bagi memulakan misinya. Kemudian, Fang mengaktifkan topengnya untuk mengesan tenaga dari setiap Jam Kuasa milik BoBoiBoy, Gopal, Yaya dan Ying. Setelah dikesan, Kapten Kaizo muncul pada skrin topengnya lalu memberikan arahan selanjutnya kepada Fang untuk memulakan operasinya untuk mendapatkan setiap Jam Kuasa tersebut. Dia juga menasihatinya agar merahsiakan identiti sebenarnya dan mengingatkannya untuk menggunakan kekerasan jika perlu. Kemudian, kelihatan kapal angkasa kepunyaan Kapten Kaizo telah bersedia untuk berlepas meninggalkan Bumi.

Kapten Kaizo tinggalkan Fang

Kapten Kaizo tinggalkan Fang bersendirian.

Melihat perkara yang berlaku, Fang berasa terkejut dan menyoal kaptennya mengapa tidak menunggunya terlebih dahulu. Kapten Kaizo menyatakan bahawa kemungkinan perisiknya akan mengambil masa yang lama dan dia juga masih belum mengetahui identiti pemilik-pemilik setiap Jam Kuasa tersebut. Kapten Kaizo memesan yang dia akan datang ke Bumi semula suatu masa nanti, kemudian terus berlepas ke angkasa lepas meninggalkan Fang bersendirian yang amat kesal atas tindakan kaptennya. Lalu, Fang cuba pergi ke lokasi Jam Kuasa tersebut. Tetapi, kakinya terhenti apabila mendengar pengumuman daripada stesen keretapi yang mengatakan keretapi yang pergi ke Pulau Rintis akan berlepas sebentar sahaja lagi. Lalu, Fang membuka semula topengnya dan pergi ke stesen keretapi untuk menaiki Yong Pin Aerotrain bagi memulakan operasinya di Pulau Rintis.

Bersambung daripada episod sebelumnya, serangan BoBoiBoy Halilintar dan Fang mengeluarkan kesan yang memperlihatkan objek di belakang masing-masing telahpun musnah. Kemudian, BoBoiBoy Halilintar bertukar menjadi biasa semula lalu mengatakan kepada Kapten Kaizo yang sedang khusyuk melihat mereka bertarung, bahawa mereka tidak akan bermusuhan kerana mereka adalah kawan. Kata-kata BoBoiBoy itu mendatangkan perasaan marah kepada Kapten Kaizo. Fang mula mengingkari arahan kaptennya atas alasan tentang faktor persabahatan. Lahap berasa geram melihat sikap Fang ingkar sehingga bersedia untuk menyerangnya. Tetapi, dia dihalang oleh Kapten Kaizo. Kapten Kaizo mengambil beberapa langkah dengan menuju ke arah Fang dan BoBoiBoy dengan tenang serta bersedia untuk bertarung.

Melihat Kapten Kaizo, Fang mula takut dan cemas untuk berdepan dengannya, tetapi BoBoiBoy membela Fang dan berikrar untuk mempertahankannya. Namun, sebelum sempat BoBoiBoy menghabiskan kata-katanya, Kapten Kaizo telahpun bertindak dengan teleportasi ke atas langit dan mengaktifkan topengnya lalu menyerang mereka dari langit dengan Tumbukan Tenaga. Fang cuba mempertahankan dirinya dan BoBoiBoy dengan Pelindung Bayang. Walaupun dia sempat menghalangnya, Kapten Kaizo membiarkan tangannya seketika dan menyebabkan satu letupan. Akibat daripada letupan itu, BoBoiBoy dan Fang terlontar ke belakang.

Seterusnya, Kapten Kaizo meluru ke arah Fang dengan pantas. Fang yang menyedari perkara tersebut segera bangkit dan menjelmakan Jari Jemari Bayang yang mengeluarkan tali-tali bayang, namun gagal apabila Kapten Kaizo mengatasi dengan pedangnya dengan mudah. Kemudian, Kapten Kaizo menggari Fang dengan Gari Tenaga untuk menghukumnya. Dari jauh, BoBoiBoy menjerit nama Fang.

Pang pembelot Kaizo

Kapten Kaizo begitu marah terhadap Fang kerana mengingkarinya.

Kapten Kaizo berjalan menuju ke arah Fang dan ingin menghukumnya atas keingkarannya yang telah lupa siapa kaptennya dan siapa yang menjaganya selama ini. Kapten Kaizo mengambil pedangnya untuk menghukum Fang, lantas BoBoiBoy dengan segera berlari ke arahnya dan bertukar menjadi BoBoiBoy Gempa lalu menyeru Golem Tanah dan menyerangnya dengan Tumbukan Giga. Akan tetapi, serangan tersebut sedikitpun tidak mencederakan Kapten Kaizo, kemudian dia menggunakan Tendangan Tenaga yang dapat menghancurkan Golem Tanah dengan mudah sekali.

Serpihan golem terkena BoBoiBoy Gempa lalu terjatuh ke belakang. Kemudian, Kapten Kaizo mencipta Dinding Tenaga. Fang cuba memesan BoBoiBoy untuk berhenti daripada bertarung dengan Kapten Kaizo kerana dia bukan lawan yang sesuai kepada dia. Lahap turut mengatakan bahawa Kapten Kaizo adalah antara alien paling bahaya di seluruh angkasa dan boleh dilihat berdasarkan Dinding Tenaganya yang amat kukuh. Kapten Kaizo menoleh ke arah Fang dan menyeksa dia dengan kuasanya. BoBoiBoy bangkit dan menjadi biasa semula sambil berkata rakannya bernama Fang maka menaikkan darah Kapten Kaizo. Akhirnya, BoBoiBoy mengumpulkan tiga kuasa elemen dalam jamnya lalu berpecah kepada BoBoiBoy Tanah, BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Air.

Kuasa Tiga Air Api Tanah

Kemunculan BoBoiBoy Tanah, Api dan Air!

Kemunculan mereka membuatkan Gopal dan Yaya berasa teruja tetapi ia tidak menaikkan harapan Ying kerana BoBoiBoy hanya berpecah dengan kuasanya pada peringkat pertama. BoBoiBoy Tanah bersedia untuk menghancurkan Dinding Tenaga dan bersedia untuk berlawan. Pada masa yang sama, BoBoiBoy Api teruja kerana dapat berjumpa dengan BoBoiBoy Air pada akhirnya. BoBoiBoy Tanah segera mengarahkan mereka untuk menyerang Kapten Kaizo dan BoBoiBoy Api menyuruh BoBoiBoy Air untuk menunjukkan kuasanya. Lalu BoBoiBoy Air, Api dan Tanah masing-masing menggunakan Tembakan Air, Bebola Api Bertubi-tubi dan Tanah Tinggi Bertubi-tubi secara serentak.

BoBoiBoy Tanah, Api dan Air diserang

Kaizo menolak BoBoiBoy dengan tenaganya.

Kapten Kaizo tergelak dan seakan-akan berlagak seraya berkata tiada apa-apa yang boleh menembusi dindingnya, tetapi BoBoiBoy Air tidak berputus asa dan mencipta Bebola Paus Air bagi menyerang Kapten Kaizo dari atas udara. BoBoiBoy Api yang kagum melihat teknik tersebut memuji kehebatannya lalu mengajaknya untuk mengkombokan serangan lalu menjelmakan Bebola Api Maksima lalu melontarkannya ke arah Kapten Kaizo bersama dengan Bebola Paus Air. Akan tetapi, serangan tersebut gagal kerana gerakan kombo tersebut tersejat sebelum sempat terkena Dinding Tenaga. Kegagalan serangan tersebut mengakibatkan BoBoiBoy Air dan BoBoiBoy Api mula bertengkar. Kapten Kaizo mula berasa meluat dengan perangai mereka yang telah membuang masanya lalu menolak mereka dengan Tolakan Tenaga yang menyebabkan mereka terjatuh lalu bercantum semula.

BoBoiBoy lawan pedang dengan Kaizo

BoBoiBoy Halilintar berlawan pedang dengan Kapten Kaizo.

Kapten Kaizo menuju ke arah BoBoiBoy sambil menghinanya kerana kuasa tersebut menjadi sia-sia kerana jatuh ke tangan 'budak mentah' seperti dia. Hal itu menyebabkan BoBoiBoy berasa marah lalu bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar dan menyerangnya dengan Tetakan Halilintar. BoBoiBoy Halilintar cuba menyerang Kapten Kaizo dengan pedangnya, namun gagal kerana ketangkasannya dalam mengelak serangan. Kapten Kaizo terasa dicabar untuk berlawan pedang lalu dia menerima cabarannya dan mengaktifkan Pedang Tenaga, yang telah menyebabkan Dinding Tenaga dan Cengkaman Tenaga terpadam lalu Fang terjatuh ke atas tanah dan menyuruh BoBoiBoy agar berhati-hati.

Kapten Kaizo meluru ke arah BoBoiBoy Halilintar sambil menghunuskan pedangnya ke arah BoBoiBoy Halilintar, namun dia sempat mengelak dengan Gerakan Kilat. Pertarungan pedang antara BoBoiBoy Halilintar dengan Kapten Kaizo semakin sengit apabila masing-masing mempamerkan kemahiran berpedang yang hebat. Pada masa yang sama, Gopal secara tidak sengaja telah memuji kehebatan Kapten Kaizo dalam berpedang sebelum ditegur oleh Ying. Sementara itu, Yaya cuba mendapati Dinding Tenaga telahpun hilang. Lalu Gopal mengemukakan teori bahawa semua tenaga Kapten Kaizo tertumpu pada pedangnya. Oleh itu, mereka mengambil peluang tersebut untuk membantu Fang namun tidak berjaya apabila ditembak oleh suatu lembaga.

Bahagian 2[]

Lahap gelak dengan megahnya selepas dapat menyerang Yaya dan Ying. Kemudian, Lahap meminum sejenis cecair bertoksik daripada sebuah tong. Ying dan Gopal yang melihat perkara tersebut berasa geli kerana Lahap meminum air kotor, jadi Lahap menjelaskan bahawa itulah kuasanya, iaitu memakan benda yang bertoksik dan menukarkannya menjadi Tenaga Plasma lalu mula menyerang Yaya, Ying dan Gopal. Tetapi, mujur mereka bertiga sempat mengelak. Lahap terus menyerang mereka bertiga dengan Tembakan Toksik Plasma secara berterusan, maka Yaya menyuruh yang lain mengelak untuk mengelak daripada serangan tersebut, namun Gopal meneka tidak sempat untuk berbuat demikian. Oleh itu, Ying menggunakan kuasanya untuk mempertahankan kawan-kawannya.

Sementara itu, kesinambungan perlawanan antara BoBoiBoy Halilintar dan Kapten Kaizo masih berterusan dengan kedua-duanya mempamerkan kemahiran berpedang dengan hebat sekali. Dalam kesempatan tersebut, Kapten Kaizo menyuruh BoBoiBoy Halilintar untuk menyerahkan kuasanya kerana hanya mereka yang terpilih sahaja boleh menggunakan kuasa Sfera Kuasa. Tetapi, dia membalasnya yang dia memerlukan kuasa itu untuk melindungi Bumi, lalu Kapten Kaizo tergelak mendengar alasan BoBoiBoy. Kemudian, Kapten Kaizo menghayunkan Pedang Tenaga dengan kuat sehingga mematahkan Pedang Halilintar dan kesan baki tenaga pula mengenai Jam Kuasa Ying dan akhirnya membatalkan kuasanya dan serangan Lahap berjaya menjatuhkan Yaya dan Ying. Tetapi Gopal terselamat kerana dia sempat bersembunyi di dalam sebuah tong.

IMG 20160527 185252

Cengkaman Tenaga, hancurkan dia!

Kapten Kaizo mendekati BoBoiBoy Halilintar yang pengsan lalu menggunakan Cengkaman Tenaga dan menghancurkannya untuk menyerahkan Ochobot dan kuasanya di samping lupakan persahabatannya dengan Fang. BoBoiBoy tetap berkeras bahawa Fang merupakan sahabatnya. Sementara itu, Lahap kelihatan amat gembira kerana dapat mengalahkan musuhnya dengan mudah. Lantas Gopal yang mencabarnya dengan melontar sebiji batu ke arah Lahap lalu menukarkannya menjadi biskut Yaya.

Dengan sekali telan, Lahap menjamah biskut tersebut sebelum melatah kerana rasanya. Gopal yang melihat perkara tersebut amat senang hati, oleh itu Lahap terpaksa melepaskan semua tenaga tersebut dengan menembaknya secara rawak akibat kesan kuasa biskut Yaya. Serangan tersebut hampir mengenai Kapten Kaizo, mujur Kapten Kaizo sempat mejelmakan Dinding Tenaga untuk mengelak serangan tersebut manakala BoBoiBoy tidak bernasib baik kerana serangan tersebut mengenainya lalu pengsan di atas tanah.

IMG 20160527 185712

Dinding Tenaga!

Lahap bangkit dan memuji biskut Yaya sehingga mampu menghasilkan serangan pemusnah yang amat berbahaya. Lahap kelihatan ketagih akan keenakan biskut Yaya, dan Yaya pula berasa terharu melihat ada juga mahluk yang menyukai biskutnya. Kemudian, Kapten Kaizo mengarahkan Lahap untuk menghapuskan mereka, melenyak mereka sampai penyek dan menghancurkan mereka. Lahap mula mengeluarkan sebekas penuh toksik berbahaya daripada beg galasnya. Melihat perkara itu, Fang berasa cemas lalu menggunakan Jari Jemari Bayang untuk mengambil jam-jam kuasa mereka dan menyerahkannya kepada Kapten Kaizo.

Fang merayu kepada Kapten Kaizo untuk melupakan BoBoiBoy dan kawan-kawannya kerana mereka bukan lawan dia dan juga memohon maaf kepada Kapten Kaizo. Kapten Kaizo menerima permohonan maaf daripada Fang dan memberinya amaran agar tidak mengingkari arahannya sekali lagi. Selepas itu, Kapten Kaizo mengarahkan Lahap dan Fang untuk kembali ke kapal angkasa mereka, namun BoBoiBoy mendakap kaki Fang dan merayu untuk jangan pergi meninggalkan mereka kerana dia adalah kawannya. Fang tidak mengendahkan rayuan BoBoiBoy, lalu meninggalkan mereka.

Selepas insiden tersebut, BoBoiBoy, Gopal, Yaya dan Ying pulang ke warung Tok Aba untuk diubati luka-luka mereka. Dengan nada suara yang lemah, BoBoiBoy meminta maaf kepada Ochobot atas kehilangan kuasa mereka. Gopal menyuruh Ochobot untuk membuatkan mereka kuasa baharu, namun Ochobot tidak dapat menunaikannya kerana dia hanya mempunyai lima kuasa sahaja. Gopal dan Ying mula memburuk-burukkan Fang kerana dia adalah alien jahat rupanya, tetapi BoBoiBoy tetap menyebelahi Fang dan memahami perasaan Fang kerana terpaksa mematuhi arahan kaptennnya. Tok Aba mencadangkan agar mereka mengejar Kapten Kaizo untuk merampas kembali kuasa mereka dan mendapatkan semula Fang. Namun, mereka berputus asa kerana alien-alien itu telah berlepas ke angkasa dan mereka bukan lagi superhero. Penangan itu membuatkan Ochobot mendapat akal.

Sementara itu di dalam kapal angkasa Kapten Kaizo, kelihatan Fang dan Kapten Kaizo menuju ke sebuah bilik bagi menyimpan keempat-empat jam kuasa tersebut. Kemudian, Fang mengujar bahawa misi mereka sudah selesai, namun Kapten Kaizo berkata ada satu lagi iaitu menyuruh Fang untuk menyerahkan Jam Kuasanya sekali kerana dia tidak layak menggunakan dua kuasa sekaligus. Fang yang dalam keadaan berat hati, terpaksa menyerahkan Jam Kuasa miliknya di samping mengenang semula memorinya mendapatkan Jam Kuasa tersebut selepas menyelamatkan Ochobot daripada ditangkap Adu Du dan Probe.

IMG 20160527 185835

Serahkan Jam Kuasa kau sekali!

Kapten Kaizo mengambil Jam Kuasa Fang lalu meletakkannya bersama-sama dengan empat Jam Kuasa tadi, kemudian menghubungi Lahap bagi mengtahui status mereka dan Lahap berkata bahawa semuanya telah tersedia dan mereka boleh bergerak. Tiba-tiba kapal angkasa mereka diserang apabila kedengaran bunyi siren sebagai tanda amaran. Fang dan Kapten Kaizo bergegas ke pusat kawalan dan dengan geram bertanya siapa yang berani menyerang kapal angkasa mereka. Lahap segera mendapatkan isyarat dan melihat Adu Du dengan sut Superjahat Jero-Jero muncul pada skrin mereka dengan megahnya. Kemudian, BoBoiBoy muncul pada skrin tersebut sambil mendesak Kaizo untuk melepaskan Fang. Tindakan BoBoiBoy itu menyebabkan Fang berasa hairan.

Superjahat Jero-Jero, bergerak!

Superjahat Jero-Jero, bergerak!

Beberapa jam sebelum itu di Markas Kotak, kelihatan BoBoiBoy dan kawan-kawannya cuba meminta bantuan Adu Du bagi menyelamatkan Fang si alien jahat dan pembelot. Adu Du pada awalnya enggan berbuat demikian, namun apabila dipujuk habis-habisan di samping mengatakan bahawa Fang adalah alien jahat Adu Du berubah fikiran dan akhirnya bersetuju untuk membantu BoBoiBoy.

Watak[]

Trivia[]

  • Episod ini merupakan episod kedua bagi trilogi 3 episod terakhir dalam musim ke-3 siri BoBoiBoy.
  • Episod ini telah dipisahkan kepada dua bahagian, iaitu di mana Bahagian 1 dimuat naik ke YouTube pada 12 Mac 2016 dan Bahagian 2 pula 21 Mei 2016.
  • Ini merupakan episod pertama yang BoBoiBoy menggunakan Pemecahan Elemental untuk berpecah kepada BoBoiBoy Tanah, BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Air.
    • Ini juga mendedahkan bahawa untuk melakukan Pemecahan Elemental, semua elemen mestilah berada pada tahap kuasa yang sama.
  • Leftenan Lahap merupakan watak kedua dalam siri BoBoiBoy yang menyukai biskut Yaya dan tidak pengsan selepas memakannya. Watak pertama ialah Probe yang didedahkan dalam musim pertama.
  • Ini merupakan episod ketiga dimana BoBoiBoy memujuk Adu Du untuk menolongnya. Yang pertama ialah Musim 2, Episod 13 dan yang kedua ialah Musim 3, Episod 3.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Antara Kawan Dan Lawan

Video[]

Advertisement